SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR BATIN DARI CMK SEISI KELUARGA | SEBARANG ADUAN DAN PERTANYAAN BOLEH PM 0 1 2 - 3 8 5 4 4 0 0 (CMK)

Kerajaan Negeri Melaka Di Gesa Arahkan Pengusaha Restoran Terima Kaedah Bayaran Tanpa Tunai !

 

Tengahari tadi saya sempat bersama keluarga dan saudara mara singgah menjamu selera di sebuah restoran asam pedas di Bandar Hilir, Melaka.

Caj harga menu makanan yang terpaksa dibayar agak tinggi namun saya tidak bicara soal harga atau sikap peniaga di restoran terbabit.

Apa yang ingin saya kongsikan, cuma sekadar pandangan agar perubahan dilakukan demi kemudahan para pelanggan terutamanya pelancong dari dalam dan luar negara.

Sebelum ini Kerajaan Negeri Melaka dengan bangga umum menyasarkan seramai 305 pengayuh beca akan dilengkapi kemudahan Touch ‘n Go eWallet. Sekaligus menjadi negeri pertama dalam negara yang menawarkan perkhidmatan itu secara bebas tunai.

Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali, memaklumkan hampir 80 peratus atau 244 daripada pengayuh beca telahpun menggunakan aplikasi tersebut bagi memudahkan pembayaran oleh pelanggan.

Rujuk laporan artikel Utusan Malaysia di https://www.utusan.com.my/nasional/2022/04/beca-melaka-tanpa-tunai-menjelang-syawal/

Sudah bagus beca guna bayaran tanpa tunai, tapi lain pula di restoran yang terbabit. Saya cuba buat bayaran tanpa tunai atau pindahan wang (transfer fund), namun ditolak oleh pengusaha restoran terbabit atas alasan premisnya hanya gunabayaran tunai sahaja. 

Lebih panas lagi, dia pula nasihatkan saya selepas diajukan sepatutnya perlu ada

sistem EWallet, QRPay, Debit Card, TouchNGo, Boost dan sebagainya untuk tujuan bayaran.

Tambahan pula Melaka adalah destinasi pelancongan utama di negara ini. Namun dijawab dengan mudah "Encik sepatutnya sediakan wang tunai dan bertanya sebelum makan".

Terharu hati saya bila dia juga arahkan saya keluarkan wang tunai di mana-mana mesin ATM untuk buat bayaran. Saya tidak mahu berbalah panjang dan beredar mencari mesin ATM untuk buat pengeluaran wang dan bayar harga makanan berkenaan.

Mujurlah saya tidak mahu berbalah panjang dan akur dengan arahan pengusaha restoran terbabit. Namun terdetik dihati saya, apa akan jadi sekiranya pelanggan terus 'cabut' kerana kecewa dengan situasi itu. Naya kepada para pelanggan, dalam cuaca panas terpaksa jalan kaki mencari mesin ATM. Bukankah lebih elok jika ada sistem pembayaran secara tunai. 

Justeru, saya mohon Kerajaan Negeri Melaka ambil perhatian terhadap isu ini. Zaman dah berubah, naya kepada pelancong kalau benda  macam ini tidak ditangani sebaiknya. Jika beca boleh gunakan kaedah bayaran tanpa tunai, sepatutnya ia turut diwajibkkan kepada premis lain termasuk pengusaha kedai makan. 

Hargailah kehadiran pelancong, jangan paksa mereka buat sesuatu yang menyusahkan. Mujurlah mesin ATM tidak bermasalah atau kehabisan wang ketika kejadian. Pernahkan para peniaga memikirkan soal ini. Terimalah bayaran tanpa tunai yang lebih memudahkan. #CMK

0 Komen Artikel Ini: