Salam Aidilfitri diucapkan kepada semua, semoga beroleh keberkatan dihari yang mulia ini hendaknya. Dikesempatan ini saya menyusun sepuluh jari, memohon ampun dan maaf andai ada kata-kata, tulisan dan kenyataan saya selama ini boleh mengguriskan hati dan perasaan pembaca budiman.
Saya sudah berkarya sebagai 'blogger' sejak 5 Disember 1998, iaitu masa yang cukup lama dan panjang untuk mematangkan perjuangan sebenarnya. Bayangkan daripada zaman Blog, kemudian Youtube, lepas tu Facebook, Instragram, Twitter dan sekarang era AI, muncul berbagai jenis media sosial terutamanya TikTok, Treads dan lain-lain platform.
Pengalaman ini cukup berharga untuk saya kenang, apatah lagi saya masih terus menulis di blog ini sejak sekian lama. Ramai rakan-rakan blogger sudah bersara dan tidak kurang juga yang sudah dijemput Allah SWT ke alam sana.
Namun, kekuatan saya terus menulis serta berkarya adalah sesuatu yang saya sendiri tidak boleh jangka sebenarnya. Namun itulah 'Blogger Cucumatkilau', akan terus berjuang di alam maya sehingga ke akhir hayat.
Sokongan dan perhatian semua amatlah dihargai. Salam lebaran dari CMK




0 Komen Artikel Ini:
Catat Ulasan