SELAMAT DATANG KE BLOG PERIBADI BLOGGER CUCUMATKILAU (CMK)

Kontroversi Di "Perhimpunan Bersih", Wajarkah Keseluruhan "Institusi Polis" Itu Di Persalahkan Gara-Gara Kesilapan Beberapa Anggota Mereka !!

Rakyat sewajarnya tidak terus menjatuhkan kesalahan atas bahu anggota polis dalam beberapa insiden panas yang berlaku ketika perhimpunan Bersih 2.0 di ibu negara Sabtu lalu. Ini kerana, mereka menjalankan tugas dan tanggungjawab atas arahan yang telah diberikan. Maka sewajarnya sebagai penjawat awam, pihak polis terpaksa melakukan tindakan sekiranya mendapati keselamatan dan ketenteraman awam terancam. Memang benar, peserta Bersih 2.0 menjatuhkan kesalahan sepenuhnya atas bahu polis kononnya mereka bertindak kasar, biadap, kejam dan keterlaluan kepada orang ramai yang terlibat dengan perhimpunan tersebut. Namun, dalam masa yang sama rakyat juga harus sedar dengan tanggungjawab pihak terbabit dalam memastikan keamanan dan kedaulatan negara tidak tercemar. Rakyat boleh berhimpun tetapi pihak polis juga ada hak menjalankan tugas mereka. Tambahan pula, bila diwar-warkan ia adalah "perhimpunan haram" tanpa permit dan sebagainya. Memang benar, mungkin ada seorang dua yang bertindak keterlaluan terhadap mereka. Namun, apakah kesalahan itu boleh diletakkan kepada keseluruhan institusi polis itu sendiri. Bukankah, pihak polis juga ada banyak jasa dan sumbangan terhadap rakyat itu sendiri. Mungkin ada beberapa tindakan peserta demontrasi terbabit yang bersikap keterlaluan dan sengaja menimbulkan provokasi yang mengundang kemarahan beberapa orang anggita polis yang bertugas. Sesiapa pun akan menjadi marah dan hilang pertimbangan jika maruah mereka dicabar sebenarnya. Oleh itu, tidak perlulah isu ini terlalu diperbesarkan, kerana akhirnya rakyat akan berhadapan semua dengan pihak polis pada bila-bila masa andai mereka berhadapan dengan berbagai kes jenayah dan sebagainya.


Bukti, rawatan kesihatan dan ruang solat turut disediakan kepada peserta
Peserta diambil keterangan dan diberikan jamuan makan ketika ditahan

Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim sendiri juga mengadu kepada polis
Kepada siapa lagi mereka harus melaporkan kejadian dan musibah yang melanda, jika institusi polis itu terus dimusuhi oleh rakyat. Amatlah tidak wajar "kerana nila setitik, rosak susu sebelanga". Apa yang berlaku hari ini, seolah-olah rakyat menjadi polis itu sebagai musuh yang perlu ditentang, sedangkan jika berlaku sesuatu kejadia tidak dingini ke atas diri mereka maka Balai Polis itu jugalah yang menjadi tempat mereka mengadu. Oleh itu, bersikap rasional dalam mengeluarkan kenyataan dan tindakan agar hubungan antara polis dan rakyat itu dapat dipertahankan sampai bila-bila. Mereka bertanggungjawab menjaga keselamatan dan kesejahteraan rakyat tanpa mengira masanya

1 Komen Artikel Ini:

  • Tanpa Nama says:
    15 Ogo 2011, 1:59:00 PTG

    Saudara CMK.. Rakyat hanya mempersoalkan kepada anggota polis yang tidak amanah dalam tugasan mereka.. Sudah menjadi lumrah apabila seorang yang melakukan kesalahan maka akan terpalit segalanya kepada pihak lain Ini kita tidak boleh lari dari perkara ini. Tetapi apa yang penting bagaimana kita hendak mengatasinya.

    Sekarang peranan anggota dan pegawai atasan polis sahaja yang dapat memperbaiki imej polis. Jika dilihat setiap IGP yang dilantik tidak memainkan peranan mereka sendiri. Why not jika anggota polis meluahkan masalah mereka kepada pemimpin politik yang memerintah dimana mereka boleh menyatakan keinginan mereka untuk memperbaiki imej mereka. Hanya mereka yang didalam organisasi SAHAJA boleh merubahnya.
    Malangnya kebanyakkan dikalangan mereka hanya berdiam diri, tidak berani bersuara dan hanya menjaga periuk nasi masing-masing sedangkan kesalahan dan penyelewengan terus berleluasa dalam badan keselamatan itu. Salah siapa jika rakyat berpersepsi sedemikian rupa?! Sendiri yang mencari masalah, maka sendiri yang perlu memperbetulkannya!

    Achmad Abdollah