Wednesday, July 16, 2014

Isu Langgar Kereta, Hati-Hati Dengan Rakaman Video Amatur !


Isu kes langgar kereta yang berlaku di Kuantan pada petang Isnin lalu sungguh mengejutkan. Kita ia hangat diperkatakan di laman sembang sosial hanya kerana kesilapan wanita yang berkenaan mengeluarkan "padlock" stering dan menghentakkannya di bonet kereta warga emas yang melanggar kereta beliau itu.

Bagi saya isu ini tidak besar mana sangat, sama kes tiga budak pailang yang membuli rakan mereka di Sarawak baru-baru ini. Kesilapannya ialah rakaman video berkenaan yang disebarkan kepada umum. Inilah yang menyebabkan wanita terbabit kini trauma dan diserang bertalu-talu oleh berbagai pihak.


Kerosakan pada bumper kereta wanita terbabit

Mungkin beliau tidak sabar dan mahu bergegas ke lokasi lain selepas menyelesaikan urusan di UTC Pahang. Kereta pula diletakkan di kawasan parkir yang agak sibuk dan sudah semestinya dalam jarak kenderaan begitu hampir, seorang warga emas tidak dapat mengawal kenderaanya dan melanggar kereta beliau. Namun, ia bukanlah pelanggaran yang besar hingga boleh menimbulkan kekecohan. Ia lebih kepada bergesel dan boleh diselesaikan tanpa ada laporan polis. Ramai yang telah mengalami nasib sebegini sebenarnya, namun biasanya kedua-dua pihak akan berdamai dan yang melanggar akan membawa mangsa ke bengkel berdekatan untuk membayar ganti rugi. Tidak perlu ada kekecohan.

Namun, sikap wanita terbabit dilihat agak keterlaluan apabila mengeluarkan padlock stering yang boleh membahayakan uncle itu sebenarnya. Mujurlah dia tidak pukul padlock tu ke tubuh warga emas terbabit. Kesimpulannya, kita harus bertimbang rasa dijalan raya dan tidak perlulah sampai keluarkan perkataan yang berbaur perkauman seperti yang kita dengar dalam video berkenaan. 


Malah, dari maklumat rakan-rakan yang berada di lokasi wanita itu siap mengaku anak menteri dan sebagainya. Itu namanya riak dan takabur. Bukankah elok kalau dia bersabar sebagai orang Islam. Kejadian pula berlaku di bulan Ramadan Al-Mubarak. Pengajarannya, berhati-hati bila nak keluarkan kenyataan yang boleh mengeruhkan keadaan. Ini kerana kita takut disekeliling kita ada pihak yang merakamkan adengan berkenaan. Oleh itu, berhati-hatilah dengan rakaman video amatur. Inilah jadinya, benda kecil jadi kecoh satu dunia. 

0 Komen Artikel Ini: