SELAMAT DATANG KE BLOG PERIBADI BLOGGER CUCUMATKILAU (CMK)

Eksklusif: Kontroversi, Kerabat DiRaja Dan Tokoh Korporat Malaysia Terlibat Sebagai Ahli Lembaga Pengarah Syarikat Arak Terbesar Iaitu Carlsberg !

[pahangdaily] Ini satu lagi berita yang sungguh mengejutkan di negara Islam hadhari seperti Malaysia ini. Sama ada ia disedari atau pun tidak, sengaja atau pun tidak atau memang sudah tidak dapat dielakkan ternyata berita ini amat memalukan dan tidak wajar berlaku di negara kita yang kononnya sebuah negara Islam. Ia berikutan, terdapat laporan dan bukti tentang pembabitan beberapa orang pembesar negara dan keraba di raja menjadi ahli lembaga sebuah kilang arak terbesar di Malaysia iaitu Carlsberg Brewery Malaysia Berhad. Kerabat diraja yang dimaksudkan ialah Y.A.M. Tunku Naquiyuddin ibni Tuanku Ja’afar, Manakala tokoh korporat berkenaan pula ialah Jen.(B) Tan Sri Dato’ Mohd. Ghazali bin Dato’ Mohd. Seth (Bekas Jeneral Angkatan Tentera Malaysia) dan Tan Sri Datuk Asmat bin Kamaludin (Tokoh Koporat dan Pengarah Scomi Berhad). Tambah mengejutkan bila nama Y.A.M Tunku Naquiyuddin juga termasuk dalam senarai tiga orang senarai mereka yang akan ditabalkan sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang baru sebelum ini. Mujurlah yang terpilih akhirnya adalah Duli Tuanku Mukhriz yang memang tepat sekali pilihan baginda sebagai Raja dan Yang Di Pertuan Besar Negri Sembilan, Bumi Adat di Semenanjung Tanah Melayu ini. Jikalah tersalah keputusan Undang Undang Negeri menabalkan Naqiyudin sebagai Yang Di Pertuan Besar, maka silap haribulan negara kita Malaysia ini kelak akan mempunyai seorang Yang Di Pertuan Agong yang juga "Tauke Kilang Arak". Sebagai bukti berkenaan dengan perkara ini sila klik sini untuk mengenali Pengarah pengarah Syarikat arak Carlsberg Brewery Malaysia Berhad atau klik sini untuk laporan eksklusif oleh Reuter.


Y.A.M. Tunku Naquiyuddin, (tengah) Jen (B) Tan Sri Dato’ Mohd. Ghazali
(kiri) dan
Tan Sri Datuk Asmat bin Kamaludin (kanan)

[Kami sungguh terkejut dengan maklumat terbaru yang dipetik dari blog ini . Sebelum ini memang kita sudah mendengar berita ini, namun tiada bukti-bukti yang kukuh untuk mengaitkan penglibatan orang Melayu Islam dalam syarikat arak terbabit. Dengan bukti kukuh ini bermakna, punahlah sudah nama "Islam Hadhari" yang dilaung-laungkan selama ini. Justeru itulah kita tidak hairan kenapa ramai remaja Melayu yang rosak dan punah akhlaknya bila mereka dibiarkan berpeleseran di pub-pub, disko-disko, bar & bistro, lounge dan pusat-pusat hiburan yang tubuh bagaikan cendawan di seluruh negara. Semua ini menyajikan "air syaitan" itu sebagai minuman "ruji" mereka. Soalnya sekarang, jika kerajaan bertegas mengatakan Malaysia ini adalah negara Islam, kenapakah gejala seperti ini gagal dibenteras oleh pihak berkuasa?. Kenapa ada kompromi bila umat Islam dibiarkan rosak Iman dan Akidah mereka? Apakah ini namanya Islam Hadhari yang dilaung-laungkan selama ini?. Bangunlah wahai pemimpin Melayu Islam dalam UMNO dan Barisan Nasional?. Ingatlah, kamu akan disoal oleh Allah SWT di akhirat kelak. Apakah ini namanya Khalifah di bumi Malaysia yang tercinta ini. Buat rakyat Negeri Sembilan, mujurlah pemilihan yang dibuat untuk melantik Yang DiPertuan Besar memihak kepada Tuanku Mukhriz, jika tidak apa akan jadi agaknya].

0 Komen Artikel Ini: