Tindakan Kerajaan Pahang mengambil tindakan tegas terhadap penceroboh tanah di negeri ini adalah wajar. Biar pun ada pihak cuba mencetuskan kontroversi terutamanya melibatkan penduduk orang asli, namun ia bukanlah bermakna isu tersebut harus dibiarkan begitu sahaja.
Saya ingin mengulas isu kekecohan yang berlaku ketika operasi pihak berkuasa di kawasan sekitar Tasek Bera baru-baru ini.
Tindakan yang dilakukan oleh Unit Penguatkuasa Negeri Pahang (UPNP) telahmenimbulkan keresahan dikalangan masyarakat Orang Asli Semelai yang telah sekian lama mendiami kawasan terbabit dan sekitarnya.
Pada 15 September lalu, polis telah menahan lima individu kerana dipercayai menghalang penguat kuasa menjalankan tugas semasa melaksanakan operasi.
Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi ketika Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP) bersama beberapa agensi, antaranya Jabatan Perhutanan, Pejabat Daerah dan Tanah Bera, Pasukan Gerakan Am (PGA) menjalankan operasi penguatkuasaan mengikut Akta Perhutanan Negara 1984.
Ketika operasi, sekumpulan individu didapati mendirikan halangan dan membuat provokasi terhadap sepasukan penguat kuasa yang sedang menjalankan tugas.
Lima yang ditahan termasuk empat wanita berusia lingkungan 30 hingga 60-an untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan.
Dakwaan kononnya Kerajaan Pahang kejam dan zalim macam Israel adalah tidak berasas sama sekali, ini kerana ianya adalah berlandaskan undang-undang.
"Sudah berpuluh tahun mereka mengaut hasil tanpa membayar cukai kepada kerajaan, kenapa bila diambil tindakan mereka harus mengamuk sakan?.
Tambah beliau lagi, selama ini kerajaan tidak mengambil tindakan tegas kerana isu tersebut disembunyikan oleh pihak-pihak tertentu terutamanya agensi yang berkenaan.
Keputusan Menteri Besar Pahang, Dato' Sri DiRaja Hj Wan Rosdy Wan Ismail menubuhkan unit khas bagi memantau isu pencerobohan tanah di seluruh negeri berjaya mengembalikan semula hasil kerajaan yang telah hilang akibat ketirisan selama ini.
Saya mengesyaki ada pihak ketiga yang memperalatkan orang asli untuk mengaut keuntungan sebenarnya. Sebab itu tanah tersebut ditanam kelapa sawit dengan sesuka hati. Mereka gunakan orang asli untuk dijadikan perisai bagi menghalalkan cara.
Jika berlaku kekecohan atau tindakan, maka orang asli dijadikan alat kononnya mempertahankan tanah adat mereka. Walhal, tanah-tanah itu telah diambialih oleh tauke ladang kelapa sawit, getah dan sebagainya sejak sekian lama.
"Benda begini sudah lama berlaku, tauke-tauke sanggup berkahwin dengan wanita orang asli untuk tujuan memiliki tanah bagi dijadikan ladang kelapa sawit. Mereka tahu orang asli ada peluang dapatkan tanah sebagai kawasan rayau mereka.
Hasil mereka kaut, orang asli dibayar upah tertentu maka sebab itulah bila kerajaan melantik syarikat lain mengambilalih kawasan tersebut mereka marah. Tambahan pula mereka sudah mengeluarkan wang yang banyak untuk operas kawasan ladang kepala sawit tersebut.
Saya memuji kejayaan Tok Wan (MB Pahang) yang berani menumbuhkan unit khas untuk memantau dan memastikan hasil pendapatan negeri diambil semula selepas sekian lama hilang begitu sahaja.
Kerajaan tidak boleh harapkan jabatan kerajaan sedia ada untuk mengambil tindakan, kerana inilah punca pencerobohan haram terus berleluasa dan dibiarkan sejak sekian lama.
Mereka persoalkan pula syarikat yang dilantik oleh kerajaan, kononnya tiada pengalaman dan berbagai lagi alasan. Walhal, syarikat terbabit membayar cukai dan premium atas kawasan ladang sawit tapping-right yang mereka selamatkan.
Kerajaan negeri dapat untung, hingga berjaya mencapai kutipan hasil mencecah RM1 billion sejak empat tahun kebelakangan ini. Malahan tahun ini juga dijangka berjaya membuat pencapaian yang sama. Inilah kejayaan dan faedahnya untuk rakyat, daripada terus dibiarkan tauke-tauke pergunakan orang asli untuk menceroboh, tanam sawit dan untuk masuk ke kantung mereka semata-mata.
Orang asli dijadikan alat perisai untuk ke depan bila ada operasi, seolah-olah menunjukkan kerajaan bertindak zalim. Walhal yang zalim selama ini ialah mereka yang menceroboh tanah kerajaan sesuka hati tanpa memberi hasil kepada kerajaan dakwa beliau lagi.
Orang asli dijadikan senjata untuk meraih simpati rakyat kononnya mereka dianiaya dan hak mereka dinafikan. Nama kerajaan diburuk-burukkan demi menghalakan perbuatan mereka.
Jika kerajaan zalim, sudah lama mereka tidak boleh mengaut hasil sedemikian rupa. Malah, kerajaan boleh tuntut gantirugi atas kerugian hasil tanah yang telah mereka ceroboh tersebut sebenarnya. Maka fikir-fikirkanlah.. usah terpedaya dengan momokan sebelah pihak sahaja." tambah Shukri lagi.
@ybterjah Apa yang anda perlu tahu berkaitan isu tanah adat orang Asli Tasek Bera sebenarnya ??? Mereka dipergunakan oleh pihak yang ambil kesempatan mengaut keuntungan di atas hasil aktiviti pencerobohan terancang sejaksekian lama. Orang Asli dijadikan 'kambing hitam' atau alat perisai untuk menghalalkan tindakan mereka. Kerajaan Pahang kerugian berjuta ringgit akibat tangan-tangan mereka. Inilah sebenarnya kebenaran yang sengaja disembunyikan sejak sekian lama. Kasi Terjah!
♬ Creepy simple horror ambient(1270589) - howlingindicator



0 Komen Artikel Ini:
Catat Ulasan