SELAMAT DATANG KE BLOG PERIBADI BLOGGER CUCUMATKILAU (CMK)

Kemalangan Maut Bas Ekspress Di Rawang, JPJ Disyorkan Lebih Tegas Menjalankan Operasi Dan Jangan Hanya Hangat-Hangat Tahi Ayam Sahaja

Apa sudah jadi dengan penguatkuasaan undang-undang di negara kita?. Nampaknya benar telahan ramai pihak bahawa, pemantauan hanya dibuat hangat-hangat tahi ayam selepas sesuatu kemalangan maut berlaku. Kemalangan maut yang melibatkan enam terbunuh melibatkan sebuah bas dua tingkat di Kilometer 443, Lebuhraya PLUS dekat Rawang semalam menjadi bukti apabila pihak siasatan pihak polis mendapati pemandu pertama dan kedua syarikat bas terbabit mempunyai warang tangkap dan banyak saman. Soalnya sekarang, mana perginya tugas-tugas Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Kementerian Pengangkutan sendiri dalam hal ini. Setiap kali kemalangan yang sama berlaku "irama" itu akan dimainkan. Selepas itu senyap menyepi tanpa sebarang tindakan. Kerja bermusim untuk membuat pemantauan, walhal jika mereka serius perkara ini tidak wajar berlaku sebenarnya. Nyawa penumpang terkorban dan ia sungguh mengecewakan. Kenapa pihak terbabit tidak membuat pemantauan terhadap syarikat-syarikat bas yang mengambil pemandu yang bermasalah bertugas dengan mereka?. Syarikat bas juga perlu peka akan hal ini, pengambilan pemandu haruslah dirujuk kepada pihak JPJ sama ada individu terbabit mempunyai waran tangkap atau tindakan saman. Ini bagi mengetahui sikap sebenar pemandu itu. Jika mereka punyai banyak kesalahan jalanraya maka syarikat bas tidak wajar mengambil individu terbabit bekerja dengan mereka. Namun, dek kerana mengejar keuntungan semata-mata, akhirnya perkara ini terabai dan penumpang yang tidak berdosa menjadi mangsa. Nyawa melayang sia-sia, siapakh yang harus dipersalahkan sekarang. Dalam kes terbaru semalam, pemandu terbabit turut terbunuh. Kejadian itu berlaku ketika bas ekspres milik AB Express itu dalam perjalanan dari Changlun, Kedah, menghala ke ibu negara. Justeru itu adalah diharapakan pihak terbabit terutamanya JPJ jangan hanyat membuat kerja "hangat-hangat tahi ayam". dan "bermusim" kelak lebih ramai mangsa akan terkorban selepas ini.

[Paparan sebegini sudah acap kali kita dengar dan pasti benda yang smaa juga disajikan. Terkadang jemu rasa melihat tindakan yang "bermusim" dilakukan oleh pihak berkuasa di Malaysia ini. Bila dah berlaku baru nak heboh sana-sini, kemudian timbul pula cerita sebaliknya. Apakah begini yang dikatakan perkhidmatan cemerlang dan berkualiti. Harapan Cucu agar agensi terbabit melakukan perubahan selaras dengan hasrat kerajaan baru pimpinan Najib Razak ini. Jika senario yang sama terus berlaku, maka rakyat akan terus hilang keyakinan terhadap agensi-agensi terbabit].

0 Komen Artikel Ini: