SELAMAT DATANG | TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG KE BLOG INI, SILA DATANG LAGI
@ybterjah

Tercabut Tayar: Penggunaan 'Runner PUSPAKOM' Jadi Punca Banyak Lori Tak Cukup Syarat Berada Di Atas Jalan Raya !

Insiden tayar lori tercabut yang hingga menyebabkan tujuh mangsa termasuk lima sekeluarga maut di Kilometer 204.0 Lebuhraya PLUS arah utara di Melaka pada Isnin, amatlah mengusarkan semua pihak sebenarnya. 

Benar kata pepatah "malang tidak berbau", namun insiden yang berlaku baru-baru ini sungguh meruntun hati dan perasaan kita sebagai pengguna jalan raya. 

Apa tidaknya, punca kemalangan akibat kecuaian pihak lain hingga menyebabkan nyawa mangsa yang tidak berdosa melayang begitu saja. 

Bayangkan jika tragedi itu terjadi kepada ahli keluarga atau saudara mara kita?. Bukankah perit untuk ditelan. 

Kejadian kemalangan Isnin lalu berlaku di Kilometer 204.0 Lebuhraya PLUS arah utara itue membabitkan lima kenderaan termasuk sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Estima, sebuah lori jenis Foton dan bas pelancong yang membawa 27 penumpang dalam perjalanan dari utara menghala ke selatan. 

Baca artikel penuh di sini

Ia juga melibatkan dua buah lagi kenderaan iaitu sebuah treler jenis Nissan dan Perodua Bezza menuju ke arah utara.

Saya cukup tertarik dengan kenyataan yang dibuat oleh Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli, berkata pihaknya memandang serius trend kemalangan membabitkan kenderaan perdagangan sehingga menyebabkan kematian pengguna jalan raya yang lain.

Baca artikel penuh di sini

JPJ sedang menyiasat secara terperinci serta tindakan Pemeriksaan dan Audit Keselamatan (JISA) syarikat kenderaan terbabit kemalangan tersebut. 

Siasatan itu bagi meneliti pelbagai aspek keselamatan terutamanya berkaitan teknikal terhadap syarikat berkenaan.

JPJ akan menambah kerjasama dengan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) berkaitan pemeriksaan penyalahgunaan dadah oleh pemandu, serta akan menyemak dan memeriksa prosedur pemeriksaan berkala kenderaan perdagangan yang dilakukan oleh Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) atau pusat pemeriksaan kenderaan yang dilantik.

Dakwa beliau lagi, JPJ akan bekerjasama dengan agensi penguatkuasaan lain seperti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Katanya, penguatkuasaan itu termasuk memeriksa dan memantau bengkel yang berdaftar dan juga bengkel haram yang disyaki menyediakan perkhidmatan menyewa peralatan bagi tujuan pemeriksaan di pusat pemeriksaan kenderaan.

Sementara itu menurut beliau lagi JPJ juga akan menilai semula dan menambah baik latihan dan kursus kepada pemandu kenderaan perdagangan dan menambah elemen pematuhan dan pengetahuan teknikal kepada pemandu sebelum sijil dikeluarkan. 

Tahun 2025 akan dijadikan tahun penguatkuasaan dengan tidak berkompromi dengan mana-mana pihak yang mempunyai cubaan dalam langkah bersubahat melakukan kesalahan teknikal, terutamanya berkaitan kenderaan perdagangan. 

Pada dasarnya saya bersetuju dengan kenyataan yang dibuat oleh Ketua Pengarah JPJ atas perkara ini. 

Namun sampai bila insiden seperti ini dapat dielakkan jika ada pihak yang ambil kesempatan dan melanggar peraturan ketika melakukan pemeriksaan kenderaan oleh PUSPAKOM sejak sekian lamanya. 

Isu rasuah dan integriti dikalangan petugas PUSPAKOM juga perlulah diambilkira dalam hal ini. 

Umum mengetahui, ada syarikat lori gemar menggunkan perkhidmatan 'runner' dalam urusan berkaitan. 

PUSPAKOM terlalu memberi muka kepada 'runner' untuk membuat urusan, sehingga berlaku adengan yang tidak ingin kita lihat. 

Antaranya, tayar dan badan lori dicat baru sebelum pemeriksaan dibuat bagi mengaburi mata pegawai PUSPAKOM. 

Kononnya lori sentiasa dijaga, walhal sebahagian besar menggunakan 'tayar celup' dan nat serta skru pada tayar pun sudah kelihatan usang. 

Itu belum termasuk ada unsur 'kautim' antara syarikat lori dengan pegawai PUSPAKOM yang diuruskan oleh 'runner'. 

Terkadang hanya satu lori yang dibuat pemeriksaan tapi lori-lori lain turut diberi kelulusan tapa pemerikaaan. 

Ada kes, rim tayar dan bahagian lori hanya ditukar ketika pemeriksaan. Selepas lulus, barangan asal akan digunaan semula. 

Banyak lagi taktik yang digunakan oleh syarikat untuk membolehkan lori-lori mereka mendapat kelulusan berada di atas jalan raya. 

Unsur rasuah dan korupsi ini perlulah diambil perhatian serius oleh pihak kerajaan dalam menangani isu lori tercabut tayar yang sering berlaku mutakhir ini. 

Syarikat lori sanggup membayar berapa sahaja habuan kepada pegawai pemeriksa PUSPAKOM asalkan dapar kelulusan. 

Segala kerja ini dilakukan secara 'licik' menggunakan 'runner' yang akan berurusan terus dengan pegawai terbabit setiap minggu untuk ambil habuan yang telah ditetapkan. 

Semua ini sudah lama berlaku cuma orang ramai tidak berani bersuara sebenarnya.

Paling mengecewakan, bila pemilik kenderaan uruskan sendiri pemeriksaan PUSPAKOM pasti ada saja benda yang tak kena, hingga mereka diarahkan datang semula pada hari-hari berikutnya. 

Akibat bimbang tidak lulus, akhirnya mereka terpaksa gunakan 'runner' dengan upah tertentu untuk urusan. Anehnya bila gunakan 'runner' mudah pula kelulusan dibuat, walau pun ada benda-benda yang melanggar peraturan yang ditetapkan. 

Justeru, saya bimbang dengan senario inilah menyebabkan banyak lori-lori perdagangan yang 'tak cukup syarat' akhirnya dibenarkan berada di atas jalan raya. Bukankah semua ini boleh membahayakan pengguna jalan raya yang lain?. 

Untuk menyiasat pegawai PUSPAKOM saya syorkan Penguatkuasa JPJ dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyamar sebagai orang awam atau pemilik syarikat lori untuk berurusan dengan 'runner'. 

Banyak rahsia boleh terbongkar jika risikan dilakukan dengan betul. Pada tahun 2022 dulu, JPJ dan SPRM pernah membuat pemeriksaan Ops Puspakom di seluruh PUSPAKOM dalam negara kita bagi mengurangkan risiko kemalangan terutama kenderaan perdagangan. 

Baca artikel penuh di sini 

Ini bermakna JPJ pernah melakukan edisi terjah bagi menyiasat kerja-kerja PUSPAKOM. 

Namun, siasatan lebih menjurus kepada pegawai PUSPAKOM yang bertugas di lokasi dan ia tidak fokus kepada kerja buat 'runner' yang memainkan peranan penting dalam hal ini. Hanya 'runner' yang berurusan dengan pihak PUSPAKOM. 

Sebab itulah JPJ dan SPRM tidak dapat menemui sebarang masalah berkaitan.
Mereka 'pandai makan pandai simpan' dalam semua urusan sebenarnya. 

Akhir kalam, saya sekali lagi menggesa Kementerian Pengangkutan melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memansuhkan penggunaan 'runner' dalam urusan PUSPAKOM. Barulah syarikat lori akan buat yang terbaik bagi memastikan kenderaan mereka senantiasa dijaga sepanjang masa. 


Malah, unsur-unsur rasuah dan korupsi juga boleh dielakkan bila tiada lagi penggunaan 'runner' di PUSPAKOM selepas ini. Jika tidak, saya pasti isu dan adengan 'lori tercabut tayar' berulang kembali sepanjang masa. 

CMK TERJAH
25.12.2024 

Read more »

Rapid Kuantan Tamatkan Operasi, Ada Persoalan Buat Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD)

 

Warga Kuantan mengetahui bahawa Rapid Kuantan akan menamatkan operasi mereka di bandaraya ini pada tahun depan (2025). Sebagai aktivis, ada dua persoalan dan kemusykilan saya nak kemukakan kepada Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).

Pertama, bagaimana Rapid Kuantan sebuah syarikat dibawa Prasana Malaysia Berhad, yang dimiliki sepenuhnya (s kerajaan boleh bantu syarikat ini terus beroperasi demi kemudahan untuk rakyat. 

Saya bimbang bila pihak swasta ambil alih, ia akan bebankan rakyat akhirnya. Malah difahamkan syarikat swasta yang akan ambilalih milik penuh swasta yang sudah pasti hanya memikirkan keuntungan, bukan tanggungjawab sosial untuk rakyat.

Kedua, Pihak APAD telah membentangkan tender terbuka dikeluarkan berkenaan Stage Bus Service Transformation 2.0 (SBST 2.0) mulai 2025 hingga 2030.

APAD memaklumkan Rapid Kuantan hadir pada taklimat tender itu dan mereka tidak menyertai tender terbuka SBST 2.0 berikutan pemakluman masa terlalu singkat.

Persoalannya, apakah punca Rapid Kuantan gagal masuk tender terbuka dan pemakluman masa terlalu singkat?

Mana mungkin syarikat kerajaan boleh terlepas tender, soal dapat atau tidak itu bab kedua. Saya syak ada sesuatu yang memusykilkan disini.

Pemakluman lambat bermakna Rapid Kuantan tidak dimaklumkan lebih awal, bahkan saya difahamkan kontrak mereka patutnya berakhir pada 2028. Maknanya ada tempoh empat tahun lagi operasi (dengan izin). Benarkah semua ini?.

(3) Benarkah kegagalan Rapid Kuantan ada unsur campurtangan pihak atasan yang mahu membawa masuk syarikat swasta. Melihat kepada nama syarikat yang masuk tender jelas sekali ada nama-nama seperti Causeway link (https://www.causewaylink.com.my/company-information/about-us/)  dan sebagainya.

Apa hebatnya mereka dengan Rapid Kuantan hingga syarikat milik penuh kerajaan boleh terlepas masuk tender?.
Amat tidak logik dan masuk dek akal syarikat milik penuh kerajaan tidak sempat masuk tender. 

Takkanlah  sampai macam itu sekali jadinya. Di sini jelas membuktikan seolah-olah ia disengajakan, hingga gagal masuk tender. Kalau gagal dapat tender itu biasa, ini gagal masuk tender. Pelik!

Justeru saya menggesa Kerajaan Pahang turut dapatkan maklumat daripada Rapid Kuantan berkenaan perkara ini. Difahamkan makluman sudah diperolehi daripada APAD pada Oktober lalu.

Sebagai rakyat, kita mahu ketelusan dalam perkara seperti ini, tambahan pula Rapid Kuantan sudah laksanakan berbagai penambahbaikan untuk terus memberi perkhidmatan mereka kepada warga Kuantan. 

Jika mereka lemah, sepatutnya kerajaan membantu. Ini, tiba-tiba tender dapat kepada pihak swasta dan syarikat milik  kerajaan sendiri tidak sempat masuk tender.

Suara Rakyat Marhaen,
MOHD SHUKRI B MOHD
RAMLI @ JAMALUDDIN
Penyelaras NGO
Angkatan Pembela Rakyat
[ A N G K A R A ]

CMKTV BLOG
https://cucumatkilau.blogspot.com

CMKTV TIKTOK
https://www.tiktok.com/@cmk_tv1?_t=ZS-8s0XfNQ7zz5&_r=1

CMKTV YOUTUBE
http://www.youtube.com/@cmktvofficial

CMKTV INSTAGRAM
https://www.instagram.com/cmk.tv?igsh=cmFnemNjNmRjZDQw

Read more »