Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca budiman. Sudah agak lama Cucu tidak menulis dan mengemaskini blog ini. Mungkin kerana terlalu sibuk dengan urusan dan juga komitmen terhadap blog Pahang Daily Online, di mana Cucu merupakan salah seorang krew dan editor blog itu. Sebenarnya Cucu masih seperti dulu, cuma terkadang masa untuk berkarya itu agak terbatas dan terhad. Tambahan pula sejak akhir-akhir ini Cucu juga banyak terlibat dengan berbagai program termasuk Bengkel Usahawan dan Bengkel Asas Blogger yang saya adakan. Namun begitu Cucu amatlah berbangga kerana dalam kesibukan itu juga, Cucu berjaya membahagi-bahagiakan masa untuk terus berkarya dan bertukar-tukar idea dengan para pembaca. Setelah lebih 10 tahun Cucumenjadi "blogger" dan menulis di alam siber menggunakan domain www.blogdrive.com, maka mulai sekarang Cucu akan menggunakan www.blogspot.com pula. Ini memandangkan kerja-kerja dan tekniknya yang lebih mudah dan menjimatkan masa. Sejak akhir-akhir ini, berbagai masalah yang terpaksa Cucu hadapi sebenarnya. Bermula dengan isu perletakan jawatan Cucu dari Angkatan Muda Keadilan Pahang sehinggalah kepada isu tangkapan gara-gara artikel yang dikatakan "fitnah Saiful Bukhari" yang disiarkan dalam blog Pahang Daily Online baru-baru ini. Cucu telah ditangkap oleh sepasukan polis Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman kerana dikatakan menjadi dalang disebalik blog itu dan artikel terbabit. Mujurlah selepas disoal siasat selama lebih 8 jam akhirnya Cucu dibebaskan. CMK mendapat maklumat bahawa Saiful mahu menyaman PDO. Namun setakat ini ianya masih samar-sama kerana dipercayai peguam beliau mengalami kesukaran untuk menyerahkan "writ saman" terbabit. Mereka menduduh Cucu pemilik blog itu, walhal Cucuhanyalah salah seorang editor dan krew yang terlibat. Bahkah, hingga ke saat ini CMK sendiri tidak mengetahui malah mengenali siapak "tuan punya" blog itu sebenarnya. Ini kerana Cucu hanya berhubung secara online menerusi Yahoo Masengger dan email untuk memaklumkan sebarang perkembangan. Mujurlah kes ini selesai dan Cucu kini bebas seperti biasa menghirup udara segar. Banyak perkara yang akan Cucu huraikan berkenaan kemelut politik negara selepas ini. Terima Kasih atas sokongan semua pihak kepada Cucumatkilau, bertemu kembali.
[Cucu akan kembali menulis aktif seperti biasa selepas ini. Teruskan dengan berita-berita panas dan sensasi di blog ini. Salam buat semua sahabat dan rakan-rakan seperjuangan yang telah sekian lama bertungkus lumus untuk memastikan kemenangan Pakatan Rakyat di pilihanraya kecil Bukit Selambau dan Bukit Gantang baru-baru ini. Cucu senantiasa berharap agar perubahan yang bakal dilakukan ini akan tetap berterusan sehingga pilihanraya umum ke-13 nanti. Salam perjuangan buat semua. Amin].
[Cucu akan kembali menulis aktif seperti biasa selepas ini. Teruskan dengan berita-berita panas dan sensasi di blog ini. Salam buat semua sahabat dan rakan-rakan seperjuangan yang telah sekian lama bertungkus lumus untuk memastikan kemenangan Pakatan Rakyat di pilihanraya kecil Bukit Selambau dan Bukit Gantang baru-baru ini. Cucu senantiasa berharap agar perubahan yang bakal dilakukan ini akan tetap berterusan sehingga pilihanraya umum ke-13 nanti. Salam perjuangan buat semua. Amin].
0 Komen Artikel Ini:
Catat Ulasan