SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR BATIN DARI CMK SEISI KELUARGA | SEBARANG ADUAN DAN PERTANYAAN BOLEH PM 0 1 2 - 3 8 5 4 4 0 0 (CMK)

Tempat Lahir


Saya dilahirkan di Felda Bukit Goh, Kuantan Pahang pada 25 Mei 1971. Dalam sijil kelahiran saya yang asal jelas menunjukkan kelahiran saya dilaporkan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan pada 1971. Pada 1973 keluarga saya berpindah rancangan  ke Felda Jengka 7 di Maran. Di Bukit Goh saya tidak sempat membesar kerana ketika umur tiga tahun sudah tinggalkan perkampungan ini. 

Apa pun bagi peneroka awal di Bukit Goh, amat mengenali arwah ayah saya sebagai "Mandor Jamal" kerana ketika pokok kelapa sawit masih kecil ayah saya dilantik menjadi ketua bagi menguruskan hal tanaman. 

Rumah tempat saya dilahirkan terletak di peringkat 1, kini didiami oleh peneroka lain iaitu keluarga Pak Harun. Lokasi terletak bersebelahan dengan rumah imam Masjid Bukit Goh iaitu Imam Mat Amin.

Menurut kisahnya, ketika saya dilahirnya isteri iman Mat Amin yang menyambut dan menjaga saya ketika masih kecil. Malah, beliau masuk ke tanah rancangan Felda Bukit Goh juga atas bantuan daripada arwah ayah saya.

Ketika usia saya menjangkau 30-an barulah saya sempat bertandang kembali ke rumah kelahiran saya dan beramah mesra dengan Imam Mat Amin dan isterinya. Dalam masa terdekat ini, saya akan kembali menjengok Bukit Goh untuk merakamkan nostalgia lama bahawa disinilah tempat saya dilahirkan ke muka bumi Allah ini.

Sejarah Felda Bukit Goh

Bukit Goh bukanlah sebuah daerah atau mukim, tetapi merupakan salah satu tanah rancangan Felda yang terletak di dalam mukim Kuala Kuantan. Felda Bukit Goh telah ditubuhkan pada tahun 1967 dan dimajukan oleh FELDA. Ia telah dibangunkan berperingkat-peringkat sebanyak empat peringkat. 

Kawasannya meliputi kawasan pertanian seluas 2831.86 hektar. Manakala kawasan penempatan seluas 183.10 hektar. Jumlah peneroka yang ditempatkan disini adalah seramai 671 keluarga. Sumber pendapatan utama penduduk adalah kelapa sawit. Felda Bukit Goh ditempatkan di DUN Sungai Lembing dan kawasan Parlimen Paya Besar. 

Namun begitu, tanah rancangan ini telah pun diberi pemilikan individu semenjak tahun 1975. Ia terletak lebih kurang 20 kilometer dari bandar Kuantan dan 25 kilometer dari bandar Sungai Lembing. Kawasan ini diletakkan di bawah pentadbiran Pejabat Daerah dan Tanah Kuantan di samping Pengurusan Felda yang menyelia setiap pembangunan di sekitarnya.

Kawasan ini terletak di daerah Kuantan, Pahang ini merupakan sebuah penempatan terancang dengan jumlah penduduknya adalah seramai 3000 orang. Manakala keluasannya ialah 7000 hektar. Komposisi etnik yang terdapat di sini ialah 90% adalah merupakan masyarakat Melayu, manakala 5% masyarakat India dan 5% pula adalah masyarakat pendatang. Tiada masyarakat Cina yang menetap di kawasan tanah rancangan ini. 

Masyarakat disini menjadikan kegiatan perusahaan kelapa sawit sebagai kegiatan ekonomi utama mereka. Masyarakat di sini majoriti beragama Islam dan sebahagian kecil beragama Hindu. Taraf hidup masyarakat di sini adalah sederhana.

0 Komen Artikel Ini: