SELAMAT DATANG | TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG KE BLOG INI, SILA DATANG LAGI
@ybterjah

Tiga Wakil Rakyat, Di Gesa Bawa Isu Bauksit Ke Sidang DUN !


Susulan masalah debu tanah bauksit dan kekotoran yang merosakkan alam sekitar di kawasan Kuantan yang semakin kritikal sekarang, maka Angkara amatlah berharap wakil rakyat yang berkenaan cakna dan membawa isu ini ke Sidang DUN Pahang yang dijadualkan tidak lama. Memandangkan kawasan yang paling teruk ialah di DUN Semambu (RTP Bukit Goh), DUN Sungai Lembing (Bukit Goh) dan DUN Beserah (Pelabuhan, Gebeng, Sungai Ular dll) maka saya menggesakan ketiga-tiga wakil rakyat kawasan berkenaan menjadikan isu ini sebagai usul penting untuk dibahaskan. 


Angkara amat berharap komitmen mereka dalam usaha untuk membela nasib rakyat yang sudah tiada lagi tempat untuk mengadu. Ketiga-tiga kawasan ini dwakili oleh YB Lee Chean Chung (Semambu), YB Andansura Rabu (Beserah) dan YB Dato' Shohaimi Md Shah (Sungai Lembing). 


ADUN Sungai Lembing, YB Dato' Shohaimi Md Shah

Tanpa mengambilkira fahaman politik kepartian masing-masing, usaha berterusan termasuk membahaskan isu sensitif ini ke Sidang DUN Pahang adalah menjadi kewajipan mereka yang telah dipilih oleh rakyat pada PRU-13 yang lalu.

ADUN Beserah (baju oren hitam), YB Andansura Rabu

Isu ini melangkaui batas politik dan amat berbeza sama sekali dengan isu Lynas yang diperjuangkan selama ini. Dalam kes Lynas, majoriti yang menentang adalah terdiri daripada NGO dan parti politik yang pro pembangkang. Namun, isu Bauksit ini kita dapat melihat dengan jelas ia mendapat bantahan daripada semua pihak baik pro pembangkang mahu pun pro kerajaan. Bukti jelas dengan kehadiran rakyat berbagai fahaman politik ke program Hari Basmi Pencemaran 2015 (Siri I) di Maahad Taafiz Anwar Rul Manzil Al-Othmaniyah, RTP Bukit Goh pada 29 Mac lalu. 

ADUN Semambu (baju putih), YB Lee Chean Chung

Jalan penyelesaian terbaik ialah membawa isu ini ke Sidang DUN agar semua pihak dapat memberikan padangan masing-masing. Walau pun perlombongan bauksit memberi keuntungan lumayan  kepada sesetengah pihak, namun dipihak yang lain ia memberikan penderitaan dan kesengsaraan kepada mereka. Debu, habuk, kekotoran dan kerosakan jalanraya jelas dapat dilihat di sana sini. Ini amat memalukan, kerana ia memberikan gambaran negatif dan mencemarkan imej negeri Pahang sebagai "Bandar Palma" dan "Pintu Gerbang Pantai Timur" di mata pelancong tempatan dan yang datang dari luar negara. 

MOHD SHUKRI MOHD RAMLI
Penyelaras NGO
Angkatan Pembela Rakyat
[ A N G K A R A ]

Read more »

Bersama Rakyat Di Hari Basmi Pencemaran 2015 Di Kuantan


Tanggal 28 Mac 2015 saya sempat luangkan masa bersama rakyat dalam menghadapi isu ancaman debu dan kekotoran akibat lori-lori membawa tanah bauksit yang kini menjadi igauan ngeri buat sebahagian besar penduduk Kuantan. Apa tidaknya, Kuantan yang dulunya dikenali sebagai "Bandar Palma" kini sudah menjadi seperti "Bandar Koboi". Jalan yang kotor, rosak dan berdebu kini mewarnai sebahagian besar kawasan Kuantan dari Bukit Goh sehinggalah ke Pelabuhan Kuantan. Baik melalui jalan lama pintasan Kuantan-Kemaman atau pun Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dari Tol Kuantan- Tol Jabor hinggalah ke pelabuhan melalui Kawasan Perindustrian Gebeng.



Memang sudah lama kesihatan rakyat terancam sebegini, namun mereka yang berkenaan seolah-olah sengaja membutakan mata dan memekakkan telinga. Malah, segala janji manis pihak berkuasa untuk menyelesaikan isu debu dan kekotoran ini dilihat sekadar "omongan kosong" belaka. Hasil pertemuan dengan para pelombong tidak berkesan kerana jalan kotor, berdebu dan rosak kini semakin banyak berlaku di depan mata. 



Paling mengejutkan, rupanya ada laporan mengatakan lombong haram (tanpa permit) kini dibiarkan beroperasi dengan sewenang-wenangnya. Ia menampakkan seolah-olah bumi Pahang ini sudah tidak ada kerajaan yang memerintah lagi. Penguatkuasaan ternyata gaga membendung kegiatan ini. Sudah puas rakyat mengadu, namun hasilnya tetap sama. Bukan sehari dua malah sudah berbulan-bulan lamanya. Mereka, iaitu tokey dan pemilik tanah mengaut hasil dan kekayaan namun rakyat yang tidak kini berdosa menanggung derita dan sengsara "makan debu" setiap hari. 

Maka itulah saya selaku Penyelaras NGO Angkatan Pembela Rakyat (Angkara) meluangkan masa untuk bersama rakyat daam program Hari Basmi Pencemaran (Bauksit) yang diadakan di Surau Othmaniyah, Rancangan Tanah Pemuda (RTP) Bukit Goh. 



Program yang bermula sekitar jam 11.30 pagi tadi itu dihadiri lebih 200 orang penduduk sekitar yang sudah tidak tahan lagi menjadi mangsa "debu" dan kekotoran yang melanda. Seawa pagi lagi, jelas dapat dilihat di perkarangan surau berkenaan beberapa orang anggota polis dan pasukan RELA telah mengawal keadaan. Paling menarik, penduduk mendakwa sejak dari awal pagi lagi sudah tiada lori-lori treler yang membawa tanah bauksit lalu lalang dihadapan surau berkenaan. 



Orang ramai dihiburkan dengan persembahan nasyid khas oleh para pelajar  Maahad Tahfiz Anwar Rul Tanzil Al-Othmaniyah yang diadakan di bawah khemah yang disediakan. 



Menurut Mudir Maahad Tahfiz terbabit iaitu Ustaz  Shahrilnizam Syed Mohd Shah, sememangnya mereka sudah tidak tahan lagi dengan pencemaran yang berlaku. Ini katanya mereka terpaksa berhadapan dengan situasi itu 24 jam sehari semalam. Keadaan alam sekitar punah, tiada lagi kicauan burung dan kehijauan daun-daun pokok. Kini semuanya berdebu dan musnah akibat kerakusan pihak pelombong yang berkenaan. 



Selesai bernasyid, taklimat dan ucapan alu-aluan telah disampaikan oleh beberapa orang tetamu yang hadir termasuk Tok Empat, Pegasas surau Othmaniyah dan Mudir Maahad Tahfiz berkenaan. 


Terdapat juga beberapa orang wartawan media yang hadir membuat liputan. Selepas ucapan, sessi bergambar diadakan di hadapan surau berkenaan dan kemudiannya diikuti dengan sessi gotong royong. 



Simbolik program itu ialah apabila beberapa orang petugas dibenarkan menyembur air di atas jalanraya berhadapan surau yang sering dilalui oleh lori-lori treler bauksit berkenaan. Jelas kelihatan jalanraya yang cukup kotor dan memang berlumpur ketika hari hujan. 



Sementara itu petugas muslimat pula membantu membasuh dan mengemas di dalam kawasan surau. Terdapat sedikit kekecohan apabila ada beberapa penduduk yang tidak berpuas hati dan mengecam pihak tertentu termasuk pemimpin masyarakat di kawasan terbabit. 



Turut kelihatan hadir ialah ADUN Semambu, YB Lee Chean Chung dan ADUN Beserah, YB Andansura Rabu. Jamuan makan turut disediakan kepada petugas-petugas. Program berkakhir sekitar jam 1.30 petang. Orang ramai yang hadir berpuas hati kerana mereka dapat meluahkan rasa ketidakpuasan hati mereka kepada kerajaan yang mengabaikan tanggungjawab sosial untuk membela nasib mereka. 

Program yang diadakan hari ini adalah anjuran bersama jawatankuasa penduduk dari  RTP Bukit Goh, Kg,Padang, Taman Kg.Padang Sejahtera, Taman Kg. Padang Jaya, Perumahan Padang Permai, Taman Impian (Taman Kg.Padang I) , Taman Kg.Padang, Taman Kg, Taman Kg,Padang Perdana, Taman Kg. Padang Damai, Taman Kg. Padang Baru dan Tanjung Pasir. 

Saya sempat bertemu bual dengan mudir Maahad Tahfiz dan beberapa orang lagi mangsa yang sebenarnya begitu trauma mengenangkan nasib mereka sekarang. Hidup dalam debu yang boleh mengganggu kesihatan dan mendatangkan penyakit jika ia tidak dibendung dari sekarang. Saya amatah berharap agar pihak berkuasa cakna dan memahami rintihan serta kelohan rakyat ini. Sampai bila mereka harus hidup dalam situasi ini?. Kasihanilah  mereka dan dengarkan suara mereka. Projek ini bukanlah pembangunan yang menguntungkan rakyat, tetapi kepada beberapa kerat manusia sahaja. Rakyat terbanyak menjadi mangsa, malah kekotoran ini mencemarkan imej Kuantan di mata pelancong sebenarnya. #CMKNEWS

Read more »

Alhamdulillah, Siasatan Kes Gadis Melayu Hina Hudud Selesai


Alhamdulillah... Siasatan Kes "Gadis Hina Hukum Hudud" Aisyah tajuddin terhadap saya habis jam 2.00 pg tadi (24 Mac). Sy telah berikan kerjasama penuh kpd pihak polis. 

Kes Aisyah  kini telah diserahkan oleh Ibu Pejabat Bukit Aman kpd polis Pahang sbb laporan terawal yg sy buat pd pagi Jumaat 20 Mac lepas dijadikan asas siasataan dan pendakwaan trhadap Aisyah. Beliau akan dipanggil ke Kuantan dlm masa terdekat. 

Syabas semua.. Saya kini diamanahkan untuk lawan Aisyah Tajuddin jika kes di bawa ke Mahkamah kelak.

Aisyah akan pertahankan dia tidak bersalah dn ramai peguam2 ternama akan membela dia. Jika sy kalah maka mereka akan bertepuk tangan ... berjaya lawan Hudud.. Sokongan semua diharapkakn terutamanya NGO Islam dan Ulamak dr Bumi Kelantan dan seluruh Malaysia.  #CMK@ANGKARA

Read more »

Bauksit: Demi Rakyat, Kerajaan Negeri Perlu Bertindak Segera


ISU BAUKSIT: KERAJAAN NEGERI PAHANG WAJAR BERTINDAK SEGERA DEMI MASA DEPAN RAKYAT YANG SUDAH TIDAK TAHAN MENGANGGUNG DERITNYA

Saya sekali lagi mengucapkan syabas dan tahniah kepada Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Adnan Yaakob yang mengeuarkan kenyataan semalam, bahawa Kerajaan Pahang mahu menemui kesemua 106 pengusaha bauksit di negeri ini pada Rabu bagi mencari penyelesaian berhubung isu lori membawa muatan bauksit yang mengotorkan jalan raya di sekitar kawasan pelabuhan dan perindustrian Gebeng.



Kata MB, perjumpaan itu di Kompleks Yayasan Pahang antara lain akan membincangkan beberapa peraturan yang perlu dipatuhi oleh semua pengusaha berkenaan supaya masalah itu tidak berulang. Dilaporkan juga pertemuan itu akan turut disertai wakil daripada agensi penguatkuasa seperti Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). Maknanya, pertemuan pada hari Rabu ini adalah peluang kepada mereka (pengusaha lombong bijih dan bauksit) untuk mendengar taklimat dan berdialog dengan agensi penguatkuasa dakwa Adnan.

Adakan Juga Dialog Dengan Wakil Penduduk

Persoalannya yang timbul di sini ialah, Kerajaan Negeri Pahang sepatutnya mengadakan juga sessi dialog dengan rakyat. Setidak-tidaknya mengundang wakil penduduk kawasan-kawasasan yang terlibat untuk bersama dalam program pada Rabu ini. Langkah tidak mengundang wakil penduduk pasti tidak akan dapat menyelesaikan masalahnya ini, kerana laporan diterima ada penduduk yang telah dirasuah dan diugut agar tidak membawa isu ini kepada pihak atasan. Maka itu, dengan berdialog secara langsung dengan Kerajaan Negeri ia boleh dijadikan patform untuk mereka menyuarakan padangan.



Saya tidak nampak langkah penguatkuasaan dapat dijalankan oleh pihak berkenaan dengan mudah. Ini kerana tauke-tauke lombong telah mengupah pihak-pihak tertentu untuk menjaga kerja-kerja mereka. Kami juga mendapat maklumat, banyak lombong-lombong bekenaan sebenarnya beroperasi tanpa permit yang sah. Ini menyebabkan, royalti tidak dibayar kepada Kerajaan Negeri. Sepatutnya dalam pertemuan ini agensi seperti Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian (PTG) Pahang dipanggil untuk membentangkan kepada media kedudukan lombong-lombong yang berkenaan. Rakyat mahu tahu mana lombong yang ada permit dan tidak ada. Jika ada, kenapa tiada papan tanda diletakkan di kawasan lombong berkenaan untuk memudahkan pemantau.

Kerajaan Negeri Perlu Serius Tangani Isu Bauksit

Justeru, saya merayu Kerajaan Negeri Pahang serius menangani isu perlombongan bauksit ini agar rakyat tidak berterusan menjadi mangsa kerakusan pihak-pihak tertentu. Mereka dapat untung tapi rakyat menderita makan debu dan berhadapan dengan masalah kesihatan. Itu belum termasuk jalan-jalan dan alam sekitar yang rosak akibat perlombongan yang berleluasa mutakhir ini. Saya melihat, isu ini mungkin tidak teralu parah jika ia melibatkan kawasan lombong di hulu Pahang, namun anehnya semua lombong-lombong ini terletak dalam daerah Kuantan yang menempatkan ibu negeri Pahang sendiri. Persoalannya, kenapakah pihak berkuasa boleh membiarkan ia berlarutan sampai bertahun lamannya tanpa ada perasaan belas kasihan kepada rakyat jelata yang menangung segalanya. 

Semoga Kerajaan Negeri Pahang dapat bertindak dan bukan lagi sekadar berkata-kata untuk menyedapkan halwa telingan rakyat jelata. Ingat, janji-janji "Rakyat Di Dahuukan" harus ditunaikan jika benar-benar kerajaan cakna rakyat. Jangan nanti, rakyat bangkit menolak kerajaan dan mereka pula yang akan dituduh sebagai pengkhianat akhirnya. Bertindak segera demi rakyat. 

MOHD SHUKRI MOHD RAMLI
Penyelaras NGO
Angkatan Pembela Rakyat
[ A N G K A R A ]

Read more »

Isu Gadis Hina Hudud, Laporan Polis Di Buat Di IPD Kuantan


Jumaat lalu, 20 Mac saya  telah membuat laporan polis terhadap gadis Melayu yang bertindak biadap menghina hukum hudud seperti yang sedang diviralkan di media sosial beberapa hari. Laporan telah dibuat di ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan sekitar jam 10.00 pagi dan kes disiasat oleh ASP Zunfikri.

Saya terpanggil untuk membuat laporan kerana sudah tidak tahan lagi dengan adengan memualkan yang dipaparkan pada video terbabit. Saya hairan, gadis yang dikenali sebagai Aisyah Tajuddin itu tergamak menggadaikan maruahnya untuk melakukan tindakan yang jelas sekali amat sukar dimaafkan sebenarnya.


Bagi saya..selemah-lemah iman, ialah dengan membuat laporan polis terhadap gadis terbabit. Tidak kira apa  alasan yang beliau berikan ianya tetap satu penghinaan dan tertakluk dibawah Akta Hasutan. Saya tahu pasti ada dalang disebalik pembikinan video ini, maka itu saya telah menggesa pihak polis melakukan siasatan yang rapi untuk membawa mereka ke muka pengadilan.


Sebelum ini kita dikejutkan dengan isu kepala babi dicampakkan di  masjid dan surau .. kemudian isu khalimah Allah... isu simbah cat di surau..... kini melakonkan watak dalam video pula. Saya melihat apa yang dilakukan oleh Aisyah adalah sesuatu yang amat melukakan hati umat Islam secara keseluruhannya. Tidak cukup dengan beliau meminta maaf, tetapi dia harus bertaubat kerana sengaja mengundang laknat Allah terhadap dirinya. Saya tidak mahu membuat tuduhan liar terhadap beliau, namun bagi saya Aisyah tidak wajar melakonkan aksi tersebut jika beliau benar-benar seorang wanita Islam.


Pihak polis telah menjalankan siasatan hampir dua jam terhadap laporan itu. Apapun, berilah ruang sewajarnya kepada polis untuk melakukan siasatan yang rapi. Saya amatlah berharap pihak yang menghasilkan video berkenaan seperti pengarah, penulis skrip, penyunting dan semua individu dibelakang tabir didakwa dibawah Akta Hasutan. Jika tidak saya yakin selepas ini banyak lagi pembikinan video seperti itu akan dilakukan oleh pihak lain pula jika mereka dilepaskan dengan sewenang-wenangnya. #CMKNEWS

Read more »

Tiba Masannya Kerajaan Pantau Tahap Keselamatan Di 7 Elevan


Sudah Tiba Masanya Kerajaan Mendesak Vincent Tan Perbaiki Mutu Perkhidmatan Dan Tahap Keselamatan Rangkaian 7elevan. Baru-baru ini dua lagi rompakan berlaku pada hari yang sama terhadap premis itu di Kuantan. Bukan sekali dah banyak kali masalahnya. Soalnya sampai bila senario ini harus berlaku??

1). Jurujual wanita Melayu Islam masih digunakan bekerja hingga lewat pagi. Terkadang hanya wanita saja yg bertugas tanpa jurujual lelaki. Ini menjadi risiko rompakan berlaku diawal pagi sebenarnya.

2). Bila berlaku rompakan CCTV hanya berjaya rakam gambar perompak memakai topi keledar bertutup dan memegang parang / pisau. Sebaliknya gagal mengesan kebanyakkan perompak terbabit kerana muka tidak jelas. Maka sampai bila senario ini harus berlaku?. 

3). Berjaya Group kaya raya, maka dah tiba melantik Pengawal Keselamatan di premis 7elevan. Jika tidak anak-anak Melayu jadi mangsa bekerja awal pagi dalam keadaan risiko. 

Justeru diharapkan agar kerajaan dapat mencari jalan penyelesaian atas masalah ini demi keselamatan rakyat. Vincent Tan semakin membesarkan empayar 7elevannya ke seluruh Asia tetapi aspek keselamatan diabaikan. Kenapa wanita dibenarkan bekerja sendiri di premis 7elevan sampai awal pagi?. Ini masalahnya yang paling utama. Mohon perkara ini diangkat demi rakyat.

MOHD SHUKRI MOHD RAMLI
Penyelaras NGO
Angkatan Pembela Rakyat  
[ A N G K A R A ]

Read more »

Isu Bauksit: Kerajaan Negeri Di Gesa Cakna Kesihatan Rakyat


Saya selaku Penyelaras NGO Angkatan Pembela Rakyat (Angkara) menggesa Kerajaan Negeri Pahang cakna dan peka dengan masalah kesihatan yang menghantui rakyat terutamanya kepada para penduduk  di Rancangan Tanah Pemuda (RTP) Bukit Goh dan Kampung Padang dekat sini. Penyalarasnya, Mohd Shukri Mohd Ramli (foto) mendakwa ramai dikalangan para penduduk kini mula mengalami simpton kulit gatal-gatal disebabkan habuk dan debu-debu tanah bauksit yang berterbangan di kawasan mereka.



Saya difahamkan Selain daripada penduduk di kawasan terbabit, purata hampir 30 ribu lagi penduduk sekitar juga bakal berhadapan dengan kes yang sama, antara mereka ialah dari Taman Kg Padang Sejahtera, Taman Kg Padang Jaya, Taman Perumahan Permai 1, 2 dan 3, Taman Impian ku, Taman Kg Padang 1,2 dan 3,  Taman Kg Padang Indah, Taman Kg Padang Perdana 1 dan 2, Taman Kg Padang Damai, Taman Kg Padang Baru (Taman Nakhoda),  Perkampungan Pak Ngah Aziz (RTP Bukit Goh), Kampung Padang (Kwasan Paya Pinang, Sg. Pinang, Tengah Kampung Dan Timur Kampung).



Justeru, Kerajaan Negeri Pahang pimpinan Dato' Sri DiRaja Adnan Yaakob digesa bertindak segera sebelum keadaan lebih parah. Sebelum ini kerajaan ada mendakwa akan menghentikan operasi perlombongan bauksit sekiranya tidak mengikut peraturan yang ditetapkan. Maka, kini sememangnya para pelombong gagal mengikut peraturan walau pun sudah diberi amaran oleh Menteri Besar Pahang sendiri. Langkah terbaik ialah mengkaji semula atai membatalkan terus perlombongan bauksit terbabit kerana ia jelas lebih banyak menyusahkan rakyat. Kini rakyat terpaksa makan debu sebaliknya orang lain memakan hasilnya.

Read more »