'Hak bersuara di Malaysia dijamin di bawah Perkara 10(1)(a) Perlembagaan Persekutuan, yang memberi hak kepada setiap warganegara untuk bercakap dan mengeluarkan pendapat'.
Justeru saya membantah tindakan pihak berkuasa menangkap TikToker Seketul Jorjet Myla baru-baru ini. Bagi saya amat tidak adil menggunakan Akta Hasutan 1948 yang digubal oleh pentadbiran British khusus untuk menangani ancaman komunis semasa Darurat (1948–1960).
Namun, pindaan tahun 2015 mengubah skop akta ini berbanding versi asalnya pada zaman British. Pindaan terebut merupakan perubahan paling besar sejak zaman British kerana ia beralih daripada melindungi 'Kerajaan' kepada melindungi institusi agama dan perpaduan kaum.
Dulu, mengkritik atau menghasut kebencian terhadap Kerajaan adalah satu kesalahan. Ini digunakan oleh British untuk menyekat gerakan kemerdekaan dan komunis.
Sekarang (Pindaan 2015), mengkritik kerajaan bukan lagi satu hasutan. Rakyat bebas mengkritik pentadbiran selagi tidak menyentuh isu 3R (Raja, Agama, Bangsa).
Maka itu, kenapa kerajaan harus gunakan akta tersebut untuk menyekat kebebasan bersuara rakyat dalam sebuah negara demokrasi berperlembagaan?.
Saya terkejut dengan penangkapan Jorjet Myla yang dilakukan secara terancang, seolah-olah beliau adalah pengganas komunis yang mengancam keselamatan negara.
Walhal beliau hanya bersuara dan meluahkan pandangan peribadi beliau terhadap petadbiran kerajaan hari ini.
Dia hanya seorang wanita dan tidak mempunyai pengaruh yang besar kerana dia bukanlah orang politik.
Kenapa perlu takut sangat dengan beliau?. Bukankah kerajaan ada berbagai channel terutamanya Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) untuk menjawap setiap kritikan yang disuarakan oleh rakyat terutamanya dalam media sosial?.
Bukankah kerajaan sudah ada program CEPLOS yang diterbitkan oleh J-KOM untuk menjelaskan isu-isu semasa, dasar kerajaan, dan menjawab persoalan rakyat secara langsung atau melalui media sosial.
Bukankah CEPLOS boleh digunakan dengan sebaiknya untuk menepis berita palsu (fake news) dan memberikan pencerahan terhadap naratif yang mengelirukan dalam kalangan masyarakat.
Maka itu gunakanlah medium tersebut untuk menangkis serangan daripada musuh, bukankah mereka semua dibayar gaji dan elaun yang lumayan untuk mempertahankan kerajaan yang ada hari ini?.
Kenapa perlu gunakan pihak berkuasa? Masakan dengan seorang wanita seperti Jorjet Myla pun CEPLOS gagal, hingga tergamak memperlakukan beliau sedemikian rupa.
Saya sendiri telah ditangkap oleh pihak polis Bukit Aman dan ditahan di IPD Dang Wangi atas kenyataan saya berkaitan isu Zara Qairina pada 21 Ogos 2025 yang lalu.
Pertuduhan yang dikenakan ialah dibawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Saya digari dan dibawa ke Kuala Lumpur dari Kuantan pada jam 3.00 pagi kemudian disumbat ke dalam lokap hanya kerana mahu bersuara mempertahankan keadilan buat Zara Qairina.
Ini satu tragedi sedih dalam hidup saya, gara-gara bersuara akhinya kita terpaksa menjadi mangsa. Sedangkan dulu, semua pemimpin yang berada dalam kerajaan hari inilah yang mengajar rakyat erti kebebasan dan mempertahankan hak untuk bersuara sebenarnya.
Dimanakah laungan 'hidup rakyat' dan ' reformasi' yang dilaungkan selama ini?, jika bila sudah berkuasa rakyat ditindas pula dengan segala undang-undang yang ada untuk menakutkan mereka untuk terus bersuara menyatakan pandangan dalam sesuatu isu.
Apa pun saya ucapkan salam perjuangan buat sahabat Jorjet Myla kerana anda adalah anak peneroka Felda Jengka 7 kedua yang mewarisi perjuangan saya selama ini.
Kita sebagai anak peneroka, harus terus berani bersuara demi mempertahankan hak kita. Keadilan harus dilaksanakan bukan sekadar diucap dengan kata-kata sahaja.
Teruskan perjuangan dan ingatkan yang hak akhirnya akan menang dan yang bathil akan kecundang. Ingatlah, seorang pemimpin negara di era reformasi dulu pernah melaungkan
'Lawan tetap lawan!. Jika takutkan risiko, usah bicara soal perjuangan'. Maka itu bangkitlah nyatakan kebenaran hakiki kerana Allah senantiasa ada bersama orang-orang yang dianiaya dan dizalimi.
Salam Perjuangan Leluhur,
CMK@BLOGGER CUCUMATKILAU
https://cucumatkilau.blogspot.com
https://www.tiktok.com/@seketul.jorjet.myl?is_from_webapp=1&sender_device=pc




0 Komen Artikel Ini:
Catat Ulasan