SELAMAT DATANG KE BLOG PERIBADI BLOGGER CUCUMATKILAU (CMK) | BLOG INI SEDANG DIKEMASKINI | HARAP MAKLUM

Sinopsis


Blogger Cucumatkilau adalah seorang aktivis masyarakat yang sering mengeluarkan pandangan dan kenyataan panas tentang berbagai isu semasa dalam negara kita terutamanya berkaitan lambakan premis dan penempatan warga asing dalam negara kita.

Nama sebenar beliau ialah Mohd Shukri Mohd Ramli, atau lebih dikenali sebagai CMK. Nama tersebut telah digunakan beliau dalam penulisannya sejak tahun 1998. 

Beliau sudah aktif menulis sejak dibangku sekolah lagi dan pernah menenangi beberapa peraduan menulis esei yang dianjurkan oleh pihak media arus perdana. Selepas habis sekolah pada tahun 1988, beliau banyak menulis tentang isu-isu rakyat dan tersiar dalam ruangan surat pembaca di Utusan Malaysia, Berita Harian, Harian Metro dan sebagainya,

Beliau dilahirkan di Felda Bukit Goh, Kuantan pada 25 Mei 1971. Pada 1973 ketika berusia dua tahun, beliau telah mengikut ibubapanya berpindah ke Felda Jengka 7, Maran. Di situ beliau dibesarkan dan memulakan kehidupan awalnya.

Selain daripada terlibat sebagai aktivis, beliau juga pernah terjebak dengan dunia politik dan hiburan sebenarnya. Banyak terlibat sebagai Juruhebah (DJ) dan Pengacara (Emcee) majlis keramaian rasmi atau tidak rasmi di seluruh negeri Pahang sejak awal tahun 90an lagi. (https://djshukrie.blogspot.com)

Beliau pernah bertugas sebagai Juruhebah secara kontrak di RTM Pahang pada tahun 1997 sehingga 2001, mengendalikan rancangan 'Kuantan Ekspress' dan rancangan kanak-kanak 'Jaja dan Cici'. Ketika itu Pengarah RTM Pahang ialah bekas pembaca berita RTM, Dato' Hashim Embi.

Ketika di RTM beliau banyak terlibat dengan berbagai program melibatkan artis tanahair dan mengendalikan segmen DJ Jemputan ketika ' Hari Terbuka RTM'.

Semasa Malam Jubli Emas RTM Pahang di Hotel MS Garden (sekarang Grand Darul Makmur) beliau telah dipilih sebagai Pengacara Majlis. Turut hadir kettikas itu ialah Menteri Penerangan iaitu Tun Khalil Yaakob, yang merupakan mantan Menteri Besar Pahang.

Beliau pernah mendapat tawaran bertugas di RTM Angkasapuri, untuk mengendalikan satu program di 'Radio Muzik'. Namun, akibat masalah kekangan masa dan masih bekerja tetap di sebuah jabatan kerajaan di Pahang, maka beliau terpaksa menolak tawaran tersebut.

Ketika di RTM Pahang beliau mengendalikan rancangan 'Kuantan Ekspress' dan rancangan kanak-kanak 'Jaja dan Cici'. Kontraknya tida dilanjutkan selepas pihak RTM mendapat tahu beliau menjadi Juruhebah pada majlis perkahwinan 'Puteri Reformasi' Nurul Izzah Anwar di Bukit Damansara pada tahun 2001. 

Dari situlah bermula hubungan rapat antara beliau dengan keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim. Malah, beliau terlibat sebagai juruhebah dalam banyak program yang melibatkan Keadilan di Pahang ketika itu.

Belaiau pernah terlibat sebagai juruhebah di Radio Internet 'Cili FM' yang bersiaran secara langsung ketika Pilihanraya Kecil DUN Kerdau pada 2011. 

Beberapa orang tetamu yang sempat ditemubual termasuklah Timbalan Presiden PAS, Dato' Sri Tuan Ibrahim Tuan Man, Aktivis Royalti sekarang ADUN Tras Raub iaitu Tengku Zulpuri Shah Tengku Puji dan artis veteran yang kini menyertai PAS iaitu Dayangku Intan. Beliau ketika itu baru mengumumkan dirinya keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada 11 Februari 2011. 

Walau bagaimana pun berita Utusan Malaysia berkenaan beliau keluar PKR telah diterbitkan lebih awal pada 27 November 2010. Susulan dakwaan beliau 'mencium Anwar Ibrahim', tindakan saman RM5 juta terhadap akhbar terbabit telah dibuat oleh peguamnya Tetuan Fadzli & Co pada 6 Disember 2010. 

Namun akibat kegagalan akhbar terbabit menjawab notis yang dihantar dan berdiam diri atas isu tersebut, satu lagi tindakan saman dikemukakan melalui Tettuan Harris. 

Utusan Malaysia hanya mengeluarkan kenyataan maaf pada 29 November 2010 atas kesilapan artikel terbabit selepas itu.

Pada tahun 2008, namanya panas kembali apabila disaman RM2 juta oleh Saiful Bukhari Azlan gara-gara artikel panas yang disiarkan dalam portal Pahang Daily Online (PDO). 

Beliau terlibat sebagai wartawan dan editor di portal terbabit ketika itu. Namun kes tersebut selesai apabila portal terbabit mengeluarkan kenyataan permohonan maaf terhadap enam artikel yang telah disiarkan. 

Beliau telah disiasat lebih lima jam oleh pihak polis dari Ibu Pejabat Polis Bukit Aman atas dakwaah terbabit. Kes tersebut mendapat liputan meluas media dan disiarkan dalam muka hadapan akhbar Sinar Harian nasional bertajuk 'Pahangdaily tunggu saman' ketika itu.

Gara-gara tidak dapat kerjasama daripada parti untuk menyediakan barisan peguam untuk berhadapan kes tersebut di mahkamah, akhirnya beliau secara sukarela menarik balik artikel yang dikatakan fitnah itu dan berdamai serta memohon maaf secara terbuka kepada Saiful Bukhari.


Beliau pernah terlibat aktif dengan KeADILan sejak ia ditubuhkan. Malah pada Pilihanraya Umum Ke-11 pada 2004, namanya terpilih sebagai calon Parti Keadilan Nasional kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lepar, Parlimen Paya Besar.  Namun akibat krisis Lokman-Ezam ketika itu, beliau telah menarik diri dan memberi laluan calon lain bertanding disitu. 

Ketika itu beliau Ketua Pemuda KeADILan Bahagian Paya Besar. Akibat krisus tersebut beliau bersama Lokman Nor Adam (Datuk) telah dibawa bertemu dengan Menteri Besar Pahang (Dato' Sri DiRaja Hj Adnan Yaakob) dan kemudiannya mengadap Ahli Parlimen Pekan merangkap Menteri Pertahanan, Datuk Sri Najib Tun Razak di Pekan. Ia kerana terdapat ura-ura Ezam Md Noor akan menentang Najib di Parlimen Pekan.

Beliau bersama beberapa AJK bahagian telah mengumumkan tindakan keluar parti kerana tidak bersetuju dengan beberapa keputusan pusat berkaitan ke Lokman-Ezam dan termasuklah pertukaran nama calon kerusi Parlimen Paya Besar ketika itu iaitu Wan Jusoh Wak Kolok (Allahyarham) kerana dipercayai menyokong Lokman Nor Adam yang telah dipecat daripada parti. Tempat Wan Jusoh telah digantikan nama Shaari Sungib yang dibawa khas dari Selangor.

Hubungan rapat dengan Datuk Seri Wan Azizah Ismail menyebabkan beliau telah dipilih sekali lagi sebagai calon, selepas kembali menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada 2007. Namanya telah dipilih sebagai calon PKR bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemayan, Parlimen Bera.

Beliau sekali lagi keluar PKR iaitu pada 2011 akibat kecewa dengan insiden pemilihan parti yang didapati tidak telus dan banyak mencurigakan. Selepas itu beliau terus bergerak sebagai aktivis bebas sehinggalah ke hari ini. Bukan tiada tawaran menyertai mana-mana parti politik, namun beliau lebih selesa menjadi aktivis kerana boleh mengangkat suara rakyat dan menegur kepincangan yang berlaku tanpa membezakan fahaman politik kepartian masing-masing. 

Beliau mempunyai banyak pengalaman bertanding pilihanraya baik pilihanraya umum atau pun pilihanraya kecil. Kali terakhir beliau menjadi calon bebas pada Pilihanraya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini, Parlimen Pekan pada Jun 2020. 


Biar pun tewas namun sebagai aktivis beliau gembira kerana isu alam sekitar, pencerobohan haram dan pencemaran Tasik Chini mendapat perhatian daripada semua pihak termasuk istana Pahang sendiri.


Sebelum itu beliau menjadi calon bebas di Pilihanraya Umum Ke-13 bagi kerusi DUN Semambu, Parlimen Indera Mahkota pada 2013. Kemudian sekali lagi di Pilihanraya Kecil Parlimen Rompin pada 2015, namun gagal akibat masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan.

Sepanjang menjadi penulis blog (Blogger) beliau telah beberapa kali ditahan oleh pihak polis iaitu pada 2007 dan 2008. Beliau banyak kali dipanggil untuk memberi keterangan kepada pihak polis berkaitan laporan yang dibuat oleh pihak yang tidak berpuas hati dengan tulisan panasnya.

Pengalaman tersebut mengajar beliau erti sebuah perjuangan leluhur. Semangat untuk terus menulis tidak pernah padam sejak sekian lama. Malah, beliau antata blogger yang konsisten menulis blog sehinggalah ke hari ini sebenarnya.

Malah, beliau satu-satunya bekas 'orang kuat' PKR yang keluar parti namun tidak menyertai mana-mana parti politik sehinggalah ke hari ini. Apa pun beliau pernah mencuba untuk memasuki parti, namun terhalang akibat masalah yang tidak dikenalpasti sehingga ke hari ini. Antaranya parti UMNO dan PAS. Lantaran itu beliau mengambil kesempatan terus bergerak sebagai aktivis masyarakat.

Pada 1996 beliau pernah menyertai rancangan hiburan popular di TV3 iaitu Sinaran Pasport Kegemilangan. Namun beliau gagal ke pertandingan akhir kerana terkeluar dalam persaingan markah diantara 15 peserta yang layak. Hanya 12 peserta dipilih ke bertanding di peringkat akhir ketika itu

Beliau juga pernah layak ke satu lagi rancangan hiburan anjuran Astro iaitu 'Raja Lawak' musim kedua. Beliau terpilih bersama 'Pak Tam' ketika ujibakat yang diadakan di Kuantan Parade ketika itu.

Namun seminggu sebelum ke Astro, namanya telah dikeluarkan disaat-saat akhir kerana didapati banyak mengeluarkan kenyataan mengkritik kerajaan selepas pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Astro berjaya mengenal pasti beliau adalah seorang 'Blogger Kontroversi' yang banyak terlibat dengan aktiviti yang tidak dibenarkan oleh kerajaan termasuk perhimpunan haram sejak zaman refromasi 98.

0 Komen Artikel Ini: