SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR BATIN DARI CMK SEISI KELUARGA | SEBARANG ADUAN DAN PERTANYAAN BOLEH PM 0 1 2 - 3 8 5 4 4 0 0 (CMK)

Saman: Nasib Pejuang Anti Lynas Tidak Sama Dengan Nasib Aktivis Persoalkan Tragedi Banjir Balak Di Bentong !

 

Biar pun mereka tak bersetuju dengan tindakan kerajaan bawa masuk kilang Lynas ke Pahang, namun mereka bebas memberikan pandangan  terhadap isu tersebut. Malahan mereka bebas berhimpun, menyatakan bantahan termasuklah menghantar memorandum kepada kerajaan.

Ada mereka disaman juta-juta seperti hari ini?. Bukankah mereka juga berbeza pandangan bab sisa radioatif nadir bumi yang dihasilkan kilang tersebut yang kerajaan negeri turut menafikan!.

Saya juga terlibat dengan himpunan bantahan tersebut sejak dari awal lagi sebenarnya.Aneh saya tidak pernah dengan mana-mana aktivis pejuang anti Lynas kena saman atas dakwaan menfitnah dan menghasut rakyat supaya jadi benci kepada kerajaan. Walhal isu Lynas lebih besar impak dalam menjatuhkan imej kerajaan negeri di mata dunia sebenarnya. Aneh bukan?

Bukankah ketika itu Menteri Besar Pahang dan barisan exco yang ada sekarang, juga berada di dalam kepimpinan terdahulu?  Kenapa kerajaan tak saman pejuang anti Lynas, jika benar dakwa menjatuh, mencemar reputasi kerajaan negeri?.

Tiba-tiba pula hari ini 'melenting' bagai 'cacing kepanasan' dalam isu banjir lumpur di Bentong.

Walhal kami para aktivis yang bersuara hanya menyatakan pandangan berbeza dalam isu ini.

Kerajaan nafi ada kaitan 'pembalakan', namun kami pula tetap nyatakan mungkin pembalakan antara punca terjadinya banjir lumpur tersebut.

Hujjah kami diperkuatkan lagi dengan adanya kayu balak bergergaji yang dipotong-potong di lokasi kejadian selepas banjir lumpur itu surut.

Kami persoalkan, mungkin ada pembalakan di atas bukit. Sisa kayu balak hanyut akibat hujan lebat dan arus deras yang melanda. Jika tiada kaitan, kayu balak bergergaji itu datangnya dari mana?. Mana mungkin 'puing kepala air' boleh potong pokok balak dengan cantik? Siasatlah dengan telus dan profesional. Kami menggesa ditubuhkan Suruhanjaya Bebas agar keputusan siasatan itu lebih adil dan menyakinkan rakyat. 

Banjir lumpur ini melibatkan kematian, enam mangsa di Jambatan Sungai Telemong dan tiga lagi di Janda Baik. Kami hanya tak yakin dengan kenyataan penafian sepenuhnya oleh kerajaan dan agensi berkaitan. Andai lansung tiada kaitan, bagaimana begitu banyak balak bergelimpangan di sebelah Stesen JPJ Karak, Sungai Kerau dan Kampung Baru Sg Perdak?.

Jika tiada kelulusan kawasan balak, mungkin ada pembalakan haram yang telah dilakukan sewenang-wenangnya oleh pihak penceroboh tanpa pengetahuan kerajaan. Isu ceroboh dan pembalakan haram ini memang sering terjadi di seluruh negeri sejak sekian lama. Salahkah kami berbeza pendapat serta persoal isu ini?

Kenapa perlu disaman jutaan ringgit terhadap rakyat marhaen yang mahu selamatkan hutan dan menjaga kelestarian alam sekitar? Kami bukannya nak memberontak. Tiada ada pun sebarang perhimpunan bantahan di Pejabat Menteri Besar Pahang. Tiada pun sebarang memorandum yang kami hantar. Kami hanya bersuara kerana cakna dengan alam sekitar!.

Besar sangatah dosa kami kerana perbezaan pendapat dengan kerajaan? Kami hanya mahu keadilan serta pembelaan terhadap sembilan mangsa yang terkorban di dalam kejadian ini.

Kenapa perlu kamu menyaman kami? Apakah kamu terlalu 'yakin' sepenuhnya tindakan itu betul? Jika menang mungkin ia tidak jadi apa-apa masalah, namun bayangkan jika tiba-tiba kamu pula kalah? Bukankan reputasi kerajaan itu sendiri akan jatuh. Malahan seluruh dunia kini menyaksikan dan mentertawakan tindakan kamu. Apakah kamu sudah bersedia dengan segala kemungkinan ini? Kerajaan Pahang dulu pernahkalah dalam isu kawasan balak di Peka yang difailkan oleh Syarikat Seruan Gemilang. Puluhan juta terpaksa dibayar selepas kes di bicarakan hingga ke Mahkamah Persekutuan.

Soal kamu bayar ganti rugi atau buat rundingan dengan syarikat terbabit, itu hak kamu. Namun isunya tindakan kerajaan tak semestinya betul.

Inilah dia hakikat yang telah terjadi sebenarnya.

Maka itu, kami tetap bersedia untuk berlawan berbekalkan dengan sokongan majoriti rakyat.

Moga kebenaran itu dapatlah ditegakkan demi sebuah keadilan dan pembelaan terhadap roh semua mangsa  terkorban di dalam tragedi ini. 

#CaknaDemiRakyat @ #SuaraRakyatMarhaen !

0 Komen Artikel Ini: