SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR BATIN DARI CMK SEISI KELUARGA | SEBARANG ADUAN DAN PERTANYAAN BOLEH PM 0 1 2 - 3 8 5 4 4 0 0 (CMK)

Isu Penindasan Pekerja Tempatan MCKIP, Kerajaan Di Gesa Campur Tangan Membela Nasib Mereka !

 


Angkatan Pembela Rakyat (Angkara) akan membuat surat terbuka kepada Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Negeri Pahang berkaitan isu penindasan pekerja tempatan di kilang besi dan keluli Alliance Steel (M) Sdn Bhd yang terletak di Taman Perindustrian Kuantan Malaysia-China (MCKIP), Gebeng.

Tindakan ini dilakukan selepas melihat isu yang melanda kilang terbabit tidak  berkesudahan dan pasti akan berterusan. 

Jika kerajaan menutup mata atas isu yang berlaku maka sampai bila-bila pun rakyat akan disajikan dengan adengan cukup memilukan ini.

Banyak isu penindasan dan soal kebajikan yang terjadi di kilang ini sejak ia mula beroperasi. Anehnya, ia hanya melibatkan sebahagian brsar pekerja tempatan yang majoritinya berbangsa Melayu.

Isu paksaan tinggal di asrama, cuti tahunan dan kecemasan dipotong elaun, isu kes Covid-19, isu makanan serta isu kebajikan dan sosial yang lainya. Layanan berat sebelah terhadap pekerja tempatan dengan pekerja warga asing dari negara China dan Bangladesh. 

Bila ada sesuatu kes yang melibatkan pekerja di kilang terbabit, MCKIP hanya akan berpihak kepada pekerja asing tapi pekerja tempatan akan diberikan surat amaran (warning letter).

Pada tahun lepas, seribu lebih pekerja telah diberhentikan tanpa alasan yang kukuh. Malah, pampasan yang ditawarkan juga tudak setimpal dan tidak seperti dijanjikan. 

Pekerja tetap hanya diberi pampasan gaji sebulan. Pekerja lain apatah lagi. Mereka layan pekerja tempatan umpama pendatang asing tanpa izin (PATI). Tetapi tidak kepada pekerja asing yang memperolehi berbagai keistimewaan. 


Pada masa ini 1,300 pekerja tempatan ditempatkan di pusat kuarantin selama 14 hari hingga 20 dan 23 Julai ini. 

Selepas tamat kuarantin, MCKIP hanya beri dua pilihan iaitu duduk di asrama jika mahu bekerja atau tidak dibayar gaji (unpaid) jika balik ke rumah masing-masing.

Sudah hampir dua bulan pekerja tempatan dikurung di asrama dan tidak dibenarkan balik. Alasannya Covid-19, namun kini kes merebak pula dari dalam bukan dari luar. Maka sepatutnya pekerja dibenarkan ulang alik dari rumah. Sudah terlalu lama mereka tidak bertemu anak isteri dan keluarga masing-masing sebenarnya. 


https://babab.net/out/pekerja-alliance-steel-tuntut-majikan-tunaikan-hak-mereka.html

MCKIP mendera mental dan fizikal pekerja tempatan seolah-olah mereka"buruh paksa". Inilah bukti kezaliman dan penindasan yang dilakukan oleh kilang terbabit.

Kerajaan Negeri Pahang ada membantu pada tahun lepas (2020), namun isu yang sama  berlaku tahun ini.

Daripada lebih 4,000 pekerja tempatan kini hanya tinggal seribu lebih sahaja sebab mereka pecat sesuka hati terutamanya bagi pekerja yang bersuara mempertahankan hak yang termaktub dalam Akta Kerja 1955.

https://www.sinarharian.com.my/article/74659/KHAS/Covid-19/Dakwa-diarah-bekerja-27-pekerja-kilang-lapor-polis

MCKIP pecat pekerja tempatan dan diganti dengan pekerja warga asing dari negara China dan Bangladesh. Ini jelah menunjukkan kilang terbabit melanggar janji mereka kepada kerajaan Malaysia, iaitu mewujudkan ribuan peluang pekerjaan kepada warga tempatan.

Banyak lagi isu yang berlaku dan kami dedahkan dalam surat terbuka yang akan dihantar kepada Perdana Menteri (Tan Sri Dato' Haji Mahiaddin Haju Md Yasin, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Kanan Ekonomi (Datuk Seri Mohamed Azmin Ali) , Menteri Sumber Manusia (Datuk Seri M Saravanan) , Menteri Komunikasi Dan Multimedia (Datuk Saifuddin Abdullah) dan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (Datuk Seri Rina Harun),

Surat terbuka itu juga akan ditujukan kepada Menteri Besar Pahang (Dato' Sri Wan Rosdy Wan Ismail) , Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia Pahang (Dato' Sri Johari Hussin)  dan Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Beserah (Andansura Rabu) .

Kami turut akan hantar surat tersebut kepada Ketua Pembangkang (Datuk Seri Anwar Ibrahim) dan dua bekas Perdana Menteri iaitu Datuk Sri Najib Tun Razak dan Tun Dr Mahathir, dan kepada Pengarah Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Pahang (Pezman Che Hussin).

Surat terbuka akan dihantar pada Isnin ini dan turut akan disebarkan di dalam media sosial dan wartawan media arus perdana serta portal-portal yang berkenaan.

Wakil Rakyat Marhaen. 

www.angkaraterjah.blogspot.comw  

www.cucumatkilau.blogspot.com

 

0 Komen Artikel Ini: