KUANTAN, 23 Nov [3.30 pm] - Susulan daripada kekecewaan ramai peneroka terhadap Felda mutakhir ini, maka berbagai persepsi dan pandangan mula timbul terhadap agensi itu. Felda yang pada awal penubuhannya oleh Perdana Menteri Malaysia Kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak dulu adalah bermatlamatkan kebajikan untuk rakyat. Di mana, golongan miskin dan berpendapatan rendah diberikan lot tanh rumah dan ladang untuk diusahakan bagi meningkatkan taraf sosio ekonomi mereka. Maka, dengan terwujudnya Felda, ramailah orang-orang Melayu yang dapat hidup selesa dan terkeluar daripada kepompong kemiskinan tegar. Namun, anehnya selepas puluhan tahun Felda diwujudkan maka kini matlamatnya sudah tersasar dan menyimpang. PM Najib selaku anak kepada Tun Razak telah membawa jauh prinsip asas dan dasar Felda itu sendiri. Kini segalanya bagai sudah punah dan rosak, malah Felda kini bukan lagi sebuah entiti yang diwujudkan bagi membantu serta membangunkan masyarakat. Malah kewujudannya kini jelas sekali mendera serta menjadikan rakyat sebagai "hamba di bumi sendiri". Tenaga dan kudrat orang dikerah untuk memperkayakan beberapa kerat pemimpin itu sendiri. Felda sudah tidak lagi digunakan untuk membela nasib rakyat. Sebaliknya, ia menjadi sebuah badan koprat yang berteraskan keuntungan semata-mata. Lantaran itulah diwujudkan beberapan anak syarikat yang jelas bertentangan dengan matlamatnya. Tiada lagi tanah rancangan baru yang dibuka untuk rakyat. Sebaliknya tanah-tanah itu dijadikan estet sama seperti yang lainnya. Rakyat dijadikan hamba untuk bekerja di ladang-ladang berkenaan dengan upah yang minima dan setaraf dengan pendatang asing yang menjadi buruh ladang di negara ini. Tiada lagi hasrat Felda untuk membela orang-orang Melayu. Hasil titik peluh mereka dirompak dengan balasan yang tidak setimpal dan usaha yang dikeluarkan.Inilah Felda hari ini, lantaran itulah ramai peneroka mula memberontak dan mahukan perubahan berlaku. Felda harus kembali kepada matlamat asal penubuhannya, dan bukan menjado badan korporat yang berniaga untuk mencari keuntungan semata-mata. Menyedari haikikat itulah maka Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) telah menghantar satu memorandum kepada Menteri Besar Pahang, Dato' Seri Adnan Yaakob pada 17 November 2009 yang lalu. Antara lain, terdapat lima tuntutan dalam momandum yang dibuat oleh ANAK iaitu:-
Lot Kosong Generasi Kedua: Tanah merupakan hak kerajaan negeri. Terdapat sejumlah tanah kosong yang belum dimajukan dalam penempatan Felda. Maka alangkah baiknya jika tanah tersebut di pecah lot dan dibina perumahan untuk anak-anak peneroka yang layak dengan kerjasama Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) di bawah program Rumah Mesra Rakyat. Contoh kejayaan projek tersebut dapat dilihat di Felda Sri Jaya, Pagoh Johor dengan siapnya 95 unit rumah generasi kedua. Pilihan yang kedua ialah tapak lot-lot tanah yang telah mendapat hak milik diberi kebebasan mendirikan rumah kediaman mereka sendiri. Kaedah ini biasa diamalkan di banyak tempat. Sokongan dan dokongan kerajaan negeri akan mempercepatkan segala prosedur yang harus dipatuhi kerana selama ini generasi kedua berdepan karenah pentadbiran Felda yang begitu lokek untuk melepaskan pegangan atas tanah yang mereka dakwa miliknya.
Naiktaraf Penempatan Felda: Daripada sejumlah 317 rancangan Felda, 77 daripadanya telah selesai membuat bayaran kembali dan beroleh hak milik keperluan untuk penempatan ini ditadbir sepenuhnya oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di bawah kerajaan negeri sangat mendesak. Dengan erti kata lain, sudah sampai masanya kedudukan Felda sebagai ejen pengurusan dikaji semula. Peneroka sudah mampu berdikari dan disambung oleh anak peneroka tanpa cengkaman Felda, hutang piutang, bermacam-macam perjanjian, sekatan dan tentunya pendapatan mereka jauh lebih lebih lumayan apabila tiada penglibatan pihak ketiga yang mengaut keuntungan melampau. Generasi baru Felda yang berpendidikan mampu untuk mentadbir penempatan mereka sendiri dengan kerjasama erat agensi kerajaan negeri termasuk badan-bdan seperti Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dan Persatuan Pekebun Kecil serta menikmati subsidi seperti masyarakat di kampung. Felda hanya berfungsi setakat urusniaga kedai D’Mart, pemasaran komoditi dan lain-lain berasaskan persaingan semasa. Pendekatan ini membuka ruang penyertaan generasi muda lebih terarah dan terjamin.[Sikap pentadbiran Felda yang kurang meraikan keperluan generasi kedua di sesetengah tanah rancangan mesti ditegur segera atau campurtangan kerajaan negeri melalui agensi berkaitan dalam menyelaras peluang-peluang niaga, kemahiran dan pendidikan mesti dibuka seluas-luasnya dan info yang harus dihebahkan dengan pelbagai cara. Oleh itu juga, Kerajaan Negeri Pahang diharap dapat memainkan peranan dalam mendesak Felda supaya kembali kepada matlamat asal penubuhannya. Usahlah dibiarkan beberapa kerat individu dalam Felda terus merompak hasil mahsul yang diusahakan oleh para peneroka seperti apa yang berlaku sekarang ini. Felda harus berpijak dibumi yang nyata seperti di zaman Tun Razak dulu].



0 Komen Artikel Ini:
Catat Ulasan