SELAMAT DATANG KE BLOG PERIBADI BLOGGER CUCUMATKILAU (CMK)

Pilihanraya Kecil P094 Hulu Selangor: Calon BN Kamalanathan Menang Menewaskan Datuk Zaid Ibrahim Dengan Majoriti Sebanyak 1,725 Undi !!

KUALA KUBU BARU, 26 April [10.20 am] - Barisan Nasional (BN) berjaya merampas kembali kerusi P 094 Parlimen Hulu Selangor dengan majoriti lebih besar iaitu 1,725 undi berbanding 198 majoriti yang diperoleh calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Pilihan Raya Umum 2008 lalu. BN yang diwakili P. Kamalanathan (foto) memperoleh 24,997 undi, sekali gus menewaskan calon PKR, Datuk Zaid Ibrahim yang memperoleh 23,272 undi. Keputusan itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Hulu Selangor, Nor Hisham Ahmad Dahlan pada pukul 9.20 malam tadi di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Pejabat Daerah Hulu Selangor di Kuala Kubu Baru. Kawasan Parlimen Hulu Selangor mempunyai 64,500 pengundi dengan 34,020 atau 52.7 peratus terdiri daripada Melayu, 16,964 atau 26.3 peratus Cina, 12,453 atau 19.3 peratus India dan kira-kira 1,000 Orang Asli. Kerusi Parlimen kawasan itu kosong berikutan kematian penyandangnya, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad dari PKR pada 25 Mac akibat barah otak. Penamaan calon telah diadakan pada 17 April lalu. Dr Zainal Abidin memenangi kerusi kawasan itu pada pilihan raya umum 2008 dengan majoriti 198 undi selepas menewaskan Timbalan Presiden MIC, Datuk G. Palanivel (MIC). PDO

[Tahniah diucapakan kepada calon BN, P.Kamalanathan atas kemenangan yang cukup mengejutkan itu. Ini kerana, ramai penyokong dan petugas BN sudah meninggalkan Hulu Selangor sebenarnya, selepas mencongak calon mereka itu memang kalah. Malah, pemimpin MIC sendiri seperti Samy Vellu awal-awal lagi sudah cabut dan angkat kaki, Buktinya beliau tergesa-gesa hadir ketika pengumuman keputusan di buat malam tadi, setelah mendapat laporan PM dan TPM turut hadir secara tiba-tiba. Apapun, menang tetap menang dan keputusan bijak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memindahkan 13,000 nama pengundi berdaftar di Hulu Selangor telah memberi kekuatan buat BN. Apapun tahniah buat PKR kerana berjaya menarik kembali lebih 11,000 pengundi baru yang telah dipindahkan oleh SPR itu. Maknanya, PKR juga menang untuk menggagalkan strategi awal BN untuk menang dengan majoriti lebih besar iaitu sebanyak 6,000 undi itu. Salam perjuangan buat semua petugas!!].

0 Komen Artikel Ini: