SELAMAT DATANG KE BLOG PERIBADI BLOGGER CUCUMATKILAU (CMK)

Al-Fatihah Buat Bapa Saudara CMK, Arwah Aziz

Al-Fatihah, Cucu merakamkan ucapan takziah atas kematian bapa saudara Cucu, Arwah Abd Aziz Md. Yunus yang meninggalkan dunia di Pulau Langkawi jam 1.00 pagi tadi. Arwah adalah seorang anggota polis yang dikatakan sedang menghadiri kursus di sana. Jenazahnya sedang di bawa balik ke kampung halaman Cucu di Jerantut Pahang dan kemungkinan besar akan di kebumikan berdekatan dengan pusara ayahanda Cucu Allahyarham Jamaluddin Md.Yunus, Aki (datuk) Cucu Allahyarham Md.Yunus Teh di Tanah Perkuburan Felda Sg.Tekam Getah, Jerantut Pahang. Sudah agak lama juga Cucu tidak bertemu dengan arwah, semenjak beliau bertugas di Balai Polis Sg.Jerik Jerantut dan kemudian di Balai Polis Mentakab, maklumlah masing-masing sibuk dengan tugasan. Seingat Cucu, bapa saudara Cucu ini dulu pernah bertugas sebagai pegawai polis di Bahagian Pengambilan Tingkat 17, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman. Ketika itu beliau tinggal di Kem Polis Hutan (PPH) Batu 9, Jalan Cheras Kuala Lumpur. Cucu pernah tinggal selama beberapa bulan di rumah arwah pada tahun 1989 dulu, ketika Cucu bekerja sambilan di Kentucky Fried Chicken, Jaya Jusco Taman Maluri, Cheras. Masih teringat kenangan ketika kanak-kanak dan remaja bersama arwah di Jerantut dulu. Arwah meninggalkan seorang balu, yang bertugas sebagai di Hospital Jengka (Bhg.Farmasi). Insya Allah, jika tiada aral melintang Cucu serta keluarga akan pulang ke Jerantut petang ini. Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh dan mendapat berkat dariNya.

[Kepada rakan-rakan di Jengka dan Jerantut yang ingin turut hadir dan mengenali arwah bolehlah datang ke rumah No.G-21, Felda Sg.Tekam Getah sekitar jam 4.00 petang ini. Sebarang maklumat terkini sila hubungi Cucu ditalian 019-962 5511. Harap Maklum].

0 Komen Artikel Ini: