SELAMAT DATANG | TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG KE BLOG INI, SILA DATANG LAGI
@ybterjah

Eksklusif: Program Biro Tata Negara Sewajarnya Dimansuhkan Segera, Kerana Ia Jelas Membakar Sentimen Perkauman Serta Perpaduan Rakyat !!


Mutakhir ini, isu Biro Tata Negara semakin hangat diperkatakan. Ia berikutan tindakan Kerajaan Negeri Selangor mengeluarkan arahan pelajar dari IPT dan kakitangan kerajaan negeri tidak lagi dibenarkan menyertai kursus anjuran BTN. Banyak pandangan yang telah dibuat oleh beberapa orang pemimpin Pakatan Rakyat, terutamanya mereka yang telah menyertai program ini ketika belajar dan bekerja kerajaan satu ketika dulu. Ternyata, BTN banyak menimbulkan kontroversi dikalangan mereka yang pernah menyertainya dulu. Semangat "cintakan negara" yang mahu ditanamkan kepada peserta akhirnya bertukar menjadi propaganda UMNO dan Barisan Nasional itu sendiri. Selain api perkauman yang dimainakan, terkini BTN lebih menjurus kepada meyakinkan peserta tentang isu ketuanan Melayu, PKR Agen Yahudi, DAP Proksi Singapura dan PAS Parti Ajaran Sesat. Lantaran itulah tindakan Kerajaan Negeri Selangor melarang perkara ini amatlah munasabah sekali, dalam usaha menyatupadukan rakyat berbilang kaum di negeri itu. Dalam satu kenyataan di Pagoh hari ini, TPM Muhyiddin mengatakan bahawa Kursus BTN tidak bertujuan untuk membawa peserta kepada Umno dan Barisan Nasional. Ia tidak mempunyai niat yang jahat dan ia mempunyai tujuan-tujuan yang baik. Kenyataan Muhyiddin itu jelas untuk menutup kelemahan yang ada sebenarnya. Ini kerana peserta yang hadir itu, bukanlah majoriti mereka yang menyokong UMNO dan BN.


Aktiviti senaman dan riadah hanya penghias agenda tersembunyi
kerajaan UMNO dan BN menerusi program BTN sebenarnya
Maka atas maklumat daripada peserta terbabitlah, maka ia membuktikan sebaliknya dan bukan seperti apa yang disuarakan oleh TPM Muhyiddin itu sebenarnya. Oleh itu kami ingin mengajak pembaca menilai antara kesalahan besar yang berlaku dalam kursus BTN sejak sekian lama. Semoga dengan ini, rakyat boleh mendesak agar BTN turut dimansuhkan sama seperti ISA itu. Jelas sekali program ini tidak menggalakkan perpaduan kaum di negara ini. Malah, mereka dimomok-momokkan dengan berbagai cerita mengarut yang sukar diterima oleh peserta terbabit. Lantaran itulah, bagi mereka yang telah melaluinya akan merasainya. Bukankah Misi BTN itu sendiri berbunyi "BTN berdedikasi melaksanakan program-program memupuk semangat patriotisme dan ketaatan kepada kerajaan yang dipilih. Ini akan dilaksanakan secara profesional dan berpandukan kepada prinsip - prinsip etika". Bukankah ini bukti jelas BTN bertujuan membuat propaganda kepada rakyat agar mempunyai semangat patriotisme dan ketaatan kepada kerajaan yang dipilih?. Makanya, bukankah Kerajaan Selangor dipilih oleh rakyat, wajarlah larangan ini dikeluarkan oleh kerajaan negeri itu sebenarnya.

Kenyataan Pengerusi GPMS Wajar Disanggah


Kenyataan Pengerusi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) negeri, Mohd Faizal Mohd Salleh (foto), kononnya tindakan kerajaan Selangor melarang pelajar dari institusi pengajian tinggi milik kerajaan negeri menyertai kursus anjuran Biro Tata Negara (BTN) telah menyekat kebebasan pelajar dan tidak mendokong prinsip demokrasi. Beliau berkata kerajaan Selangor yang kononnya menyokong demokrasi sepatutnya membenarkan pelajar untuk duduk mendengar pula dari pihak yang lain. "Jangan heret mereka ke kancah politik," katanya dalam satu kenyataan hari ini ekoran pengumuman mengenai larangan itu yang dibuat oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Selangor Dr Halimah Ali semalam. Menurut Faizal lagi "Salah satu fungsi BTN adalah untuk menerangkan dasar- dasar kerajaan. Adakah pelajar-pelajar di bawah kerajaan negeri seperti Universiti Industri Selangor (Unisel), Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) dan Kolej Antarabangsa INPENS tidak berhak tahu mengenai dasar-dasar kerajaan?" kata Mohd Faizal. Katanya beliau pernah mengikuti kursus Biro Tata Negara (BTN) dan berterima kasih kepada biro itu kerana membantu membangunkan dirinya menjadi warga negara yang baik. "Bagi saya, mereka yang tidak berterima kasih bukanlah warganegara yang baik," kata Mohd Faizal. Kenyataan Faizal ini jelas sekali melambangkan betapa dangkal dan jumudnya minda anak muda ini. Umum mengetahui bahawa Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) sebenarnya dimonopoli oleh pemimpin-pemimpin UMNO dan Barisan Nasional. Maka itu, kita tidak hairan pabila Faizal mengeluarkan kenyataan sedemikian, kerana beliau mungkin salah seorang darinya.

Biro Tata Negara Itu Wajar Dimansuhkan

Bagi kami, Kerajaan Negeri Selangor bukan sahaja perlu melarang kakitangan kerajaan dan pelajar negeri ini menyertainya, malah program Biro Tata Negara itu sendiri wajar dimansuhkan sebenarnya. Jika tidak, maka semakin ramai rakyat Malaysia terutamannya golongan muda yang akan rosak minda mereka akibat dihenyak bertubi-tubi oleh fasilator Biro Tata Negara yang dilatih khas untuk memesongkan minda mereka. Pada pandangan kami, program BTN memang tidak ada matlamatnya melainkan untuk memecah belahkan rakyat Malaysia semata-mata. Ada banyak bukti-bukti kukuh tentang konsep yang diamalkan dalam program BTN itu jelas sekali bertentangan dengan semangat demokrasi berbilang kaum di negara ini. Sebelum ini, pemimpin parti kaum Cina terbesar di negara ini iaitu MCA pernah mempertikaikan peruntukan besar dalam setiap kali pembentangan Bajet yang diberikan oleh kerajaan kepada program itu.



Memang kita tahu dalam kursus ini turut menerapkan dasar-dasar kerajaan. Namun semua itu hanya selingan semata-mata. Malah dalam sesetengan Latihan Dalam Kumpulan (LDK), tajuk-tajuk dan isu yang diberikan juga amat tidak relevan dengan konsep BTN itu sendiri. Mereka lebih mementingkan agenda kerajaan itu sendiri, ia itu untuk memesongkan minda peserta agar percaya bahawa segala yang berlaku diluar harus diubah. Misalnya dari sudut perkauman benci kepada parti pembangkang dan sebagainya. Malah, mereka langsung tidak boleh memikirkan betapa ada juag peserta kursus yang terdiri dari kalangan anak-anak orang Pakatan Rakyat dan bukan UMNO BN semata-mata. Inilah yang menyebabkan kerajaan terutamanya rakan-rakan dari GPMS amat suka dengan BTN. Kerana mereka semua adalah berkiblatkan UMNO dan Barisan Nasional sejak dulu, kini dan pasti buat selamanya.

Tanam Sentimen Perkauman Kepada Peserta

Pada awal kewujudan Biro Tata Negara (BTN) di negara ini, sememangnya isu perkauman sering menjadi fokus utamanya. Peserta ditanamkan sikap kebencian kepada kaum lain terutamanya kaum Tionghua di negara ini. Lagu "Warisan" anak kecil main api sering dinyanyikan bagi menunjukkan betapa ruginya memberi muka kepada kaum Tionghua yang akhirnya akan menjajah negara ini. Kononnya, habis harta benda dan tanah pusaka terjual kepada orang Cina yang mana akhirnya akan menyebabkan orang Melayu menjadi hamba di bumi sendiri. Ditanamkan sikap benci yang membuak-buak agar memandang hina kepada kaum Cina yang menjadi musuh orang-orang Melayu. Inilah yang ditanamkan kepada peserta kursus Biro Tata Negara dulu. Malah ada peserta yang terkejut dengan senario ini, dan menganggap ianya amat tidak wahar berlaku. Sikap anti perkauman ditanamkan dengan jelas kepada peserta, hingga menyebabkan mereka menjadi benci kepada kaum Tionghua selepas keluar daripada Kem BTN di seluruh negara. Apakah ini namanya menerapkan dasar-dasar kerajaan seperti yang dimaksudkan oleh Saudara Faizal itu agaknya.


Awalnya hanya bangsa Melayu yang dibenarkan hadir kursus BTN
Maka senanglah dimainkan sentimen perkauman itu sebenarnya

Bukankah ini membuktikan bahawa Biro Tata Negara menerapkan sikap anti perkauman sesama rakyat Malaysia sebenarnya. Atas dasar itulah program ini wajar dimansuhkan dengan segera !! Cuba lihat lirik dan semangat lagu Warisan disini . Lagu ini sering dimainkan dalam kursus Biri Tata Negara sejak sekian lamanya. Malah, lagu ini juga wajar diharamkan kerana ia menanamkan sifat anti perkauman sebenarnya.

Tanamkan Sikap Benci Parti Pembangkang


Selepas era pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim (foto), dari kerajaan UMNO dan BN penghujung tahun 1998 dulu, agenda BTN telah mula ditukar sedikit demi sedikit. Sentimen anti perkauman yang ditanam pada awalnya mula ditukar selaras dengan hasrat untuk memesongkan minda rakyat supaya menerima apa jua yang dilakukan oleh kerajaan ketika itu. Akhirnya mereka mula menyusun strategi supaya peserta ditanamkan sikap benci kepada parti pembangkang terutamanya parti yang didokongi oleh Anwar itu sendiri. Malah, dalam sesetengah kursus, memang fasilitatior secara terang-terangan membuat topik yang menjurus kepada membenci pembangkang. Topik akan dibincangkan dalam sesi Latihan Dalam Kumpulan (LDK) untuk dipersembahkan. Dari situ, mereka akan menilai kumpulan manakah yang dilihat cenderung kepada parti pembangkang sebenarnya. Jika dulu ditanamkan sentimen kaum Tionghua mahu jajah Malaysia dan menghalau orang Melayu dari negara ini. Kini tidak lagi, apa yang ditanamkan ialah PKR agen Yahudi, DAP Proksi Singapura dan PAS Parti Ajaran Sesat. Maka, ia ditanamkan dalam jiwa setiap peserta dengan berbagai topik yang dibincangkan. Inilah yang amat mengecewakan sebenarnya. Jiwa rakyat mahu dipesongkan seolah-olah hanya kerajaan UMNO dan BN sahaja yang layak memerintah negara ini. Jika PKR, PAS atau DAP memerintah, sudah pasti negara akan terjajah semula dan dijual kepada orang asing. Inilah yang dilakukan oleh mereka dalam usaha supaya mereka cinta kepada negara dan kerajaan BN. Biarpun kerajaan itu banyak melakukan penyelewengan, rasuah, korupsi dan menindas rakyat itu sendiri. Apakah ini bukan namanya menanamkan agenda UMNO dan BN dalam kursus BTN itu agaknya?. Justeru itu, amat wajarlah Kerajaan Negeri Selangor membuat larangan terbabit demi masa depan rakyat.

[Dengan pendedahan ini, maka terbuktilah kepada kita bahawa Program Biro Tata Negara (BTN) adalah satu program yang lebih menjurus kepada kepentingan kerajaan UMNO dan Barisan Nasional itu sendiri sebenarnya. Biar apa pun alasan yang diberikan oleh pemimpin politik atau NGO yang berpaksikan UMNO seperti GPMS, namun bagi sebilangan besar peserta yang terlibat dan mempunyai semangat perjuangan untuk membela rakyat, ternyata program ini tidak wajar diteruskan dan harus dimansuhkan sama sekali. Ia ternyata satu agenda tersirat kerajaan untuk memastikan rakyat terus menyokong mereka buat selamanya. Malah, BTN juga dijadikan landasan utama untuk kerajaan memastikan sokongan yang diterima daripada rakyat itu sendiri. Mansuhkan BTN, jika mahu keharmonian dikekalkan. Artikel ini mungkin mengundang kemarahan sesetengah pihak, namun kebenaran harus ditegakkan jua akhirnya].

Read more »

Eksklusif: Felda Kian Tersasar, Persatuan Anak Peneroka Felda (ANAK) Serahkan Memorandum Lima Tuntutan Kepada Menteri Besar Pahang !!

KUANTAN, 23 Nov [3.30 pm] - Susulan daripada kekecewaan ramai peneroka terhadap Felda mutakhir ini, maka berbagai persepsi dan pandangan mula timbul terhadap agensi itu. Felda yang pada awal penubuhannya oleh Perdana Menteri Malaysia Kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak dulu adalah bermatlamatkan kebajikan untuk rakyat. Di mana, golongan miskin dan berpendapatan rendah diberikan lot tanh rumah dan ladang untuk diusahakan bagi meningkatkan taraf sosio ekonomi mereka. Maka, dengan terwujudnya Felda, ramailah orang-orang Melayu yang dapat hidup selesa dan terkeluar daripada kepompong kemiskinan tegar. Namun, anehnya selepas puluhan tahun Felda diwujudkan maka kini matlamatnya sudah tersasar dan menyimpang. PM Najib selaku anak kepada Tun Razak telah membawa jauh prinsip asas dan dasar Felda itu sendiri. Kini segalanya bagai sudah punah dan rosak, malah Felda kini bukan lagi sebuah entiti yang diwujudkan bagi membantu serta membangunkan masyarakat. Malah kewujudannya kini jelas sekali mendera serta menjadikan rakyat sebagai "hamba di bumi sendiri". Tenaga dan kudrat orang dikerah untuk memperkayakan beberapa kerat pemimpin itu sendiri. Felda sudah tidak lagi digunakan untuk membela nasib rakyat. Sebaliknya, ia menjadi sebuah badan koprat yang berteraskan keuntungan semata-mata. Lantaran itulah diwujudkan beberapan anak syarikat yang jelas bertentangan dengan matlamatnya. Tiada lagi tanah rancangan baru yang dibuka untuk rakyat. Sebaliknya tanah-tanah itu dijadikan estet sama seperti yang lainnya. Rakyat dijadikan hamba untuk bekerja di ladang-ladang berkenaan dengan upah yang minima dan setaraf dengan pendatang asing yang menjadi buruh ladang di negara ini. Tiada lagi hasrat Felda untuk membela orang-orang Melayu. Hasil titik peluh mereka dirompak dengan balasan yang tidak setimpal dan usaha yang dikeluarkan.

Inilah Felda hari ini, lantaran itulah ramai peneroka mula memberontak dan mahukan perubahan berlaku. Felda harus kembali kepada matlamat asal penubuhannya, dan bukan menjado badan korporat yang berniaga untuk mencari keuntungan semata-mata. Menyedari haikikat itulah maka Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) telah menghantar satu memorandum kepada Menteri Besar Pahang, Dato' Seri Adnan Yaakob pada 17 November 2009 yang lalu. Antara lain, terdapat lima tuntutan dalam momandum yang dibuat oleh ANAK iaitu:-

Lot Kosong Generasi Kedua: Tanah merupakan hak kerajaan negeri. Terdapat sejumlah tanah kosong yang belum dimajukan dalam penempatan Felda. Maka alangkah baiknya jika tanah tersebut di pecah lot dan dibina perumahan untuk anak-anak peneroka yang layak dengan kerjasama Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) di bawah program Rumah Mesra Rakyat. Contoh kejayaan projek tersebut dapat dilihat di Felda Sri Jaya, Pagoh Johor dengan siapnya 95 unit rumah generasi kedua. Pilihan yang kedua ialah tapak lot-lot tanah yang telah mendapat hak milik diberi kebebasan mendirikan rumah kediaman mereka sendiri. Kaedah ini biasa diamalkan di banyak tempat. Sokongan dan dokongan kerajaan negeri akan mempercepatkan segala prosedur yang harus dipatuhi kerana selama ini generasi kedua berdepan karenah pentadbiran Felda yang begitu lokek untuk melepaskan pegangan atas tanah yang mereka dakwa miliknya.

Batalkan Felda Plantation: Dasar kerajan membuka Tanah Rancangan Felda ialah membuka ruang pemilikan tanah kepada rakyat khusus orang Melayu. Selepas tahun 1990, dasar ini dihentikan dan diwujudkan Felda Plantation yang berkonsepkan estet yang menekan peserta tanpa jaminan masa depan. Walhal, seluas 367,710 hektar tanah milik kerajaan negeri telah dikorbankan. Adalah dianggarkan 79,000 anak peneroka beroleh manfaat jika Felda Plantation dimansuhkan dan ditukar kembali formatnya kepada pengambilan peneroka. Kerajaan negeri boleh memainkan peranan aktif membuat desakan tersebut. Apakah kita tergamak melihat anak bangsa kita menjadi buruh ladang sama seperti buruh-buruh Indonesia, Bangladesh dan lain-lain lagi di sekeliling mereka.

Naiktaraf Penempatan Felda: Daripada sejumlah 317 rancangan Felda, 77 daripadanya telah selesai membuat bayaran kembali dan beroleh hak milik keperluan untuk penempatan ini ditadbir sepenuhnya oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di bawah kerajaan negeri sangat mendesak. Dengan erti kata lain, sudah sampai masanya kedudukan Felda sebagai ejen pengurusan dikaji semula. Peneroka sudah mampu berdikari dan disambung oleh anak peneroka tanpa cengkaman Felda, hutang piutang, bermacam-macam perjanjian, sekatan dan tentunya pendapatan mereka jauh lebih lebih lumayan apabila tiada penglibatan pihak ketiga yang mengaut keuntungan melampau. Generasi baru Felda yang berpendidikan mampu untuk mentadbir penempatan mereka sendiri dengan kerjasama erat agensi kerajaan negeri termasuk badan-bdan seperti Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dan Persatuan Pekebun Kecil serta menikmati subsidi seperti masyarakat di kampung. Felda hanya berfungsi setakat urusniaga kedai D’Mart, pemasaran komoditi dan lain-lain berasaskan persaingan semasa. Pendekatan ini membuka ruang penyertaan generasi muda lebih terarah dan terjamin.

Tangani Masalah Gejala Sosial: Pendekatan menangani gejala sosial mesti lebih seimbang dengan memperbanyak aktiviti keagamaan. Penekanan kepada program sukan sama ada Akademi Bolasepak Felda, Rally Felda, Liga Futsal Felda dan pembinaan Kompleks Sukan Komuniti sememangnya wajar tetapi kesungguhan mempelbagaikan program kerohanian menjadi tanda tanya. Jika pasukan Rela, Rukun Tetangga dan sukarelawan boleh diwujudkan untuk membantu polis memerangi jenayah, sudah sampai masanya sukarelawan membanteras maksiat juga ditubuhkan. Mekanisme bersama JKKK, Jawatankuasa Masjid, Jabatan Agama dan lain-lain boleh dibentuk untuk tujuan tersebut. Institusi masjid dan surau mesti diimarahkan dengan budaya ilmu dan tidak bersifat streotaip yang membosankan. Pendekatan menarik anak muda ke masjid harus ditangani segera kerana ketika ini 90 peratus yang mengimarahkannya adalah peneroka semata-mata. Penglibatan badan bukan kerajaan (NGO) seperti pemadam dan Pengasih mesti bermula di peringkat sekolah lagi dan sejauh mana keberkesanan pembangunan belia melalui Kem Bina Remaja, kursus pembinaan sakhsiah dan Rakan Waja diselenggarakan. Percambahan idea bagi menyegarkan semula aktiviti golongan muda harus disegerakan dengan penyertaan semua pihak tanpa mengira latar belakang agama dan politik. Penekanan berlebihan aspek sukan dan hiburan hingga menenggelamkan soal pembinaan akhlak telah dirasai padahnya.

Banyakkan Peluang Pendidikan: Pembinaan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Felda di Wilayah Trolak (foto) walaupun terlewat 20 tahun, sangat dialu-alukan. Pakej pendidikan tajaan Felda dengan institusi swasta umpamanya Universiti Lim Kok Wing seharusnya bersifat sementara dengan langkah segera mewujudkan pusat pendidikan berskala besar milik Felda seperti dilakukan syarikat multi-nasional Petronas dan TNB tetapi fokus kepada jurusan perladangan dan bio-teknologi. Program kemahiran yang dibuat ketika ini seperti melepaskan batuk di tangga kerana langkah susulan tidak dilakukan yang akhirnya pasaran kerja tidak berasaskan kebolehan dimiliki. Mungkin karenah birokrasi mendapatkan peruntukan dan pinjaman meletihkan peserta kursus atau campurtangan politik menggagalkan tujuan asal yang baik dan murni itu sebenarnya.

[Sikap pentadbiran Felda yang kurang meraikan keperluan generasi kedua di sesetengah tanah rancangan mesti ditegur segera atau campurtangan kerajaan negeri melalui agensi berkaitan dalam menyelaras peluang-peluang niaga, kemahiran dan pendidikan mesti dibuka seluas-luasnya dan info yang harus dihebahkan dengan pelbagai cara. Oleh itu juga, Kerajaan Negeri Pahang diharap dapat memainkan peranan dalam mendesak Felda supaya kembali kepada matlamat asal penubuhannya. Usahlah dibiarkan beberapa kerat individu dalam Felda terus merompak hasil mahsul yang diusahakan oleh para peneroka seperti apa yang berlaku sekarang ini. Felda harus berpijak dibumi yang nyata seperti di zaman Tun Razak dulu].

Read more »

Analisis: One Malaysia Bakal Menjadi Pemangkin Kebangkitan Rakyat Tolak UMNO BN Menjelang Pilihanraya Umum Akan Datang Makin Terserlah

Sumber Pahang Daily Online

Kemelut politik yang terus melanda sekarang ini bagai menampakkan yang kerajaan UMNO dan BN semakin pincang dan tiada arah tujuan lagi. Malah, berbagai usaha yang dilakukan oleh kerajaan nampaknnya ditempelak rakyat. Mereka sudah bosan dengan kerenah dan janji-janji manis yang dihulurkan oleh para pemimpin UMNO dan BN selama ini. Laungan keramat 1Malaysia "Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan" jelas sekali hanya retorik murahan kerajaan, bagi memulihkan kembali kepercayaan rakyat terhadap kempimpinan Perdana Menteri Dato' Seri Najib Razak. Soalnya, apakah rakyat bersetuju dengan ungkapan itu. Mereka kini melihat, ia hanyalah omongan kosong dari seorang Perdana Menteri yang rakus untuk terus berkuasa. Berbagai helah dilakukan bagi mengaburi mata rakyat. Akhirnya rakyat terus ditipu sejak dulu, kini dan selamanya. Segala tindakan yang dilakukan oleh kerajaan BN mutakhir ini, sebenarnya bakal menjerat diri mereka. Bayangkan dalam keadaan rakyat secara total menolak mereka dalam PRU-12 yang lalu. Nyawa mereka nyata diselamatkan oleh "talian hayat" dari Sabah dan Sarawak. Sebaliknya di Semenanjung Malaysia BN sebenarnya sudah "gulung tikar" dan menanti hari untuk dikapankan. Namun dek kerana penipuan dan kerja jahat pemimpin mereka dengan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) akhirnya BN menang juga dengan majoriti mudah untuk membentuk kerajaan. Semua ini gara-gara perancangan licik SPR membuah penambahan dan persempadanan semula kawasan pilihnaraya di Malaysia Barat itu sekitar tahun 2004 yang lalu. Riwayat hidup BN kini hanya terletak ditangan SPR semata-mata, justeru itulah kita tidak hairan segala kebobrokan dan pendedahan yang dibuat tentang pengundi hantu atau kesalahan pilihanraya yang lain pasti tidak akan diendahkan oleh Pengerusi SPR yang baru Aziz Yusof. Ini kerana beliau terpaksa mengikut segala arahan yang diberikan oleh pemimpin BN selama ini.

Kerajaan BN Semakin Membusukkan

Namun begitu, gelombang kebangkitan rakyat sukar ditolak dimana-mana sekarang ini. Kemenangan mudah yang dikecapi oleh BN itu bagai melengkapkan "Teori Rahman" yang memastikan Najib Razak pelengkap kejatuhan empayar BN dulu, kini dan selamanya. Memang kita tahu, kini Najib selesa bergelar Perdana Menteri atas ehsan SPR yang "terkutuk" itu. Apa pun, beliau harus sedar bahawa "suara rakyat suara keramat" yang bakal memastikan BN hancur lebur ditelan zaman selepas ini. Kekayaan dan kemewahan yang dimiliki oleh pemimpin UMNO BN bersama keluarga dan kroni-kroni mereka pasti akan menjerumuskan mereka ke lembah kehinaan kelak. Rakyat tidak perlu hairan dengan sikap mereka sekarang ini. Mereka harus melakukan apa sahaja demi menghadapai pilihanraya umum akan datang. Jika dulu rakyat boleh dijual beli dan diperdagangkan. Namun kini, mereka sudah bijak dan tidak lagi seperti "katak dibawah tempurung" umpama sebahagian besar puak-puak UMNO dan BN sekarang ini. Rakyat yang bijak terpaksa bertopeng dalam dua alam, agar puak-puak UMNO BN sedar segala kebobrokan mereka sedang diperhatikan oleh "mata-mata rakyat" yang berada dalam diri mereka sendiri. Biarkan mereka "menggila" sekarang ini dengan berbagai kezaliman, penindasan, penderaan dan penipuan terhadap rakyat. Semakin lama mereka melakukan "onar dalam duri" itu, maka rakyat sebenarnya semakin faham dan bosan dengan kerenah pemimpin UMNO dan BN yang semakin menjadi-jadi sekarang ini. Pakatan Karat BN kini semakin busuk dan bakal menjadi bangkai yang tidak bernyawa suatu hari nanti

Rakyat Mahukan Perubahan, BN Gagal


Rakyat Malaysia majoritinya mahukan perubahan. Inilah yang gagal dilaksanakan oleh kerajaan sebenarnya. Rakyat mahu perubahan dari segala sudut. bukannya sekadar retorik politik semata-mata untuk memancing undi dalam setiap kali pilihanraya umum sahaja. Janji-janji manis kemewahan, pembangunan dan wang ringgit kini sudah terkeluar dari belenggu pemikiran rakyat. Mereka mahu hidup dalam satu sistem yang adil dan saksama yang dapat membawa mereka, keluarga dan generasi hidup aman, makmur dan selesa buat selam-lamanya. Namun, jika BN terus berkuasa ternyata mereka gagal melakukannya. Kebajikan rakyat terabai dan mereka hanya mencari nama untuk mendapat publisiti diri masing-masing. Bagi puak-puak mereka, kuasa yang ada adalah laluan untuk menjadi kaya raya. Habis projek-projek mega dan kontrak ratusan juta ringgit disapu oleh mereka. Itu belum termasuk dengan rompakan hasil mahsul seperti khazanah hutan balak yang sudah menjadi tradisi dalam hidup mereka. Rakyat diberi RM1 sebagai "gula-gula pilihanraya", sebaliknya mereka dan kroni-kroni mereka mengaut untung berjuta-juta ringgit. Apa yang jelas, kebajikan dan rakyat langsung tidak didahulukan sebaliknya "tembolok dan perut" mereka yang dikenyangkan dulu. Senario ini sudah berlaku sejak sekian lama. Biarpun Najib berharap semua itu dapat dikurangkan selepas beliau mengambil alih kuasa. Namun, ternyata segalanya bagai tinggal kenangan semata-mata. Rakyat melihat disekeliling mereka "Projek Kerajaan Barisan Nasional". Macamlah rakyat terlalu bodoh untuk menilai, jika projek itu dibuat oleh mereka sudah pastilah itu hak mereka. Manakan mungkin mereka yang mengeluarkan tender dan kontrak tiba-tiba dinamakan pihak lain pula. Namun, paparan ini terpampang dimana-mana hingga rakyat yang melihat itu merasa naik bosan dan meluat dibuatnya.

Susbsidi Kerajaan Dijadikan Alat Tipu Rakyat

Di negeri Pahang misalnya, rakyat negeri ini terusan berada dalam keadaan kealpaan jika mereka masih tidak sedar untuk merubah situasi yang ada. Ternyata kerajaan BN pimpinan Dato' Seri Adnan Yaakob (foto) kini tidak mampu lagi memulihkan ekonomi apatah lagi membangunkan negeri ini. Penipuan demi penipuan dilakukan terhadap berbagai pihak hingga menyebabkan tindakan saman ratusan juta ringgit kini terpaksa dihadapi. Dalam masa yang sama, rakyat terus didera dengan kenaikan berbagai cukai termasuk juga caj perkhidmatan air di negeri ini. Atas nama subsidi kerajaan, rakyat terpaksa membayar lebih untuk penggunaan air yang sama.Malah, ramai yang terkeliru dengan segala apa yang berlaku ini. Bagi rakyat, subsidi bermakna tidak membebankan mereka. Namun, apalah gunanya subsidi jika rakyat terus dibebankan. ramai yang mempersoalkan perkara ini, termasuk caj sewaan kepala paip RM1 yang dikenakan terhadap semua premis kediaman dan RM2 untuk premis perniagaan. Semua ini menimbulkan keraguan, apakah kerajaan BN di Pahang sudah ketandusan kewangan lantaran melakukan satu tindakan yang jelas memperbodohkan rakyat?. Ramai yang percaya bahawa ini semua adalah gara-gara kerajaan sedang bersedia untuk melunaskan segala hutang piutang yang mereka hadapi. Namun, apakah pemimpin UMNO sanggup melakukan semua ini. Sedangkan selama ini mereka cukup dikenali sebagai perompak wang rakyat?. Hasil mahsul di negeri Pahang habis dirompak oleh mereka sesuka hati terutamanya hutan balak. Itu belum termasuk tanah-tanah yang terjual kepada orang luar atas nama sebuah pembangunan. Semua ini disedari oleh rakyat. Sedangkan negeri Pahang masih lagi mempunyai kadar kemiskinan tegar yang begitu tinggi. Kenapa ini terjadi? Kerana pemimpin UMNO gagal mentadbirurus kewangan kerajaan negeri dengan baik. Mereka boros dan terlibat dengan berbagai urusan "under table" yang menjurus ke arah kehinaan. Akhirnya kini, nama Pahang tersenarai dalam sebuah negeri yang bakal "muflis" di Malaysia hari ini. Apakah rakyat harus menerima ketentuan ini seadanya. Maka itu, lakukanlah perubahan dan pastikan Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih tampuk kepimpinan kerajaan negeri Pahang dalam pilihanraya umum ke-13 akan datang nanti.

Pengusaha Didahulukan Rakyat Dilupakan


Ramai rakyat Pahang yang langsung tidak berbangga bila anak negeri ini Najib Razak menjadi Perdana Menteri. Malah, mereka langsung tidak dapat menerima anak Tun Razak itu sebagai pemimpin nombor satu negara. Berbagai masalah besar kini dihadapi oleh rakyat. Malahan, kemelut ekonomi dilihat semakin krtitikal dengan langkah terdesak kerajaan menaikkan harga minyak petrol di pasaran sekarang. Dalam keadaan menjelang perayaan Hari raya Aidil Fitri, sudah pastilah kenaikan harga minyak itu amat terasa dikalangan rakyat jelata terutamanya mereka yang berpendapatan rendah. Bukankah kenaikan itu akan menjurus kepada kenaikan harga barangan secara keseluruhannya kelak?. Ini telah berlaku sejak sekian lama. Kerajaan terus menipu rakyat dengan berbagai helah. Lihat dulu ketika mereka memperkenalkan caj 30% kepada tambang bas sebelum Aidil Fitri 2008, alasan yang diberikan untuk percubaan selama sebulan. Kemudian disambung lagi kepada beberapa bulan dan akhirnya kenaikan 30% itu terus dikekalkan sehingga sekarang. Rakyat yang tidak berdosa terus tertipu. Inilah bukti jelas bahawa kerajaan BN gagal melakukan perubahan yang dinantikan oleh sebahagian besar rakyat Malaysia sebenarnya. Mereka memberi berbagai alasan untuk mendera rakyat. Kini berlaku pula masalah bekalan gula yang agak meruncing sekarang. Biarpun ia dinafikan oleh pihak kerajaan, namun rakyat melihat bahawa strategi ini adalah untuk memaksa kerajaan menaikkan harga barangan itu dipasaran sekarang. Apatah lagi bila isu minyak petrol ini dimainkan oleh pengusaha kilang gula terbabit. Akhirnya bukan rakyat yang didahulukan tetapi "pengusaha yang kaya raya" itu pula diberi perhatian lebih oleh kerajaan. Bukankah ini bukti jelas bahawa Rakyat Malaysia terus diperbodoh-bodohkankan oleh kerajaan UMNO dan BN sebenarnya?

Intergriti Polis Dan Mahkamah Dipersoalkan

Kita tidak harus terus tertipu lagi. Rakyat diberikan otak dan fikiran yang waras untuk berfikir. Banyak kejadian misteri berlaku didepan mata yang rakyat sendiri boleh menilai kewajarannya. Lihat sahaja kes kematian Setiausaha Politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock yang banyak menimbulkan persoalan sehingga ke hari ini. Begitu juga kes liwat kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Saiful Bukhari Azlan yang jelas bercanggah dengan hakikat sebenar undang-undang. Mana mungkin pihak polis dan mahkamah tidak menerima laporan perubatan Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang mengesahkan bahawa Saiful tidak diliwat oleh sesiapa pun. Jika tidak diliwat dan disahkan secara klinikal dengan bukti-bukti perubatan, kenapa polis masih meneruskan kes ini?. Apa yang disiasat?. Buntut Saiful atau mencari bukti untuk mensabitkan Anwar dengan kes ini?. Profesionalisme polis dan mahkamah terus dipertikaikan, bilamana kes yang "tiada kes" seperti ini masih mahu dipertahankan dengan alasan ada bukti DNA yang boleh mengaitkan tertuduh. Wajarkan laporan mulut Saiful lebih diterima daripada laporan perubatan HKL oleh doktor-doktor pakar yang dilantik oleh kerajaan?. Semua ini mengundang persoalan dan kemelut yang bakal tiada kesudahannya kelak. Rakyat melihat dengan fikiran yang waras. Mereka lebih layak menjadi hakim daripada mahkamah yang sudah rosak integritinya. Oleh itu, mereka mahukan perubahan kearah kebaikan. Namun, selagi negara ini diperintah oleh kerajaan UMNO dan BN, nescaya perubahan yang diharapkan pasti tidak akan tercapai jua akhirnya.

Kemelut Perak Menjerat Leher Kerajan BN


Banyak lagi kes-kes yang mengelirukan berlaku mutakhir ini. Rampasan kuasa kerajaan negeri Perak oleh BN daripada Pakatan Rakyat juga dipercayai didalangi oleh Najib Razak. Ia terjadi selepas beliau memimpin UMNO Perak menggantikan Tajol Rosli. Isu lompat parti dan kehilangan dua ADUN PKR yang merupakan Exco Kerajaan negeri Perak telah menjurus kearah kehancuran sistem pentadbiran negeri itu. Sehingga ke hari ini Perak terus berada dalam keadaan terumbang-ambing. Negeri yang memecahkan rekod dunia, mempunyai dua orang Meteri Besar dan Speaker Dewan Undangan Negeri. Malah, belum pernah berlaku dalam sejarah perbalahan di dalam dewan yang menungkin anggota polis diarahkan masuk untuk bertindak bagi pihak kerajaan BN. Speaker diheret keluar secara paksa dan banyak lagi insiden yang tidak sepatutnya berlaku serta memalukan telah terjadi. Sehingga ke hari ini ekonomi Perak terus kritikal, malah pelabur asing juga dilihat takut untuk menanam modal di negeri itu. Semua ini kerana mereka tidak yakin dengan sistem petadbiran dan pemerintahan di Perak yang sungguh memusykilkan. Akhirnya Perak akan terus dirundung masalah hinggalah pilihanraya umum akan datang selagi Sultan tidak memperkenankan agar Dewan Udangan Negeri Perak dibubarkan. Soalnya, kenapa sebagai Sultan dan raja dalam negeri yang huru-hara serta kecoh itu baginda tidak berani membuat keputusan tersebut. Apakah ada rahsia yang berlaku antara institusi raja Perak dengan kerajaan UMNO dan BN sebenarnya. Akhirnya rakyat Perak dinafikan hak untuk membuat keputusan, siapakah kerajaan yang mereka pilih. Kekecohan yang berlaku akhirnya membawa kepada persidangan di bawah pokok dan terbaru di hotel pula. Biarpun BN memepertikaikan kesahihan persidangan tersebut, namun BN sendiri gagal mengadakan persidangan yang sah. Malah mereka takut untuk memanggil persidangan itu. Akhirnya rakyat Perak akan hidup dalam satu negeri yang begitu kalut dan kusut selepas ini. Kerajaan yang tidak sah memerintah tanpa mendapat mandat dari rakyat. Semua ini adalah berpunca daripada kerakusan puak-puak mereka untuk terus berkuasa biarpun secara paksa.

Kemelut Terengganu, Balasan Rampas Perak

Bagai sudah dijanjikan, akibat serangan bertalu-talu kerajaan terhadap negeri Perak hingga berjaya merampas kuasa disana. Kini, tiba-tiba pula kemelut panas berlaku di Negeri Terengganu. Kedengaran kini, ada beberapa orang ADUN BN di Terengganu akan melompat parti dan berkerjasama dengan PAS untuk membentuk kerajaan Pakatan Rakyat di sana. Biarpun isu ini dinafikan oleh pemimpin tertinggi UMNO, namun rakyat Terengganu lebih mengetahuinya. Team Idris Jusoh masih tidak reda Ahmad Said ditabalkan sebagai Menteri Besar. Biarpun Ahmad disokong oleh pihak istana, namun bagi mereka rakyat yang lebih berhak membuat keputusan. Keanguhan Team Idris ini jelas sekali menghina institusi raja Terengganu. Namun kenapa di Perak, mereka mengatakan bahawa Pakatan Rakyat "derhaka", tetapi di Terengganu pula sebaliknya?. Inilah padahnya bila terlalu rakus untuk berkuasa. Akhirnya pemimpin mereka sendiri yang tidak boleh menerima takdir yang berlaku. Akhirnya, TPM Muhyiddin Yassin terpaksa turun untuk memperbetulkan keadaan. Namun, kemelut akan semakin berpanjangan kerana kehadiran Muhyiddin tidak langsung disambut malah mendapat sokongan daripada Team Idris Jusoh semalam. Inilah bukti bahawa, Allah Taala memberi balasan atas keangkuhan dan keegoaan mereka gara-gara merampas Perak secara tidak sah dulu. Kini mereka mula gusar, andainya semua ADUN Team Idris Jusoh berpaling tadah dan keluar parti yang akhirnya membentuk kerajaan baru di Terengganu. Sama-sama kita nantikan kesudahannya episod dan kemelut Terengganu ini.

[Banyak lagi pendedahan eksklusif yang kami akan lakukan untuk memberi kesedaran kepada rakyat Malaysia bahawa konsep baru 1Malaysia "Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan" itu adalah satu retorik politik semata-mata untuk mengaburi mata mereka. Maka itu, rakyat perlu lakukan perubahan sekarang dan jangan lagi menoleh kebelakangan. Pastikan masa depan generasi akan datang akan senantiasa berada dalam keadaan yang aman dan selesa buat selamanya. Jangan dibiarkan mereka dibelenggu dengan satu sistem pemerintahan yang jelas sekali menyebabkan mereka berada dalam ketakutan seperti kita hari ini. Keadilan dan Islam harus ditegakkan demi maruah agama, bangsa dan negara. Yakinlah, lama kelamaan kebenaran terbit jua ].

Read more »

Pilihanraya Kecil DUN Permatang Pasir, Maka Akhirnya Calon PAS Menang Majoriti 4,551 !!


BUKIT MERTAJAM, 25 Ogos [8.00 pm] - Setelah berjuang dan berkempen selama lapan hari, maka akhirnya calon Pakatan rakyat dari parti PAS berjaya mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir, selepas, Mohd Salleh Man, 52, menang dengan majoriti 4,551 undi. Mohd Salleh memperoleh 9,618 undi, menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Rohaizat Othman, 38, yang mendapat 5,067 undi. Keputusan pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Roslan Yahaya di pusat penjumlahan undi di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bukit Mertajam malam tadi. Dengan keputusan ini, maka sudah pasti ia dapat menghilangkan keegoaan dan keangkuhan UMNO dan BN yang "membazirkan masa dan wang ringgit" untuk bertanding di situ. Walhal sepatutnya, BN tidak meletakkan calonnya seperti yang berlaku di DUN Penanti sebelum ini. Dengan bala tentera dan berbagai tawaran serta ganjaran kemewahan yang melimpah ruah akhirnya BN tengelam dalam "lubuk pasir" di Permatang Pasir. Kasihan benar melihat jentera pilihanraya dan pemimpin UMNO yang kelihatan bermuram durja dan sedih melihat keputusan ini. Malah ada dikalangan mereka yang sudah awal-awal telah mengangkat kaki "takut malu" meninggalkan Permatang Pasir. Semua ini berlaku kerana mereka masih tidak belajar daripada sejarah yang lalu, bahawa rakyat akan menolak segala "gula-gula" yang ditawarkan oleh mereka. Malah kerakusan BN menggunakan media arus perdana untuk menghentam dan mengadakan propaganda bagi menjatuhkan PAS menyebabkan mereka akhirnya "tenggelam bersama labu-labunya". Kini UMNOperlu menerima hakikat bahawa masa depan dan riwayat mereka bertambah suram dan bakal karam dipukul gelombang Tsunami kedua.

Dengan kemenangan ini juga, ia telah melengkapkan pukulan TKO buat kerajaan UMNO dan BN kepada 7-1. Mereka hanya menang dengan undi "helikopter" di Batang Ai Sarawak, yang lainnya mereka kalah dengan majoriti besar selain Manek Urai. Jika dilihat kepada keputusan di Manek Urai ternyata pemimpin UMNO terutamannya Muhyiddin Yassin dengan lantang menyatakan bahawa rakyat sudah mula berubah menyokong BN semula. Walhal rakyat seluruh Malaysia tahu bahawa majoriti undi yang dikurangkan oleh BN itu kerana "Undi Jambatan" yang dijanjikan oleh Muhyiddin beberapa hari menjelang pilihanraya kecil kawasan itu dulu. Kini sejarah membuktikan bahawa UMNO dan BN sudah tidak relevan lagi untuk rakyat Malaysia. Ternyata mereka sudah mula nampak dan mahukan perubahan besar berlaku dalam pilihanraya umum akan datang. Hanya orang-orang yang "tidak sedar diri" sahaja yang masih terkinja-kinja mempertahankan kononnya UMNO masih diterima rakyat. Walhal, hakikat sebenar jauh panggang dari api. Oleh itu, puak-puak UMNO kini boleh bermuhasabah diri demi mencari sokongan semula rakyat Malaysia. Jika tidak sudah pasti parti karat itu akan dikapankan bersama dengan dacing-dacingnya satu hari nanti. Hanya takdir yang menentukan, bahawa suara rakyat adalah suara keramat. Pemimpin UMNO boleh lakukan apa sahaja untuk menipu dan menzalimi rakyat. Namun selagi hayat dikandung badan, rakyat akan terus pastikan bahawa UMNO dan BN bakal tinggal sejarah dan disimpan di Arkib Negara satu hari nanti. Oleh itu, kepada rakan-rakan dalam UMNO dan BN bolehlah mula bersiap sedia untuk berpindah kapal. Jika tidak, mereka akan turut sama terkena tempias itu.

[Salam perjuangan buat semua petugas Pakatan Rakyat di Permatang Pasir. Tahniah atas segala usaha dan istiqamah dalam menjalankan tugas hingga membawa kemenangan kepada Parti PAS. Biarpun terpaksa berhadapan dengan berbagai peraturan baru yang dikuatkuasa oleh pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), namun akhirnya kejayaan jua tercipta. Kejayaan paling manis yang dikecapi menjelang setahun kemenangan manis kejayaan Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan kerusi parlimen Permatang Pauh pada 26 Ogos 2008 yang lalu. Lebih manis lagi kejayaan yang dikecapi itu diperolehi pada bulan Ramadan Al-Mubarak yang mulia ini. Semoga kejayaan ini bakal menyemarakan semangat rakyat untuk memastikan kemenangan yang lebih besar dalam pilihanraya umum akan datang. Kami di PDO senantiasa akan bersama rakyat untuk mempertahankan kemenangan ini].

Read more »

Amanat Khas: Pilihanraya Kecil DUN Permatang Pasir, Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abd Aziz Nik Mat Seru Pengundi Pilih Saleh Man

Menjelang 1 Ramadhan 1430, genaplah lapan warkah rayuan pengundi yang telah saya tulis dan tandatangani. Entah apalah rahsia yang tersimpan dalam lipatan perbendaharaan ilmu Allah yang Maha Luas itu sehingga berlaku lapan pilihan raya kecil sejak Pilihan Raya Umum Ke-12, tiada siapa jua yang mampu menekanya. Apa yang hanya boleh kita baca dari tujuh pilihan raya kecil yang telah berlalu, parti yang bertanding dari Pakatan Rakyat telah menang sebanyak enam kali berturut-turut. BN cuma menang sekali; itupun di Batang Ai, Sarawak. Ini realiti dan ini kenyataan. Pada kali ini Kerusi Permatang Pasir menjemput kita sekali lagi untuk turun ke gelanggang. Walaupun dengan penuh berat, kita terpaksa melepaskan Allahyarham Dato’ Hamdan kita untuk kembali menemuiNya. Bagi kita yang hidup, tuntutan sambungan jihad demi sebuah tanggungjawab wajib diteruskan. Sudah tiga penggal calon kita bersusah payah untuk mengangkat Islam dan sudah lima belas tahun rakyat di Permatang Pasir memperbaharui kepercayaan agar PAS terus menerajui kerusi DUN Permatang Pasir ini. Jika dibaca nilai istiqamah pengundi di sini di masa-masa lalu, ia jelas menunjukkan betapa tingginya iltizam, kenyakinan dan komitmen mereka. Walaupun mereka tentu boleh faham bahawa apalah sangat memberi kemenangan kepada PAS di kerusi ini dari segi memerintah negeri, namun pada saya, majoriti yang diraih Allahyarham pada 8 Mac 2008, melebihi 5,000 undi teramat mahal.

Bagi pengundi Islam tanpa mengira bangsa, mereka tentu ingin merakamkan sokongan mereka kepada sebuah gerakan Islam yang membawa perjuangan Islam syamil yang sebenar.
Mereka tidak sanggup memangkah parti UMNO yang mengamalkan Islam dari klon sekular; agama suku dan politik suku. Mana boleh diasingkan iman dengan Islam dan Islam dengan politik? Islam jenis sekular yang diperjuangkan oleh UMNO inilah yang saya namakan sebagai Islam palsu. Sebagaimana adanya wang palsu, rambut palsu atau kad pengenalan palsu; begitu jugalah dengan Islam palsu. Benda palsu; nampak macam sebenar tetapi ia tetap tidak asli. Bagi yang ahli, dia akan tetap tahu membezakan antara bunga hidup dengan bunga plastik. Dengan keadaan tidak tulen itulah timbulnya keraguan. Soalnya bolehkah yang diragu-ragu (syak) itu dibawa untuk mendapatkan anugerah Syurga Allah di akhirat kelak? Saya bercakap dari sudut aqidah dan kaedah. Jika buat begini ia boleh jadi begini. Jika tidak sempurna wudhu’, amalan sembahyang tidak diterima. Jika tolak Islam dari Allah, maka dengan apa nak digantikan? Ini bukan soal saya mendahului Tuhan atau lebih tahu dari Tuhan. Ini soal kaedah. Saya percaya, para pengundi Islam di Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir boleh dengan mudah memahami persoalan ini.

Manakala bagi pengundi bukan Islam pula pada umumnya, saya seakan boleh menyelami keresahan yang sedang bergolak di hati saudara saudari sekelian. Di sana ada tuduhan rasuah berjumlah RM10 juta yang katanya melibatkan pemimpin MCA. Di sana juga ada kes kematian misteri seorang anak muda bernama Teoh Beng Hock sewaktu berada di dalam siasatan (custody) SPRM. Di sana juga ada kes kematian Kugan sewaktu berada di dalam tahanan polis. Dengan insiden stadium runtuh dan gelanggang akuatik yang tidak selamat di Terengganu, keretakan yang berlaku di lebuh raya MRR2 serta LDP dan skandal di PKFZ Pelabuhan Klang yang bernilai berbilion ringgit, ramai pemimpin Umno yang kena gantung dan disabitkan kesalahan mengamalkan politik wang termasuklah Ketua Menteri Melaka yang masih ada sekarang, buruknya layanan ke atas rakyat yang berhimpun secara aman untuk mengangkat nota bantahan ISA kepada DYMM Yang Dipertuan Agung, cederanya Sdr. Wong dan Gobalakrishnan di tangan SPRM dan Polis – pengamal undang-undang, para pencinta demokrasi dan pejuang hak asasi tidak mempunyai lain-lain harapan pemulihan untuk negara kita. Apa yang ada hanya satu sahaja iaitu mengekalkan kerusi yang sudah dikuasai oleh PR dan dapatkan sebanyak mungkin kerusi-kerusi tambahan dari UMNO dan BN jika berlaku lagi pilihan raya kecil. Ini adalah langkah persiapan untuk mengambil alih kerusi, kemudi di Putrajaya tidak lama lagi. Hanya melalui cara ini sahaja Malaysia akan memperkukuhkan sistem dua parti yang boleh menyemak Institusi Kehakiman, pelaksanaan “rule of law” dan perjalanan demokrasi. Melalui laluan baru inilah, Malaysia akan menjalani proses tajdid, transformasi dan reformasinya.


InsyaAllah, ini akan berlaku tidak lama lagi. Melihatkan trend sokongan non-muslim kepada calon Parti Islam SeMalaysia dan PR, khususnya di Parlimen Permatang Pauh yang telah memenangkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan di Parlimen Bukit Gantang yang telah memenangkan Datuk’ Seri Nizar Jamaludin baru empat lima bulan yang lalu, saya cukup mempunyai keyakinan. Mari kita sama-sama perbesarkan majoriti kita di DUN N11 ini agar menjadi kekal, tidak kurang dari 5,000 undi, sekurang-kurangnya untuk ujian pada 25 Ogos 2009. Tinggalkan UMNO dengan syurga politik wangnya. Mari kita terus istiqamah untuk tetap berada di tengah-tengah gelora kesedaran rakyat demi menafikan Umno/BN yang sudah laih dan kehilangan stamina mulai sekarang. Jangan tertipu lagi untuk percayakan slogan-slogan baru yang dikitar semula. Dulu Islam Hadhari. Kini One Malaysia pula. Esok entah apa pulalah. UMNO ni nak jadi apa, entahlah. Nak kata udang pun tidak. Ikan pun bukan. Ingatlah pesan pepatah Melayu: Jika sudah kepalanya ular, mustahil ekornya belut. Akhir kata, gunakanlah kesempatan membuang undi pada kali ini dengan penuh cermat. Walaupun kita berpuasa dan kemungkinan kita boleh jadi letih tetapi tidakkah Peperangan Badar yang berlaku dalam bulan Ramadhan itu pernah membawa kemenangan yang besar? Tiada perbuatan yang lebih mulia pada hari mengundi di bulan Ramadhan pada kali ini melainkan memangkah parti yang boleh membela maaruf dan kebaikan; sekaligus menolak kemungkaran, rasuah, kezaliman dan ketidakadilan. Undilah Saudara Saleh bin Man. Undilah PAS dan PR demi keadilan Islam.


Hanya mereka yang mempunyai otak dan fikiran yang waras sahaja akan mengerti apakah yang diperkatakan oleh Tuan Guru Nik Aziz ini. Bagi puak-puak UMNO dan BN yang sememangnya tidak mahu menerima kebenaran, sudah pasti mereka akan terus menolak segalanya. Malah mereka lebih selesa untuk mengutuk serta menghina MB Kelantan itu dengan berbagai cemuhan, walhal sebagai orang ugama yang telah banyak mendidik pelajarnya maka menjadi kewajipan bagi beliau untuk berkata benar biar pun pahit. Oleh itu, para pengundi di DUN Permatang Pasir yang akan menunaikan tanggungjawab hari ini diseru agar mengambil kata-kata daripada Tuan Guru Nik Aziz untuk dijadikan panduan dan pedoman mereka selepas ini. Apa yang penting kemenangan PAS itu pasti akan menghilangkan keegoaan puak-puak UMNO dan BN selepas berjaya mengurangkan undi di pilihanraya kecil DUN Manek Urai baru-baru ini].

Read more »

Salam Ramadhan Al-Mubarak Buat Semua

Sempena dengan keberkatan bulan Ramadhan yang mulia ini, Cucu mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat berpuasa buat muslimin dan muslimat dari seluruh dunia. Semoga bulan ini akan dapat mengajar kita erti perjuangan yang sebenar, dalam memartabatkan Islam dan keadilan di bumi Malaysia yang tercinta ini. Cucu menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf kerana agak lambat untuk mengemaskini blog ini, lantaran begitu sibuk dengan tugasan seharian. Walau bagaimana pun Cucu amatlah berterima kasih atas sokongan semua pihak untuk terus singgah ke laman blog ini. Banyak peristiwa yang berlaku sepanjang sebulan yang lalu, semuanya memberi cukup erti untuk kita memantapkan perjuangan ini. Apa yang penting ialah kerjasama erat yang berlaku antara ketiga-tiga parti utama dalam Pakatan Rakyat akan terus dikekalkan. Cucu menjangkakan jika tiada aral melintang, sudah pasti negeri Pahang ini bakal jatuh ke tangan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya umum akan datang. Biarpun kini Cucu tidak aktif seperti rakan-rakan yang lain dalam parti, namun dari kejauhan misi dan visinya adalah tetap sama iaitu membentuk kerajaan baru yang lebih prihatin, adil dan saksama di negeri Pahang Darul Makmur ini. Kekuatan Pakatan Rakyat semakin terserlah dengan gandingan Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man (PAS) dan Dato' Fauzi Abd Rahman (PKR) serta disokong pula oleh rakan-rakan dari DAP seperti YB Leong Ngah Ngah (Triang) dan lain-lainnya. Harapan besar untuk melihat negeri Pahang ini ditakluki oleh Pakatan Rakyat dalam pilihanraya umum ke-13 nanti semakin terserlah. Justeru itu, Cucu berharap semua pihak dapat mengandakan usaha dan memperbanyakkan doa di bulan Ramadhan yang mulia ini agar segalanya akan tercapai jua akhirnya nanti.

Buat rakan-rakan yang kini sedang berhempas pulas berjuang di Pilihanraya Kecil DUN Permatang Pasir, Pulau Pinang Cucu doakan semuanya akan berjaya membawa pulang kemenangan yang cukup manis untuk dihadiahkan kepada rakyat. Keegoan UMNO dan Barisan Nasional kian terserlah tatkala mereka berjaya mengurangkan undi majoriti PAS dalam pilihanraya kecil di Manek Urai baru-baru ini. Mereka mula berkokok kononnya rakyat sudah boleh menerima kepimpinan PM Najib Razak. Walhal, rakyat di sana sebenarnya ditipu oleh janji manis yang mereka bawa. Itu tidak termasuk lagi dengan ganjaran wang ringgit yang mereka tabur. Harus diingat Permatang Pasir terletak dalam Parlimen Permatang Pauh yang diwakili oleh Ketua Umum PKR dan Ketua Pembangkang di parlimen iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jika BN menang di sini, bermakna mereka akan berkokok sepanjang tahun untuk mengatakan yang UMNO dan BN sudah diterima semula oleh rakyat. Maka itulah usaha perlu dilakukan untuk memastikan calon PAS, Ustaz Salleh Man menang dengan majoriti yang lebih besar kali ini. Jika ini berlaku, maka sudah pasti harapan besar untuk kita melihat kerajaan pusat bertukar pada pilihanraya umum akan datang bakal terlaksana.

Read more »

Pastikan Kebenaran Itu Tertegak Jua Akhirnya

Pertamanya Cucu ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan berbanyak terima kasih atas kesudian para pembaca menjengok ke blog ini. Ramai juga yang memberi komen, kerana kelewatan untuk mengemaskini blog ini secara efektif seperti dulu. Sebenarnya Cucu kini begitu sibuk dengan urusan bisnes dan terkadang agak leka untuk itu. Walau bagaimana pun Cucu masih menghargai sokongan dan kunjungan semua. Dikesempatan ini juga, Cucu ingin mengucapkan syabas dan tahnia kepada calon PAS di Manek Urai, yang telah berjaya memenangi kerusi itu Selasa lalu. Biarpun dengan hanya majoriti tipis 65 undi sahaja, namun ia jelas membayangkan bahawa rakyat tetap menolak UMNO dan BN secara keseluruhannya. Tidak lupa juga buat semua petugas dan pejuang Pakatan Rakyat yang telah bertungkus lumus bagi memastikan kemenangan bersejarah itu. Sebab apa ia bersejarah? Kerana kemenangan itu diperolehi dalam keadaan berhadapan dengan bala tentera bergajah BN serta limpahan janji manis dan kewangan yang mencecah jutaan ringgit. Sebab itulah rakan-rakan dari BN sendiri pun amat terkejut dengan kemenangan PAS ini. Cuma, bagi mengelakkan malu yang lebih besar maka mereka terpaksa berbangga dengan kejayaan mengurangkan majoriti kemenangan PAS itu. Walau bagaimana pun, rakyat lebih tahu situasi sebenarnya, daripada apa yang dikhabarkan oleh media perdana.

Cucu tetap berbangga dengan kemenangan PAS itu sebenarnya. Biarlah apa jua tohmahan yang dilemparkan oleh UMNO dan BN, namun yang menang tetap menang dan yang kalah itu tetap kalah biarpun dengan satu undi. Inilah yang berlaku kepada bekas ADUN Chini di Pahang iaitu Dato' Wan Razali Wan Mahussin dulu. Beliau tewas kepada calon PKR, Jefri Rashid dengan kelebihan 5 undi sahaja ketika itu. Apakah beliau boleh berkira-kira yang dirinya berbangga dengan kekalahan tersebut? Melainkan terpaksa menerima hakikat yang dia memang tewas dan kalah serta tidak lagi menjadi wakil rakyat kawasan terbabit. Beliau kini selesa menjawat jawatan Speaker Dewan Undangan Negeri Pahang sehingga ke hari ini. Ini menguatkan lagi hujjah bahawa tidak ada orang yang akan bergembira dengan kekalahan biarpun hanya 5 undi sahaja. Kekalahan adalah sesuatu yang pahit untuk dikenang atau dibicarakan. Apatah lagi jika kita sudah mengeluarkan belanja yang besar untuk tujuan tersebut. Maka itu Cucu agak hairan dengan sifat dan perangai pemimpin UMNO dan BN yang bergembira dan seronok dengan kelalahan di Manek Urai. Walau bagaimana pun, Cucu tetap menjangka PAS akan menang dengan majoriti besar bagi kawasan tersebut dalam pilihanraya umum akan datang. Ini kerana tiada lagi janji manis tinggi menggunung dan pucuk pimpinan tertinggi akan turun berkampung di sana bagi menagih undi. Rakyat sebenarnya masih sayangkan PAS di Kelantan, ini kerana mereka tahu parti itu benar-benar ikhlas bekerja dan membela rakyat.

Perbicaraan liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim juga bermula sekarang. Biarpun perbicaraan sebenar akan bermula pada 24 Julai 2009 ini, namun Cucu tetap berharap agar keadilan dapat ditegakkan dalam kes ini. Bagi Cucu, integriti mahkamah akan terus hancur luluh jika masih ada tangan-tangan belakang yang mencaturkan segala keputusan yang bakal berlaku. Cucu tetap dengan pendirian asal bahawa pihak polis harus menyiasat laporan perubatan Hospital Pusrawi dan Hospital Kuala Lumpur berhubung dengan bukti jelas yang Saiful tidak diliwat oleh sesiapa. Jika ini benar, maka Saiful pula harus didakwa kerana membuat laporan palsu serta menipu pihak polis dan mahkamah. Namun, kenapa ini tidak dilakukan oleh polis Malaysia yang kononnya profesional. Nampak benar seolah-olah wujud konspirasi yang sama seperti kes pertama Anwar dulu. Semoga Datuk Seri Anwar Ibrahim akan tetap tabah menghadapi segala musibah dan dugaan ini hendaknya. Yakinlah, kebenaran pasti akan tertegak jua akhirnya di muka bumi. Teruskan perjuangan, lawan tetap lawan. Lawan sampai mati !!. Cucu sempat juga hadir dan bertemu dengan ramai sahabat yang bertanyakan tentang kes Anwar ini. Terima kasih kepada semua terutamanya kroni di Restoran Vista Indera Mahkota dan lain-lain lagi. Insya Allah Cucumatkilau akan terus bersuara untuk menyemarakkan alam siber ini buat selama-lamanya. Salam perjuangan!

Read more »

Hadir Ke Mahkamah Tinggi Ikuti Kes Anwar !!

Cucu telah hadir ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk melihat dari dekat senario yang berlaku ketika kes perbicaraan liwat didengari. Bertolak dari Kuantan menaiki sekitar jam 1.00 pagi dan sampai di Puduraya jam 4.30 pagi itu. Selepas bersolat di surau Puduraya Cucu terus bersarapan di sebuah restoran mamak berdekatan. Kemudian menaiki teksi ke Masjid Wilayah iaitu lokasi dimana Saiful Bukhari membuat akaun sumpah laknatnya dulu. Sempat mandi disitu, biarpun dalam keadaan yang cukup berhati-hati. Kemudia Cucu berjalan kaki menuju ke Mahkamah Tinggi. Kelihatan beberapa orang anggota polis berpakaian biasa dan trafik sedang mengawal lalulintas. Mujurlah Cucu tidak ditahan oleh mereka. Tambahan pula Cucu bersendirian ketika itu. Sampai dihadapan pintu masuk mahkamah, kelihatan beberapa orang wartawan tempatan dan asing sudah bersedia untuk membuat liputan. Sekitar jam 9.30 pagi, Cucu masuk ke perkarangan mahkamah dan menunggu di sana. Sempat berjumpa dengan rakan-rakan lama. Malah Cucu juga bertemu sekali lagi dengan YB Zuraida selepas sehari sebelumnya di Manek Urai. Beberapa lama kemudia peguam Anwar seperri Sankara Nair, Sivarasa dan lain-lainnya tiba. Kemudian selepas itu diikuti oleh Anwar dan isterinya. Kehadiran Anwar mendapat tepukan gemuruh wartawan dan orang ramai yang hadir. Kelihatan para wartawan bertolak-tolak untuk mengambil gambar Anwar dari jarak dekat. Selepas Anwar masuk ke bilik perbicaraan, Cucu bertemu dengan Zulkarnain Taib (Editor Suara Keadilan) dan Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nasharuddin Hassan Tantawi. Berbual beberapa perkara dan kemudian bersama Zul ke cafeteria mahkamah. Banyak perkara yang Cucu bualkan terutamanya tentang aspek kewartawanan. Sempat bertemu dengan Chegubard di cafe berkenaan. Cucu dan Zul kemudian telah ke rumah beliau di Taman Datuk Senu dan kemudian ke IJN untuk melawat bapa saudara beliau yang sakit. Selepas itu Cucu mengekori Zul ke Pejabat Suara Keadilan yang baru di Shah Alam. Kami berbual panjang termasuk bercerita pasal Manek Urai.

Sekitar jam 5.00 petang, sempat bertemu dengan Hj.Yunus orang kanan Suara Keadilan, TV Antara dan TV Selangor. Beliau menawarkan lagi peluang kerja kepada Cucu. Cucu sempat berbincang agak lama juga sama ada menerima atau tidak tawaran yang dibuat itu. Sekitar jam 6.45 pm melawat ke TV Selangor dan kemudiannya ke Kuala Lumpur. Makan di Restoran Arab, Jalan Damai. Sempat beramah mesra dengan pimpinan PKR bahagian Putrajaya. Kemudian selepas itu, ke Shah Alam semula bertemu dengan beberapa orang pemimpin MLM untuk mendengar peluang yang ditawarkan. Selepas itu sekitar jam 12.00 balik ke rumah Zul di Sentul dan bermalam di situ. Sempat berbual banyak perkara terutamanya sejarah pahlawan Melayu yang terus terpinggir (Jam tertinggal di rumah dia). Sekitar jam 8.00 pagi keluar rumah. Zul kena balik Taiping kerana bapa saudaranya meninggal dunia. Cucu transit di Hospital Tawakal dan bersarapan di Restoran Haslam dan kemudiannya menaikini teksi ke Hentian Bas Pekeliling. Sekitar jam 11.00 pagi, Rosdi Azom datang dan kami ke sebuah Restoran White Coffe di bandar. Kemudian kami ke Gombak .......

Read more »

Cucu Berceramah Isu Saiful Di Manek Urai !!

Salam perjuangan ! Cucu hadir ke hari pencalonan pilihanraya kecil Manek Urai hari ini. Menaiki keretapi dari Kuala Lipis ke Kuala Krai. Cucu bertolak sekitar jam 3.00 pagi dan sampai 4 jam kemudian. Terus menaiki kereta sapu ke Masjid Johar iaitu lokasi penyokong PAS berkumpul untuk berarak ke pusat penamaan calon. Sampai di masjid terbabit, kelihatan penyokong PAS dari seluruh negara telah mula membanjiri lokasi terbabit. Sekitar dua atau tiga ribu orang dilihat berada diperkarangan masjid dan masih ada yang sampai. Hasrat untuk mandi di masjid itu terbantut kerana masalah tandas yang tidak selesa dan mencukupi. Akhirnya Cucu hubungan Ustaz Azhan Atan untuk memaklumkan keadaan yang berlaku. Beliau pula sejak awal-awal pagi sudah berada di lokasi berhampiran dengan tempat penamaan calon. Maka terpaksalah Cucu berjalan kaki sejauh 1.4 km untuk sampai ke lokasi terbabit. Dalam perjalanan, sempat memerhatikan kelibat petugas PAS dan penyokong yang sudah mula memenuhi kawasan terbabit. Ketika itu jam masih menunjukkan pukul 6.30 pagi. Cucu singgah di Mahkamah Syariah Kuala Krai dan mencari tandas atau bilik air untuk mandi. Kelihatan beberapa orang petugas PAS dari Bukit Gantang yang turut berada dalam sebuah surau disitu. Mujurlah orang tidak berapa ramai dan Cucu berpeluang untuk mandi serta berehat seketika di situ.


Cucu kemudian meneruskan perjalanan dengan berjalan kaki ke lokasi pusat penamaan calon. Sempat singgah dan mengambil beberapa keping gambar berkaitan untuk disiarkan didalam blog ini. Sampai di kawasan gerai, Cucu berhenti seketika untuk mengisi perut. Keadaan masih tenang ketika itu. Hanya terdapat beberapa orang penyokong Pakatan Rakyat yang sudah mula sampai dan turut menjamu selera di gerai berhampiran. Cucu meneruskan perjalanan kes lokasi penamaan calon. Kelihatan beberapa orang anggota polis yang berkawal dan menjaga laluan masuk ke lokasi. Dalam jarak lebih 200 meter, Cucu terpaksa merempuh kawalan pihak polis untuk tiba di tapak. Ustaz Azhan Atan sedang menunggu di khemahnya. Beliau sedang menyusun barangan berkaitan untuk dijual kepada penyokong Pakatan Rakyat. Kami sempat berbual beberapa perkara termasuk show beliau di Kuala Lipis sebelum itu. Sekitar jam 8.00 pagi orang ramai sudah mula berarak dalam kelompok yang kecil. Kelihatan selepas itu kelompok besar yang terdiri dari lebih 10,000 penyokong tiba. Suasana ahak panik kerana gerai niaga kami dirempuh oleh luatan manusia. Mujurlah keadaan agak stabil dan tidak berlaku sebarang insiden yang tidak diingini ketika orang ramai berasak-asak itu.

Dari jauh, Cucu dapat melihat ketibaan calon PAS diiringi oleh Presiden Tuan Guru Hj.Hadi, Mursyidul Am Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim, Azmin Ali, Salahuddin Yaub, Saifuddin Nasution dan ramai lagi. Malah turut kelihatan ialah Datuk Zaid Ibrahim, bekas menteri UMNO yang kini bersama dengan Pakatan Rakyat. Suasana sungguh meriah ketika itu. Pihak polis dan FRU berkawal sambil melintangkan kawad duri bagi menghalang orang ramai masuk ke kawasan yang dilarang. Seketika kemudian Ustaz Azhan selaku bekas Juara Akademi Nasyid TV9 mula memasangkan speaker box yang dibawanya. Alunan zikir munajat bergema sambil diselang seli dengan ucapan aluan daripada wakil pemuda PAS kawasan. Kemudia pengacara memanggil beberapa orang tetamu untuk berucap. Antaranya ialah Dato' Husam Musa, Ustaz Nasharuddin Hassan Tantawi, Ustaz Azhar, Ustaz Budak dan ramai lagi wakil kaum Cina dan India. Suasana sungguh meriah ketika itu, kerana rakyat sedang menunggu pengumuman calon oleh Pengerusi Pilihanraya. Kemudian, Cucu diminta berucap pula tentang kes Saiful Bukhari Azlan. Memandangkan nama Cucu sering dikaitkan dengan blog Pahang Daily Online, maka Cucu mengambil peluang antara 10 hingga 15 minit untuk membuat ucapan panas itu. Tepukan gemuruh bergema menyemarakkan lagi semangat Cucu untuk membuat kenyataan. Hampir dua ribu orang berada dihadapan ketika itu.

Selepas berucap, Cucu mempromosikan barangan yang dijual di gerai Uztaz Azhan Atan seperti buku, CD, bookmark, pen dan sebagainya. Orang ramai berpusu-pusu membeli barangan terbabit sebagai kenangan. Selang beberapa ketika, kendengaran orang ramai meminta Ustaz Azhan menyampaikan beberapa buah lagi nasyid beliau. Untuk tidak mengecewakan penyokong Pakatan Rakyat yang ramai disitu, beliau telah menyumbangkan beberapa buah lagu sebagai hiburan bersama. Suasana sungguh meriah, malah Cucu juga sempat menjadi juruhebah untuk mempromosikan porgram ceramah dan produk Ustaz Azhan Atan disitu. Program berakhir selepas pengumuman calon dibuat. Barangan agak laris macam goreng pisang. Selesai acara Cucu smpat bertemu dengan YB Zuraida, Ketua Wanita PKR dan Ahli Parlimen Ampang untuk berbual dan bertukar maklumat semasa terutamanya isu saman Saiful terhadap Pahang Daily Online. Turut berada disitu ialah Dr.Lo' Lo' dan Ustazah Zailah (PAS). Selesai acara kami makan tengahari di sebuah restoran dekat bandar Kuala Krai. Ustaz Azhan kemudia menghantar Cucu ke Kota Bharu untuk menaiki bas balik ke Kuantan. Kesihatan Cucu agak terjejas ketika itu. Cucu bertolak balik ke Kuantan menaiki bas Transnasional Ekspress sekitar jam 9.30 malam dan tiba jam 5 pagi esoknya. Salam buat semua rakan-rakan di Manek Urai. Teruskan perjuangan semua dan pastikan PAS menang dengan majoriti yang lebih besar hendaknya.

Read more »

Kerajaan UMNO BN Semakin Bercelaru Kini !!

Cucu amat terharu dengan apa yang berlaku kepada undang-undang negara sekarang ini. Nampak benar kini ia telah diperkotak-katikkan oleh pihak kerajaann untuk kepentingan politik mereka. Lantaran itu banyak kes-kes yang tidak logik dan masuk dek akal kini dilihat berlaku sewenang-wenangnya didepan mata kita. Risau benar untuk kita melihat ke depan, jika inilah yang bakal dihadapi juga oleh anak cucu kita pada masa akan datang. Tindakan yang jelas bercanggah dengan perlembagaan negara kita dilihat bagaikan keadilan oleh mereka. Apakah ini caranya untuk kita melaksanakan undang-undang di negara kita?. Mana perginya prinsip Rukunegara yang dipelajari dulu ketika di sekolah?. Mana perginya keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang yang selama ini diamalkan?. Apakah kini, dek kerana kuasa kita bebas melakukan apa sahaja? Jika beginilah keadaannya, maka wajarlah ayah bonda kita dipersalahkan kerana telah tersilap memilih kerajaan yang sesuai untuk kita. Kerajaan yang adil dan saksama melayan semua rakyat tanpa mengira fahaman politik, bangsa dan agama. Bukannya kerajaan yang kononnya berjiwa rakyat tetapi hanya memberi perhatian dan melaksanakan tanggungjawab untuk membela puak-puak UMNO dan Barisan Nasional semata-mata. Bahkan, kerajaan yang ada sekarang sudah jelas melampau dan wajar dihapuskan!. Mereka memang sudah terpesong dari matlamat asal kewujudannya.

Kekuatan politik dan kebangkitan Pakatan Rakyat yang mencetuskan gelombang "Tsunami" dalam pilihanraya umum ke-13 telah memberi tamparan hebat kepada kerajaan UMNO dan BN. Maka itulah, dalam menuju ke arah pilihanraya ke-13 tidak lama lagi mereka terpaksa mencari jalan yang sesuai untuk menafikan hak rakyat untuk memilih parti lawan sebagai kerajaan baru. Sudah lebih 50 tahun mereka merosakkan minda dan fikiran rakyat, kini rakyat semakin hari semakin keliru dengan apa yang berlaku di depan mata mereka. Hukuman yang dibuat oleh mereka amatlah dasyat sekali sehingga menghalalkan apa jua tindakan yang jelas bertentangan dengan undang-undang dan perlembagaan negara. Malah mereka juga sewenang-wenangnya mempersetankan semua prinsip yang sepatutnya

Read more »

Anwar Kemuka 98 Hujah Kesnya Perlu Ditolak !

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukakan 98 hujah kenapa pertuduhan liwat ke atasnya harus ditolak oleh Mahkamah, termasuk dua laporan perubatan dari hospital swasta dan kerajaan yang mengesahkan tidak ada bukti pengadu Saiful Bukhari diliwat. Beliau turut menamakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Ketua Polis Negara Musa Hassan dan Peguam Negara Gani Patail sebagai terbabit langsung dalam konspirasi untuk menjatuhkan beliau dengan mendalangi pertuduhan liwat itu. Anwar mengemukakan hujah-hujah itu dalam affidavit bagi menyokong permohonan berkenaan kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam, kira-kira dua minggu sebelum perbicaraan kes liwat itu dijadualkan bermula pada 1 Julai. Dalam mengemukakan 98 hujah itu, Anwar menegaskan pertuduhan terhadapnya menyalahguna proses mahkamah atas empat sebab utama ialah Pertuduhan itu adalah konspirasi politik, Pertuduhan itu mencabuli hak beliau dibawah perlembagaan, Pendakwaan yang dilakukan adalah berniat jahat tetapi diteruskan walaupun ada keterangan pakar-pakar menafikan kejadian liwat dan kegagalan meneruskan pendakwaan terhadap Saiful di Mahkamah Syariah. Peguam Anwar Sivarasa Rasiah dan Amer Hamzah hari ini merujuk kepada laporan perubatan oleh tiga pakar Hospital Kuala Lumpur yang merumuskan tidak ada bukti Saiful diliwat. Laporan awal oleh doktor Pusat Perubatan Pusrawi juga membuat rumusan sedemikian dan disertakan dalam affidavit Anwar memohon mahkamah membatalkan pertuduhan itu. Dalam affidavit itu, Anwar berkata Perdana Menteri Najib Razak turut memainkan peranan di dalam konspirasi kes liwat terkini kerana menganggap Anwar sebagai ancaman utama kepada beliau.

“Lantaran itu, pertuduhan yang sengaja diada- adakan terhadap saya dalam kes terkini adalah satu konspirasi untuk memastikan agar saya tidak menggugat kerjaya politik Najib,” kata Anwar dalam affidavit itu. Anwar juga mengingatkan bahawa Najib telah menafikan pernah berjumpa Saiful tetapi “akhirnya mengaku ada menemui Saiful sebelum beliau membuat laporan palsu terhadap saya.” “Mengapakan Saiful tidak terus membuat laporan polis serta merta sekiranya benar dia telah diliwat sepertimana yang didakwa? Apakah perlunya untuk beliau berjumpa dengan Najib,” tegas Anwar. “Saya menegaskan bahawa Najib telah terlibat dalam usaha membuat laporan palsu terhadap saya,” tambah Anwar. Anwar juga berkata kes liwat terhadapnya kali ini sekali lagi membabitkan Peguam Negara Gani Patail dan Ketua Polis Negara Musa Hassan yang memainkan peranan penting dalam memalsukan keterangan terhadapnya dalam kes-kes 1988 dan insiden mata lebam. “Gani Patail dan Musa Hassan terlibat dan merupakan sebahagian daripada konspirasi untuk menyediakan laporan polis palsu… berhubung penangkapan saya” pada tahun 1988 kata Anwar dalam afidavit itu. Kedua-dua mereka juga terbabit dalam konspirasi untuk menyediakan laporan perubatan yang palsu oleh seorang doktor yang tidak pernah memeriksa Anwar dalam insiden mata lebam Anwar dipukul oleh Ketua Polis Negara ketika itu Rahim Nor. “Saya menegaskan bahawa pertuduhan terhadap saya dalam kes terkini adalah satu taktik untuk memastikan saya akan dipenjarakan atas kesalahan yang tidak saya lakukan dan juga untuk menutup kesalahan mereka (Gani dan Musa) sepertimana yang saya dedahkan,’ kata Anwar. “Kedua- dua mereka tahu bahawa saya telah memperolehi maklumat mengenai salah laku mereka dan cara terbaik untuk mereka mengalih perhatian rakyat dan menutup kesalahan mereka ialah dengan sekali lagi mencipta pertuduhan baru dan mendakwa saya,” kata Anwar. Anwar berkata tindakan yang diambil oleh Gani dan Musa mirip dengan perlakuan mereka dalam kes-kes 1998. “Sejak awal (1998), apabila saya dituduh di Mahkamah secara mala fide (niat jahat), terdapat percubaan dan tindakan memalsukan keterangan terhadap saya dengan memperalatkan institusi kerajaan seperti Polis, Jabatan Peguam Negara, Jabatan Kimia dan lain-lain,” kata Anwar dalam afadivitnya itu.

Dalam kes rasuahnya, Anwar berkata sampel darahnya dicuri untuk ujian DNA oleh pegawai polis Mohd Rodwan Mohd Yusof untuk “satu penipuan yang nyata.” Dalam kes liwat, Anwar berkata pihak polis dan pendakwaan jelas menggunakan manipulasi dan tipu-helah untuk memperolehi keterangan palsu daripada pengadu Azizah Abu Bakar yang banyak memberi kenyataan bercanggah. Pembohonan oleh Azizah akhirnya ditolak oleh Mahkamah Persekutuan yang menerima rayuan Anwar dan membebaskan dari penjara pada tahun September 2004. Anwar menguatkan hujahnya lagi dengan merujuk kepada cubaan Peguam Negara Gani Patail untuk memeras kenyataan palsu daripada R.Nallakarupan dan penderaan oleh polis terhadap Sukma Dermawan dan Munawar Anees. Beliau berkata afadivitnya jelas menghuraikan bukti bahawa pendakwaan terbaru terhadapnya adalah pendakwaan terhadap saya dalam kes terkini” berniat jahat dan penyalahgunaan proses undang-undang yang ketara pada peringkat tertinggi.

Read more »

Senario Politik Tanahair Semakin Mendebarkan

Agak lama juga Cucu tidak mengemaskini blog ini. Ribuan ampun dan kemaafan dipinta kerana buat masa ini agak sibuk dengan berbagai urusan peribadi yang tidak dapat dielakkan. Walau bagaimana pun Cucu masih terus mengikuti perkembangan politik tanahair yang dilihat semakin menarik mutakhir ini. Sebelum itu Cucu memohon maaf kepada rakan-rakan dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana tidak dapat menghadirkan diri ke Kongres Khas parti itu di Bangi baru-baru ini. Ramai rakan-rakan yang mencari kelibat Cucu di sana, antaranya ialah Zul Penang, Nizam Hamid dan lain-lain lagi. Apapun Cucu masih terus mengikuti perjalanan kongres secara online. Kehilangan Cucu yang agak lama bukanlah bererti blog ini akan terus berkubur begitu sahaja. Mana mungkin selepas lebih 10 tahun menjadi blogger tiba-tiba Cucu mengundur diri. Apapun, Insya Allah Cucu akan terus kembali dengan tulisan dan artikel panas seperti diawal pembabitan Cucu dengan dunia blogging ini dulu. Banyak insiden yang tidak diingin berlaku dan telah mendapat perhatian Cucu. Antaranya ialah kes perbicaraan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dijadualkan bermula pada 1 Julai 2009 ini. Selain daripada itu isu Kerajaan Perpaduan dan kes penggantungan MB Perak yang sah Datuk Seri Ir.Nizar Jamaluddin dan enam yang lain turut menarik perhatian sebenarnya. Semua ini adalah rentetan daripada sikap terlalu takutnya institusi parlimen di Malaysia dalam membicarakan masalah kekalutan politik dalam sebuah negeri dalam negara itu sendiri. Kenyataan Speaker Dewan Rakyat bahawa isu itu tidak relevan adalah karut sama sekali. Terbukti jelas bahawa Pandikar Amin Tak Mulia telah mendapat SMS daripada pihak tertentu agar menolak usul tersebut untuk dibahaskan. Inilah yang menjadi masalah kepada demokrasi di Malaysia sebenarnya.

Bila Speaker DUN Perak bertindak menggantung ADUN BN mereka dikatakan melakukan tindakan yang menyalahi undang-undang. Tapi bila wakil rakyat pembangkang digantung semuanya boleh belaka. Rosak amalan undang-undang di Malaysia. Sebab itulah Cucu melihat pandangan yang paling bernas diterima pada masa ini ialah daripada profesor undang-undang Aziz Bari dari Universiti Islam Antarabangsa. Beliau secara jelas mengupas kemelut politik yang berlaku di Perak dan bersikap neutral dalam setiap komen yang diberikan. Namun, segalanya itu ditolak bulat-bulat oleh kerajaan, kerana mereka tetap mempertahankan kononnya BN berada di pihak yang benar. Walhal, satu dunia tahu yang kerajaan Pakatan Rakyat telah dirampas oleh BN secara kekerasan dan penipuan. Itu pun mereka masih mahu menegakkan benang yang basah lagi. Akhirnya kini kerajaan Perak yang ada terus berada diawang-awangan dan tidak dapat berfungsi dengan baik biarpun Zambry Kadir cuba untuk memulihkan keyakinan dan kepercayaan rakyat itu. Apa yang rakyat mahukan ialah kembalikan kuasa kepada rakyat untuk membuat pilihan kerajaan manakah yang mereka mahu. Tindakan BN menggunakan mahkamah dan istana sebagai jalan terakhir mereka, jelas sekali menggambarkan ketakutan yang teramat sangat kepada suara rakyat itu sendiri. Malah, jika pun rakyat diberikan hak untuk memilih dan DUN dibubarkan belum tentu Pakatan Rakyat boleh menang kerana sudah pasti mereka boleh menggunakan berbagai strategi untuk menang. Namun, akibat takut kepada bayang-bayang sendiri akhirnya semua itu dinafikan. Dan kini, terwujudlah kerajaan haram yang memerintah negeri Perak Darul Ridzuan sebenarnya. Kasihan benar melihat rakyat Perak yang terpaksa melihat segala "kebiadapan" ini, tanpa boleh berbuat apa-apa lagi sekarang ini. Segala pintu seolah-olah sudah hampir tertutup, maka terpaksalah rakyat negeri itu "menanggung biawak hidup" sehingga pilihanraya umum akan datang. Inilah dia dikatakan suratan takdir!

Read more »