SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR BATIN DARI CMK SEISI KELUARGA | SEBARANG ADUAN DAN PERTANYAAN BOLEH PM 0 1 2 - 3 8 5 4 4 0 0 (CMK)

Adly Sudah Bagus, Tetapi Kontraktor Melayu Dakwa DAP Nafikan Agihan Projek Kepada Mereka !

 

Malam tadi saya dihubungi oleh beberapa orang kontraktor Melayu Melaka yang berikan respon terhadap tulisan saya bahawa rakyat negeri itu mahu Adly Zahari diangkat semula sebagai Ketua Menteri (sokong PH untuk menang).

Atas alasan tidak banyak berlaku penyelewengan ketika pemerintahan Adly selama 22 bulan PH memerintah.  Rujuk tulisan https://cucumatkilau.blogspot.com/2021/11/kenapa-rakyat-melaka-mahukan-adly_77.html?m=1

Apa pun saya nak maklumkan, kenyataan saya itu adalah berdasarkan pandangan rambang beberapa orang rakyat Melaka yang ditemui ketika saya di sana baru-baru ini. 

Saya mendengar dan melaporkan apa yang mereka sampaikan. Saya tidak berpihak kepada sesiapa kerana kapasiti saya ialah sebagai aktivis dan pemerhati kempen PRN Melaka yang  sedang berlangsung sekarang.

Namun, apabila ada kontraktor yang cuba hubungi saya dan mahu hakikat sebenar apa yang berlaku kepada nasib mereka juga dihighlightkan. 

Maka saya bertanya, apakah masalah yang dihadapi ketika pentadbiran kerajaan PH di Melaka. 

Mereka setuju dengan kenyataan saya pasal Adly Zahari selaku Ketua Menteri Melaka, namun mereka tidak setuju pasal campur tangan oleh parti komponen PH terutamanya DAP. 

Saya tanya apa berlaku, mereka kata sejak PH berkuasa selama 22 bulan nasib kontraktor Melayu "bagaikan telur dihujung tanduk". 

DAP kawal Ketua Menteri dalam agihan projek-projek kerajaan. Projek banyak dapat kepada kontraktor Cina, sedangkan kontraktor Melayu dinafikan. 

Jika ada pun, hanya kontraktor yang menyokong PH. Itu pun terpilih. Saya terkejut dengan maklumat tersebut sebab saya ingatkan PH berlaku adil dalam agihan projek kerajaan. 

Jika sebaliknya, memang saya menentang ketidak adilan ini. Mereka kata, jika PH menang PRN Melaka dan Adly diangkat sekali lagu jadi Ketua Menteri, maka sudah pasti adengan yang sama akan berulang lagi. 

Adly memamg berwibawa, namun beliau gagal pantau kelicikan ahli majlis kerajaan negeri dari DAP yang membuat gerakan inu secara senyap. 

Hak-hak kontraktor Melayu dinafikan dan ramai yang terpaksa gulung tikar akibat tidak tahan dengan tindak tanduk DAP dalam pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka. 

Justeru, saya rasa amatlah tidak wajar jika benar dakwaan ini. Sepatutnya PH tidak "menganaktirikan" kontraktor Melayu untuk cari rezeki menerusi berbagai projek di bawah kerajaan negeri. 

Saya ucapkan terima kasih kepada mereka (kontraktor Melaka) yang menyalurkan maklumat ini. Setidak-tidaknya rakyat Melaka harus ada "timbang tara" untuk membuat pilihan pada 20 November jni. 

Adly sudah bagus sebagai Ketua Menteri, namun ada kisah dibelakang tabir pula yang kedengaran dan berbunyi. Ini tidak bagus untuk sesebuah kerajaan yang memikirkan soal rakyat. 

Kontraktor Melayu juga adalah rakyat yang turut membantu pembangunan negeri Melaka. Maka itu jika dakwaan ini berasas, saya amat kecewa dengan senario yang berlaku. Usah pinggirkan kontraktor kita. 

Salam Perjuangan Leluhur, 
BLOGGER CUCUMATKILAU (CMK) 
https://cucumatkilau.blohspot.com

 


0 Komen Artikel Ini: