SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR BATIN DARI CMK SEISI KELUARGA | SEBARANG ADUAN DAN PERTANYAAN BOLEH PM 0 1 2 - 3 8 5 4 4 0 0 (CMK)

Rakyat Jadi Mangsa Bila Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pahang Gagal Pantau Dengan Betul Aktiviti Kilang Sawit Di Ulu Keratong !

 


Jabatan Alam Sekitar (JAS) Rompin dilapor sudah pun melakukan  siasatan terhadap kilang yang melepaskan air hitam ke Sungai Keratong pada 13 Disember 2020 yang lalu. Namun selang tujuh bulan dari tarikh tersebut rakyat di Keratong telah ditimpa  musibah, kini menderita sudah lebih seminggu ketiadaan air sekarang ini. 


Ia gara-gara air hitam akibat kolam effluen yang didakwa runtuh di kilang terbabit telah pun mengalir ke dalam Sungai Pukin. Kejadian berkenaan telah menyebabkan lebih 11,000 pemilik akaun Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) dihantui masalah gangguan bekalan air. 



Timbul persoalan,  JAS mendakwa pihak kilang tidak dibenarkan beroperasi sehingga kolam itu dibaiki sepenuhnya.  Malah, JAS Pahang akan pantau kerja-kerja pembaikan kolam effluen itu. Namun, hasilnya kolam itu sekali lagi runtuh dan menyusahkan penduduk setempat.


Apa yang dipantau oleh JAS Pahang agaknya? Sebenarnya banyak isu alam sekitar yang kini berlaku di Pahang,  kreadibiliti JAS menjadi tanda tanya. 


Ini kerana, ada kes apabila ada pihak yang membuat aduan berkaitan isu pencemaran daripada aktibiti kilang, tiba-tiba pihak kilang terbabit pula telah menghubungi dan memberi amaran kepada pengadu. Ini jelas menunjukkan, ada unsur pecah maklumat dan orang dalam yang bocorkan rahsia kepada pemilik kilang berkenaan sebenarnya.


Saya pernah perjuangkan satu isu berkaitan isu pencemaran di Pahang. Saya terkejut apabila pengadu mendakwa beliau dihubungi pihak kilang, sedangkan aduan di buat kepada JAS Pahang. Beliau kemudian diugut dan mahu di ambil tindakan gara-gara mengganggu aktiviti kilang berkenaan yang dipercayai beroperasi secara haram. Apa tindakan JAS Pahang?? Sama juga pantau dan operasi tetap berjalan seperti biasa hingga menerima bantahan dari kalangan penduduk setempat.

Berbalik kepada isu pencemaran air sungai di Keratong ini, maka saya mengesyaki kaedah "pantau"  yang sama dilakukan. Inilah yang menjadi punca masalah kepada sebahagian besar penduduk apabila masalah bekalan air terjejas. JAS Pahang harus bertanggungjawab atas insiden yang  berlaku ini. Kenapa kilang boleh beroperasi, sedangkan SOP yang patut diikuti mungkin tidak dilaksanakan sebaiknya.

Akhirnya kolam effluen itu runtuh dan ramai penduduk yang terjejas apabila loji bekalan air di kawasan terbabit turut terlibat. Jika begini cara kerja JAS Pahang, saya merasakan bagai ada sesuatu yang tidak kena terhadap operasi kilang terbabit. Moga dapat dipermudahkan.

Wakil Rakyat Marhaen,

MOHD SHUKRI B MOHD
RAMLI @ JAMALUDDIN
(Blogger Cucumatkilau) 

Penyelaras NGO Terjah
Angkatan Pembela Rakyat

Like N Subscribe Channel Suara Rakyat

Sumber maklumat di Facebook JAS Pahang ::

Sumber aduan kepada pihak Kementerian :

0 Komen Artikel Ini: