SELAMAT DATANG KE BLOG PERIBADI BLOGGER CUCUMATKILAU (CMK)

Cuti-Cuti Malaysia, Melawat Tempat Bersejarah Di Bumi Johor


Walau pun dunia masih terkesan dengan insiden kehilangan pesawat MH370, namun kami tetap meluangkan masa musim cuti persekolahan untuk balik ke kampung isteri di bumi Johor Darul Takzim. Biasanya, ikut jalan Kuantan-Muadzam Shah-Segamat-Yong Peng-Simpang Renggam sebelum sampai ke Pontian. Tp, kali ini kami ikut jalan lain Kuantan-Pekan-Mersing-Kota Tinggi-Kulai-Skudai ke Pontian. Banyak laluan bari dirintis. Bertolak dari Kuantan sekitar jam 3.30 petang melalui Tanjung Lumpur - Cherok Paloh - Pekan. Tiba di Cherok Palok sempat menjamu selera di sebuah warung tepi jalan depan masjid. Di situ, isu MH370 heboh diperdebatkan dan ramai yang tak percaya kapal sebesar itu boleh hiang dari radar.



Selepas makan, kami teruskan perjalanan ke Pekan dan sempat singgah seketika untuk bertemu dengan rakan usahawan QMG Network di situ, sementara isteri ke kedai cermin mata. Perjalanan diteruskan ke Rompin, di sini kami singgah ke Rompin Fest 2014 di Kuala Rompin. Sempat membeli apa yang patut sebagai kenang-kenangan. Teringat dulu, saya pernah menjadi DJ dan MC Rompin Fest selama dua musim. Kami teruskan perjalanan dan singgah makan malam di Restoran Nusantara di Endau. 



Kemudian teruskan perjalanan ke Pantai Air Papan. Ingat nak bermalam di situ, tapi dibatakan sebab masalah bekalan air yang melanda. Kami teruskan perjalanan ke Mersing dan bermalam di sebuah hotel bajet di tepi sungai. Pemandangan sungguh indah permai. Bilik tak berapa besar, caj RM148, hotel dimiliki oleh orang Melayu, tapi sepatutnya sejadah disediakan bagi memudahkan orang Islam menunaikan solat. 



Sekitar jam 11.40, kami check out dari hotel dan terus ke Bandar Penawar dan Desaru. Sempat tengok opis tempat isteri buat latihan praktika di situ dulu iaitu KEJORA. Makan tengahari di Bandar Penawar, sebelum ke Desaru menghirup udara pantai. Singgah seketika di Lotus Hotel & Resort sebelum terus ke Tanjung Balau. 



Di sini kami melawat Muzium Nelayan dan sempat bersantai kira-kira setengah jam sebelum meneruskan perjalanan ke Kota Johor Lama. 



Di sini, kami tidak melepaskan peluang menyaksikan peninggalan sejarah Johor Lama. Sempat menonton rencana dan meninjau artifak bersejarah di situ. Kira-kira satu jam lamanya, baru kami beredar ke Kg.Makam di Kota Tinggi.



Di sini kami meninjau makam "Sultan Mahmud Mangkat Di Julang" dan tanah perkuburan lama yang berhampiran. 



Kini segalanya hanya tinggal sejarah yang masih terpahat dalam ingatan sepanjang zaman. Dari sini, kami teruskan perjalanan melalui Kulai dan terus ke Skudai untuk bermalam di rumah kakak ipar dekat Pulai Perdana. Letih perjalanan luas pemandangan. Sejarah tetap dalam ingatan. 

0 Komen Artikel Ini: