SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR BATIN DARI CMK SEISI KELUARGA | SEBARANG ADUAN DAN PERTANYAAN BOLEH PM 0 1 2 - 3 8 5 4 4 0 0 (CMK)

Zaman Covid-19, Beri Peluang Kepada PM Ismail Sabri Yaakob Dan Kerajaan Barisan Nasional (BN) Pula Menanganinya !

 

Selama ini BN hanyalah menjadi kerajaan ketika negara berada dalam situasi yang aman damai dan tiada gejala penyakit seperti Covid-19 yang menular seluruh dunia seperti hari ini. BN telah mentadbir negara dengan aman damai hingga tumbang pada PRU-14 pada 2018 ditangan PH.

Pimpinan PH yang diketuai oleh bekas PM BN paling lama iaitu Tun Dr Mahathir telah dilantik menjadi Perdana Menteri. Belum sempat habis penggal negara dilanda wabak Covid-19 yang membawa kepada perletakan jawatan beliau akibat "langkah Sheraton" pada 2020. 

Ketika itu kes Covid-19 masih diperingkat awal. Namun akibat  daripada kegagalan kerajaan PH untuk menghalang kemasukan warga asing terutama dari negara China telah menyebabkan Covid-19 semakin menular di seluruh negara kita.

Akhirnya kerajaan PH runtuh selepas 22 bulan mengambilalih kuasa dan terwujudlah kerajaan Perikatan Nasional (PH) yang menyaksikan PM Muhyiddin Yassin diberi amanah bagi mentadbir negara ini. Namun selepas sahaja Fasa III PKP  (Perintah Kawalan Pergerakan) dilaksanakan, kes poritif Covid-19 terus meningkat melebihi angka 20,000 orang. Ini menyebabkan rakyat marhaen menuduh PN adalah "kerajaan gagal".

Ia akhinya telah membawa kepada perletakkan  jawatan Perdana Menteri TS Muhyiddin Yassin  baru-baru ini. Maknanya Kerajaan PN itu sudah terbubar secara automatik selepas PM hilang majoriti dikalangan para wakil rakyat. Susulan itu, DS Ismail Sabri Yaakob pula telah dilantik mejadi Perdana Menteri Malaysia ke-9. 

Maka, ini bermakna kerajaan pusat itu telah kembali  semula kepada Barisan Nasional (BN). Ismail adalah Naib Presiden UMNO yang mendapat kedudukan selepas Presiden DS Zahid Hamidi dan bekas Presiden DS Najib Tun Razak digelar "kluster mahkamah". Manakalah Timbalan pula iaitu DS Mohamad Hassan hanyalah ADUN dan tidak layak untuk menjawat jawatan Perdana Menteri (bukan Ahli Parlimen). 

Rezeki kepada Ismail Sabri Yaakob dianugerah jawatan PM selepas mendapat majoriti 114 SD tewaskan DS Anwar Ibrahim. Maknanya beliau sekarang punyai hak membentuk kabinetnya sendiri.

Justeru, sewajarnya kerajaan baharu yang akan dibentuk ini tidak lagi terikat dengan pihak lain. Ismail perlu percaya bahawa kuasa sudah pun dikembalikan kepada UMNO Barisan Nasional (BN) biar pun mereka tewas menerusi peti undi  pada PRU-14 yang lalu. Maka, Adalah lebih baik Ismail membentuk kembali kerajaan BN ketika kuasa sudah ada ditangan. 

Beri peluang pula untuk BN buktikan kepad rakyat bahawa parti itu boleh membawa perubahan terutamanya dalam menangani penularan kes Covid-19 ini.

Giliran BN sudah tidak selepas PH dan PN itu dilihat gagal mengatasinya. Ismail tidak perlu terikat dengan ugutan agar kerajaan PN wajib dipertahankan, sedangkan ia sudah tumbang!. Maka, kabinet yang perlu dibentuk seharusnya  menjurus kepada kerajaan Barisan Nasional.  

Tidak perlu teragak-agak untuk menamakan siapakah Timbalan Perdana Menteri atau pun Menteri Kanan, kerana ia adalah milik UMNO.

Rakyat mahu lihat pula bagaimana UMNO yang mentadbir semula negara ini mencari kaedah2 baharu untuk membendung penularan Covid-19 selepas ini sehinggalah Pilihan Raya Umum ke- 15 tidak lama lagi. 

Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan beliau memperbetulkan apa jua kesilapan selama ini. Jangan terikat syarat yang dibuat oleh parti yang menyokong beliau baru-baru ini. 

Laksanakan tanggungjawab itu dengan tenang tanpa terikat dengan sebarang unsur yang boleh memendekkan semula hayat kerajaan beliau sekarang ini. Selamat bertugas.

#CaknaDemiRakyat #SuaRakyatSuaraKeramat

MOHD SHUKRI B MOHD

RAMLI @ JAMALUDDIN

[ Blogger Cucumatkilau ]


Freedom Activist N Journalist

www.cucumatkilau.blogspot.my

www.angkaraterjah.blogspot.my

www.facebook.com/cmkshukrieramly

www.youtube.com/cmktvchannel

( Like, Follow, Share N Subscribe ) 

0 Komen Artikel Ini: