SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR BATIN DARI CMK SEISI KELUARGA | SEBARANG ADUAN DAN PERTANYAAN BOLEH PM 0 1 2 - 3 8 5 4 4 0 0 (CMK)

Selepas 10 Tahun Berehat Dan Jadi Aktivis, Tiba Masanya Saya Kembali Berjuang Dalam Politik !

 

Selama 10 tahun saya berjuang sebagai aktivis, kini tiba masa saya menyertai semula politik untuk meneruskan perjuangan rakyat marhaen.

Hasrat untuk kembali ini timbul selepas saya melihat amalan demokrasi di negara ini perlu disuburkan.  Saya dah lama berehat, banyak isu yang saya angkat termasuk isu penyelewengan rumah  murah dan tanah, isu kemusnahan alam sekitar,isu pencerobohan hutan, isu pencemaran Tasik Chini, isu pencerobohan haram durian Musang King di Raub, isu penindasan pekerja MCKIP, isu susur keluar LPT Pekan Tajau- Jengka  dan banyak lagi.

Maka saya rasa sudah tiba masanya isu-isu ini diangkat oleh rakan-rakan politik ke dewan yang mulia sama ada DUN atau Parlimen. Maka itulah saya rasa perlu kembali kepada platform politik agar isu yang dibangkitkan itu lebih bergema selepas ini.

Setakat ini ada tujuh buah parti termasuk dari kerajaan dan pembangkang yang menawarkan peluang untuk saya kembali aktif. Namun, saya hanya akan memilih salah satu daripadanya sebagai wadah perjuangan baharu saya untuk masa  hadapan.

Buat masa ini beliau belum terfikir ke arah itu. Namun katanya, terpulang kepada parti terbabit. Jika saya dicalonkan, saya terima. Jika tidak dicalonkan saya akan teruskan perjuangan seperti biasa. Bukan soal mahu menjadi calon atau tidak. Apa yang penting saya tidak akan menjadi calon bebas lagi bermula PRU-15 ini. 

Saya ucapkan terima kasih kepada semua pimpinan parti yang memberi ruang kepada saya untuk berbincang dan menyatakan hala tuju parti masing-masing. Soal parti mana yang saya pilih itu adalah hak saya. Tidak perlu ada pihak yang kecewa atau sebaliknya.

Saya juga tidak menolak kemungkinan ada pihak yang akan menyerang dan mengutuk keputusan beliau itu, namun baginya dia sudah lali dengan komen, kritikan, cacian, fitnah dan penghinaan yang dilontarkan terhadapnya.

Saya jadi aktivis pun orang marah, saya bertanding bebas pun orang pertikai... maka tidak perlulah saya nak marah orang yang menyerang saya kerana kembali aktif berpolitik. Apa yang penting mereka tahu pinsip asas perjuangan saya ialah bukan membina kekayaan peribadi tetapi membela rakyat marhaen dengan lebih telus, adil dan berani.

"Cakna Demi Rakyat, Suara Rakyat Marhaen"


0 Komen Artikel Ini: