SELAMAT DATANG KE BLOG CUCUMATKILAU OFFICIAL | SEBARANG ADUAN DAN PERTANYAAN BOLEH PM 0 1 2 3 8 5 4 4 0 0 (CMK)

Tindakan Saman Agar Aktivis Tutup Mulut Isu Banjir Balak Di Bentong Pada Pilihan Raya Umum Ke-15 Nanti?

 

Pilihan Raya Umum Ke-15 sudah kian hampir. Isu kegagalan menguruskan pembangunan di kawasan tanah tinggi Bentong hingga terjadi 'Banjir Balak' pastinya akan dibawa oleh parti pembangkang. Lantaran itu, hanya mahkamah sahaja yang boleh menghalang isu ini dibicara secara terbuka, terutamanya oleh para aktivis.

Langkah terbaik kenakan tindakan saman agar arahan mahkamah dikeluarkan, kerana ia akan dituduh menghina mahkamah kelak. Makanya tidak pelik mereka gunakan tindakan undang2 agar isu ini tidak jadi 'millage' kepada pihak yg berlawan dengan parti kerajaan sebenarnya.

Mereka ada bukti, kita pun ada bukti. Malahan bukti sudah tersebar di mana-mana sejak dari awal hari kejadian. Bukan sahaja media sosial ia juga dipapar media arus perdana itu sendiri.

Kegagalan urus pembangunan ditanah tinggi menjadi punca termasuklah isu2 pembalakan, perumahan dan pertanian yang diluluskan oleh pihak mereka. Pengondolan hutan tanpa ada kawalan, memberi impak besar apabila pasak bumi tak mampu lagi menahan aliran air hujan yang deras dari atas kawasan tanah tinggi itu.

Ini adalah fakta bukan auta. Mereka hanya ke lokasi 'sebelah sana' untuk meninjau dengan menaiki dua buah helikopter. Tapi sedarkah, mereka tidak meninjau lokasi di 'sebelah sini' iaitu di Sungai Kerau, Sungai Telemong dan juga Sungai Perdak. Lokasi yang kritikal dan banyaknya sisa kayu termasuklah juga balak  yang bergelimpangan akibat dihanyutkan dari atas sana. Ingat, ada enam mangsa terkorban dan keluarga mereka juga perlukan pembelaan.

Sebenarnya, kami juga tak cuba nafikan ada kawasan yang dilanda 'debris flow' dan 'puing kepala air' seperti didakwa oleh pakar-pakar alam sekitar yang berkenaan. Tetapi, kenapa tidak disiasat juga senario lokasi 'sebelah sini', iaitu sekitar kawasan Karak. Kami akan lawan dengan bukti bagi menguatkan lagi kenyataan.

Menang atau kalah hanya takdir menentukan. Berlawan dengan kerajaan, memang amatlah sukar sebenarnya. Namun, harus diingat dulu, Kerajaan itu sendiri pernah tewas dalam satu kes di mahkamah dan diarahkan membayar gantirugi puluhan juta ringgit kepada syarikat balak berkenaan. Inlah sejarah yang berlaku.

Kini sekali lagi mereka menyaman rakyat yang bersuara untuk selamatkan kehancuran alam sekitar. Apakah mereka fikir rakyat marhaen tidak boleh bersuara dan hanya perlu dengar kenyataan sebelah pihak semata-mata? Kita berada dalam sebuah negara demokrasi dan kebebasan bersuara telah termaktub di dalam perlembagaan. Apakah bila terjadinya berbeza pandangan, maka itu kita dituduh menfitnah?

Semoga Allah memberi kemenangan kepada rakyat dalam isu ini. Biarlah kalah bermaruah daripada menang tapi dengan penuh kehinaan. Perjuangan rakyat akan tetap diteruskan jua !!

#CaknaDemiRakyat @ #SuaraRakyatMarhaen !

0 Komen Artikel Ini: