PERJUANGAN HARUS DITERUSKAN WALAU DALAM APA JUA KEADAAN SEKALI PUN

Saturday, February 11, 2012

Keratan akhbar Sinar Harian frontpage kes Saiful saman Blog PDO 2009
Keratan akhbar ketika cucumatkilau ditangkap pada 26 Disember 2007

Friday, February 10, 2012

Menyingkap Sejarah Setahun Meninggalkan Parti Dan Bergerak Sebagai Aktivis Rakyat, Perjuangan Tetap Di Teruskan Demi Agama, Bangsa & Negara !

Setahun yang lalu iaitu tanggal 11 Februari 2011, CMK telah membuat satu keputusan drastik iaitu mengundur diri daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), parti yang CMK wakili semasa bertanding di Pilihanraya Umum Ke-12 bagi kerusi DUN Kemayan, Parlimen Bera pada tahun 2008 dulu. Tindakan itu bukanlah kali yang pertama, kerana pada tahun 2004 beberapa hari menjelang Pilihanraya Umum ke-11, CMK dan KeAdiLan bahagian Paya Besar telah keluar dari PKR gara-gara krisis mempertahankan Lokman Nor Adam yang ketika itu dipecat daripada parti selepas kontroversi beliau dengan Ezam Md Noor. Ketika itu nama CMK diwar-warkan menjadi calon Parti Keadilan Nasional (PKN) bagi DUN Lepar. CMK undur diri dan memberi ruang kepada calon PAS bertanding di kerusi itu (Ustaz Rosli Jabar). CMK, Lokman Nor Adam dan kepimpinan PKN Paya Besar telah dibawa mengadap MB Pahang (Dato' Sri Adnan Yaakob) dan kemudian Timbalan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) di Pekan ketika itu. Sempat menjamu selera bersarapan pagi (nasi lemak zaman) dengan Najib, Rosmah Mansor serta anak-anaknya selama lebih kurang 45 minit. Kecoh dibuatnya selepas sidang media dan keluar di dada-dada akhbar. Ramai yang menyangka CMK akan bersama UMNO selepas keluar dari PKN. Selang beberapa tahun, CMK masih tetap dengan perjuangan rakyat. Tohmahan mengatakan CMK mendapat habuan bernilai jutaan ringgit selepas keluar PKN meleset. Akhirnya CMK ambil keputusan kembali sertai KeADILan yang dikenali sebagai Parti Keadilan Rakyat (PKR) selepas itu. CMK ambil keputusan sertai semua PKR (2007) beberapa tahun selepas keluar parti kerana kecewa dengan tindakan Lokman Nor Adam yang tiba-tiba bertindak sertai UMNO mengikut jejak langkah Ezam Md Noor. CMK hairan dengan politik beliau, dia yang beriya-iya berjumpa CMK dan mahu dirinya dibela selepas dipecat dari parti tiba-tiba duduk pula semeja dengan Ezam. Padahal ketika CMK membela beliau, isu utamanya ialah kerana kes Ezam. Dia dedahkan banyak fail Ezam kepada Najib hingga menyebabkan Ezam gagal untuk berlawan dengan Najib di Parlimen Pekan ketika itu. Bila Lokman kembali bersama Ezam, CMK terfikir dia tidak jujur dalam perjuangan. Dia marah bila CMK tidak kembali kepada parti UMNO.



CMK tegaskan, keluar PKN 2004 bukan kerana mahu sertai UMNO tetapi kerana kecewa dengan Ezam Md Noor. Akhirnya, CMK kembali sertai PKR melalui Fuziah Salleh, Ketua Bahagian Kuantan ketika itu. Kemasukan CMK ditentang oleh ramai pimpina PKR termasuk beberapa kepimpinan bahagian terbabit. Namun, segalanya dibuktikan bila CMK tetap meneruskan perjuangan bersama rakyat walau pun penuh kontroversi. Rumah CMK telah digeladah polis pada Disember 2007 akibat beberapa tulisan yang mengancam keselamatan negara katanya. Pintu dipecah dan CMK telah disoal siasat oleh pihak polis di IPD Kuantan. Apapun CMK akhirnya dibebaskan, mujurlah CMK tabah menghadapi segalanya. Berita penangkapan CMK telah disiarkan di dalam banyak blog dan termasuk juga akhbar Suara Keadilan. Ramai yang terkejut dengan apa yang terjadi itu.

Menjadi Calon PKR Pada Pilihanraya Umum Ke-12

Akhirnya pada tahun 2008, CMK ditawarkan untuk bertanding sebagai calon PKR bagi kerusi DUN Kemayan, Parlimen Bera. CMK bersetuju dengan tawaran yang dibuat oleh Pengerusi PKR Pahang ketika itu iaitu Zakaria Abd Hamid. Ramai yang tidak yakin CMK akan teruskan perjuangan biar pun menjadi calon PKR pada PRU-12 itu. Tambahan pula dalam tempoh sehari dua berkempen, begitu ramai "parasit-parasit" yang datang berjumpa CMK untuk menawarkan habuan tertentu supaya menarik diri dari bertanding. Malah, pada malam terakhir (hari ketiga) jumlah tawaran hampir mencecah RM1 juta. Namun, CMK tetap teruskan perjuangan hingga mengecewakan sebahagian daripada mereka yang amat berharap CMK undur diri. Walau bagaimana pun CMK tewas kepada calon BN pada pilihanraya itu. Selepas itu barulah pihak-pihak yang selama ini tidak yakin dengan perjuangan CMK mula ambil perhatian. Cuma CMK agak terkilan kerana selepas PRU-12, langsung tidak dipanggil oleh kepimpinan parti di Bera untuk CMK turun berceramah di kawasan itu. Mungkin mereka terlupa atau terlepas pandang agaknya. Mujurlah PAS Kawasan Bera ada mengundang CMK dalam majlis mereka.

Tahun 2010-2011, Mula Naik Ke Pentas Ceramah

Pada tahun 2010 dan 2011 barulah CMK turun ke pentas ceramah di seluruh negeri Pahang, itu pun atas pentas parti PAS. CMK sempat berceramah dengan beberapa orang kepimpinan PAS termasuk Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man, Salahuddin Ayub, Datuk Mahfuz Omar dan yang lainnya. Malah CMK juga sempat bersama bekas Speaker DUN Perak, V.Sivakumar dan ramai lagi. PAS banyak membuka ruang untuk CMK turun ke pentas ceramah. Ceramah terakhir yang CMK sertai ialah pada penghujung bulan Disember 2011 yang lalu iaitu ketika bersama Profesor Dr.Aziz Bari di Pontian, Johor. CMK tidak kekok untuk berceramah, walau pun sudah lama tidak berbuat demikian. Namun, kemahiran itu tetap ada kerana CMK adalah bekas Juruhebah dan Pengacara semasa di RTM Pahang dulu. Di samping ceramah, PAS juga telah mengundang CMK untuk berbicara soal blog dan media baru di Temerloh. CMK sempat bersama dengan Ustaz Nik Abduh (Timbalan Ketua Pemuda PAS) dan Hishamuddin Rais @ Tukar Tiub dalam program tersebut. Pada Pilihanraya Kecil DUN Kerdau tahun lalu, CMK berada dalam dilema untuk membantu pihak mana berkempen. Namun akhirnya, CMK memilih menjadi team media PAS atas pelawaan Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nasaruddin Hassan Tantawi. Walau bagaimana pun timbul isu panas ketika itu apabila CMK dikatakan akan menyertai UMNO dihadapan Perdan Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu program di sana. Tambahan pula CMK dilihat sering berada di Bilik Gerakan BN ketika itu. Heboh cerita pasal CMK hilang beberapa hari dan akan muncul untuk membuat pengumuman menyertai UMNO beberapa hari sebelum waktu pengundian. Namun akhirnya CMK buktikan masih setia pada perjuangan.




Semasa kes liwat II timbul, CMK telah dikaitkan terlibat dengan blog Pahang Daily Online kononnya menfitnah Saiful Bukhari Azlan dalam isu sakit yang dihidapinya selepas melakukan sumpah laknat. CMK telah ditahan selama 8 jam oleh pihak polis dari Bukit Aman. Selepas di soal siasata akhirnya CMK dibebaskan. Pengalaman itu sungguh mendebarkan dan CMK telah jadikan sebagai pengajaran yang amat berguna sekali. Artikel panas berkaitan Saiful kemudian telah ditarik balik oleh blog terbabit pada awal tahun 2011 yang lalu. Laporan berkiatan kes tersebut telah disiarkan oleh kesemua media arus perdana. CMK sendiri telah ditemubual oleh Sinar Harian dan laporannya telah disiarkan di muka depan akhbar terbabit (Nasional). Apapun, CMK memohon ampun dan maaf kepada semua pihak atas kes yang berlaku ini. Semuanya tidak mematahkan semangat CMK untuk terus berjuang bersama rakyat.

CMK terfikir untuk meninggalkan PKR bukan kerana mendapat tawaran daripada mana-mana pihak sebenarnya. Walau pun tuduhan itu dilontarkan kepada CMK namun ianya tetap tidak menghalang CMK untuk terus setia kepada perjuangan rakyat. Tindakan undur diri daripada PKR terpaksa diambil selepas berlaku krisis dalam pemilihan PKR 2010 (hanya mereka yang tahu sahaja boleh mengingatinya). CMK dituduh berpihak kepada kumpulan tertentu dan memusuhi kumpulan tertentu, sedangkan hakikatnya CMK bersikap neutral dengan sesiapa sahaja. Tuduhan paling berat apabila ada yang mengatakan CMK adalah "kempen manager" calon Timbalan Presiden iaitu Datuk Zaid Ibrahim. Akibat tuduhan melulu dan mengambil kira CMK tidak mahu berbalah dengan sesiapa di dalam parti, maka akhirnya CMK mengambil keputusan meninggalkan PKR. Berita tersebut CMK siarkan di blog, namun tiba-tiba pada 27 November 2011 akhbar Utusan Malaysia telah menyiarkan berita CMK Keluar PKR iaitu beberapa bulan lebih awal daripada keputusan yang sepatutnya CMK buat. Heboh dibuatnya, dan ramai yang menuduh CMK pengkhianat dan sudah dibeli. Ada yang menghubungi CMK bertanyakan berapa banyak wang yang CMK terima. Mereka menuduh berbagai-bagai terhadap CMK, hingga akhirnya CMK terpaksa mengambil keputusan untuk menyaman Utusan Malaysia gara-gara kenyataan tidak benar yang dikeluarkan oleh akhbar terbabit. Kes ini akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi Kuantan dalam masa terdekat ini. CMK mengambil tindakan menyaman Utusan Malaysia sebanyak RM5 juta akibat kenyataan yang telah pun diputar belit tersebut.



Thursday, February 9, 2012

CMK Terjumpa Imam Ramlang Porigi Dekat KLIA

Sudah lama kita tak mendengar cerita Imam Ramlang Porigi, iaitu Imam Masjid Wilayah yang kisahnya panas seketika selepas dia hadir sebagai saksi "sumpah laknat Saiful" pada tahun 2008 dulu. Beliau rupanya sudah tidak berkerja lagi sebagai Imam dan kini selesa dengan tugasnya di sebuah syarikat yang menguruskan jemaah haji dan umrah ke Tanah Suci Mekah. CMK sempat berjumpa dengan Imam Ramlang semasa menghantar bonda mertua menunaikan umah pada 7 Februari baru-baru ini. Pertemua singkat di KLIA Sepang itu tidak dirancang dan secara kebetulan dia adalah pegawai syarikat yang sama menguruskan umrah bonda mertua CMK. Kami berbual seketika terutamanya berkaitan dengan isu Saiful Bukhari Azlan. Beliau ternyata sudah melupakan segala kejadian yang menimpa dirinya, dan kini selesa dengan cara hidupnya. Tidak ada lagi gangguan atau tohmahan yang diterimanya seperti di awal isu tersebut timbul dulu. Dari gayanya, tampak Imam Ramlang sememangnya bahagia dengan kehidupan beliau sekarang. Perbualan menjurus kepada hala tuju politik CMK dan dengan jelas mengatakan kepadanya yang CMK kini sudah keluar dari mana-mana parti politik dan hanya menjadi Aktivis Bebas sahaja. Beliau gembira dapat jumpa CMK dan sebelum beredar CMK sempat memohon maaf kepadanya atas keterlanjuran mengutuk beliau kononnya dibeli untuk menjadi Imam sumpah laknat Saiful ketika itu. Beliau tidak marah, malahan mengakui ramai blogger yang melemparkan tuduhan melulu terhadapnya berikutan kejadian itu. CMK akhirnya sempat bergambar kenangan dengan beliau sebelum beredar. Apapun, CMK doakan semoga Imam Ramlang Porigi akan ters berbahagia dan berjaya dalam kerajaya beliau sekarang ini. Amin

Friday, January 27, 2012

CMK Sungguh Terkejut Bila 'Ayah Rahimi', Osman Ishak Tiba-Tiba Tinggalkan Parti Keadilan Rakyat

CMK amat terkejut dengan berita berkenaan Encik Osman Ishak (foto), iaitu ayah kepada Rahimi Osman bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba-tiba mengumumkan keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR). Ia sesuatu yang cukup menakjubkan kerana CMK telah mengenali beliau sejak awal-awal kewujudan Keadilan di negeri Pahang. Persoalannya, kenapa orang sehebat Encik Osman ini boleh tinggalkan Anwar, sedangkan beliau adalah penyokong tegar pemimpin itu sejak awal kebangkitan reformasi lagi. Beliau dikatakan berhenti daripada menyokong PKR selepas menonton video seks yang didakwa mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan membuat kesimpulan bahawa ada asas individu terbabit boleh melakukan perkara yang lebih menjijikkan. Penyokong tegar Anwar sejak di bangku sekolah dan pernah menjadi orang kuat PKR Pahang, manakala anaknya, Rahimi pernah bertugas dengan Anwar sebagai setiausaha sulit itu berkata, video seks yang didedahkan oleh ‘Datuk T’ dan kemudian disiarkan menerusi blog juga menukar pendiriannya terhadap Anwar. “Akal saya tidak dapat mencari satu ciri pun si pelaku itu bukan orang yang diperkatakan. Semua yang saya saksikan, dari segi fizikal dan gerak gerinya semua sangat menyamai seorang individu... itulah kesimpulan saya,” katanya. “Tambahan pula apabila melihat dolak-dalih mereka sekeluarga dalam isu jam tangan yang tidak meyakinkan, kelihatan mereka sangat gelabah. Rasa kemungkinan besar betul, mungkin ada merit untuk kes terdahulu. "Video itu mendorong saya tinggalkan PKR dan hilang kepercayaan terhadap ketuanya. Saya boleh tengok sendiri berbanding sebelum ini yang hanya mendengar dari cerita orang,” katanya.

Sanggup Berbalah Dengan Anak Kerana Anwar

Osman berkata, taksub terhadap Anwar menyebabkan beliau pernah berbalah dengan anaknya, Rahimi (foto), yang pernah menjadi Setiausaha Sulit Anwar selepas anaknya menceritakan perilaku ketuanya. “Bila Rahimi beritahu dia meninggalkan Anwar (meletakkan jawatan), saya sangat terkejut, apatah lagi alasannya adalah sama seperti apa yang berlaku kira-kira 10 tahun lalu yang saya anggap konspirasi dan perbuatan zalim, kini kena pula kepada kawan Rahimi. “Kebetulan selepas Rahimi menceritakan sebab (mengapa dia berhenti), dia membawa ke satu perjumpaan yang mendedahkan banyak cerita mengenai individu sama. Dari detik itu, hati saya berubah 99 peratus dan meninggalkan PKR serta pembangkang. “Keputusan mahkamah, baru-baru ini semakin melegakan saya kerana kini kesimpulan yang saya buat adalah betul. Ini kerana sejak hari pertama hingga penghujung kes, teori konspirasi ini dicanangkan bagi mengaburi mata rakyat, tetapi keputusan mahkamah sebaliknya. “Bagi orang yang berfikir, sudah tentu mereka memahami apa yang sebenarnya berlaku dan siapa yang sebenarnya berkonspirasi. Ini persepsi saya, tapi selepas keputusan mahkamah, saya menolak 100 peratus PKR dan pembangkang,” katanya. Rahimi sebelum ini turut menggemparkan PKR apabila mendedahkan dia dipaksa untuk memfitnah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dalam konspirasi terhadap Anwar berhubung kes liwatnya.

Wednesday, January 25, 2012

Jika Tiada Aral Melintang, CMK Akan Turut Hadir Ke Kuliah Ustaz Azhar Di Sungai Isap Malam Ini !!

Pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus akan menyampaikan Kuliah Maghribnya di Masjid Al-Falah, Perkampungan Sg.Isap 2 jam 7.30 malam ini (25 Jan). Oleh itu, orang ramai di kawasan terbabit dan sekitarnya adalah dijemput hadir beramai-ramai untuk memeriahkan program itu nanti. Difahamkan, keesokan paginya Ustaz Azhar akan bersama dalam program "Outing Sunrise" di Pantai Teluk Chempedak dekat sini. Beliau yang juga amat menggemari bidang fotografi akan bersama-sama dengan orang ramai yang berminat untuk ambil gambar "matahari terbit" dari pantai itu. Semua dijemput hadir. Jika tiada aral melintang CMK akan hadir untuk meninjau program tersebut malam ini. Salam Perjuangan buat semua sahabat. AMIN

Sunday, January 1, 2012

Protes "Saman Parking MPK" Tidak Capai Sasaran Tetapi Memorandum Rakyat Berjaya Di Serahkan!

Artikel ini dipetik dari blog Pahang Daily Online (PDO). CMK dan beberapa rakan berjaya menghantar memorandum kepada Yang DiPertua, Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) melalui Pegawai Khasnya. Kempen setersunya akan diadakan dari masa ke semasa, sekiranya pihak MPK gagal mengambil apa-apa tindakan atas beberapa isu yang telah dipersoalkan.

KUANTAN, 30 Dis - People's Justice Voice (PJV) berjaya juga menyerahkan memorandum kepada Yang DiPertua Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) biar pun Perhimpunan Protes Rakyat "Isu Saman Parking MPK" tidak mencapai sasaranya berikutan hujan turun dengan lebat dan gangguan lalu lintas yang agak teruk sekitar bandar Kuantan petang tadi. Menurut Pengerusinya, Mohd Shukri Mohd Ramli (Blogger Cucumatkilau), beliau tidak kecewa walau pun orang ramai gagal hadir seperti jadual yang telah ditetapkan. Tambahan pula katanya, berlaku perubahan tempat di saat akhir untuk majlis dialog yang sepatutnya diadakan di Dewan Ibu Pejabat MPK ke Dewan Tabika Perpaduan, Tanah Putih Baru yang terletak kira-kira lima kilometer dari lokasi berkenaan. "Perubahan tempat disaat akhir menyebakan orang ramai keliru. Ramai yang menghubungi saya mengatakan mereka mungkin tidak sempat sampai pada masa yang ditetapkan, akibat hujan lebat dan jalan jem. Perubahan tempat hanya dimakluma sekitar jam 11.30 pagi dan ia menyebabkan saya sendiri sudah menjangkakan ia menyukarkan orang ramai untuk hadir. Malah ada yang menghubungi saya berkali-kali untuk bertanya lokasi sebenar majlis dialog yang akan diadakan itu", kata Shukri. Walau bagaimana pun beliau berbangga kerana berjaya menyerahkan memorandum terbabit di Pejabat Yang DiPertua MPK melalui Pegawai Khas beliau sekitar jam 4 petang tadi.

MPK Perlu Amalkan Budaya Mesra Dan Berhemah

Dalam memorandum tersebut beliau berharap Yang Dipertua MPK, Dato' Hj.Zulkifli Haji Yaacob (foto), dapat mengkaji dan mengambil tindakan atas perkara ini, jika tidak mahu rakyat terus bangkit memberontak. Jangan ingat rakyat berdiam diri dan terus membiarkan MPK melakukan tindakan sesuka hati. Kini, sudah tiba masanya MPK mendengar suara rakyat, kerana mereka adalah pembayar cukai yang memberi hasil kepada kewangan MPK setiap tahun. MPK boleh laksanakan undang-undang tetapi biarlah berpada-pada dan mengikut masa serta kesesuaiannya. Tidak perlu bertindak membabi buta sehingga menyusahkan dan menyakitkan hati rakyat Kuantan khasnya dan rakyat Malaysia amnya. "Amalkan budaya kerja yang lebih bertimbang rasa, berhemah dan mesra rakyat dalam menguatkuasakan undang-undang yang telah ditetapkan. Janganlah emosi dengan rakyat terutamanya dalam bab-bab menyaman. Kami memberi tempoh sebulan sehingga penghujung Januari ini untuk MPK membuat perubahan ke arah kebaikan. Jika tidak, bantahan yang lebih besar serta kempen-kempen akan diadakan bagi menyedarkan orang ramai tentang isu ini. Usah jadikan rakyat sebagai bahan untuk ujikakaji dan sebagainya. Kami menentang sebarang bentuk penindasan walau pun atas nama peraturan dan undang-undang. Kami bersedia berbincang dengan pihak MPK dalam usaha memperbaiki mutu perkhidmatan ini", kata beliau.


Blogger Cucumatkilau sempat bergambar bersama Razali Alias (MAP) dan
Ram Ponnusamy (AMANAH) dihadapan lobi Pejabat MPK petang tadi

[Difahamkan, pihak terbabit memberi tempoh dua minggu kepada MPK untuk melakukan perubahan terhadap sistem yang jelas menindas rakyat ini. Sekiranya tiada tindakan yang dibuat, maka kempen "Bandar Saman, Boikot Parking MPK" akan diadakan. Jika ini berlaku, ia akan memberikan gambaran yang lebih buruk dimata rakyat tentang majlis tempatan terbabit pada masa akan datang. Ia pasti akan mengakibatkan ekonomi penduduk terjejas apabila pelancong dari luar takut untuk datang ke Kuantan. Tambahan pula, Kuantan bakal menjadi tuan rumah Sukan Malaysia yang dijadualkan pada bulan Julai 2012 nanti. Rakyat bukan tidak mahu disaman jika mereka gagal patuhi undang-undang, tapi MPK juga harus mengajar pegawainya lebih mesra rakyat dan bertimbang rasa semasa menjalankan tugas masing-masing. Jangan jadikan rakyat sebagai "mangsa" sebaliknya didik mereka supaya faham setiap kesalahan yang dilakukan. Jika ia terus diulangi barulah tindakan saman boleh dikenakan. Tidak wajar saman dijadikan alat untuk menambah sumber hasil kewangan setiap tahun. Sedangkan rakyat yang tidak berdosa dipaksa mengikut undang-undang ciptaan mereka. Bukankah manusia yang menciptanya, kenapa tidak boleh diubah jika ia terbukti menindas rakyat!].

Monday, December 26, 2011

Protes Saman Parking, MPK Perlu Fahami Apakah Isu Yang Di Pertikaikan Oleh Rakyat Sebenarnya !

KUANTAN, 26 Dis - Tinggal empat hari sahaja lagi himpunan Protes Rakyat Bantah Saman Parking MPK, nampaknya sokongan yang dibuat oleh sebahagian warga Kuantan menerusi kaji selidik yang dibuat di blog ini semakin meningkat. Berdasarkan statitik terbaru daripada 173 yang mengundi (10.00 pagi) ternyata 81% (140) menyokong dan mahu hadir pada himpunan itu nanti. Hanya 6% (11) membantah dan 13% (22) lagi tidak ada apa-apa masalah dengan program itu nanti. Dengan statistik online yang dibuat ini, secara jelas majoriti rakyat sebenarnya membantah sistem yang diperkenalkan oleh Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) beberapa tahun yang lalu itu. Difahamkan, Pengerusi Penganjur, Mohd Shukri Mohd Ramli (foto) atau lebih dikenali sebagai CMK (Blogger Cucumatkilau) protes itu telah dipanggil oleh pihak polis Jumaat lalu, namun beliau gagal menghadirkan diri ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan kerana masih lagi berada di luar kawasan pada masa ini. Apapu, menerusi facebooknya, beliau secara jelas mengajak rakyat Kuantan terus bangkit mempertahankan hak mereka. Katanya, rakyat tidak harus sewenang-wenangnya membenarkan diri mereka dijadikan "alat" untuk melempiaskan "hawa nafsu" pihak-pihak tertentu. "Bukan kita mahu protes soal saman parking, tapi isunya ialah sistem dan sikap pegawai MPK (Penguatkuasa) yang keterlaluan dan berlagak sombong dengan orang awam. Malah ada yang bertindak keterlaluan tanpa budi bicara dan timbang rasa. Inilah yang menyebabkan rakyat bangkit membantah dan tidak mahu situasi begini berterusan. Tambahan pula pada tahun 2012 ini nanti, Sukan Malaysia (SUKMA) dijadualkan berlangsung di Kuantan. Jika senario ini tidak diubah maka lebih ramai mangsa akan teraniaya nanti", kata Shukri. "Saya mengajak semua rakyat (warga Kuantan) atau sekitarnya yang teraniya dek tindakan ini agatr dapat hadir beramai-ramai pada hari itu nanti. Kita mahu nyatakan bantahan secara aman dan saya sendiri akan menghantar memorandum kepada Yang Di Pertua Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) pada hari itu nanti bagi mewakili NGO Suara Keadilan Rakyat (People's Justice Voice. Mereka tidak perlu takut dan risau, jika tidak mahu terus teraniaya. Sila bawa bersama semua resit saman parking yang pernah diterima selama ini untuk kita kumpulkan dan serahkan semula kepada MPK. Ingat, pilihanraya semakin hampir ... jika ini keadaannya maka jangan salahkan rakyat jika mereka tolak kerajaan pada PRU-13 itu nanti", tambahnya.


Orang ramai bukan tidak mahu disaman bila melakukan kesalahan, tapi
biarlah ia bertempat dan dalam keadaan yang sepatutnya dibolehkan

Sebenarnya, masih ramai rakyat dan pihak MPK sendiri yang tidak faham kenapa protes ini diadakan. Apa yang dipersoalkan oleh rakyat bukanlah mereka tidak mahu bayar saman dan tidak mahu ikut undang-undang yang telah ditetapkan. Tetapi mereka mahukan satu situasi yang adil dan selesa. "Kita mahu sistem itu ditukar. Sistem kupon (gores) sekarang ini menguntungkan MPK. Sebab, kita terpaksa gores satu jam walau pun atas urusan 10-15 minit. Jika kita ada urusan lain mungkin tiada masalah, tapi jika kita memang tiada urusan.. bukankah MPK sudah dapat duit kita dulu. Malah, jika kita gores sekali pun untuk masa sejam terkadang kita terlewat atau sibuk dengan urusan dan terlupa untuk menambah kupon baru. Akhirnya resit saman akan tertera di cermin kereta kita. Bayangkan, jika keadaan sesak ketika itu dan parkir yang disediakan pula tidak mencukupi. Akhirnya kita akan berhadapan dengan situasi tersebut. Jika dulu, sistem resit kuning digunakan jika kita letak kereta berapa jam sekali pun kita akan berada dalam situasi win-win situation di mana MPK akan letakkan jumlah resit berdasarkan jumlah jam kita berada di situ. Ini lebih adil daripada sistem sekarang. Inilah yang kita mahu ubah, kerana ramai yang tidak tahan apabila hari-hari di saman. Malah ada yang sampai disaman dua tiga kali oleh MPK pada hari yang sama. Inilah yang mengecewakan kita", kata beliau.


Lihat, sebahagian aksi pesta saman parking yang dilakukan MPK pada hari
peristiwa yang telah diadakan di Padang MPK 2 Kuantan satu ketika dulu


Inilah kupon parking yang mengayakan MPK (kiri), serta bukti saman yang
dikeluarkan pada hari minggu (cuti-cuti pun MPK buat operasi saman)

[Antara perkara lain yang dipersoalkan ialah sikap tidak bertimbangrasa Pegawai Penguatkuasa MPK sendiri, tindakan memberi lesen kepada Attendan Parking menyaman, memberi komisyen kepada kepada pegawai yang menyaman, menyaman diluar waktu puncak dan pada hari cuti (Ahad), menyaman kenderaan yang diletakkan di kawasan perumahan, menyaman pada awal pagi antara jam 2.00 hingga 4.00 pagi, membuat operasi saman pada hari peristiwa (Jom Heboh TV3, Expo & Karnival, Malam Raya, Hari Kemerdekaan) dan sebagainya, menyaman berkali-kali pada hari yang sama, penyediaan parkir yang tidak mencukupi dan banyak lagi. Inilah isu yang sebenarnya dipertikaikan oleh rakyat. Bukan isu mereka tidak mahu bayar saman. Jika MPK boleh batalkan tindakan "kunci tayar" hanya selepas mendapat aduan daripada orang awam (politik) yang turut bermasalah dengan tindakan tersebut, maka MPK sepatutnya memikirkan juga rakyat biasa yang lain. Kita tidak kisah MPK buat operasi pada waktu pejabat (puncak) antaran jam 8.00 pagi hingga 6.00 petang seperti dalam peruntukan mereka. Tetapi bila selepas waktu puncak, antara pukul 6.00 hingga 9.00 malam itulah waktu "timbang rasa" dimana mereka perlu tengok situasi kenderaan. Apakah ia menghalang lalu lintas atau sebagainya. Begitu juga selepas jam 9.00 malam hingga ke pagi, sepatutnya waktu itu ada "budi bicara" digunakan. Takkanlah rakyat yang mahu menunggu anak balik, di Terminal Bas (Makmur) yang berhenti sekitar 15 minit pun mahu di saman?. Sepatutnya berbudi bicaralah di tempat yang sepatutnya. Jangan gunakan kuasa untuk menekan rakyat. Malah, MPK difahamkan menjadikan sumber pendapatan daripada saman-saman terbabit sebagai satu strategi mengisi dana kewangan mereka setiap tahun. Inilah yang menyebabkan setiap pegawai mereka terpaksa bekerja siang malam untuk mencapai target peribadi harian dan bulanan serta tahuan MPK itu sendiri. Akibatnya mereka rela bekerja walau pun pada hari cuti am dan cuti umum bagi mengejar target terbabit. Jika isu ini tidak diselesaikan, kita khuatir MPK akan bermaharajela pada Sukan Malaysia (SUKMA) yang dijadualkan pada bulan Julau 2012 nanti. Jika itu keadaannya, maka rakyat berhak bangkit dan protes isu ini sekarang]. PDO

Saturday, December 24, 2011

Pengalaman Ceramah Sepentas Dengan Profesor Dr.Aziz Bari Satu Memori Yang Sukar Di Lupakan



Alhamdullillah, akhirnya CMK berjaya juga berceramah sepentas dengan tokoh akademik terkenal iaitu Profesor Dr.Aziz Bari yang merupakan seorang pakar perlembagaan yang akan mengakhiri kerjayanya bersama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UAIM) beberapa hari lagi. Ceramah yang diadakan di Pekan Parit Betak, Benut itu bermula agak lewat kerana cuaca yang tidak mengizinkan, hujan sejak dari petang di sekitar Pontian. Sebelum ke tapak ceramah CMK dibawa menjamu selera di sebuah restoran dekat Simpang Benut, 50 meter menghala ke Simpang Renggam. Di situ pertama kali CMK ditemukan dengan Porf Dr.Aziz Bari yang datang bersama isteri dan anaknya. CMK sebelum itu telah disambut oleh Saudara Saiful Amri yang bertindak sebagai urusetia program mewakili PAS Kawasan Pontian. CMK sempat berbincang hal-hal politik semasa dengan Prof Dr.Aziz Bari sebelum Ahli Parlimen Kuala Selangor, YB Dzulkifly Ahmad pula tiba selepas itu. Kami makan nasi goreng kampung berserta air teh O sahaja ketika itu. Turut hadir bersama ialah Pak Raden (YDP PAS Kawasan Pontian). Cuaca masih lagi hujan dan agak lebat, menggusarkan penceramah apakah ada rakyat yang akan hadir. Sekitar jam 9.00 malam, kami bertolak ke Parit Betak dan tiba sekitar 9.15 minit. Jalan gelap dan licin, mujurlah lokasi tempat ceramah berhampiran pekan. Orang tidak berapa ramai ketika kami sampai, cuma ada beberapa deretan gerai jualan yang telah dibuka di kawasan itu. Lokasi ceramah adalah di halaman rumah seorang penyokong kuat PAS di situ. Program dimulakan oleh Saudara Saiful Amri selaku Pengerusi Majlis, kemudian diikuti dengan ceramah aluan oleh Pak Raden selaku YDP PAS Kawasan Pontian. CMK kemudian diberi masa lebih kurang 40 minit untuk menyampaikan ceramah. Agak terharu selepas sekian lama tidak turun ke pentas ceramah, tiba-tiba dapat ruang sebegitu di negeri kubu kuat UMNO. CMK berbicara soal perjuangan rakyat termasuk dalam isu berkaitan Lynas, PTPTN, Felda, PRU13 dan sedikit tentang kes CMK saman Utusan Malaysia serta kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim. CMK juga sempat menyentuh isu tempatan terutamanya berkaitan dengan institusi kesihatan yang dipinggirkan oleh UMNO BN di kawasan Pontian sejak berpuluh tahun dulu. Bayangkan, Ahli Parlimen Menteri (Ahmad Maslan), negeri Timbalan Perdana Menteri (Mahyuddin Yassin) tapi Hospital Pontian masih jauh terpinggir dan usang sejak tahun 1917 lagi. Hampir 100 tahun tiada pembelaan, malah wad kelas pertama pun tiada di situ. Teguran CMK menarik perhatian rakyat di situ dan mereka berjanji akan mainkan isu itu pada Pilihanraya umum ini.




Ini pula artikel yang dikeluarkan oleh blog nusajayakini berkenaan ceramah yang telah CMK sampaikan pada malam tersebut. Artikel yang bertajuk "Hospital Pontian Perlu Di Naik Taraf: Ahmad Maslan Di Kecam"

Friday, December 23, 2011

CMK Bakal Berceramah Bersama Prof Dr.Aziz Bari Di Parit Betak, Benut Pontian Jam 9.00 Malam Ini


Jika tiada aral melintang, CMK dijadualkan akan bersama Profesor Dr.Aziz Bari (Bekas Pensyarah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia) dan YB Dr.Dzulkifly Ahmad (Ahli Parlimen Kuala Selangor) dalam Program Syarahan Perdana di Pekan Parit Betak, Benut Pontian Johor jam 9.00 malam ini. Sudah terlalu lama CMK tidak berada di pentas ceramah hatta di bumi Pahang ini sendiri. Namun, demi perjuangan CMK harus bangkit untuk mendedahkan lebih banyak penyelewengan dan kepincangan yang berlaku dalam kerajaan kita hari ini. Banyak penipuan dan tindakan yang jelas mengkhianati rakyat telah dilakukan oleh mereka yang berkuasa. Tanpa segan silu dan bersikap tanggungjawab mereka merompak segala harta dan khazanah rakyat untuk memperkayakan kaum keluarga, suku-sakat dan kroni-kroni mereka. Inilah yang sedang berlaku sekarang. Bagi menutup segalanya, istilah "pembangunan" dimomokkan kepada rakyat yang tidak berdosa supaya mengundi BN pada setiap kali pilihanraya. Akhirnya mereka terus berkuasa tanpa suara majoriti rakyat. Rakyat harus sedar, masa untuk melakukan perubahan sudah tiba dan mereka wajar melakukannya sekarang. Jika tidak mereka akan terus dihimpit dalam satu situasi kehidupan yang serba tidak kena pada masa akan datang. Yakinlah, bahawa negara ini akan lebih aman dan selesa, adil dan saksama serta sejahtera apabila kerajaan sedia ada hari ini ditumbangkan. Jika berani melakukannya, maka kehidupan anak cucu kita pada masa akan datang akan lebih terjamin. Oleh itu, CMK menyeru warga Johor untuk turun beramai-ramai dalam ceramah malam ini. CMK hanya menyahut cabaran sahabat di sana untuk berkongsi maklumat berguna buat rakyat. Apa yang penting, marilah kita sama-sama lakukan perubahan.

Tuesday, December 20, 2011

Protes Rakyat Isu Saman Parking, Orang Ramai Di Jemput Hadir Bersama CMK Nyatakan Bantahan

Jika tiada aral melintang, CMK akan bersama rakyat dalam protes saman parking Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) pada 30 Disember ini di perkarangan ibu pejabat mereka di Jalan Tanah Putih Kuantan. Sudah agak lama CMK merancang protes ini sebenarnya. Namun, memikirkan banyak laporan yang operasi saman yang semakin menggila sekarang, maka protes ini terpaksa dijalankan juga. CMK melihat, rakyat perlu bangkit untuk menyatakan bantahan sekarang. MPK sudah semakin kemaruk untuk mengutip wang tanpa mengambil kira sikap bertimbang rasa dan prihatin atas masalah yang dihadapi rakyat. Mereka membuat operasi saman parking sesuka hati, hingga hari minggu pun saman, pukul 2-3 pagi pun saman, letak depan rumah pun saman malah ada yang disaman dua tiga kali dalam masa satu hari sedangkan resit saman asal masih ada pada cermin depan kenderaan terbabit. Paling menyedihkan ialah, MPK juga membuat operasi saman pada musim perayaan, hari peristiwa serta ketika hari cuti umum. Nampak benar MPK kemaruk untuk mendapatkan duit saman parking itu. CMK juga turut kecewa dengan sistem kupon berkomputer yang ada sekarang. Kupon terkadang rosak dan sukar digores. Di gores awal disaman, terlebih masa dua atau tiga minit disaman. Jika dulu penggunaan resit kuning, kita akan dapat empat resit jika meletak kereta semala empat jam. Tiada risiko untuk disaman, melainkan kita sendiri yang liat membayarnya. Tapi kini, MPK untung dulu kerana urusan 10 minit pun kita perlu gores kupon sejam. Kadang-kadang ada antara kita mahu berurusan di mana-mana premis dan tidak menjangka masa akan berlarutan jika urusan agak lama. Misalnya, bila ke bank atau agensi kerajaan. Kita tidak tahu masa urusan maka kita hanya letak satu atau dua kupong parking. Tapi terkadang masa terlebih dan kita tidak perasan kerana terlalu sibuk berbincang. Kereta pula diletakkan jauh dari premis itu, hari pula hujan dan sebagainya. Kita terlupa mahu menambah kupon tersebut, akhirnya kita akan menjadi mangsa saman parking MPK, walhal kita sudah mengikut undang-undang. Ini satu penganiayaan kepada rakyat.


Tambah teruk lagi, waktu orang solat Jumaat pun MPK buat operasi saman. Waktu orang tunggu bas anak pulang dari jauh di Terminal Makmur pun MPK saman. Kita bukan tak nak ikut undang-undang, tapi biarlah berpada-pada. Takkanlah pukul 2.00 pagi pun nak saman. Bertimbang rasalah sikit. Bila diajak bincang, Penguatkuasa bukan main lagi berlagak sombong dengan baju biru yang mereka pakai. Inilah yang menyusahkan rakyat. Akhirnya kerajaan akan dipersalahkan. Kita akan buktikan bahawa rakyat benci dengan apa yang dilakukan oleh MPK ini. Kita tahu, saman parking memberi hasil lumayan kepada agensi terbabit. Namun, usahlah sampai mendera rakyat. Buat kerja biar berpada-pada. Bila bab saman mahu rakyat ikut undang-undang, tapi bila bab operasi lain masuk pintu depan keluar pintu belakang. Apakah ini caranya kerja profesional mereka.

Wednesday, December 14, 2011

Hasrat Bertanding PRU-13 Tetap Di Teruskan Biar Pun Ada Tohmahan Serta Kritikan Pihak Tertentu

Pilihanraya Umum Ke-13 semakin menjelang tiba. Ramai yang tertanya-tanya kerusi mana CMK akan bertanding jika meneruskan hasrat itu. CMK kini adalah Aktivis Bebas yang tidak terikat dengan mana-mana parti politik buat masa ini. Masa akan datang, hanya Allah yang akan menentukannya. Namun, ramai juga yang terkejut bila CMK menawarkan diri untuk menjadi calon pada PRU kali ini. Ada yang membangkang dan ramai juga yang menyokong hasrat itu. Namun, mereka sebenarnya tercari-cari di mana tempat paling sesuai untuk CMK bertanding jika ditakdir itu berlaku. Terus terang CMK katakan, jika hasrat ini diteruskan maka CMK akan mencari tempat yang paling sesuai mencipta kemenangan. Namun, jika memikirkannya semula tentang bagaimana CMK boleh menang jika tidak berparti. Sebelum ini hebih diperkatakan CMK akan sertai Parti Islam SeMalaysia (PAS), kemudian UMNO dan terkini Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) yang dipimpin oleh Datuk Zaid Ibrahim. Semua ini adalah satu situasi yang sungguh mengejutkan sebenarnya. CMK ada hak untuk tawarkan diri kerana sudah dua kali CMK menjadi calon pilihanraya umum. Kali pertama ketika nama CMK diangkat oleh Parti Keadilan Nasional (PKN) untuk bertanding di DUN Lepas, Parlimen Paya Besar pada PRU-11 (2004). Namun hasrat itu terbantut akibat krisis Paya Besar yang menyaksikan pembubaran parti bahagian itu yang dipimpin oleh Wan Jusoh Wan Kolok (Ketua Bahagian). Kemudian pada tahun 2008, CMK sekali lagi bertanding di DUN Kemayan, Parlimen Bera sekali lagi mewakili Parti Keadilan Rakyat (PKR). CMK tinggalkan PKR pada 11 Februari 2001 (11.2.11) untuk menjadi aktivis bebas yang pro kepada rakyat. Pada awalnya, CMK diserang oleh rakan-rakan dalam PKR akibat keputusan itu. Mereka sangka CMK akan melompat ke UMNO bila mendapat habuan tertentu. Namun, akhirnya CMK konsisten dalam perjuangan rakyat dan terus bergerak bebas seperti sekarang ini. Malah, CMK lebih lantang memperjuangkan hak rakyat dalam isu Lynas hingga menyebabkan MB Pahang hampir menyaman CMK gara-gara kenyataan panas yang dikeluarkan. Semua itu adalah bukti, yang CMK sebenarnya masih sayangkan perjuangan rakyat dan tidak sama sekali terpengaruh habuan duniawi yang pernah ditawarkan pihak tertentu.

Perjuangan Membela Rakyat Harus Di Teruskan


Maka itu, orang bertanya kenapa perlu CMK bertanding sedangkan CMK boleh bergerak bebas seperti sekarang. Tapi, mereka harus faham yang CMK bukan berhasrat untuk menjadi YB kerana mahu berseronok mahu jadi wakil rakyat. Tapi CMK rasa sudah tiba masanya CMK bersuara di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk membela rakyat selepas lebih 13 tahun menulis di internet selama ini. Malah, CMK satu-satunya blogger di Pahang ini yang turut menjadi calon dalam pilihanraya. CMK boleh terus menjadi blogger seperti biasa, namun CMK terpanggil untuk membawa banyak isu rakyat ke DUN. Bagi CMK, DUN Pahang akan lebih panas bila CMK berjaya masuk dan menjejakkan kaki ke dalamnya. Lagi pun pada masa ini CMK tidak bekerja tetap dan bergerak sepenuh masa sebagai Aktivis Bebas. Makanya, CMK rasa eloklah jika CMK lakukan kerja dengan lebih berjadual dan tersusun bagi membela rakyat selepas ini. Malah, CMK telah lama berjuang bersama rakyat sejak 1998 lagi iaitu diawal zaman reformasi. Orang boleh menuduh berbagai-bagai pada CMK, kononnya CMK tidak layak dan sebagainya. Namun mereka harus ingat, bahawa CMK masih terus begini dan setia kepada perjuangan rakyat berbanding dengan lain-lain pemimpin PKR yang baru muncul selepas melihat pembangkang berjaya menafikan undi 2/3 BN di Parlimen selepas PRU-12 lalu. Ke mana mereka sejak 10 tahun yang lalu?. Masing-masing takut untuk berjuang dan mencari peluang jika ditendang dari parti masing-masing. Inilah yang berlaku sebenarnya. Jadi, CMK melihat mereka ini tidak jujur dan hanya mahu kembali kepada rakyat selepas tidak diperlukan lagi oleh UMNO BN. Sekarang mereka mendabik dada kononnya pejuang sejati, walhal mereka menikus pada awal zaman pemecatan Anwar dulu. Sebab itu, CMK terpaksa tawarkan diri untuk membuktikan kepada rakyat siapa yang lebih jujur dalam perjuangan. Sokongan semua amatlah diharapkan sekarang ini.

Sedia Bertanding Lawan PM Najib Razak Di Pekan


CMK juga turut berminat untuk menawarkan diri bagi bertanding di Parlimen Pekan menentang PM Najib Razak jika diberi ruang. Bagi CMK, di Pekan siapa saja yang lawan Najib pasti akan menjadi mangsanya. Maka, isu yang paling sesuai untuk diperjuangkan ialah hal ekonomi dan tanah-tanah Pekan yang kini tergadai satu persatu kepada orang-orang Kemboja, Myanmar dan lain-lainnya yang dipunggah Najib ke Pekan. Hanya isu ini sahaja yang dapat menyedarkan rakyat Pekan, jika tidak Pekan akan terjajah oleh bangsa asing dan mereka akhirnya menumpang dibumi sendiri. Bagi CMK, jika Najib berbangga sebagai "anak pejuang Melayu UMNO", maka CMK juga boleh berbangga sebagai "penerus perjuangan pahlawan Melayu Pahang". Ini adalah satu semangat yang kuat untuk menumbangkan keegoaan seorang pemimpin yang khianat sebenarnya. Apapun, segalanya masih terlalu awal lagi untuk diumumkan sebenarnya.

Tuesday, December 13, 2011

'MB Yang Keluar Kenyataan', Dua ADUN PAS Nafi Tetapi CMK Di Tuduh Fitnah Oleh Blogger UMNO !



CMK sungguh terkejut, bila dimaklumkan oleh sahabat bahawa dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS Pahang yang dikatakan turut mengaut keuntungan daripada projek Lynas menuduh seorang blogger pembangkang "fitnah" mereka dalam isu tersebut. Walau pun, blogger semuthitam tidak menamakan blogger pembangkang terbabit namun daripada paparan "wall facebook" pada blog beliau jelas sekali ia diambil daripada facebook CMK. Antara kenyataan yang dikeluarkan berbunyi :
"Kesempatan pada sidang DUN kali ini tidak disia - siakan apabila timbul dakwaan bahawa ADUN PAS Pahang ni tidak menjalankan kerja mereka dengan betul. Ketika isu itu hangat diperkatakan didalam laman blog Pro Pembangkang di Pahang, kedua - dua ADUN tersebut telah menafikan penglibatan mereka. Didalam dakwaan itu turut menyebut bahawa mereka juga mendapat habuan daripada projek pembinaan memproses nadir bumi milik Syarikat Lynas. ADUN PAS Kuala Semantan, YB Syed Hamid menyifatkan bahawa dakwaan tersebut lansung tidak berasas dan jelas pihak yang bertanggungjawab sengaja menimbulkan isu tersebut. Manakala ADUN PAS Berserah, Tuan Syed lonik pula menyatakan bahawa dakwaan tersebut hanya fitnah yang sengaja dibuat untuk memburukkan mereka sahaja. Malah, dalam masa yang sama, mereka juga yakin bahawa kilang tersebut tidak merbahaya apabila sesi penerangan telah diberikan Syarikat Lynas sebelum ini. Tambahan pula, kata mereka, ianya telah disahkan oleh pakar yang juga merupakan salah seorang Ahli Parlimen dari parti tersebut. Persoalannya, siapakah orang yang menimbulkan spekulasi ini? Dengar kata, individu tersebut juga ada hati nak bertanding dibawah tiket PAS dalam PRU akan datang? Ingat orang PAS nak bagi ke dia bertanding kalau dah macam ni dakwaan yang dia buat terhadap dua orang tokoh PAS didalam Negeri Pahang ni?. Sekarang sudah terbukti bahawa blogger puak - puak Pakatan Pembangkang ni lagi suka menyebarkan fitnah dan ianya diakui sendiri oleh pemimpin mereka. Jadi, korang fikir la sendiri!! DISINI
Persoalannya sekarang, dalam isu ini apakah benar CMK buat fitnah. Sedangkan CMK merujuk kepada kenyataan Menteri Besar selepas pembentangan Bajet 2012 pada Sidang DUN Pahang awal minggu lalu. Dalam kenyataannya yang disiarkan oleh media arus perdana berbunyi:-
“Saya ada minta Lynas keluarkan senarai kontraktor terbabit dan jangan terkejut (jika) dalam senarai kontraktor itu ada rakan kongsi kepada orang yang paling menentang Lynas. “Ini termasuk juga rakan kongsi kepada wakil kita dari (Kuala) Semantan dan Beserah,” katanya.


Bukti, keratan akhbar Berita Harian yang siarkan kenyataan MB itu

Makanya, apa masalah yang blogger semuthitam tiba-tiba menghentam CMK dengan mengatakan CMK membuat fitnah. Sedangkan dalam isu ini CMK hanya mendedahkan nama-nama "orang PAS" yang mendapat projek tersebut dan bukannya dua ADUN terbabit. Tindakan blogger upahan UMNO itu menuduh CMK membuat fitnah sebenarnya terpalit semula kepada muka MB Pahang, Dato' Sri Adnan Yaakob. Ini kerana beliau yang mengeluarkan kenyataan tentang penglibatan dua ADUN berkenaan. Sepatutnya dua ADUN terbabit iaitu YB Syed Mohamad Syed Lonik (Beserah) dan YB Syed Hamid Syed Mohamad (Kuala Semantan) membuat kenyataan itu terhadap MB Pahang dan bukannya CMK. Inilah satu kesempatan yang diputar belitkan oleh pihak berkenaan untuk mengaitkan CMK dengan tuduhan itu. Bagi CMK "jika tiada angin masakan pokok bergoyang" dan bagaimana MB Pahang begitu berani mengeluarkan kenyataan demikian jika tiada bukti-bukti kukuh. Justeru, itu CMK mencabar dua ADUN berkenaan mengambil tindakan terhadap MB Pahang atas tuduhan tersebut jika benar ia tidak berasas sama sekali. Namun, jika sebaliknya maka sahlah mereka telah khianat kepada rakyat dan pejuang Lynas yang bertungkus lumus untuk membantah projek itu selama ini.

Wednesday, December 7, 2011

Keputusan Zaid Ibrahim Untuk Sokong Pakatan Rakyat Pada PRU-13 Ini Nanti Amat Mengejutkan

Agak mengejutkan rasanya bila Ketua Parti KITA, Datuk Zaid Ibrahim tiba-tiba cuba berkompromi untuk tidak letakkan calon di mana-mana kawasan yang pembangkang berpotensi menang pada Pilihanraya Umum ke-13 ini nanti. Sebelum ini CMK pernah menghadiri program KITA di Pahang. Malah, CMK sempat beramah mesra dengan Zaid sendiri untuk mendapatkan info lanjut tentang parti KITA. Bagi CMK, walau pun apa juga tuduhan dibuat terhadap Zaid namun kita harus hormat kepada keputusan beliau. Dalam sejarah Malaysia, tidak ada mana-mana pemimpin UMNO yang sedang berkuasa tiba-tiba meninggalkan parti itu. Anwar kembali kepada rakyat selepas diterajang oleh Mahathir. Andai semua itu tidak berlaku, sudah pasti Anwar masih bersama UMNO dan kini selesa menjadi Perdana Menteri Malaysia. Begitu juga lain-lain pemimpin seperti Dato' Fauzi, Chua Jui Meng serta lain-lain lagi. Mereka semua kembali kepada rakyat selepas gagal mengejar apa yang dicita-citakan, atau pun tidak dicalonkan. Malah, ada juga yang berbuat demikian selepas tewas dalam perebutan jawatan dalam parti masing-masing. Maknanya mereka kembali kepada rakyat selepas dipinggirkan dari parti. Berbeza dengan Zaid, walau apa jua tuduhan tetapi dia antara pemimpin UMNO yang berani meletakkan jawatan Menteri ketika masih berkuasa. Tindakannya menyertai PKR juga dilihat sebagai langkah bijak ketika itu. Namun, Zaid terpaksa undur diri gara-gara beberapa tindakan yang jelas bertentangan dengan prinsip keadilan dalam paeri itu sendiri. Mana mungkin ada pemimpin yang boleh bertahan dalam parti yang mengamalkan pemilihan terpilih. Keputusan yang meragukan dan penuh dengan kontroversi yang akhirnya membuatkan orang seperti Zaid terpaksa undur diri kerana maruah dan harga diri. Bagi mereka yang tidak tahu apa yang terjadi di belakang tabir, mungkin melihat Zaid khianat. Tetapi, hakikat sebenarnya sesuatu yang lebih tenat berlaku dalam parti itu. Selepas menubuhkan KITA, berbagai tuduhan liar dibuat oleh orang-orang PKR terhadapnya. Seolah-olah pemilihan PKR itu "perfect" sangat, sedangkan hanya "jauhari mengenal manikam". Keputusan siasatan terhadap kepincangan pemilihan 2010 seolah-olah terkubur begitu sahaja. Akhirnya yang melakukan kesalahan dianggap dipihak yang benar dan yang menegur kepincangan dianggap dipihak yang salah. Inilah yang berlaku, tapi ramai yang buat-buat tak tahu. Apapun, tindakan Zaid keluar PKR atas dasar prinsip perjuangannya harus dihormati. Tidak elok dibuat tuduhan yang bukan-bukan. Jika beliau ikhlas mahu menyokong Pakatan Rakyat, apa masalahnya?. Berfikirlah secara lebih positif demi masa depan perjuangan rakyat secara keseluruhannya.

Saturday, November 26, 2011

Dua Ahli PAS Yang "Mendapat Kontrak" Lumayan Dengan Lynas Di Kenali Sebagai "Dr.S" Dan "Hj.Z"

Masa seminggu sudah CMK berikan kepada PAS Pahang untuk menasihati atau mengambil tindakan terhadap ahlinya yang dipercayai terlibat secara langsung dengan projek Lynas. Namun, berdasarkan maklumat yang CMK terima, pihak yang berkenaan masih tidak peka dengan tanggungjawab sosial mereka demi mengecapi ratusan ribu malah jutaan keuntungan hasil kontrak lumayan dengan kilang memproses rare-earth milik syarikat Australia tersebut. Maka, biar pun mendapat banyak tekanan daripada pihak-pihak tertenti agar "rahsia" ini tidak didedahkan, namun atas dasar prinsip dan maruah CMK terpaksa juga dedahkan pihak yang dipercayai berselindung disebalik "kontrak lumayan" untuk menentang Lynas di depan tetapi "menyapu projek" dibelakan rakyat. Tindakan mereka ini amatlah tidak wajar sama sekali kerana parti PAS secara rasmi menentang projek tersebut yang dipercayai boleh memudaratkan nyawa rakyat di kemudian hari. Maka, sebagai ahli PAS yang penuh dengan tarbiyah dan kekuatan iman mereka tidak sepatutnya bersekongkol dengan Lynas. Bukankah bertolong-tolong ke arah kerosakkan itu besar dosanya. Apakah mereka ini tidak faham atau sengaja buat-buat tidak faham. Tindakan mereka ini amatlah tidak adil kepada parti PAS dan NGO yang menentang projek itu sebenarnya. Pihak terbabit seolah-olah ditipu atas semua ini. Bayangkan, ia berlaku kepada ahli PAS yang kita ketahui begitu jujur dan ikhlas dalam perjuangan. Maka, itu CMK akan mendedahkan pihak yang terbabit untuk pengetahuan rakyat.

Dua Individu Di Kenali Sebagai "Dr.S" Dan "Hj.Z"


Individu yang pertama dipercayai terlibat ialah "Dr.S" yang mempunyai sebuah klinik di Kawasan Perindustrian Gebeng. Atas profesionalisme kedoktorannya, kita tidak hairan beliau menawarkan khidmat panel rawatan kesihatan kepada ribuan pekerja Lynas. Malah difahamkan, beliau mendapat untung ratusan ribu ringgit sebulan untuk dua kali rawatan kepada semua pekerja kilang terbabit. Terbaru, beliau juga telah mendapat satu lagi kontrak yang bernilai jutaan ringgit daripada Lynas. Individu kedua pula dikenali sebagai "Hj.Z" yang dipercayai mendapat kontrak jutaan ringgit untuk tempoh lima tahun dengan syarikat berkenaan. CMK masih menjalankan siasatan rapi terhadap kontrak kedua-dua individu terbabit. Kedua-dua mereka adalah merupakan penyumbang dana terbesar kepada PAS Pahang sebenarnya. Maka itulah, kepimpinan atasan kemungkinan besar tidak mahu membuat teguran atau mengambil tindakan terhadap mereka. Malah difahamkan juga ada AJK Pemuda PAS Indera Mahkota juga turut mendapat projek yang sama. Kesemua mereka mendapat kontrak lumayan daripada Lynas, sedangkan mereka adalah ahli PAS "tegar". Walau apa jua alasannya, CMK melihat tindakan mereka ini adalah tidak wajar kerana parti PAS menentang sekeras-kerasnya projek tersebut. Jika PAS boleh memanggil Ahli Parlimen Hulu Langat, Dr.Che Rosli itu hanya kerana dia keluarkan kenyataan kontroversi tentang isu Lynas di TV3. Maka, sepatutnya pihak yang mendapat kontrak jutaan ringgit ini perlu juga diambil tindakan. Kenapa perlu takut laksanakan tanggungjawab. Apakah dek kerana mereka menyumbang dana kepada PAS maka mereka bebas terlibat dengan Lynas?. Jika itu keadaannya, ternyata PAS Pahang bersikap hipokrit dalam hal ini. Ia tidak wajar dan amat memalukan. Ini kerana "wang Lynas" mengalir dalam parti tersebut.

Friday, November 18, 2011

CMK Berikan Masa Seminggu Kepada PAS Pahang Selesaikan Isu Ahlinya Khianati Rakyat Isu Lynas

Tempoh sebulan yang diberikan kepada pemimpin PAS supaya menarik diri dari terlibat secara langsung dengan projek Lynas sudah berakhir. Maka kini, CMK memberi tempoh seminggu kepada PAS Pahang untuk menjalankan siasatan yang rapi terhadap dakwaan ada ahli mereka yang mendapat kontrak besar dengan Lynas Corporation, iaitu kilang memproses rare-earth yang ditentang oleh parti itu. CMK menggesa PAS mengambil tindakan terhadap pihak terbabit kerana mereka jelas telah mengkhianati rakyat dalam hal ini. CMK rasa amat kecewa kerana ada pihak yang mencari untung dengan satu projek yang dibantah oleh rakyat. Bayangkan, rakyat bersusah payah dan sanggup berhadapan dengan berbagai risiko untuk berjuang. Tiba-tiba ada pihak yang mengaut untung besar dengan projek itu. Malah difahamkan, pihak terbabit telah menandatangani kontrak bernilai jutaan ringgit untuk tempoh lima tahun. Persoalannya sekarang, apakah wajar mereka sebagai ahli dan pemimpin PAS berbuat demikian sedang mereka tahu PAS sendiri secara dasarnya membantah secara rasmi projek Lynas itu. Memang benar, CMK pun tahu mereka mendpaat projek atas dasar profesionalisme masing-masing. Namun, sepatutnya mereka perlu fikirkan nasib rakyat. Jika mereka sanggup tandatangan MOU selama lima tahun, apakah mereka tergamak membiarkan rakyat bantah Lynas?. Sudah pasti mereka mahu supaya projek itu diteruskan demi imbuhan yang bakal mereka perolehi untuk tempoh lima tahun itu. Ini tidak adil kepada rakyat, terutamanya mereka yang sanggup bermati-matian membantah Lynas. Malah, CMK sendiri pun pernah diugut dan hampir dipukul gara-gara perjuangan membantah Lynas. Tiba-tiba ada orang yang dihadapan kita membantah, tetapi dibelakang mereka menyokong. Bukankah ini khianat namanya. Samalah juga dalam kes kita bantah dan boikot Zionis Israel. Kita akan marah bila mendapat tahu kerajaan menjalinkan hubungan perniagaan dengan negara terbabit. Malah, kita pasti akan kecewa bila mendapat tahu aktiviti ini. Samalah dalam kes Lynas, rakyat tentang projek ini maka kenapa ada pula yang buat projek dengan syarikat terbabit. Malah, CMK juga difahamkan pihak yang berkenaan merupakan "founder" kepada PAS Pahang selama ini. Dalam hal ini, CMK bukannya mahu menjatuhkan imej PAS tetapi atas dasar prinsip dan maruah maka PAS perlu lakukan sesuatu untuk menghalang perkara ini. Tindakan tegas perlu diambil terhadap mereka yang terbabit yang sememangnya tidak layak menjadi ahli PAS jika ini sifat mereka. Justeru CMK harap perkara ini dapat diselesaikan dengan sebaik mungkin sebelum ia dijadikan isu pada pilihanraya umum ini nanti.

Saturday, November 12, 2011

CMK Ucapkan Takziah, Kepada Keluarga Sahabat Allahyarham Ustaz Ubaidillah Atas Pemergiannya

CMK masih terharu dengan pemergian seorang sahabat baik, Ustaz Ubaidillah anak kepada bekas Mufti Pahang, Dato' Mutallib yang telah pergi ke rahmatullah pada 9 November lalu. Arwah menderita akibat penyakit kencing manis yang dialaminya dan mengehmbuskan nafas terakhir pada jam 3.10 pagi di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan. Tiga bulan yang lalu, ketika kakinya baru dipotong, CMK sempat luangkan masa beberapa jam untuk menjengok beliau. Arwah kelihatan ceria dan sempat bergurau senda dengan CMK biar pun disaat terpaksa menahan kesakitannya. Banyak kenangan pahit manis yang CMK laluan ketika bersama beliau dulu. Tambahan pula kami sama-sama meminati bidang perniagaan networking (Multi Level Marketing). Cuma setakat ini kami tidak pernah berada dibawah satu syarikat yang sama hinggalah belaiau menghempuskan nafasnya yang terakhir. Pemergian arwah satu kehilangan besar buat sahabat-sahabat kerana beliau sememangnya mempunya hubungan baik dengan semua orang. Beliau perna menjadi pendakwah undangan di Radio Malaysia Pahang satu ketika dulu, sama seperti CMK. Malah beliau masih bekerja dengan Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) hingga kini. CMK sempat menziarahi jenazah arwah dirumah ayahandanya di Kg.Permatang Tengah Pekan. Jenazahnya kemudian dikebumikan di Tanah Perkuburan Kg.Permatang Hilir Pekan, jalan menghala ke Tanjung Agas. Sesungguhnya kehilangan arwah satu kehilangan besar buat CMK dan rakan-raka. Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. AMIN

Sunday, November 6, 2011

Salam Aidil Adha, Perjuangan Tetap Di Teruskan Walau Di Dalam "Apa Jua Keadaan" Sekali Pun !!

CMK mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada muslimin dan muslimat di seluruh Malaysia dan seantero dunia. Semoga perjuangan akan lebih mentap lagi dalam membela agama, bangsa dan negara tercinta ini hendaknya. Pengorbanan yang paling besar harus dilakukan jika benar mahu melakukan agenda perubahan. Kita tidak mahu ada pihak yang menangguk di air yang keruh kononnya mahu buat perubahan sebaliknya ia sekadar retorik politik semata-mata. Oleh itu, berhati-hatilah dalam meniti arus perjuangan agar masing-masing berjaya menggapai apa yang diimpikan. CMK akan meneruskan perjuangan membela rakyat walau dalam apa jua cara sekali pun. Bagi CMK biar pun kini tidak berparti, tetapi untuk memantapkan perjuangan kemungkinan besar CMK akan sertai salah satu parti politik di Malaysia selepas ini. Banyak tuduhan dan kritikan yang telah CMK terima selepas meninggalkan politik kepartian pada 11.2.11 yang lalu. Namun kini sudah hampir sembilan bulan CMK bergerak sebagai aktivis dan semakin selesa seperti ini. Biarpun mendapat cemuhan, namun lebih ramai lagi yang terus menyokong dan selesa dengan apa yang CMK lakukan sekarang. Bagi CMK, elok benar tidak bersama parti buat seketika kerana lebih bebas untu menegur sesiapa saja. Mana yang baik disokong dan mana yang tidak baik ditegur. Kita tidak boleh terlalu hipokrit dalam berparti. Ini berlaku sejak sekian lama di negara. Konsep apa yang dibuat oleh pemimpin parti "betul belaka" sudah tidak sesuai pada masa ini. Pemimpin parti bukannya "maksum" dan bebas dari melakukan kesalahan.

Jadilah Ahli Parti Yang Berani Menegur Pemimpin


Oleh itu, mana yang baik kita ambil dan mana yang tidak sesuai kita tinggalkan atau tegur dengan ikhlas. Tidak semua yang menegur pemimpin dalam parti, adalah orang yang khianat. Ada kalanya mereka lebih jujur dan ikhlas dari orang lain. Berani kerana benar, takut kerana salah. Pemimpin pula tidak perlu melatah bila ditegur. Tapi ramai pemimpin yang melenting dan melatah bila ada yang menegur mereka. Pemimpin yang baik ialah pemimpin yang boleh ditegur, sedia menerima teguran dan boleh menegur anak buahnya. Tapi jika ada yang bersikap angkuh, sombong dan bongkak maka kita wajar menjatuhkan pemimpin seperti itu. Tapi, pada masa ini ramai yang memilih jalan selesa. Apa saja kata pemimpin akan disokong hatta yang bertentangan dengan jiwa mereka. Akhirnya mereka ini jadilah "pak turut" atau "yes man" semata-mata. Takut untuk menegur kerana gusar dipinggirkan serta dicantas oleh pemimpin berkenaan. Akhirnya masing-masing "mengipas" dan menerima apa saja kesalahan dan penyelewengan yang dilakukan oleh pemimpin terbabit dengan senang hati Akhirnya pemimpin itu akan berasa selamat dan bebas melakukan apa saja tanpa kawalan. Apakah fenomena ini harus dibiarkan?. Senario ini bukan saja berlaku dalam politik BN, namun ia juga turut melibatkan pemimpin pembangkang. CMK tidak suka cara berpolitik seperti ini. Bagi CMK, perjuangan kita hanyalah kepada Allah dan bukan manusia yang tentukan hala tuju kehidupan kita. Justeru itulah CMK mengambil keputusan tinggalkan parti, selepas beberapa kali menegur kesilapan yang dilakukan oleh sesetenga pemimpin dalam parti itu. CMK terima bila dituduh pengkhianat daripada menjadi manusia yang bacul kepada perjuangan. Apa guna kita menerima pemimpin yang khianat terus berjuang, sedangkan kita tahu mereka tidak jujur dalam perjuangan itu sendiri. Maka, kini CMK boleh bersahabat dengan mana-mana kumpulan tanpa perlu merasa bersalah lagi. Tidak perlu ada yang menuduh CMK berpihak kepada si fulan bin si fulan. Atau menuduh CMK "tali barut" pihak-pihak tertentu. Kini CMK bebas tentukan haluan perjuangan akan datang.

Perjuangan Tetap Di Teruskan Untuk Bela Rakyat


Ramai yang menuduh, perjuangan yang CMK bawa adalah sia-sia kerana tidak mengikut "jemaah". Namun apabila ditanya apakah "jemaah" itu bermaksud bersama dalam wadah politik. Maka, jika CMK sertai parti-parti seperti UMNO, DAP, KITA dan sebagainya maka apakah itu bukan jemaah. Selepas ditanya berkali-kali barulah CMK faham, bahawa mereka mahu CMK mengikut jemaah dalam Parti Islam SeMalaysia (PAS). Sebenarnya, hubungan CMK dengan jemaah PAS sememangnya akrab sejak dulu lagi. CMK tidak malu untuk memberitahu ketika berada dalam UMNO dulu pun CMK tidak pernah memangkah Barisan Nasional (BN) setiap kali pilihanraya. Jika pun ada, mungkin salah satu sama ada parlimen atau DUN, CMK akan beri undi kepada PAS. Malah, ketika dalam UMNO, CMK sering ikuti ceramah-ceramah PAS sedangkan ketika itu ayahanda dan bonda CMK adalah orang kuat UMNO di kampung. Malah, mereka adalah Ketua Cawangan dan Ketua Wanita. Kehidupan seharian CMK memang bersama PAS, walau pun sering bersama UMNO. Tidak timbul soal tidak ikut jemaah semata-mata tidak menjadi ahli parti itu. Bagi CMK, mana-mana parti perlu lakukan perubahan secara ikhlas dan jujur. Tidak perlu ada simbolik disebalik perlaksanaan yang mahu dilakukan. PAS punyai kekuatan, tetapi UMNO pun begitu. Cuma pendekatan dan pendirian mereka berbeza. Terus-terang CMK katakan, yang jiwa dan hati CMK senantiasa kepada perjuangan Islam. Sebab itu, CMK selesa berkawan dengan sahabat-sahabat dalam PAS. Malah CMK baik dengan mana-mana kepimpinan PAS peringkat negeri mahu pun pusat sekarang ini. Soal, CMK dikatakan tidak ikut jemaah gara-gara tidak berdaftar sebagai ahli parti itu selepas tinggalkan PKR tidak perlu dimbul. Sebab CMK sendiri lebih mengetahui apa yang berlaku disebaliknya. Malah, kepimpinan dan ahli PAS boleh merujuk sendiri kepada para pemimpin PAS di Pahang ini jika mahu tahu rahsia dibelakang tabir. Justeru, mereka tidak perlu buat berbagai tuduhan liar terhadap CMK kerana rakyat lebih mengetahuinya.

Thursday, October 27, 2011

CMK Jadi Ahli Panel Diskusi Blogger Anjuran PAS Pahang Bersama Hishamuddin Rais Di Temerloh !

Pada 23 Oktober 2011 baru-baru ini, CMK sempat hadir ke program HiTea Perdana dan Diskusi Blogger yang bertajuk ""Blogger, Peranan & Cabaran Merialisasikan Pakatan Rakyat Melangkah Ke Putrajaya" di Restoran Ibnu Hussin (Ibu Jah) perkarangan Pejabat PAS Pahang di Temerloh. Kehadiran CMK utk memantau program tersebut, namun akhirnya dijemput sebagai Ahli Panel oleh Ustaz Suhaimi Md Saad (Ketua Peneranga PAS Pahang). Tetamu dan Ahli Panel jemputan ketika itu ialah Blogger Hishamuddin Rais (tukartiub). Pada awalnya, CMK sempat minum teh dengan beliau di Old Town White Coffee bersama Nizam Hamid (PKR) di hadapan restoran terbabait. Banyak perkara yang kami bincangkan tentang hala tju dan perjuangan rakyat menuntut keadilan di negara ini. Memulakan ucapann pada diskusi itu ialah Ustaz Suhaimi sendiri. Peserta sekitar 100 orang hadir dengan membeli kupon bernilai RM10. CMK memberi kenyataan sekitar 15 minit berkaitan dengan pengalaman sendiri, dugaan sepanjang perjuangan dan strategi untuk memantapkan media baru. Antara tips yang CMK berikan ialah supaya semua Facebooker yang merupakan pejuang parti agar tidak terikut-ikut budaya lama. Berbual dan bersembang kosong dengan facbook masing-masing. Mereka perlulah memasukkan beberapa isu penting untuk disebarkan kepada rakan-rakan yang lain. Mereka juga boleh sharing artikel atau isu yang dimainkan di wall orang lain. Masa terlalu lama diambil hanya untuk berborak kosong merugikan perjuangan.


Sembang petang bersama Hishamuddin Rais dan Nizam PKR di Old Town

CMK sempat memberikan beberapa tips penting untuk dilaksanakan semua


Program "Diskusi Blogger" telah berjaya dijalankan secara santai dan teratur
Ikuti lain-lain lagi gambar foto program tersebut di facebook CMK

Tentang "blog" pula, CMK menasihatkan semua supaya membuat salinan terhadap blog dan artikel penting untuk disebarkan kepada rakyat. Saranan pemimpin PAS agar media baru termasuk blog "masuk kampung" tidak akan tercapai jika usaha ini tidak dilakukan. Tambahan pula di kawasan kampung dan pedalaman tiada kemudahan internet. Justeru mereka perlu cetak seberapa banyak maklumat itu dan sebarakan di surau dan masjid kerana disitu lokasi orang ramai berkumpul sebenarnya. Tidak perlu disebarkan dijalanan, melainkan ada acara keramaian tertentu. Dengan cara ini, mereka yang berada jauh dipedalaman dan mengetahui berita panas dan sensasi lebih awal sebelum ia disiarkan dalam akhbar alternatif seperti Suara Keadilan atau Harakah. Langkah ini perlu dilakukan secara sistematik agar maklumat sampai kepada mereka. Jika tidak hasrat itu tidak akan tercapai sebenarnya. Program berakhir sekitar jam 6.45 petang dengan sessi dialog daripada peserta yang hadir. Sebelum beredar CMK sempat bergambar dengan Hishamuddin Rais. Beliau terkejut dan tidak pernah bertemu CMK, sedangkan kami ada berdebat antara satu sama lain di dalam blog masing-masing sebelum ini. Apapun, terima kasih kepada PAS kerana sudi memberi peluang kepada CMK untuk bertukar-tukar fikiran dan pengalaman dengan para peserta pada petang itu. Salam !.

Tuesday, October 25, 2011

CMK Hadir Ke Himpunan Sejuta Umat (HIMPUN) Di Stadium Shah Alam Pada Hari Sabtu (22 Okt) !

Ramai yang marah dan mengutuk CMK gara-gara menyiarkan gambar "wanita Melayu tidak bertudung" hadir ke Himpunan Sejuta Umat (HIMPUN) di Stadium Shah Alam pada 22 Oktober lalu (Sabtu). Alasan yang diberikan kononnya ramai lagi yang bertudung turut hadir maka kenapa gambar yang tidak enutup aurat itu yang CMK siarkan. Sebenarnya bukan niat CMK untuk menghina atau sebagainya. CMK berada dalam stadium ketika itu dan melihat sendiri situasi yang berlaku. Ternyata, program itu jelas bertujuan untuk menyelamatkan akidah dan mereka yang hadir perlulah menunjukkan akidah yang baik dan mencerminkan wajah wanita Islam yang sebenar. Apa guna hadir ke majlis sebegitu elok dan baik dengan berpakaian tidak menutup aurat dan menjolok mata?. Malah, ramai dikalangan yang hadir hanya sekadar "suka-suka" atau "dipaksa" hadir oleh majikan mereka. Mereka juga dikatakan menerima elaun-elaun tertentu disampin makan minum percuma. Sewajarnya, kehadiran wanita Melayu dengan aksi sebegitu tidak wajar sama sekali. Apatah lagi, himpunan itu bertujuan untuk menyelamatkan akidah umat Islam agar tidak dimurtadkan oleh agama lain. Malah, ia juga bertujuan untuk memaksa kerajaan mengetatkan peraturan kebebasan beragama dan sebagainya. Sepatutnya, mereka yang hadir sedar dimana berada. Lainlah jika mereka hadir ke majlis-majlis hiburan dan sebagainya. Kenapa ini harus terjadi ?.


CMK sempat bergambar belakangkan pentas utama di Stadium Shah Alam
ketika Himpunan Sejuta Umat (HIMPUN) tersebut diadakan Sabtu lalu

Gambar ini telah cetuskan kontroversi selepas ia didedahkan di facebook

Sikap yang ditunjukkan oleh mereka yang terbabit jelas sekali bertentangan dengan matlamat program tersebut. Apa yang lebih mengejutkan ialah kehadiran umat Islam jauh sekali daripada apa yang dirancang sebenarnya. Terdapat hanya sekitar dua ribu hingga tlima rebiu orang sahaja yang memenuhi stadium berkenaan. Walhal, pada awalnya hasrat untuk mengumpul sejuta orang atau seratus ribu orang mahu dilakukan. Ia jelas bermakna himpunan itu gagal mencapai matlamatnya. Apapun, kelihatan beberapa tokoh agama terkenal seperti Tan Sri Harussaini Zakaria (Mufti Perak), Datuk Dr.Hassan Ali (Exco Selangor), Ibrahim Abu Shah (UiTM) dan ramai lagi jelas menarik perhatian orang ramai terhadap program tersebut. Semoga matlamat yang mahu dilaksanakan tidak merosakkan akidah umat Islam itu sendiri hendaknya.