SELAMAT DATANG KE BLOG CUCUMATKILAU OFFICIAL | SEBARANG ADUAN DAN PERTANYAAN BOLEH PM 0 1 2 3 8 5 4 4 0 0 (CMK)

Dr Maszlee 'Terkhilaf', Menteri Besar Pahang Turun Padang Cuma Tidak Singgah Ke Lokasi Kritikal 'Banjir Balak' Di Karak !

 

Isu yang sedang dimainkan sekarang ialah Dr Maszlee buat tuduhan MB Pahang tidak turun padang ketika banjir teruk melanda negeri ini.

Maka ramailah pihak, individu, pemimpin, NGO yang selama ini diam diri isu banjir balal di Bentong mula bersuara. Biasalah nak tunjuk hebat jadi juara membela pembesar negeri.

Dalam erti kata lain nak mengampu, menjilat dan mengipas agar MB bagi perhatian. Tapi pelik, mereka-mereka ini langsung tak berani nak bersuara isu 'banjir balak' yang melanda.

Masing-masing tutup mulut, tutup mata, tutup telinga biar pun mereka lebih tahu kisah yang berlaku dibelakang tabir. Mereka kenal siapa tauke-tauke dan syarikat terlibatm

Namun, jika bersuara takut ada yang nampak mereka melanggar kenyataan MB. Maka elok diam, mudah untuk terus mencari makan.

Mereka inilah bila Dr Maszlee melanyak MB Pahang, mulalah mereka tunjuk bakal untuk membela dan mempertahaknkan pemimpin.

Saya juga tak setuju kenyataan MP Simpang Renggam itu. Bagi saya beliau terkhilaf sebab MB ada turun padang di merata tempat hulur bantuan kepada mangsa-mangsa banjir.

Cuma menurut penduduk di Telemong dan Sungai Perdak, iaitu lokasi paling kritikal banjir balak di Bentong mendakwa MB tak datang menjengok mereka. Padahal. MB dah sampai ke Karak dan hanya jengok lokasi lain termasuk  Kampung Tanjung (foto).

Kata mereka, sepatutnya MB singgah lokasi mereka untuk tengok balak-balak hanyut yang bergelimpangan di lokasi. Jarak kawasan itu dari pekan Karak hanya sekitar 10 hingga 13 kilometer sahaja. Mereka menunggu MB tapi kelibatnya tidak sampai-sampai.

Itu isu yang sebenarnya Dr Maslee perlu angkat di Dewan Rakyat sebenarnya. Bukan soal MB tidak turun padang melawat mangsa banjir. Amat tidak logik kenyataan tersebut. Sebagai pemimpin besar negeri, sudah pasti beliau akan turun, cuma. lokasi kritikal MB tak datang menziarahi mangsa yang berkenaan.

Apa pun, sebagai rakyat marhaen  kita akam terus bersuara untuk menjadi penegur yang baik agar  kerajaan akan lebih cakna dengan isu rakyat. Kita kena perbetulkan keadaan.

Bab rasuah, korupsi dan penyelwengan kita harus dedahkan. Jangan cuba bersekongkol kerana nak jaga kekayaan kita. Bila tengok ada peluang nak 'mengampu' baru kita nak bangkit bersuara. Kena fikir soal rakyat, bukan soal mana-mana pihak yang khianat.

Moga segalanya dipermudahkan hendaknya...
#CaknaDemiRakyat  #SuaraRakyatMarhaen ✊

0 Komen Artikel Ini: