SELAMAT DATANG KE BLOG CUCUMATKILAU OFFICIAL | SEBARANG ADUAN DAN PERTANYAAN BOLEH PM 0 1 2 3 8 5 4 4 0 0 (CMK)

Laporan SPRM Di Buat Hari Ini Agar Siasatan Di Lakuan Terhadap Penjawat Awam Salah Guna Kuasa Seleweng Tanah !

 

Hari ini saya buat satu laporan berkaitan isu salahguna kuasa dan penyelewengan tanah  di Komplek SPRM Pahang, Indera Mahkota. 

Saya tiba pada jam 10.00 dan menggesa pihak SPRM menyiasat serta mengambil tindakan terhadap pihak yang  berkenaan.

Ia berkaitan satu permohonan tanah (kediaman) yang melibatkan seorang individu berkepentingan di Kuantan. 

Saya mempersoalkan bagaimana penjawat awam yang masih berkhidmat boleh mohon tanah guna nama sendiri. Sedangkan beliau ada kepentingan terhadap kawasan terbabit. 

Malah, permohonan hanya beberapa bulan sudah diangkat oleh jabatan terbabit untuk dibawa ke atas. Sedangkan rakyat marhaen terpaksa menunggu puluhan tahun mohon tanah, itu pun fail tak pernah diangkat dan bila ditanya, hanya jawapan dalam proses yang mereka dapat. 

Saya terkejut, bagaimana seseorang penjawat awam yang masih berkhidmat tergamak memohon tanah bernilai tinggi menggunakan nama sendiri.

Bagi saya, ini tidak adil untuk rakyat kerana jelas ada kepentingan peribadi dalam urusan terbabit. Rakyat biasa berhadapan dengan berbagai kerenah birokrasi bila memohon tanah (geran). 

Hingga ramai yang meninggal dunia akibat terlalu lama menunggu. Tapi, mereka yang ada kuasa begitu mudah mencatur tanah untuk dimonopoli oleh puak-puak mereka.

Maka itulah saya menggesa SPRM menyiasat. Malah saya juga berharap agar Kerajaan Negeri Pahang dapat memantau isu yang sudah berlarutan sejak sekian lama ini. 

Tanah-tanah hanya difaraid sesama kakitangan dan proksi mereka yang ada duit. Dapat tanah, mereka jual dan menjadi kaya raya dengan sekelip mata selepas bersara kelak. Inilah kepincangan yang boleh menjejaskan nama baik kerajaan dan ia perlu dibersihkan segera. 

Saya turut menerima banyak lagi isu penyelewengan tanah di negeri Pahang khasnya dan seluruh Malaysia amnya. 

Mereka mahu isu ini diangkat, kerana tidak ada pihak yang mahu bersuara terhadap isu yang sudah lama berakar umbi dalam jabatan kerajaan terbabit sebenarnya. 

Rakyat kini mula sedar, mereka telah ditipu dan dipermainkan sejak sekian lama. Tanah yang mereka mohon, dilapis pelan oleh orang dalam dan dijual kepada pihak lain. Mereka dapat wang, rakyat melopong. Bila ditanya, jawapannya dalam proses. 

Namun, bila orang yang ada kepentingan baru mohon sudah diproses dan diangkat untuk kelulusan. Inilah yang tidak adil buat rakyat sebenarnya, tambah beliau lagi. 

Jika bukan sekarang, sampai bila-bila pun isu ini tidak akan selesai. Malah, penjawat awam yang terlibat anggap amalan hakiki mereka sebagai biasa, walhal rakyat marhaen yang dinafikan hak untuk memiliki tanah selama ini melihat ia adalah satu tindakan terkutuk dan ia perlu dibersihkan demi masa depan generasi akan datang. Inilah masanya untuk buat perubahan. 

0 Komen Artikel Ini: