Saya ucapkan syabas dan tahniah kepada Datuk Zaid Ibrahim yang mengumumkan pendirian beliau untuk bersama PAS baru-baru ini. Saya sempat bersama beliau ketika di menyertai PKR selepas keluar daripada UMNO suatu ketika dulu. Malah saya juga sempat bersama beliau ketika dia menubuhkan parti Kesejahteraan Tanah Air (KITA) dulu.
Saya hadir ketika pelancaran parti tersebut peringkat negeri Pahang di Jerantut. Datuk Zaid sendiri mengambil saya di stesyen bas Temerloh dan kami sama-sama ke Jerantut menaiki kenderaan beliau. (foto selepas pelancaran KITA)
Lama saya tak nampak beliau berpolitik, namun tiba-tiba melihat dia menyertai PAS. Sungguh mengejutkan dan ternyata orang seperti beliau layak jadi calon selepas ini.
Kerana Zaid satu-satunya menteri UMNO yang berani meletakkan jawatan ketika masih lagi Menteri Di Jabatan Perdana menteri (Undang-Undang) ketika meninggalkan UMNO dulu.
Salam perjuangan buat Datuk Zaid Ibrahim. Moga dipermudahkan segala urusan hendaknya.



0 Komen Artikel Ini:
Catat Ulasan