SELAMAT DATANG KE BLOG PERIBADI BLOGGER CUCUMATKILAU (CMK)

Al-Kisah: Sebuah Catatan Perjalanan Ku Ke Hari Penamaan Calon Pilihanraya Kecil Hulu Selangor


Berucap di Hari Penamaan Calon Pilihanraya Kecil Hulu Selangor
Cucu telah meluangkan masa untuk hadir ke Kuala Kubu Bharu bagi mengikuti Hari Pencalonan dan perjalanan Pilihanraya Kecil pada 17 April 2010. Cucu menumpang kenderaan Hj.Rusli (PAS Indera Mahkota) yang ditemani oleh isterinya dan Sdr Azman (PAS). Kami bertolak dari Kuantan sekitar jam 6.00 petang dan tiba di Kuala Lumpur dalam pukul 10.30 malam. Sebelum ke Kuala Kubu, Hj.Rusli telah menghantar isterinya ke Kota Damansara (rumah anaknya) dan kemudian kami meneruskan perjalanan. Malang tidak berbau, keluar dari rumah anaknya tayar kereta Hyundai Matrixnya telah "bocor" dan terpaksa berhenti di tepi jalan untuk diperbaiki. Selepas menukar tayar, kami singgah sebentar di Stesen Petronas berhampiran kawasan itu. Malang berganda, mungkin ujian dariNya apabila selepas mengisi angin tayar tiba-tiba enjin kenderaan beliau pula tidak boleh dihidupkan. Ini mengakibatkan kami terpaksa menunggu beberapa ketika untuk diperbaiki. Mujurlah ada staff dan pengurus stesen minyak terbabit membantu. Ketika itu jam sudah menunjukkan hampir 11.30 malam. Selepas menukar bateri kereja terbabit dengan kereta waja milik pengurus stesen itu, akhirnya kenderaan berjaya dihidupkan dan kami mengucapkan terima kasih kepada mereka. Baik sungguh hati pengurus stesen itu, sudahlah dipinjamkan baterinya untuk menghidupkan enjin kenderaan kami, kemudian disajikan pula dengan air minuman secara percuma. Semoga perniagaan beliau akan terus maju jaya.

Kami kemudian meneruskan perjalanan melalui Lebuhraya Utara Selatan dan keluar menerusi exit Bukit Beruntung. Kemudian terus melalui jalan kawasan industri di situ terus ke Kuala Kubu Bharu yang jaraknya sekitar 25km dari situ. Jalan masuk ke Pekan Kuala Kubu Bharu dikawal rapi oleh pihak polis. Kami terus ke Masjid Jamek Al-Rahimah disitu, mujurlah ada "parking lot VIP" yang paling hampir dengan tangga masjid masih kosong. Selepas itu, kami mengambil peluang untuk pekena "teh tarik" dan "roti canai" di sebuah restoran yang menempatkan Bilik Gerakan BN berhadapan dengan masjid berkenaan. Ramai juga penyokong Pakatan Rakyat yang mengambil kesempatan menjamu selera di situ akibat kepenatan berjalan jauh. Selepas menjamu selera kami kembali ke masjid dan melihat begitu ramai penyokong Pakatan Rakyat dari PAS dan PKR bergelimpangan di dalam masjid. Mereka keletihan dan ada juga yang sedang menunaikan solat sunat. Suaasana di dalam masjid nampak begitu meriah sekali dengan kehadiran begitu ramai sahabat seperjuangan dari seluruh negara. Kami melelapkan mata buat seketika. Cucu bangun sekitar jam 4.30 pagi dan terus ke bilik air untuk mandi. Masya Allah!, ketika itu sudah ada ramai yang beratur menanti giliran untuk ke bilik air. Terpaksalah Cucu berbaris panjang dan bersabar menunggu giliran. Sekiat setengah jam barulah Cucu dapat mandi. Manakala sahabat yang lain iaitu Hj.Rusli dan Azman tidak dapat beratur kerana terlalu panjang. Solat Subuh di Masjid Jamek Al-Rahimah pagi itu menempa sejarah kerana jemaah yang ramai seperti solat Jumaat. Bacaan oleh Imam Masjid juga amat merdu dan menusuk hati. Selepas solat, masing-masing mencari ruang untu berehat seketika sebelum menyiapkan diri berarak ke Pusat Penamaan Calon. Cucu mengambil kesempatan mengemaskini blog, dan kemudiannya terus berehat hingga jam 7.00 pagi.


Rakaman foto Cucu ketika perarakan calon PKR ke pusat penamaan
Sekitar jam 7.30 pagi Cucu memulakan perjalanan untuk operasi berita di kawasan terbabit. Cucu keluar dari Masjid Jamek dan terus menyaksikan orang ramai yang mula kecoh di depan masjid tersebut. Cucu mengambil kesempatan menjamu selera dengan membeli nasi lemak bungkus dan air teh yang dijual di bahu jalan. Kemudian melihat gelagat beberapa orang penyokong Pakatan Rakyat yang berada dipinggir jalan tersebut. Selang beberapa ketika Cucu mula meneruskan perjalanan ke lokasi yang menempatkan para penyokong Pakatan Rakyat sebelum ke Pusat Penamaan Calon. Suasana sudah mula kecoh dengan penyokong yang bersorak gembira umpama berpesat. Cucu sempat menyaksikan perarakan calon PKR iaitu Datuk Zaid Ibrahim bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim. Rakaman gambar dan video juga sempat diambil untuk tatapan semua. Cucu mengiringi mereka sehingga ke kawasan 100 meter dari pusat penamaan. Kelihatan beberapa trak polis dan anggota yang berkawal berhampiran kawat duri yang telah diletakkan di kawasan itu. Amat menghairankan sekali tindakan tersebut, seolah-olah para penyokong yang hadir akan bertindak ganas. Walhal polis yang kelihatan ingin cuba mengganas apabila menganggu penyokong dan menyuruh mereka beredar sedangkan kesemuanya berada dalam jarak yang jauh dari pusat penamaan calon. Tindakan ini amat memalukan sebenarnya. Cucu kemudian berpeluang untuk berucap dalam masa 5 mini di atas lori ketika orang ramai sedang berasak-asak. Chegubard dan Nazree Yunus (bekas Pengeru Gerak) memberi ruang kepada Cucu untuk bercakap tentang isu Saiful Bukhari Azlan. Bersemangat sekejap melihat orang ramai. Terasa macam ahli politik yang hebat pulak ..hehhehe. Apapun, itulah kenangan manis yang tidak dapat dilupakan. Sebelum ini, Cucu juga pernah diberi peluang berucap di Manek Urai. Maka, ini kali kedua Cucu berucap di pagi hari pencalonan sesebuah pilihanraya kecil.


Besemangat bersama pemimpin orang asal kaum Jahut dari Kuala
Krau
Pahang yang tiba-tiba turut naik ke atas ketika aku berucap
Sempat juga bertemu dengan sahabat dari Pahang seperti Saudara Jefri Rashid (Ketua Cabang Pekan), Saudara Ram dan isteri (Timbalan Ketua PKR Pahang), Kamarul Hatta (Timbalan Ketua AMK), Saudara Suhaimi (Ketua Ranting Panching Timur), Ustaz Nasron (Yang Dipertua PAS Indera Mahkota) dan sahabat yang lain. Ada juga penyokong Pakatan Rakyat yang mengambil kesempatan bergambar dengan Cucu. Macam orang popular pulak. Sempat berbual dengan sahabat dari TV Selangor. Terima kasih kepada semua, dan Cucu kemudian berjalan balik ke Masjid Jamek yang jaraknya hampir 4km dari lokasi tersebut. Berpeluh dibuatnya, kesesakan jalan raya berlaku dalam kawasan Pekan Kuala Kubu Bharu. Mujurlah Cucu berjalan kaki sahaja dan mengambil masa hampir 1 jam untuk tiba ke masjid. Kemudian kami bersolat Zuhur di situ.. Bersambung...

0 Komen Artikel Ini: