SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR BATIN DARI CMK SEISI KELUARGA | SEBARANG ADUAN DAN PERTANYAAN BOLEH PM 0 1 2 - 3 8 5 4 4 0 0 (CMK)

Kerajaan Sepatutnya Turut Melantik Semua Bekas PM Sebagai Penasihat Majlis Pemulihan Negara (MPN) Bertaraf Menteri !

Tindakan kerajaan melantik bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) menimbulkan sedikit polimik dan kontoversi. Tambahan pula beliau didakwa "kerajaan gagal" hingga terpaksa letak jawatan sebagai Perdana Menteri dan digantikan oleh Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Namun tindakan Perdana Menteri baharu melantik Perdana Menteri terdahulu jadi Pengerusi MPN dilihat amat janggal. Tambahan pula parti UMNO sendiri menggelar  Muhyiddin gagal.

Namun, anehnya Perdana Menteri dari UMNO itu sendiri yg melantik pula Muhyiddin. Bukankah ianya menimbulkan kekecewaan sebahagian besar ahli UMNO yg masih setia dengan perjuangan parti. Mereka terkejut, kenapa Perdana Menteri melantik kembali Muhyiddin? Sedangkan parti sendiri menolak beliau hingga membolehkan Ismail menjadi Perdana Menteri?. Inilah yang agak memeningkan rakyat marhaen sebenarnya.

Justeru, adalah lebih elok Perdana Menteri sepatutnya melantik semua bekas Perdana Menteri terdahulu yang masih ada untuk jadi Penasihat MPN bertaraf Menteri. Barulah rakyat melihat ia tidak 'bias' kepada mana-mana pihak dan wujud perpaduan yg dicanangkan sebelum ini. Jika hanya lantik, Muhyiddin ia menjurus ke arah menguatkan cengkaman Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) terhadap UMNO itu sendiri. Malah, Ismail Sabri sudah pasti agak mengikut apa saja telunjuk Muhyiddin selepas ini. Makna  disini, UMNO tiada 'taring dan kuku' untuk meneruskan kuasa bagi memastikan mereka menang besar pada PRU ke-15 akan datang.

UMNO tetap jadi 'Pak Turut' BERSATU. Ini jelas dapat dilihat melalui pembentukan kabinet itu sendiri. Majoriti yang dilantik adalah pemimpin UMNO yg sokong kerajaan Perikatan Nasional.

Kerajaan yang ada hari ini masih lagi PN yang mana Muhyiddin tetap nakhodanya. Apa yang bertukar hanya jawatan sahaja. Tapi hakikat dan realitinya tetap sama. Jika nama besar seperti Zahid dan Najib tidak digemari kerana dikatakan "kluster mahkamah". Kenapa nama seperti Mohammad Hassan (Naib Presiden) dan Dr Ashraf Wajdi (Ketua Pemuda) langsung tidak mendapat tempat dalam kabinet Ismail?.

Inilah yang menjadi persoalan sebenarnya. Maka itulah, bagi mengimbangi pengaruh PN dalam kerajaan Ismail Sabri perlu melantik tiga lagi bekas Perdana Menteri iaitu Tun Mahathir, Tun Abdullah Badawi dan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai penasihat Majlis Pemulihan Negara (MPN). Bukankah ia lebih realistik daripada terus berkonflik hingga mahu terus melanggar titah Yang Di-Pertuan Agong agar usul undi percaya perlu dibuat segera bagi membuktikan keabsahan Perdana Menteri dilakukan di Dewan Rakyat.  Kenapa perlu takut, jika PM yakin mendapat sokongan ikhlas daripada kalangan Ahli Parlimen yang mengangkat beliau baru-baru ini. ~ CMK

0 Komen Artikel Ini: