SELAMAT DATANG | TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG KE BLOG INI, SILA DATANG LAGI
@ybterjah

Musang King: Kerajaan Perlu Dakwa Semua Penceroboh Haram Dan Mereka Yang Melindungi Ke Mahkamah

 

Kerajaan Pahang perlu membawa mereka yang terlibat dengan pencerobohan tanah haram musang king ke muka pengadilan tanpa perlu melayan apa jua rundingan dengan pihak terbabit.

Semua pihak yang bersekongkol dibelakang tabir dengan para penceroboh juga wajar dikenakan hukuman biar pun mereka sudah bersara daripada perkhidmatan awam mahu pun politik.

Benda dan terlalu lama berlaku dan sepatutnya mereka yang terlibat sudah didakwa di mahkamah.

Saya hairan, hingga ke hari ini tidak ada seorang pun penceroboh dan pegawai berkaitan yang diambil tindakan undang-undang. Sedangkan pihak Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki pada satu kenyataan pada Julai 2021 mendakwa pihaknya telah melengkapkan 80 peratus kertas siasatan.

SPRM juga telah memanggil beberapa orang penceroboh dan mendapatkan maklumat teurs dari pejabat tanah dan hutan Raub. Rakyat tertanya-tanya selepas empat tahun apakah hasil siasatan tersebut. Kenapa tiada sesiapa yang didakwa?.

Saya berharap agar semua pihak terlibat dibawa ke muka pengadilan bukan hanya penceroboh semata-mata.

Pencerobohan tidak akan berlaku jika ia tidak dilindungi oleh pihak-pihak yang berkempentingan. Tambahnya, mana mungkin ketika pokok balak ditebang dan kawasan hutan simpan seluas 4,400 hektar itu dijarah tidak ada seorang pun pegawai di pejabat tanah dan hutan Raub mengetahuinya.

Tanam pokok durian musang king perlu ambil masa yang lama untuk membesar, bukan tiba-tiba boleh  berbuah. Mereka sudah kaut hasil ratusan juta dan selama ini isu ini didiamkan begitu sahaja. Maka sudah pasti ada pihak yang mendapat keuntungan lumayan hasil bersekongkol dengan pencerobohan haram. 

Kerajaan Pahang perlu lebih tegas menangani isu ini, jika tidak sudah pasti penceroboh akan terus berada di atas tanah itu biar pun pokok-pokok sudah ditebang.

Amatlah tidak masuk dek akal bilamana penceroboh pula yang mengambil tindakan undang-undang terhadap Kerajaan Pahang untuk membatalkan notis pengosongan tanah yang mereka ceroboh.

Biar pun Kerajaan Pahang sudah menang sehingga ke Mahkamah Rayuan, namun penceroboh bebas melakukan kerja dan mengambil hasil mahsul durian sesuka hati mereka tanpa rasa bersalah. 

Malah mereka dengan berani pula menghalang pihak berkuasa mengambil tindakan. Maka itu, sudah pastilah ada pihak yang melindungi penceroboh ini sebenarnya. Sebab itulah mereka berani bangkit melawan, pertahankan hak mereka kononnya.


Read more »

Isu Pencerobohan Tanah Musang King Tidak Akan Selesai Selagi Tali Barut Dan Mereka Yang Melindungi Tidak Di Bawa Ke Muka Pengadilan !

Pandangan saya dari lokasi, isu pencerobohan tanah haram tanam musang king di Raub tidak akan selesai sampai bila2, biar pun MP Raub ditahan polis dan dikenakan tindakan. 

Ini kerana saya melihat ada tangan-tangan ghaib disebalik pengkhianatan ini, dan masih bebas diluar sana. 

Penglibatan merekalah memberi ruang bebas kepada penceroboh untuk mengusahakan ladang durian musang king sejak 40 tahun lalu.

Jika hanya MP dan penceroboh di bawa ke muka pengadilan dan dikenakan tindakan sewajarnya maka 'wal hasil balik asal'.

Kita bisinglah mereka diam sekejap lepas tu masuk balik ke kebun musang king masing-masing tanpa halangan.

Pengkhianatan ini sudah macam 'kartel' antara penceroboh dan pihak terbabit yang telah pun mengaut keuntungan jutaan ringgit selama ini.

Pengkhianatan ini melibatkan penceroboh, orang dalam dan mereka yang mempunyai kepentingan dari sudut politik.

Buatlah apa saja, ia tidak akan berjaya kerana barah ini dan semakin kritikal tahap empat. 

Bayangkan, semasa di lokasi kami dihalang masuk ke kawasan kebun durian musang king haram iti, namun dalam masa yang sama penceroboh pula bebas keluar masa ke kebun haram masing-masing tanpa sekatan.

Sepatutnya bila kemenangan telah berpihak kepada Kerajaan Pahang, maka penceroboh wajar diusir keluar dari kebun haram masing-masing tanpa banyak alasan.

Kenapa laluan masuk ke kebun haram itu tidak disekat oleh pihak berkuasa? Setidak-tidaknya ada halangan kekal (sama macam kes Tanah Aina Farina di Bentong), supaya penceroboh tidak boleh sesuka hati masuk.

Usahkan laluan masuk itu dikawal rapi dengan halangan batu dan sebagainya, malah tapi tape amaran dilarang masuk polis pun tidak ada.

Sebab itulah ketika pihak Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP) dan pejabat hutan buat operasi menebang pokok durian, tiba-tiba pulak penceroboh boleh masuk menghalang dan juga memaki hamun pihak berkuasa yang menjalankan tugas.

Halangan dan gangguan penceroboh tersebut menyebabkan kerja-kerja berkaitan tergendala.

Walhal, jika laluan masuk utama ditutup dan pihak polis atau pejabat tanah menjaga jalan masuk itu setiap hari bukankah mereka tidak boleh masuk sesuaka hati.

Maknanya mereka 'kebal' dan boleh langgar halangan, walhal mereka penceroboh. Cuba kena kat bangsa sendiri orang Melayu, sudah pasti langsung tidak dibenarkan masuk bila telah diusir keluar melalui perintah mahkamah di sesuatu kawasan terbabit.

Ini jelas 'double standard' dan tidak adil kepada  bangsa sendiri. Mwka fikir-fikirkanlah. Salam terjah dari Sungai Chalit, Raub Pahang.

BLOGGER CUCUMATKILAU (CMK)

https://cucumatkilau.blogspot.com


#ybterjah #dunN007

 #parlimenP007

#kasiterjah #demirakyat #rakyatbangkit

Read more »