SELAMAT DATANG KE BLOG PERIBADI BLOGGER CUCUMATKILAU (CMK)

Laporan Perubatan Pusrawi Dan HKL: Si Saiful Wajar Buat Laporan Polis Dan Menyaman Pihak Yang Menfitnah Beliau Jika Benar Bermaruah !!

Biarpun kes Saiful yang dikatakan diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim kini telah ke peringkat berbicaraan di Mahkamah Tinggi. Namun, ternyata ianya masih menimbulkan berbagai persoalan dan tanda tanya dikalangan rakyat Malaysia terutamanya bagi mereka yang cintakan keadilan. Perbicaraan yang dijangka masuk ke fasa yang kedua tidak lama lagi, dilihat sebagai satu perbicaraan yang "sudah dapat dijangka keputusannya" oleh rakyat. Rakyat seolah-olah sudah boleh menjadi "Hakim Negara". Ini berikutan dengan rentetan perjalanan kes yang langsung tidak relevan dan penuh dengan kehilafan yang melampau atas kes berkenaan. Bayangkan, seorang tertuduh dihalang untuk mendapatkan salinan serta contoh bahan-bahan bukti, untuk tujuan pembelaan. Satu perkara yang tidak pernah berlaku dalam mana-mana kes jenayah seperti ini sejak sekian lama. Malah, terbaru tindakan Mahkamah Tinggi Syariah, pula menolak permohonan tertuduh untuk mendapat pembelaan dari sudut Islam. Keadilan yang dituntut dinafikan oleh tokoh-tokoh agama kerajaan yang sepatutnya mempertahankan sistem undang-undang Islam itu sendiri. Akhirnya kini, ternyata nampak jelas pihak tertuduh seolah-olah akan menjadi "orang yang bersalah" tanpa ada asas yang kukuh dan boleh dipertikaikan.

Tindakan Mahkamah Yang Amat Memusykilkan


Perjalanan sistem kehakiman dan perbicaraan juga dilihat tidak menjurus ke arah keadilan bermula daripada perpindahan kes dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi dulu. Bila mana seorang yang disyaki terlibat dengan kes "konspirasi liwat I" Anwar dulu iaitu Peguam Negara, Gani Patail (foto) dilihat menandatangni surat perpindahan kes. Malah, mahkamah meneruskan keputusan perindahan kes biarpun Hakim S.Koomathy dikatakan sedang bercuti atau mungkin juga dicutikan. Maknanya hakim terbabit dihalang mendengar perbicaraan tersebut, sedangkan dalam mana-mana kes jika berlaku hakim atau peguam bercuti serta mempunyai masalah untuk mengikuti perbicaraan maka kes berkenaan akan ditangguhkan. Persoalannya kenapa ia tidak berlaku kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim ?. Malah, hakim yang menggantikan S.M.Koomathy juga dilihat begitu cepat membuat keputusan tanpa mengambil kira bantahan tertuduh bahawa sijil perpindahan tersebut ditandatangani oleh orang yang terlibat dengan kes pertama beliau dulu. Kenapa ini berlaku secara tergesa-gesa?. Kerana ia mungkin mendapat arahan pihak atasan yang mahu kes dipindahkan segera, jika tidak mereka gusar perbicaraan akan dijalankan secara adil dan saksama yang mana akhirnya menyebabkan tertuduh terbebas. Jika pun keadilan Islam mahu ditegakkan, kenapa kes jenayah syariah seperti ini tidak dibicarakan terus di Mahkamah Syariah. Bahkan, permohonan tertuduh untuk meminta Pendakwa Syarie Mahkamah mendakwa Saiful dibawah undang-undang Qazaf juga begitu lama untuk diproses. Wajarkah ini berlaku terhadap tertuduh yang beragama Islam?. Kenapa kes yang penting dan mendapat perhatian umum seperti ini tidak diberi keutamaan oleh Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan?. Apakah mereka lebih takutkan manusia daripada Allah SWT, tuhan pencipta sekalian alam?.

Prosedur Pihak Polis Yang Cukup Meragukan


Dalam prosedur biasa, andainya seseorang individu itu mengaku dirogol atau diliwat oleh sesiapa maka pihak polis akan merujuk terlebih dahulu kepada Laporan Perubatan Hospital yang telah disahkan sebagai bukti kukuh. Pihak polis tidak akan hanya menerima laporan "mulut" mangsa, sebagai asas untuk mereka menangkap atau mendakwa mana-mana suspek yang dipercayai melakukan perbuatan tersebut. Jika suspek dikenali, maka pihak polis terlebih dahulu akan mengesahkan bahawa kejadian tersebut berlaku atau tidak. Caranya ialah dengan merujuk kepada laporan doktor yang berkaitan. Maknanya sesudah disahkan memang ada kes jenayah terbabit berlaku, maka barulah operasi menjejaki suspek akan dilakukan. Suspek bukan bermakna tertuduh selagi proses perbicaraa belum dijalankan. Kenapa dalam kes-kes yang lain sebelum ini, kes tersebut ditutup setelah pihak Peguam Negara mendapati tiada asas dan bukti untuk pendakwaan, seperti apa yang berlaku dalam kes penyanyi veteran terkenal Datuk M.Daud Kilau. Beliau yang juga dituduh meliwat seorang remaja, kenapa kes ditutup begitu sahaja?


Inilah bukti laporan artikel akhbarkes yang sama tetapi prosedur yang
cukup berbeza antara M.Daud Kilau dengan Anwar Ibrahim

Dalam kes yang pernah menggemparkan negara ketika itu, Ketua Polis Daerah Sentul sendiri, iaitu Asisten Komisioner Ahmad Sofian Yassin (foto) mengesahkan menerima arahan daripada Jabatan Peguam Negara untuk menutup siasatan selepas mendapati tiada bukti kukuh untuk meneruskan pendakwaan di mahkamah. "Kes tersebut dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara Kuala Lumpur sejak Mei 2007 termasuk menyerahkan sampel ujian asid deoksiribonukleik (DNA) pengadu untuk pengesahan dan siasatan lanjut. "Kertas siasatan seterusnya mendapati tiada sebarang bukti untuk menyabitkan artis berkenaan dalam kes liwat tersebut," katanya kepada media ketika itu.Persoalannya sekarang kenapa dalam kes Anwar ini ia nampak begitu berbeza sekali. Kenapa Peguam Negara masih meneruskan perbicaraan sedangkan terdapat banyak keraguan dalam kes yang dinyatakan itu?. Apakah kerana Datuk M.Daud Kilau itu bukannya ahli dan musuh politik UMNO maka kesnya tidak dibicarakan atas alasan tidak cukup bukti. Sedangkan senarionya adalah sama, seorang remaja membuat laporan polis mengatakan dia diliwat oleh celebriti terkenal itu.

Hebatnya Cakap Mulut Dari Laporan Perubatan


Dalam kes ini jelas bermakna laporan mulut Saiful Bukhari lebih hebat dan diterima oleh pihak polis daripada Laporan Perubatan Hospital. Ini tidak berlaku kepada mana-mana "mangsa seperti ini" yang lain. Jika terkena kepada individu lain, sudah pasti kiranya laporan perubatan membuktikan mereka tidak menjadi mangsa maka tindakan tegas akan diambil oleh pihak polis kerana berbohong dan menabur fitnah kepada orang lain. Tetapi ia berbeza sama sekali dengan kes Saiful Bukhari Azlan ini. Cuba lihat, Saiful membuat laporan polis selepas dia sendiri membuat pemeriksaan doktor. Bermakna, dia sepatutnya menunggu laporan perubatan itu disahkan oleh Hospital Pusrawi dan juga Hospital Kuala Lumpur (HKL). Anehnya, Saiful membuat laporan polis dan polis menerima laporan dia diliwat tanpa merujuk kepada laporan perubatan yang sepatutnya dilakukan mengikut prosedur biasa. Maknanya cakap mulut Saiful lebih hebat daripada laporan perubatan itu sebenarnya. Malah, mengikut prosedur biasa pihak polis akan menghantar Saiful untuk mendapatkan pemeriksaan doktor pakar bagi membuktikan dia diliwat. Dalam kes ini, Saiful sendiri mengatakan sudah membuat pemeriksaan. Maknanya, pihak polis boleh merujuk kepada hospital yang berkenaan dan doktor terbabit untuk menghantar laporan perubatan itu. Ini bermakna, doktor dari Hospital Pusrawi dan tiga doktor pakar dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) perlu menghantar laporan berkenaan kepada pihak polis untuk disahkan. Seandainya terbukti memang benar Saiful diliwat, maka barulah pihak polis boleh melakukan tindakan seterusnya termasuk menjejaki suspek (bukan tertuduh lagi). Pihak polis boleh mengarahkan pihak hospital berkenaan faxkan sahaja laporan tersebut jika diperlukan. Tetapi kenapa ia tidak berlaku kepada Saiful Bukhari. Pihak polis menerima 100% percakapan beliau tanpa merujuk kepada laporan berkenaan. Sedangkan laporan tersebut sudah disediakan oleh pihak hospital. Kenapa ini berlaku?. Apakah hebatnya Saiful Bukhari?. Kenapa pihak polis tidak mengikut prosedur biasa dan melanggar tatacara kerja mereka?. Semua ini menimbulkan kesangsian yang amat sangat dikalangan rakyat sebenarnya.


Bukti, inilah laporan perubatan doktor Hospital Pusrawi terhadap Saiful

Saiful Dicabar Saman Hospital Yang Berkenaan

Berasaskan kepada kes ini sedang dibicarakan, dan laporan perubatan keempat-empat doktor terbabit sudah pun diedarkan kepada umum sekarang ini. Maka, rakyat makin keliru dengan kes liwat yang diperkatakan ini. Maka itulah rakyat terutamanya umat Islam di Malaysia hatta seantero dunia tidak percaya dan yakin dengan kes berkenaan, bairpun pihak yang dikatakan menjadi mangsa membuat beribu-ribu kali "sumpah laknat" sekalipun. Tambahan pula, ramai yang berkata, jika budak-budak "blackmetal" disuruh "sumpah laknat" mengatakan dia diliwat Anwar sekali pun pasti mereka akan lakukan. Kerana mereka semua berani memijak-mijak Al-Quran seperti yang pernah didedahkan oleh media sebelum ini. Soalnya, mana yang benar sekarang?. Laporan Perubatan Hospital atau percakapan lisan Saiful Bukhari yang mengatakan dia diliwat?. Inilah yang menimbulkan persoalan sebenarnya. Tambahan pula, selepas laporan perubatan Hospital Pusrawi (foto) dikeluarkan kepada umum dulu. Maka satu lagi laporan perubatan sulit tiga doktor pakar Hospital Kuala Lumpur (HKL) telah dikeluarkan pula kepada umum baru-baru ini. Soalnya sekarang, kenapa Saiful dan barisan peguamnya tidak memberi respon atas laporan berkenaan. Bukankah ia akan mengganggu perjalanan kes di mahkamah. Tambahan pula jika kesemua doktor terbabit dipanggil sebagai saksi Anwar. Bukankah ini akan menimbulkan lebih banyak keraguan dan kemusykilan.

Atas alasan kononnya Saiful dipihak yang benar, maka beliau wajar membuat laporan polis dan seterusnya menyaman doktor yang mengeluarkan laporan perubatan tersebut, hospital yang berkenaan, Kementerian Kesihatan dan Kerajaan Malaysia kerana telah memalukan dirinya. Rasionalnya, dia mengatakan dirinya diliwat sedangkan kesemua laporan perubatan tersebut mengesahkan secara klinikal bahawa tidak ada tanda dan bukti-bukti mengatakan dia diliwat oleh sesiapa pun. Maka, cakap siapakah yang mahu kita percayai sekarang ini, walaupun mahkamah meneruskan perbicaraan ini. Saiful perlu menutup aibnya dengan membuar laporan polis supaya siasatan yang rapi wajar dilakukan terhadap mereka yang mengeluarkan laporan tersebut dan kesahihan laporan perubatan berkenaan. Andainya terbukti ia palsu dan beliau boleh menfailkan saman terhadap pihak terbabit demi maruahnya. Tindakan Saiful mendiamkan diri seolah-olah dia langsung tidak yakin kepada kebenaran sebenarnya. Justeru itu, rakyat secara keseluruhannya perlu mendesak agar Saiful membuat tindakan berkenaan yang dilihat boleh mempengaruhi perjalanan kes mahkamah yang bakal dihadapainya. Inilah kemusykilan yang kini menimbulkan keraguan terhadap kes liwat II ini.

0 Komen Artikel Ini: