SELAMAT DATANG KE BLOG PERIBADI BLOGGER CUCUMATKILAU (CMK)

Pilihanraya Kecil Hulu Selangor, Menang Tetap Menang Dan Yang Kalah Teruskan Perjuangan


Cucu sempat berceramah di Padang Awam Batang Kali malam terakhir
kempen pilihanraya kecil parlimen Hulu Selangor pada 24 April
Kekalahan yang dihadapai oleh Pakatan Rakyat di Hulu Selangor sedikit mencurigakan sebenarnya. Cucu sempat mengikuti perjalanan hari-hari terakhir kempen dan proses pengundian pilihanraya itu baru-baru ini. Ternyata, terlalu banyak provokasi melampau telah dilakukan oleh pihak-pihak tertentu hingga mencetuskan ketegangan dan kekecohan. Akibatnya, ramai yang ditangkap dan bakal didakwa atas kesalahan di bawah Akta Pilihanraya. Apapun, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sendiri juga ada banyak melakukan kesalahan, namun mereka memejamkan mata dan hanya melihat parti pembangkang yang melakukan segala perbuatan tersebut. Seolah-olah SPR dan BN memang telah memeterai perjanjian usaha sama untuk merampai Hulu Selangor dari PKR. Pada malam terakhir Cucu sempat menyampaikan ceramah ringkas kira-kira 15 minit di Padang Awam Batang Kali. Melihat pada sambutan rakyat, ternyata tidak ada halangan langsung untuk PKR menang. Tambahan pula, banyak peti undi saluran 1 berjaya dimenangi PKR. Cucu sempat memantau ke beberapa buah lokasi pusat penamaan calon, seperti di Ampang Pecah, Sg.Rasa, Felda Sg.Buaya, Sek Ren JK (C) Khing Ming dan yang lainnya. Ternyata sambutan amat menggalakkan untuk melihat PKR mempertahankan kerusi tersebut. Malah, ramai pemimpin dan petugas BN sudah mula meninggalkan Hulu Selangor. Mereka sudah nampak petanda bahawa BN akan kalah teruk pada kali ini. Namun, entah mengapa tiba-tiba keputusan yang dikeluarkan pula sebaliknya. PKR yang kalah dengan majoriti 1,725 undi. Anehnya, walau BN menang dengan majoriti lebih besar namun sokongan terhadap PKR tidak tergugat sebenarnya. Malah jumlah undi yang diperolehi oleh Datuk Zaid Ibrahim iaitu sebanyak 23,272 hanya berbeza 95 undi sahaja daripada PRU-12 (23,177). Maknanya, PKR tidak kalah sebenarnya. Maka itu, apakah yang menyebabkan BN menang?. Peratusan keluar mengundi hanyalah sekitar 75.87% (48,935) iaitu meningkat sikit daripada PRU 2008 (74.81% = 47,622 pengundi).

Soalnya sekarang kenapa tiba-tiba PKR yang dicanangkan akan menang tiba-tiba dikalahkan?. Apakah ini satu lagi konspirasi yang dilakukan oleh SPR dan BN?. Malah perpindahan lebih 13,000 pengundi berdaftar di Hulu Selangor juga menjadi tanda tanya yang cukup memusykilkan kita sebenarnya. Apapun, pilihanraya telah berakhir dan BN tetap menang secara rasmi. Perjuangan harus diteruskan dan tidak perlu berputus asa. Lihat dulu, Tan Sri Khalid tewas di Ijok, tetapi kemudian bangkit dan menang dan kini bergelar Menteri Besar Selangor. Maka, apakah kita gusar dengan kehilangan satu kerusi parlimen itu agaknya?. Apa yang penting sokongan rakyat tidak berubah dan hanya peneroka Felda yang masih lagi terlena diulit mimpi mainan Najib Razak. Salam perjuangan!!

0 Komen Artikel Ini: