SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR BATIN DARI CMK SEISI KELUARGA | SEBARANG ADUAN DAN PERTANYAAN BOLEH PM 0 1 2 - 3 8 5 4 4 0 0 (CMK)

Kekalkan Menteri Dan Lantik Muhyiddin Pengerusi MPN, Ternyata PM Tolak Kenyataan Bahawa PN Adalah "Kerajaan Gagal" !

 

Pemimpin dan ahli akar umbi UMNO Tak perlu marah apabila kerajaan melantik Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) bertaraf Menteri dan kekalkan hampir 90% ahli kabinet kerajaan Perikatan Nasional (PN) terdahulu,

Sebabnya ialah jelas menunjukkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri masih bersama Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) iaitu Muhyiddin, bukan Presiden UMNO, Datuk Sri Ahmad Zahid Hamidi. 

Kesilapan Zahid dan 14 orang Ahli Parlimen BN yang  menarik sokongan kepada PN hingga menyebabkan Muhyiddin hilang majoriti dan tumbang, ialah beliau khianat kepada seorang lagi calon Persana Menteri iaitu Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Zahid yang pada awalnya diwar-warkan menyokong "Cikgu Anwar" sebagai Perdana Menteri, tiba-tiba beralih sokongan kepada Ismail Sabri. Asalnya beliau kata sokong, lepas tu tak sokong dan Anwar rebah gara-gara dipermainkan oleh anak muridnya sendiri.

Jika Zahid dan yang lain menyokong Anwar baru-baru ini, sudah pastilah situasinya berbeza. Mungkin ramai penyokong beliau akan diangkat sebagai menteri kabinet. 

Kini, segalanya sudah berakhir dan Ismail Sabri sudah menang serta mendapat kuasa  Apa lagi yang boleh dilakukan oleh Zahid?.  Ismail Sabri dengan selamba mengekalkan hampir keseluruhan pemimpin yang saman zaman PN, kembali meneruskan tugasan mereka bersama kerajaan beliau. 

Sebab itulah Ismail Sabri tidak melantik pemimpin UMNO yang pro Zahid dalam kabinet. Melainkan yang pernah berada dalam kabinet Muhyiddin terdahulu.

Kerajaan hari ini masih lagi bayangan Perikatan Nasional (PN) walau pun Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO mahu Ismail kekal gunakan jenama "keluarga Malaysia"  agar bayangan PN tidak jelas kelihatan. 

Ismail Sabri akur guna nama itu, namun individu yang dilantik semula ke dalam kerajaan itu sendiri adalah muka-muka yang sama  pada masa Muhyididin jadi PM. Ramai menteri dikekalkan dan ada beberapa nama bertukar portfolio. Ini adalah kerajaan "recyle". 

UMNO tak mungkin akan cakap kerajaan yang ada sekarang sebagai "kerajaan gagal" kerana usaha menukar PM sudah berjaya mereka lakukan. 

Namun, sebaliknya Ismail terus beri ruang kepada pemimpin Perikatan Nasional (PN) yang terdahulu. Mereka kekal dan semakin berkuasa untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 yang akan datang. 

Pepatah ada mengatakan "Di telan mati bapak, diluah mati emak". Nak marah sangat tak boleh sebab Perdana Menteri daripada UMNO. Maka setuju, walhal tiada apa-apa perbezaan dengan kerajaan terdahulu. Muka sama, kerusi sama, kerja yang sama dan segalanya sama belaka.

Akhirnya yang menjadi mangsa politik ialah kumpulan UMNO yang beriya mahu jatuhkan kerajaan PN sebelum ini. Suara mereka kini tidak langsung didengari. Zahid dan Najib yang sudah dilabelkan sebagai "kluster mahkamah" tidak dilantik langsung kerana awal-awal lagi sudah diberi amaran keras oleh Muhyiddin, ketika beliau meletakkan jawatannya baru-baru ini. 

Sepatutnya jika Zahid dan Najib tidak dilantik ke apa-apa jawatan, kerajaan wajar menarik beberapa pemimpin UMNO lain yang dilihat berwibawa memacu pembangunan negara seperti Mohammad Hassan (Tok Mat) yang juga merupakan Timbalan Presiden UMNO atau pun Dr Asyraf Wajdi selaku Ketua Pemuda UMNO. 

Malahan cadangan Dr Asyraf agar Tok Mat dilantik sebagai Menteri Kewangan pun langsung tidak diendahkan oleh Ismail yang merupakan Naib Presiden UMNO iaitu hairaki ketiga dalam parti itu sebenarnya.

Ini menunjukkan mana-mana pemimpin UMNO yang menyokong kumpulan Zahid dan Najib tidak akan mendapat tempat dalam sebuah kerajaan yang dipimpin oleh Naib Presiden UMNO, Ismail Sabri Yaakob itu sendiri. Bahkan dijangka pemilihan UMNO pasti akan berlaku sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 ini.

Jika tidak, kedudukan beberapa pemimpin UMNO yang tidak sebulu dengan Presiden pasti tersisih daripada menjadi calon. Ini kerana watikah calon akan ditandatangani oleh Presiden bukan Perdana Menteri. Jika dulu, Presiden UMNO biasanya secara automatik menjadi Perdana Menteri. Kini, senarionya amatlah berbeza sama sekali.

Maka, dijangka Ismail Sabri pasti akan dicalonkan sebagai Presiden UMNO yang baharu, melawan Zahid Hamidi. Kekuatan sudah pasti ada pada Ismail Sabri kerana beliau membawa nama Perdana Menteri.

Inilah sandiwara politik yang dilihat sedang berlaku didepan mata kita sekarang ini. Sebab itulah tidak pelik bila Ismail Sabri membawa masuk Muhyiddin Yassin yang dilabelkan sebagai PM dan 'kerajaan gagal' oleh kumpulan Zahid Hamid.

Inilah akibatnya bila bermain politik "tarik tali". Dah elok sokong Anwar siap SD lagi, tiba-tiba angkat Ismail Sabri jadi Perdana Menteri. Kononnya, ada harapan kerajaan BN kembali berkuasa dan ada tempat untuk mereka yang berjawatan naik semula. Kini jelas dapat dilihat kes mahkamah sudah pasti akan berjalan seperti biasa.

Tambahan pula bila Muhyiddin dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara bertaraf Menteri semalam. Apakah Muhyiddin rela berkompromi dengan "kluster mahkamah" yang menjatuhkan beliau daripada jawatan Perdana Menteri?. Sama-sama kita nantikan adengan ini.

Bukan sahaja itu, Ismail Sabri dan Muhyiddin pula telah mengecewakan Tun Dr Mahathir yang mengidamkan jawatan itu. Bijak politik mereka untuk "check mate" Anwar, Zahid, Najib dan Mahathir. ~ CMK

0 Komen Artikel Ini: