SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR BATIN DARI CMK SEISI KELUARGA | SEBARANG ADUAN DAN PERTANYAAN BOLEH PM 0 1 2 - 3 8 5 4 4 0 0 (CMK)

Syabas Atas Pelantikan MB Pahang Sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Yang Baharu !


Saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan syabas dan tahniah di atas pelantikan YAB Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri yang baharu.

Sebelum ini, saya tertanya-tanya juga bila agaknya Datuk Seri DiRaja Adnan Yaakob akan melepaskan jawatan tersebut, selepas beliau tidak lagi menjadi Menteri Besar Pahang.

Saya masih ingat krisis yang berlaku antara bekas Menteri Besar, Tun Khalil Yaakob dengan Adnan ketika beliau lewat melepaskan jawatan Pengerusi UMNO Negeri selepas berpindah ke pusat. Ketika itu Tun Khalil dilantik menjadi Setiausaha Agung UMNO pada 25 Mei 1999 iaitu tarikh yang sama Adnan menjadi Menteri Besar Pahang.

Akibat kelewatan itu, timbul berbagai cerita panas antara kedua-dua pemimpin terbabit. Difahamkan, Adnan mahu Khalil melepaskan jawatan Pengerusi UMNO Negeri Pahang. Namun, Khalil masih tidak berbuat demikian walau pun dia adalah Menteri Penerangan ketika itu.

Justeru, dengan perlantikan Wan Rosdy sebagai Pengerusi UMNO Pahang yang baharu maka sahkan beliau kini berkuasa dari sudut pentadbiran kerajaan negeri dan juga parti. 

Semoga beliau dapat menjalankan tugas dan amanah yang diberikan dengan baik bagi mempertahakankan negeri Pahang pada PRU15 tidak lama lagi. Malah, Pahang kini adalah negeri pembangkang dan sudah semestinya cabaran yang lebih besar akan dilalui oleh Wan Rosdy selepas ini. Selamat maju jaya.

BLOGGER CUCUMATKILAU
15.07.2018 (1.37 AM )

0 Komen Artikel Ini: