SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR BATIN DARI CMK SEISI KELUARGA | SEBARANG ADUAN DAN PERTANYAAN BOLEH PM 0 1 2 - 3 8 5 4 4 0 0 (CMK)

Selamat Bersidang Buat Semua ADUN Pahang, Buatlah Perubahan Bukan Sekadar Dengan Kata-Kata !


Syabas dan tahniah diucapakan kepada semua wakil rakyat Pahang yang kembali menjalankan tugas untuk melaksanakan amanat rakyat kepada mereka pada PRU14 baru-baru ini. 

Majlis Istiadat Pembukaan Persidangan Dewan Undangan Negeri Pahang Ke-14  yang diadakan semalam tidak sempat untuk saya hadiri atas kesibukan tugas. Namun, saya rasa bangga kerana DUN Pahang kini mempunyai kerusi pembangkang yang semakin banyak hingga menafikan 2/3 Barisan Nasional.

Ternyata sokongan rakyat untuk perubahan di negeri Pahang tetap ada walau pun gagal membentuk sebuah kerajaan baharu seperti di negeri-negeri lain. Pahang kini menjadi kubu dan benteng  terakhir untuk melihat kekuatan UMNO BN di Malaysia. 

Jika tersilap langkah, tumbangnya Pahang maka sudah pasti UMNO BN akan berkubur juga di negeri ini pada PRU15 nanti. Saya tidak sertai PRU14 atas kesibukan dan beberapa masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan. 

Apapun, saya menganggap kekalahan BN pada PRU14 lalu adalah satu hikmah untuk membolehkan pemimpin Melayu terutamanya dalam UMNO bermuhasabah. Sudah tiba masanya anda kembali kepada rakyat dan tidak memperjudikan lagi nasib rakyat walau dalam apa jua keadaan sekali pun.

Zaman untuk bermewah-mewah dan bermegah-megah sudah berlalu. Pahang terus merudum akibat hutang kepada kerajaan pusat yang masih tertunggak. Makanya, pemimpin yang ada perlu laksanakan tugas dan tidak lagi mengejar kekayaan peribadi seperti sebelum ini.

Rakyat tidak mahu lagi mendengar wakil rakyat yang bermewah-mewah dan terlibat dengan berbagai projek di sana sini, Rakyat tidak mahu lagi dengar isu tanah, hutan. serta hasil mahsul negeri ini dirampok sesuka hati atas nama pencerobohan. Walhal ia didalangi oleh pihak-pihak tertentu yang rakus membina kekayaan.

Rakyat juga tidak mahu lagi mendengar agihan tanah dan lot rumah murah yang tidak adil kepada proksi dan kroni. Sedangkan rakyat marhaen yang lebih layak dinafikan hak mereka. Rakyat juga tidak mahu lagi mendengar, wakil rakyat sibuk menggunakan proksi masing-masing untuk melobi projek-projek kerajaan seperti dahulu.

Pemimpin UMNO perlu kembali ke pangkal jalan dan bermula semula dengan UMNO zaman Tun Razak. Dengar suara dan denyut nadi rakyat setiap masa, bukan sahaja ketika menjelang pilihanraya.

Paling penting, negara dan negeri ini adalah hak milik kita bersama "Bangsa Malaysia". Jika isu agama dan perkauman terus dimainkan, nescaya kuasa yang ada akan terus tinggal kenangan. Zaman sudah berlalu, politik matang dan terbuka perlu diamalkan jika mahu mengambil semula tampuk kuasa.

Jika terus bermain dengan sentimen perkauman, walhal dibelakang tabir  merekalah yang banyak memberi projek, menjual dan melobi untuk "bukan Melayu" itu sendiri sebenarnya. Kembalilah kepada hakikat kehidupan bahawa kita perlu bergantung antara satu sama lain. Sebuah Malaysia Baharu perlu duwujudkan bukan sekadar dengan kata-kata.

Akhir kalam, saya ingin melihat negeri Pahang ini terus maju jaya dan aman damai serta harmoni dengan kepimpinan baharu yang ada. Masa untuk membuat perubahan sudah tiba, jika tidak digunakan sepenuhnya maka sudah pasti rakyat akan ubah pada PRU15 nanti.

Salam Perjuangan,

BLOGGER CUCUMATKILAU
24.07.2018 (1.27 AM)

0 Komen Artikel Ini: