Walau pun sudah diluluskan sebelum ini, tapi kini segalanya tinggal kenangan. Saya hadir semasa majlis pelancaran rasmi tapak ini pada Pilihan Raya Umum ke-14 dulu.
Sedih hati saya bila melihat papan tanda ini masih terpacak disini. Projek pembinaan Hospital Maran ini telah diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) dengan anggaran kos RM350 juta.
Sebelum ini, Ahli Parlimen Maran adalah anggota kabinet kerajaan persekutuan, bekas Timbalan Menteri Sumber Manusia dan Timbalan Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT) iaitu Datuk Seri Ismail Hj Mutallib.
Pada 2022, beliau memaklumkan Hospital Maran yang diluluskan projek pembinaan sejak tahun 2018 dijangka dimulakan pada tahun hadapan iaitu 2023. Namun semua itu tidak menjadi kenyataan.
Mungkin kerana beliau bukan lagi Ahli Parlimen kerajaan pusat, kerana menang bertanding atas tiket PAS pada PRU15.
Mengulas mengenai kelewatan proses pembinaan walaupun projek diluluskan kira-kira empat tahun lalu, Ismail berkata, ia berpunca daripada perubahan kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Menurut beliau jika diikutkan bukan projek hospital ini sahaja berdepan masalah, tapi ada beberapa projek lain ditangguhkan selepas Pakatan Harapan (PH) menjadi kerajaan.
Apakah kerana politik rakyat marhaen terpaksa menghadapi perubahan ini?.
Warga Maran sungguh terkejut apabila Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad mengumumkan projek pembinaan Hospital Maran yang pernah diluluskan dengan kos RM350 juta, tidak diteruskan buat masa ini.
Sebaliknya, beliau berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) memberi tumpuan kepada pengukuhan klinik kesihatan sedia ada dan penjagaan kesihatan primer.
Keputusan itu dibuat selepas kementerian meneliti kadar penggunaan katil (bed occupancy rate, BOR) di hospital berhampiran yang didapati masih rendah dan belum mencapai tahap mendesak.
BOR di Hospital Jengka kini sekitar 57 peratus, manakala Hospital Sultan Ahmad Shah (HOSHAS), Temerloh mencatat kira-kira 63 peratus, menunjukkan fasiliti sedia ada masih mampu menampung keperluan pesakit.
Daripada sudut penggunaan, belum sampai ke tahap yang memerlukan kita membangunkan hospital baharu di setiap daerah.
Menurur Dr Dzulkefly lagi, bagi memenuhi keperluan kesihatan penduduk Maran, KKM kini memberi fokus kepada Klinik Kesihatan Maran Type 4, termasuk memperkasakan perkhidmatan kecemasan, katil pesakit dalam serta Emergency Birthing Centre (EBC).
Tambahnya, walaupun jumlah kelahiran di kawasan itu rendah, perkhidmatan EBC tetap penting demi akses rawatan segera tanpa perlu ke hospital jauh.
Paradigma kerajaan ialah memperkukuh primary healthcare melalui klinik kesihatan sebagai tunjang penjagaan kesihatan sebelum pesakit memerlukan rawatan hospital.
Projek Hospital Maran sudah lama menjadi harapan penduduk di Daerah itu, dengan cadangan awal pembinaan diluluskan beberapa tahun lalu dengan tapak awal yang difokuskan di laluan Batu 55, Jalan Maran–Jengka, Mukim Luit.
Justeru, saya berharap pembinaan hospital ini dapat diteruskan demi keperluan rakyat sekitar DUN Luit dan DUN Sri Jaya dalam kawasan parlimen Maran yang amat perlu kemudahan ini sebenarnya.
PERSOALANNYA
(1) Semua daerah dalam negara ini wajar mempunyai sebuah Hospital Daerah, kerana ia adalah keperluan dan hak rakyat untuk mendapatkan rawatan kesihatan dengan lebih efisyen dan selesa.
(2) Kenapa baru sekarang berbagai alasan diberikan. Peliknya, macam mana boleh diluluskan sebelum ini? Walhal ketika kajian sebelum kelulusan projek ini, memang sudah wujud Hospital Sultan Hj Ahmad Shah (HOSHAS) di Temerloh dan Hospital Jengka di Bandar Tun Razak Jengka.
(3) HOSHAH untuk warga Temerloh dan Hospital Jengka untuk warga Jengka. Hospital Maran untuk warga Maran. Hospital daerah biasanya akan dibina di bandar utama dalam daerah tersebut.
(4) Masa lulus tak ada pulak alasan da ia adalah keperluan rakyat. Tak mungkin tiada kajian sebelum dibuat kelulusan terhadap projek tersebut.
(5) Mana mungkin projek bernilai RM350 juta yang diluluskan dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) tiba-tiba boleh dibatalkan begitu sahaja?. Usah jadikan rakyat mangsa percaturan politik.
"Fight For Your Right"







0 Komen Artikel Ini:
Catat Ulasan