SELAMAT DATANG KE BLOG PERIBADI BLOGGER CUCUMATKILAU (CMK) | BLOG INI SEDANG DIKEMASKINI | HARAP MAKLUM

Surau Dinaiktaraf, Kenapa Tempat Solat Sementara Tidak Disediakan Kepada Pengunjung Pantai Teluk Cempedak?

 

Saya menerima banyak aduan daripada para pengunjung pantai peranginan Teluk Cempedak hari ini berkenaan ketiadaan tempat tunai solat selepas surau sedia ada dinaiktaraf bermula sebulan yang lalu.


Kerja berkaitan dijangka selesa pada awal bulan November 2025. Ini bermakna dalam tempoh tersebut pengunjung tidak dapat menggunakan surau terbabit untuk solat.

Ia menyukarkan pengunjung yang mahu menunaikan kewajipan kepada Allah itu.

Bagi yang bermalam di hotel sekitar lokasi mungkin tidak jadi masalah. Tetapi bagi pengunjung yang sekadar datang berkelah bersama keluarga, ia amat menyusahkan.

Sepatutnya pihak kontraktor sediakan sebuah tempat solat sementara sebelum memulakan kerja berkaitan.

Kontraktor perlu menghormati status Datyk Bandar Kuantan, yang merupakan bekas Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) sebelum berpindah ke Majlis Bandaraya Kuantan (MBK).

Respeklah sikit Datuk Bandar, solat itu tiang agama. Bila surau diruntuhkan untuk naik taraf, buatlah tempat solat sementara guna kanopi bagi memudahkan orang ramai.

Semoga perkara ini dapat diberi perhatian segera, demi kemudahan pengunjung menunaikan solat ketika berada di pantai Teluk Cempedak.


'Cakna Demi Rakyat'


YBTERJAH

27.10.2025

0 Komen Artikel Ini: