Saya ambil kesempatan ucapkan salam perjuangan dan tahniah kepada Dato' Sri DiRaja Hj Wan Rosdy b Wan Ismail atas genap tujuh tahun pentadbiran beliau sebagai Menteri Besar Pahang.
Memang benar banyak cabaran serta tohmahan yang beliau hadapi, tetapi Tok Wan tetap bergaya dan semangat meneruskan kerjanya tanpa putus asa.
Walau pun Tok Wan melalui berbagai dugaan, termasuk masalah kesihatan beliau sendiri namun saya lihat hamba Allah ini tetap cekal dan tabah untuk mengharunginya. Syabas Tok Wan !!
Selama lebih 20 tahun saya antara aktivis yang banyak menegur kerajaan Pahang sejak zaman MB Dato' Sri DiRaja Hj Adnan Yaakob (Long Nan) lagi, saya dapat melihat prestasi yang ditunjukkan oleh Tok Wan memangnya berlaku di depan mata.
Misalnya pencapaian kutipan hasil cukai melebihi RM1 bilion untuk tiga tahun berturut-turut adalah satu sejarah buat negeri Pahang.
Malahan, wang itu kembali diagihkan kepada rakyat semua golongan tidak kira agama, fahaman politik, usia dan sebagainya. Semua mendapat nikmat berdasarkan syarat yang ditetapkan.
Mereka yang bising dan tidak berpuas hati pastilah penyokong pembangkang yang menganggap hak mereka dinafi selama ini.
Walhal, dalam agihan Bantuan Prihatin Pahang kepada pelajar sekolah rendah dan menengah, golongan mahasiswa, golongan beliau, ibu tunggal, rakyat miskin dan sebagainya.
Bahkan kerajaan juga memberikan bantuan insentif berupa bonus kepada semua kakitangangan awam neegri, imam, bilal dan siak di surau serta masjid seluruh negeri Pahang setiap kali menjelang hari raya Aidil Fitri.
Biar pun mereka yang dapat itu terdiri daripada pihak yang tidak suka kepada Tok Wan, atau memang tidak pernah mengundi kerajaan setiap kali musim pilihanraya sebenarnya. Tok Wan tidak pernah berrasa dengki, pilih kasih dan double standard kepada semua rakyat.
Maknanya agihan bantuan kerajaan itu terus disalurkan kepada rakyat bukan melalui pihak-pihak yang cuba bermain politik tentang kerja buat kerajaan Pahang ini.
Cuma bezanya ia tidak disalurkan ke akaun wakil rakyat pembangkang kerana bimbang ia disalahgunakan untuk tujuan politik kepartian. Inilah yang dimomokkan oleh mereka kononnya Tok Wan tidak beri peruntukan yang sepatutnya mereka terima sebagai wakil rakyat yang dipilih secara demonrasi menerusi pilihanraya.
Biar pun saya bergerak sebagai aktivis masyarakat dan tidak terlibat dengan politik kepartian sehingga ke hari ini, namun mana yang baik dilakukan oleh kerajaan tetap saya sokong.
Mana yang tidak baik untuk rakyat tetap akan saya tegur dan betulkan keadaan, biar pun ada menganggap saya sudah macam pembangkang pula. Namun, adakalahnya kita kena menegur biar pun pahit untuk ditelan. Bukan semua apa yang kita buat boleh diterima oleh rakyat, maka adakalanya mereka mahu hasil yang lebih baik dari yang terbaik.
Itu cara saya, selama ini memang kerja saya bangkang apa sahaja kerajaan buat walau pun baik kerana saya ketika itu duduk dalam parti pembangkang. Selama sepuluh tahun saya berjuang dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang ketika itu menjadi pembangkang di negara ini. Namun kini, bila mereka menjadi kerajaan, saya sudah jauh terpinggir dari arus perjuangan selepas meninggalkan parti itu pada 2011.
Namun hari ini saya bebas bersuara dan benda yang benar tetap saya kena akui hakikatnya. Bukan lagi masa untuk saya terus bermain dengan persepsi dan naratif bahawa apa yang kerajaan buat semuanya tak betul buat rakyat.
Semua pihak kena faham, saya tidak terikat dengan mana-mana parti politik. Namun saya berkawan dengan semua rakan dan pemimpin politik.
Justeru, dikesempatan ini saya sekali lagi mengucapkan syabas dan tahniah kepada Tok Wan dan seluruh barisan pimpinan serta pentadbirannya kerana berjaya menaikkan ekonomi Pahang ditahap yang cukup membanggakan.
Ada yang terkhilaf dan tersalah itu ia bolehlah diperbetulkan dari masa ke semasa. Apa yang penting semoga Tok Wan diberikan kesihatan dan umur yang panjang untuk terus mentadbir negeri Pahang selepas PRU-16 nanti. Salam perjuangan leluhur buat Tok Wan. #CMK
0 Komen Artikel Ini:
Catat Ulasan