Sumber Pahang Daily Online
Kerajaan UMNO dan BN nampaknya ternyata gagal mengotakan apa yang telah mereka canangkan selama ini. Laungan keramat "rakyat didahulukan" hanyalah omongan kosong yang bertujuan untuk mengelirukan rakyat sebenarnya. Bukti jelas menunjukkan Perdana Menteri Najib Razak telah menghancurkan kepercayaan rakyat terhadap kerajaan yang dipimpinnya. Apa tidaknya, dalam keadaan masalah ekonomi yang masih belum pulih sepenuhnya dan rakyat masih dibebani dengan berbagai tekanan kehidupan tiba-tiba kerajaan menaikkan harga gula di pasaran. Apakah ini caranya rakyat didahulukan?. Kerajaan UMNO ternyata takut dengan desakan pengeluar dan pemborong gula sebenarnya. Masih kita ingat, desas desus kenaikan gula ini bermula apabila terdapat kekurangan yang begitu mendadak di pasaran. Di sana-sini masalah kekurangan gula berlaku. Malah, rakyat terpaksa membeli gula dengan kadar paling minima. Dalam masa yang sama, pihak berkuasa menemui lambakan gula yang disorok oleh pihak-pihak tertentu yang bertujuan untuk mengambil kesempatan menaikkan kadar harga sesuka hati mereka apabila keadaan sudah terdesak. Rakyat sudah boleh menjangka bahawa kerajaan pasti akan akur dengan desakan pihak pengeluar selepas itu. Kini terbukti, sangkaan itu tidak meleset sama sekali. Tanggal 1 Januari 2010 akhirnya rakyat dihadiahkan dengan berita kenaikan harga gula. Kerajaan semalam mengumumkan harga runcit gula dinaikkan sebanyak 20 sen sekilogram iaitu RM1.65 di Semenanjung dan RM1.75 di Sabah dan Sarawak yang diumumkan Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Mohd Zain Mohd Dome.

Alasan Subsidi Senjata Utama Bebankan Rakyat
Alasan yang diberikan juga sungguh tidak munasabah iaitu kenaikan harga gula sebanyak 20 sen itu perlu berikutan kenaikan harga gula mentah dunia dan kerajaan masih menanggung subsidi sebanyak RM1.008 bilion setahun dengan kadar subsidi sebanyak 80 sen sekilogram. Inilah alasan yang sering diberikan kepada rakyat tatkala kerajaan menaikkan harga barangan. Istilah "subdisi" dijadikan senjata utama untuk "menghalalkan cara" yang mempunyai makna yang terselindung itu sebenarnya. Akhirnya rakyat terutamanya yang berpendapatan rendah dan berada di paras kemiskinan terpaksa menanggung derita akibat kenaikan tersebut. Anehnya, kerajaan melarang pula mana-mana pihak menaikkan harga barangan makanan yang lain selepas itu. Malah mereka berusaha pula untuk mengambil tindakan tegas jika perkara ini berlaku. Inilah yang dikatakan kerajaan tidak bertanggungjawab. Mereka bebas melakukanya sesuka hati, tetapi dalam masa yang sama melarang pihak lain berbuat demikian. Senario ini juga hampir sama dengan kenaikan harga minyak. Kerajaan menaikkan harga tetapi dalam masa yang sama melarang syarikat pengangkutan awam dan para peniaga menaikkan harga bahan api dan makanan di pasaran. Akhirnya rakyat juga yang terus tertipu dan teraniaya. Kita juga agak hairan, mana hilangnya Menteri yang berkenaan, iaitu Datuk Ismail Sabri Yaakob tatkala perkara kenaikan harga gula ini diumumkan semalam. Apakah beliau takut untuk berhadapan dengan rakyat ketika perkara ini diwar-warkan?. Sebelum ini, beliau sudah beberapa kali ditekan oleh rakyat di kawasannya sendiri gara-gara bekalan gula yang tidak mencukupi. Kini beliau tergamak menghilangkan diri gara-gara tindakan terbaru kerajaan ini pula.
Puak-Puak UMNO Juga Amat Kecewa Gula Naik
Kenaikan harga gula semalam bukan sahaja amat mendukacitakan sebahagian besar rakyat marhaen, malah ia turut mengecewakan puak-puak UMNO sendiri. Malah Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia juga turut membantah kenaikan harga gula yang diumumkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan itu. Setiausahanya, Datuk Megat Firdouz Megat Junid dalam satu kenyataan media menegaskan perkara ini tidak patut berlaku walaupun kenaikan sekadar 20 sen ia tetap memberi impak negatif serta kesengsaraan kepada rakyat terutama yang berpendapatan rendah dan sederhana. "Di saat dunia menjangkakan ekonomi akan beransur pulih, rakyat dikejutkan dengan kenaikan mendadak ini," katanya. Menurutnya, Pemuda Umno berharap kenaikan harga gula dapat dibatalkan atau ditangguhkan demi menghayati konsep 1Malaysia Rakyat Didahulukan. Dengan kenyataan ini, maka terbuktilah kepada kita bahawa apa yang dilakukan oleh kerajaan UMNO dan BN itu rupanya turut dibantah oleh puak-puak mereka sendiri sebenarnya. Ini jelas membuktikan bahawa kerajaan memang tidak peka dengan kehendak rakyat. Apakah kerajaan seperti ini harus dikekalkan?. Maka, marilah kita bersama-sama mengembeling tenaga untuk melakukan perubahan dalam pilihanraya umum akan datang. Kerajaan yang adil kerajaan yang disokong tetapi kerajaan yang menyeleweng dan mementingkan diri sendiri wajar ditentang habis-habisan. Jika puak-puak UMNO sendiri pun menentang perbuatan ini, apatah lagi rakyat yang inginkan perubahan itu sebenarnya.
Benarkah Kini Felda Mengawal Pasaran Gula?
Terdapat maklumat daripada pemborong gula tempatan yang mengatakan kenaikan harga gula dilakukan dalam keadaan tergesa-gesa oleh kerajaan kerana desakan kuat daripada pihak Felda. Menurut sumber, kini pasaran gula bukan lagi dimonopoli oleh jutawan gula "Robert Kuok", tetapi telah diambil alih sebahagiannya oleh pihak Felda. Umum mengetahui bahawa PM Najib Razak adalah orang yang bertanggungjawab terhadap agensi kerajaan itu. Maka, kenapakah kenaikan gula ini boleh berlaku kiranya ia dikawal oleh Perdana Menteri itu sendiri. Ini bermakna, terdapat beberapa kerat individu di dalam Felda yang cuba untuk memperkayakan diri mereka dengan kenaikan harga ini sebenarnya. Kiranya benar maklumat ini sahih, maka rakyat harus mendesak supaya pihak kerajaan kembali menurunkan harga gula dan tidak sewenang-wenangnya membenarkan mereka diperkotak-katikkan sesuka hati oleh beberapa kerat individu yang akan mengaut keuntungan atas kenaikan harga yang diumumkan ini.
[Walau apapun yang terjadi, rakyat tetap menolak kenaikan harga gula malah barangan lain. Mereka juga mendesak supaya kerajaan tidak sewenang-wenang menggunakan istilah subsidi untuk menipu dan mengelirukan rakyat. Mereka kini bukan lagi seperti lima puluh tahun yang lalu, begitu senang untuk diperbodohkan oleh kerajaan. Rakyat sudah celik mata dan boleh mendapatkan maklumat yang cepat dan terkini daripada lain-lain sumber. Oleh itu, kerajaan wajar memberi perhatian sepenuhnya kepada rakyat. Jangan sekadar melaungkan konon untuk menjaga kebajikan mereka, sedangkan kebajikan golongan koprporat yang lebih dititik beratkan. Marilah kita bersama melakukan perubahan demi kesejahteraan rakyat marhaen dan kepentingan generasi akan datang].

0 Komen Artikel Ini:
Catat Ulasan