SELAMAT DATANG KE BLOG PERIBADI BLOGGER CUCUMATKILAU (CMK)

Dua Ahli PAS Yang "Mendapat Kontrak" Lumayan Dengan Lynas Di Kenali Sebagai "Dr.S" Dan "Hj.Z"

Masa seminggu sudah CMK berikan kepada PAS Pahang untuk menasihati atau mengambil tindakan terhadap ahlinya yang dipercayai terlibat secara langsung dengan projek Lynas. Namun, berdasarkan maklumat yang CMK terima, pihak yang berkenaan masih tidak peka dengan tanggungjawab sosial mereka demi mengecapi ratusan ribu malah jutaan keuntungan hasil kontrak lumayan dengan kilang memproses rare-earth milik syarikat Australia tersebut. Maka, biar pun mendapat banyak tekanan daripada pihak-pihak tertenti agar "rahsia" ini tidak didedahkan, namun atas dasar prinsip dan maruah CMK terpaksa juga dedahkan pihak yang dipercayai berselindung disebalik "kontrak lumayan" untuk menentang Lynas di depan tetapi "menyapu projek" dibelakan rakyat. Tindakan mereka ini amatlah tidak wajar sama sekali kerana parti PAS secara rasmi menentang projek tersebut yang dipercayai boleh memudaratkan nyawa rakyat di kemudian hari. Maka, sebagai ahli PAS yang penuh dengan tarbiyah dan kekuatan iman mereka tidak sepatutnya bersekongkol dengan Lynas. Bukankah bertolong-tolong ke arah kerosakkan itu besar dosanya. Apakah mereka ini tidak faham atau sengaja buat-buat tidak faham. Tindakan mereka ini amatlah tidak adil kepada parti PAS dan NGO yang menentang projek itu sebenarnya. Pihak terbabit seolah-olah ditipu atas semua ini. Bayangkan, ia berlaku kepada ahli PAS yang kita ketahui begitu jujur dan ikhlas dalam perjuangan. Maka, itu CMK akan mendedahkan pihak yang terbabit untuk pengetahuan rakyat.

Dua Individu Di Kenali Sebagai "Dr.S" Dan "Hj.Z"


Individu yang pertama dipercayai terlibat ialah "Dr.S" yang mempunyai sebuah klinik di Kawasan Perindustrian Gebeng. Atas profesionalisme kedoktorannya, kita tidak hairan beliau menawarkan khidmat panel rawatan kesihatan kepada ribuan pekerja Lynas. Malah difahamkan, beliau mendapat untung ratusan ribu ringgit sebulan untuk dua kali rawatan kepada semua pekerja kilang terbabit. Terbaru, beliau juga telah mendapat satu lagi kontrak yang bernilai jutaan ringgit daripada Lynas. Individu kedua pula dikenali sebagai "Hj.Z" yang dipercayai mendapat kontrak jutaan ringgit untuk tempoh lima tahun dengan syarikat berkenaan. CMK masih menjalankan siasatan rapi terhadap kontrak kedua-dua individu terbabit. Kedua-dua mereka adalah merupakan penyumbang dana terbesar kepada PAS Pahang sebenarnya. Maka itulah, kepimpinan atasan kemungkinan besar tidak mahu membuat teguran atau mengambil tindakan terhadap mereka. Malah difahamkan juga ada AJK Pemuda PAS Indera Mahkota juga turut mendapat projek yang sama. Kesemua mereka mendapat kontrak lumayan daripada Lynas, sedangkan mereka adalah ahli PAS "tegar". Walau apa jua alasannya, CMK melihat tindakan mereka ini adalah tidak wajar kerana parti PAS menentang sekeras-kerasnya projek tersebut. Jika PAS boleh memanggil Ahli Parlimen Hulu Langat, Dr.Che Rosli itu hanya kerana dia keluarkan kenyataan kontroversi tentang isu Lynas di TV3. Maka, sepatutnya pihak yang mendapat kontrak jutaan ringgit ini perlu juga diambil tindakan. Kenapa perlu takut laksanakan tanggungjawab. Apakah dek kerana mereka menyumbang dana kepada PAS maka mereka bebas terlibat dengan Lynas?. Jika itu keadaannya, ternyata PAS Pahang bersikap hipokrit dalam hal ini. Ia tidak wajar dan amat memalukan. Ini kerana "wang Lynas" mengalir dalam parti tersebut.

4 Komen Artikel Ini:

  • Tanpa Nama says:
    26 Nov 2011, 1:53:00 PG

    memang harap pagar makan padi

  • Tanpa Nama says:
    28 Nov 2011, 9:43:00 PTG

    kalau Dr.S dapat ratusan ribu sebulan utk check 2 kali setiap pekerja Lynas, berapa Lynas bayar utk seorg pekerja?
    Pekerja Lynas total akan ada 350 org nanti, sekarang mungkin tak cukup lagi, tp katalah cukup, utk dpt ratusan ribu sebulan satu pekerja Lynas perlu bayar RM600 utk 2 kali checkup, logik ke?

  • Tanpa Nama says:
    1 Dis 2011, 12:58:00 PG

    salam...

    bagi aku Dr S dan Hj Z tu tak boleh persalah kan dan menjadi isu besar dalam hal ini....

    Dr S adala pioneer doktor di gebeng yg berkelayakan DOSH. Salah satu syarat extra untuk menjadi panel klinik untuk perindustrian. Dr S telah beroperasi di gebeng hampir 10 tahun. Dia memang menyediakan perkhidmatan terbaik bagi golongan pekerja di kws itu.
    kalau tindakan itu salah..maka salah juga para pemilik restoren2 di situ di mana pelanggan dia pekerja Lynas...salah juga penyedia perkhidmatan pengangkutan dan semua akan di anggap bersalah jika ada kaitan dengan Lynas.

    Datuk Z..kontrek dia dapat tu sebelum dia mengetahui akan akibat kilang itu. setelah dapat kontrek dan ada bantahan dari NGO dsbnya, beliau tidak boleh sewenang2 membatalkan kontrek itu...kecuali dia mendapat pampasan setimpal.

    aku cuma beranggapan...kerajaan umno/bn terbukti kerajaan yg korup, yg menindas rakyat dan sebagainya oleh PSA/PKR/DAP. Tapi sebahagian ahli2 parti itu menjadi pekerja kepada kerajaan itu dan ada mendapat kontrek kecil-kecilan kerajaan..adakah mereka ini juga di anggap pengkhianat?...dan semua mereka ini harus berhenti bekerja atau membatalkan kontrek dari kerajaan BN?.

    yg bersalah adalah kerajaan itu dan kita harus menukar kerajaan itu. Begitu juga, yg kita mahu hapuskan keujudan kilang Lynas itu...bukan para pekerja2 kilang Lynas itu...

    itu je pendapat aku...
    walallah hualam.

  • Tanpa Nama says:
    12 Dis 2011, 12:45:00 PTG

    Salam, diharap jangan membuat sebarang tuduhan yang melampau terhadap Dr. S kerana setahu kami beliau adalah penyokong tegar PAS. Segala pendapat atau pandangan beliau berkaitan dengan lynas adalah atas dasar profesionalismanya sebagaimana juga Dr Che Rosli. Bekerja atau berniaga dengan Lynas bukannya haram.Berita terkini yang telah kami dengar ialah Dr S telah meletak semua jawatan dalam parti dan mungkin juga PAS sekali.Wallahualam.Minta seseorang mengesahkan berita ini.