SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR BATIN DARI CMK SEISI KELUARGA | SEBARANG ADUAN DAN PERTANYAAN BOLEH PM 0 1 2 - 3 8 5 4 4 0 0 (CMK)

Tiga Wakil Rakyat, Di Gesa Bawa Isu Bauksit Ke Sidang DUN !


Susulan masalah debu tanah bauksit dan kekotoran yang merosakkan alam sekitar di kawasan Kuantan yang semakin kritikal sekarang, maka Angkara amatlah berharap wakil rakyat yang berkenaan cakna dan membawa isu ini ke Sidang DUN Pahang yang dijadualkan tidak lama. Memandangkan kawasan yang paling teruk ialah di DUN Semambu (RTP Bukit Goh), DUN Sungai Lembing (Bukit Goh) dan DUN Beserah (Pelabuhan, Gebeng, Sungai Ular dll) maka saya menggesakan ketiga-tiga wakil rakyat kawasan berkenaan menjadikan isu ini sebagai usul penting untuk dibahaskan. 


Angkara amat berharap komitmen mereka dalam usaha untuk membela nasib rakyat yang sudah tiada lagi tempat untuk mengadu. Ketiga-tiga kawasan ini dwakili oleh YB Lee Chean Chung (Semambu), YB Andansura Rabu (Beserah) dan YB Dato' Shohaimi Md Shah (Sungai Lembing). 


ADUN Sungai Lembing, YB Dato' Shohaimi Md Shah

Tanpa mengambilkira fahaman politik kepartian masing-masing, usaha berterusan termasuk membahaskan isu sensitif ini ke Sidang DUN Pahang adalah menjadi kewajipan mereka yang telah dipilih oleh rakyat pada PRU-13 yang lalu.

ADUN Beserah (baju oren hitam), YB Andansura Rabu

Isu ini melangkaui batas politik dan amat berbeza sama sekali dengan isu Lynas yang diperjuangkan selama ini. Dalam kes Lynas, majoriti yang menentang adalah terdiri daripada NGO dan parti politik yang pro pembangkang. Namun, isu Bauksit ini kita dapat melihat dengan jelas ia mendapat bantahan daripada semua pihak baik pro pembangkang mahu pun pro kerajaan. Bukti jelas dengan kehadiran rakyat berbagai fahaman politik ke program Hari Basmi Pencemaran 2015 (Siri I) di Maahad Taafiz Anwar Rul Manzil Al-Othmaniyah, RTP Bukit Goh pada 29 Mac lalu. 

ADUN Semambu (baju putih), YB Lee Chean Chung

Jalan penyelesaian terbaik ialah membawa isu ini ke Sidang DUN agar semua pihak dapat memberikan padangan masing-masing. Walau pun perlombongan bauksit memberi keuntungan lumayan  kepada sesetengah pihak, namun dipihak yang lain ia memberikan penderitaan dan kesengsaraan kepada mereka. Debu, habuk, kekotoran dan kerosakan jalanraya jelas dapat dilihat di sana sini. Ini amat memalukan, kerana ia memberikan gambaran negatif dan mencemarkan imej negeri Pahang sebagai "Bandar Palma" dan "Pintu Gerbang Pantai Timur" di mata pelancong tempatan dan yang datang dari luar negara. 

MOHD SHUKRI MOHD RAMLI
Penyelaras NGO
Angkatan Pembela Rakyat
[ A N G K A R A ]

0 Komen Artikel Ini: