SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR BATIN DARI CMK SEISI KELUARGA | SEBARANG ADUAN DAN PERTANYAAN BOLEH PM 0 1 2 - 3 8 5 4 4 0 0 (CMK)

Pengkhianat Isu Tanah Terhadap Orang Melayu, Angkara Siapa ??

 

Saya agak terkejut hari ini, bila ramai rakyat yang menghubungi saya dan menyokong kenyataan berkaitan isu 'faraid tanah' yang berlaku sejak sekian lama. Saya hanya nak perkara ini diberi perhatian oleh kerajaan.

Saya tidak mahu gara2 sikap tamak haloba mereka yang diberi amanah dan tanggung jawab, tiba-tiba mereka khianat demi kejar kekayaan. Nasib rakyat terutamanya orang Melayu diperkotak-katikkan. Mereka kaya raya kerana perbuatan tersebut.

Rakyat di nafikan hak untuk memiliki tanah di bumi sendiri kerana tak mempunyai wang ringgit untuk membayar 'kerja orang dalam'. Semua ini sudah lama terjadi, tetapi tiada siapa yang berani  mengangkat isu ini.

Sebab itu mereka yang terlibat tersenyum riang ria dan terus bermaharajalela. Mereka tidak takut dengan aduan demi aduan oleh rakyat kerana 'kartel' sudah lengkap dari atas sampai ke bawah. Tambah malang lagi, ada juga yang berani menggunakan nama sendiri tanpa rasa takut dan bersalah. Bagi yang guna proksi dan kroni itu memang sudah jadi amalan biasa sejak sekian lamanya.

Sebab itulah saya terpaksa bersuara demi menggembalikan semula kepercayaan rakyat terhadap kerajaan. Kebobrokan harus di dedahkan demi masa depan generasi akan datang. Sampai bila kita harus menyaksikan adengan ini terus berlaku di depan mata?

Maka terpaksa saya bangkit membela nasib rakyat marhaen yang ditindas sedemikian rupa. Saya tidak mahu bangsa sendiri dipijak2 oleh golongan yang terlalu rakus membina kekayaan di atas mukabumi ini.

Justeru, saya menggesa supaya kerajaan bertindak demi sebuah keadilan untuk rakyat. Jangan nanti rakyat menolak kerajaan pada pilihanraya umum akan datang gara-gara benci dengan sikap mereka yang khianat ini.

MOHD SHUKRI B MOHD
RAMLI @ JAMALUDDIN
[ Blogger Cucumatkilau ]
https://bloggercucumatkilau.blogspot.my

Baca keratan artikel Pahang Daily di sini >> https://www.facebook.com/cmkshukrieramly
#CaknaDemiRakyat  #SuaraRakyatMarhaen

0 Komen Artikel Ini: