Tindakan penerbit filem "Mat Kilau" yang memilih lokasi utama pengambarannya di Kampung Telok Bakong, Bota Perak dan bukannaya di kampung asal pahlawan Melayu itu di Pulau Tawar, Jerantut, Pahang.
Filem Mat Kilau terbitan Studio Kembara dengan kerjasama Skop Production Sdn. Bhd. itu akan diarahkan oleh pengarah filem muda terkenal, Syamsul Yusof. Filem ini memakan masa penggambarannya selama dua bulan, bermula pada April sehingga Jun dan menelan kos sehingga RM5 juta itu sepatutnya tidak "memalsukan" sejarah asal perjuangan Mat Kilau.
Persoalannya wajarkan filem sejarah seperti ini menafikan hak lokasi asal tempat perjuangan Mat Kilau menentang penjajah British dengan memilih tempat lain sebagai lokasi utamanya.
Sedangkan umum mengetahui Mat Kilau adalah pahlawan Melayu Pahang, bukan Perak. Pahlawan Melayu Perak ialah Dato' Sagor, Dato' Maharajalela, Ngah Ibrahim dan Pandak Endut.
Tetapi Mat Kilau, dan Tok Gajah adalah Pahlawan Melayu Pahang. Maka adalah lebih sesuai lokasi utama yang dipilih di negeri Pahang dan lebih menarik lagi di kampung kelahiran serta perjuangan Mat Kilau itu sendiri iaitu Pulau Tawar.

Namun, anehnya lokasi utama yang dipilih ialah di Perak. Inilah yang menjadikan filem sejarah ini seolah-oleh cuba dipalsukan oleh pihak terbabit. Ia amat mengecewakan sebahagian besar anak-anak Pulau Tawar dan orang Pahang itu sendiri sebenarnya.
Difahamkan, lokasi padang koba (Padang Ragut) di Kampung Telok Bakong telah di pilih menjadi set lokasi utama penggambaran filem. Gambaran dibawah ialah kerja-kerja persiapan set pengambaran yang dijalankan oleh krew bertugas di kampung terbabit baru-baru ini.
Persoalannya jika benar dakwaan Pahang tiada kawasan lapang yang luas untuk pengambaran, ia sungguh mengecewakan dan satu penghinaan buat rakyat Pahang. Umum mengetahui, Pulau Tawar itu sendiri merupakan sebuah mukim yang terletak di tebing Sungai Pahang di daerah Jerantu yang sesuai dijadikan set pengambaran. Ini kerana di sinilah bermulanya perjuangan Mat Kilau menentang penjajahan British di negeri ini.
Bukti kawasan Paya Kangsa Pulau Tawar, kawasan lapang luas
>
sesuai untuk pengambaran filem Mat Kilau sebenarnya. Kampung Pulau Tawar adalah sebuah wilayah yang mengelilingi sebuah kawasan Paya yang luas iaitu dinamakan Paya Kangsa. Kampung-kampung di sekeliling Paya Kangsa inilah yang menjadi Kampung Pulau Tawar yang asal.
Bukti kawasan Paya Kangsa Pulau Tawar, kawasan lapang luas
sesuai untuk pengambaran filem Mat Kilau sebenarnya
Diantara kampung-kampung yang terdapat di Kampung Pulau Tawar ialah Kg Pulau Tawar
Kg Kedondong, Kg Kubang Sekendal, Kg Bandar, Kg Perian, Kg Bukit Rang, Kampung Bukit Rang Jaya, Kg Kempot, Kg Merbau, Kuala Salan, Kg Paya Tak Untung dan Kg Masjid.
Salah sebuah rumah penduduk Pulau Tawar yang boleh dijadikan
saalah satu lokasi pengambaran filem Mat Kilau itu sebenarnya.
Banyak peninggalan sejarah Mat Kilau yang boleh dijadikan bahan untuk menambahbaik pembikinan filem tersebut sebenarnya. Contohnya seperti masjid Mat Kilau yang kini dijadikan madrasah yang terletak di tebing Sungai Pahang.
Masjid ini ialah lokasi di mana Mat Kilau mengisytiharkan dirinya sebagai Pahlawan Melayu Pahang pada 21 Disember 1969. Di hadapan masjid ini ada kawasan lapang yang dipercayai menjadi tempat Mat Kilau mengajar ilmu persilatannya. Bukankah lokasi ini amat sesuai untuk dijadikan set pengambaran utama filem "Mat Kilau". Kenapa Perak yang dipilih?
Sejarah penentangan Mat Kilau terhadap British bukan berlaku di Perak tapi di Negeri Pahang. Atas apa jua alasan, segala adengan dan pengambaran wajarlah dilakukan di kampung asal kelahiran pahlawan Melayu iatu atau pun lokasi lain sekitar negeri Pahang.
Tindakan pengarah filem terbabit memilih Perak sebagai lokasi pengambaran jelas sekali cuba memalsukan sejarah yang telah terpahat dalam ingatan sejak zaman berzaman. Mana mungkin kami boleh menerima filem ini sebagai sejarah perjuangan Mat Kilau sekirangya ia tidak menggambarkan kejadian di bumi Pahang itu sendiri.
Jangan dek kerana membariskan pelakon popular seperti Adi Putra, Fatah Amin dan lain-lain lagi, pengarah filem Mat Kilau merasakan sudah cukup untuk melariskan filem tersebut. Selain Adi, filem ini turut dibintangi oleh Fattah Amin, Beto Kusyairy, Johan As'ari, Farid Amirul, A.Galak, Yayan Ruhiyan dan Nadiya Nisaa.
Paling mengecewakan Adi Putra adalah pelakon dan penyanyi dari Singapura dipilih memegang watak utama sebagai Mat Kilau dan Yayan Ruhian pula ialah pelakon dari Indonesia. Tindakan Syamsul membelakangkan pelakon dari Pahang untuk memegang watak utama filem ini amatlah dikesali. Ia seolah-olah cuba mencemarkan sejarah yang sudah terpahat itu sebenarnya.
Dua pelakon dari Singapura dan Indonesia pula terlibat
Jangan hanya mahu mencari keuntungan semata-mata. Ini bukan filem kisah cinta, seram atau aksi, di mana lokasi pengambaran boleh dipilih di mana-mana yang difikirkan terbaik oleh pengarahnya. Filem Mat Kilau adalah pengkisahan sejarah, makanya ia oerlu dibuat di lokasi yang sepatutnya iaitu kampung asal tempat perjuangan Mat Kilau itu sendiri.
Fadli Abd Halim, pereka set filem dan pasukan sedang berbincang
tentang pembinaan set filem Mat Kilau arahan Syamsul Yusof
Mereka bukanlah mahu benar-benar membangkitkan semula sejarah perjuangan Mat Kilau agaknya tetapi lebih kepada tujuan komersial. Ini amat mengecewakan anak-anak Pulau Tawar, warga Pahang dan serta cucu cicit Pahlawan Mat Kilau yang masih ada hingga ke hari ini.
Kampung kelahiran Mat Kilau masih wujud, bahkan Masjid Mat Kilau tempat beliau isytiharkan dirinya Pahlawan Melayu Pahang itu pun masih tersergam indah hingga ke hari ini. Maknanya lokasi asal perjuangan Mat Kilau itu masih wujud dan boleh dilihat, bukan dalam hutan belantara atau sudah musnah ditelan dek zaman.
Makanya memilih negeri Perak sebagai lokasi pegambaran filem Pahlawan Melayu Pahang adalah satu langkah untuk mencemarkan nilai sejarah itu sendiri. Malah, ia jelas sengaja untuk mempersendakan sejarah yang sudah sekian lama menjadi ingatan sejak sekian lamanya.
Sidah beberapa kali filem Mat Kilau dirancang dan sekali lagi pengarahnya gagal menjaga sentimen rakyat Pahang sebenarnya. Tidak munasabah dan masuk dek akal, tajuk filem Mat Kilau, tapi lokasi pengambaran di Perak.
Bukankah ia sengaja mengelirukan sejarah. Sebelum ini pengambaran filem Mat Kilau itu di buat di Pasir Kubur Sungai Lembing, Kuantan, Pahang.
Pengambaran filem Mat Kilau pada tahun 2015 di Sungai Lembing
Namun filem itu hilang entah ke mana?. Mungkin kerana tersalah memilih lokasi, walau pun di bumi Pahang. Inikan pula di luar negeri Pahang seperti dilakukan Syamsul Yusof ini.
Satu lagi filem berkisar mengenai sejarah perjuangan pahlawan Melayu, Mat Kilau, yang pernah dilancarkan sekitar tahun 2009 oleh syarikat penerbitannya, Lagenda Studio, yang diketuai oleh Rodzee A.Razak.
Majlis pelancaran filem ini yang berlangsung di Kompleks Studio Merdeka, Hulu Klang, turut dirasmikan oleh Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal yang ketika itu menjawat jawatan Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan.
Kos penerbitan filem tersebut yang dikatakan mencecah RM10 juta, turut dilaporkan bakal menjadi filem kedua termahal selepas "Puteri Gunung Ledang" kerana banyak menggunakan teknologi terkini dalam bidang perfileman terutama imej janaan komputer (CGI) dan grafik 3D.
Filem yang dibintangi pesilat muda Hairul Nizam, Mazlina Omar, Khir Rahman, Shaharuddin Thamby, Badrul Muhayat dan Z.Zamri ini bagaimanapun tidak menjadi kenyataan dan senyap sepi begitu sahaja. Kos lebih tinggi dari kos Syamsul Yusof sekarang.
Sementara itu, pada tahun 2016 sekali lagi percubaan menerbitkan filem Mat Kilau telah dilakukan oleh syarikat Masa Pro dengan kerjasama dgn syarikat Topaz 7. Kisah mengenai Mat Kilau itu bertajuk "The River Warrior". Namun ia juga hilang entah ke mana.
Sepatutnya sebelum merancang untuk menerbitkan filem ini, pihak terbabit dapatkan dulu pandangan daripada orang-orang di sini. Berilah penghargaan kepada penduduk Pulau Tawar dan keturunan Mat Kilau di Batu 5 Kuantan untuk sama-sama melibatkan diri dalam pembikinan filem ini.
Bukankah jika pengambaran dibuat di sini, ramai anak-anak Pahang boleh terlibat sama sebagai pelakon pembantu, kerana mereka lebih memahami nilai-nilai sejarah yang ditinggalkan. Jika pun Pulau Tawar bukan lokasi sesuai untuk pengambaran filem ini, banyak lagi tempat lain di bumi Pahang boleh dijadikan pilihan. Kenapa perlu di Perak?.
Pahang ada ramai pelakon-pelakon berbakat yang boleh diketengahkan, malah mempunyai ketokohan untuk menjadi pelakon utama dalam filem ini seperti Norman Hakim (Kuantan), Fizz Fairuz (Raub), Kamal Adli (Pekan), Fazura (Pekan) dan ramai lagi.
Malah masih lagi anak seni teater di negeri Pahang seperti Roslan Madun, AK Hidayat, Man Kayan dan ramai lagi yang boleh diketengahkan untuk memantapkan lagi perjalanan filem ini. Apa yang penting mereka ini lebih memahami sejarah, budaya, seni dan peradaban bangsa Pahang. Kenapa perlu memilih pelakon luar jika mahu mengangkat martabat negeri Pahang itu sendiri.
Jika Syamsul Yusof boleh libatkan pelakon luar negara dalam filem ini, kenapa tidak pelakon dari bumi Pahang dipelawa menyertai pembikinan filem ini?. Bukankah ini satu penghargaan untuk anak seni Pahang. Kenapa mereka ini tak diberi peluang?.
Alangkah bangga anak-anak Pulau Tawar (tempat lahir Mat Kilau) jika pengambaran filem kisah perjuangan pahlawan itu di buat di kampung asalnya. Penduduk boleh terlibat sama-sama memberi sokongan terhadap filem ini.
Memilih lokasi lain, seolah sengaja mengundang persepai negatif sebenarnya. Terasa kecewanya kami bila filem itu ditonton kepada umum nanti, dan mereka tahu adengan pengambaran itu bukan di tempat asal yang tercatit dalam sejarah, tetapi di tempat lain yang tiada kaitan langsung sebenarnya.
Contohilah apa yang dilakukan oleh filem sejarah "Bukit Kepong". Sebahagian besar daripada generasi yang lahir sebelum 1980 di pekan Bukir Kepong, telah diambil jadi pelakon tambahan dalam filem arahan Tan Sri Jins Shamsuddin itu. Lokasi penggambaran adalah di sekitar Lenga, tidak jauh dari lokasi asal keadian berdarah pada 23 Februari 1950. Inilah sejarah dan ia tidak boleh diubah sesuka hati sebenarnya.
Begitu juga dengan Pengarah Filem Mamat Khalid yang dilaporkan akan menerbitkan filem "Pasir Salak Pasir Berdarah" yang membariskan pelakon tempatan seperti Khir Rahman, Datuk M Nasir, Soffi Jikan, Eman Manan, Namron, Datuk Rahim Razali, Bront Palarae dan Hasnol Rahmat. Malah beliau sendiri mencadangkan lokasi set pengambaran akan dibina di tepi Sungai Perak. Malah kajian mengenai filem tersebut telah dibuat sejak 1998 lagi.
Filem ini juga mendapat kerjasama dengan FINAS sebenarnya, dan ia berkisar tentang perjuangan Pahlawan Melayu Perak menentang penjajahan British di negeri itu. Ini bukti, bila filem berkaitan sejarah maka ia perlu dibuat di tempat asal kejadian berlaku atau pun yang berhampiran dalam negeri tersebut. Peliknya Mat Kilau buat di Perak !!.
Justeru, mohon Syamsul Yusof mempertimbangkan semua ini demi kebaikan semua pihak. Apa guna membuat filem "Mat Kilau" akhirnya sekali lagi gagal ditayangkan seperti sebelum ini. Mungkin kerana gagal mendengar keluhan anak Pahang itu sendiri gamaknya. Kita kan tengok sejauh mana perkembangan filem ini. Apakah ia berpijak dibumi yang nyata, atau pun sama seperti filem-filem fantasi yang lain sekadar mengaut keuntungan semata-mata.
"
ANAK JATI PULAU TAWAR"
MOHD SHUKRI B MOHD
RAMLI @ JAMALUDDIN
(Blogger Cucumatkilau)
www.cucumatkilau.blogspot.my