SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR BATIN DARI CMK SEISI KELUARGA | SEBARANG ADUAN DAN PERTANYAAN BOLEH PM 0 1 2 - 3 8 5 4 4 0 0 (CMK)

Kenapa Komplek SUKPA Di Jadikan Pusat Kuarantin Rawatan Covid-19 Warga Asing Dari Bentong?

 

Kawad duri sudah dipasang, namun tahukah anda ramai warga Kuantan terutamanya para penduduk Bandar Indera Mahkota yang kecewa dengan tindakan Kerajaan Negeri Pahang benar Majlis Keselamatan Negara (MKN) pindahkan pesakit Covid-19 warga asing "Kluster Jalan Genting" dari Bentong untuk dikuarantinkan di Kompleks Sukan Pahang (SUKPA) . 

Kenapa tidak dikuarantin di hotel-hotel yang banyak terdapat di Genting Highlands? Inilah yang menjadi persoalannya sekarang. Sebab semua rakyat tahu Covid-19 adalah bahaya dan risikonya boleh ke tahap membunuh mangsa.

HADIS LARANGAN KELUAR KAWASAN

Ingatlah ada hadis sahih, daripada Aisyah ra yang bertanya kepada Rasulullah saw tentang masalah taun, lalu baginda mengkhabarkan:

"Taun adalah sejenis seksa yang Allah swt hantarkan kepada siapa saja yang Dia kehendaki dan sesungguhnya Allah swt menjadikan hal itu sebagai rahmat bagi kaum Muslimin. Tidak ada seorang pun yang menderita taun lalu dia tetap bertahan di tempat tinggalnya dengan sabar dan mengharapkan pahala, serta mengetahui bahawa dia tidak terkena musibah melainkan kerana Allah swt telah mentakdirkannya kepadanya, maka dia mendapatkan pahala seperti pahala orang yang mati syahid." - (Hadis riwayat Al-Bukhari).

Dari hadis itu, kita tahu bahawa penyakit taun merupakan wabak yang menular sama halnya seperti ketika kita berhadapan Covid-19.

Ia biasanya merupakan penyakit yang menular dan merebak di wilayah yang memang sudah terjangkit. Oleh itu, Rasulullah saw mahu Muslim 'menjaga jarak' dengan melarang orang yang mendapat serangan penyakit ini dan orang yang ada di wilayah itu keluar sebagai tindakan pencegahan.

Larangan keluar dari wilayah yang terjangkit mempunyai dua makna.

Pertama, mendorong jiwa untuk percaya kepada Allah swt, tawakkal kepada-Nya, sabar, reda kepada qada-Nya.

Kedua, sesiapun yang ingin menghindari penyakit harus mengeluarkan cairan kotor dari tubuhnya dan mengurangkan pemakanan (berpuasa) serta menghindari tempat kotor, lembab dan basah.

Keluar dari wilayah yang sudah terjangkit wabak berjangkit tidak boleh dilakukan kecuali dengan tindakan yang cepat.

Begitulah yang dijelaskan doktor, sehingga kita lihat sangat bertepatan dengan sabda Nabi Muhammad saw (Ibnul Qayyim Al-Jauziy, Zaadul Ma'aad fi Hadyi Khayril Ibaad).

Kesimpulan daripada hadis diatas, maka sepatutnya biarkan warga asing yang  bergejala itu dikuarantin di Bentong. Kenapa perlu bawa keluar daerah sampai ke Kuantan? 

RISIKO DARI PETUGAS BARISAN HADAPAN

Memang benar pesakit dikuarantin dan dikurung dalam stadium, namun bagaimana dengan petugas barisan hadapan yang bertanggung jawab untuk menguruskan warga asing terbabit?

Bukankah mereka ini akan balik ke kediaman masing-masing yang terletak di sekitar kawasan terbabit. Jika ada yang positif serta berisiko, inilah yang akan menyebabkan orang awam lain akhirnya jadi 'kontak rapat' dan turut terkesan dengan situasi tersebut.

KES DI GENTING HIGHLANDS TERKAWAL

Kerajaan Negeri Pahang memaklumkan penularan kes di Genting Highlands terkawal dengan hanya melibatkan tiga kawasan penempatan yang diduduki oleh warganegara asing.

Difahamkan setakat ini tiada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di situ dan pemasangan kawad besi bagi mengelak penghuni di kawasan berkenaan keluar ke kawasan penduduk tempatan.

Malah dilaporkan juga Pahang kini merekodkan 61 kes dengan 55 kes adalah dari daerah Bentong yang kebanyakannya melibatkan 'Kluster Jalan Genting'. Persoalannya kenapa perlu pesakit dari Bentong mahu dikuarantin di Kompleks SUKPA.  yang jaraknya beratus kilometer dari lokasi terbabit. Jika terkawal, maka tidak perlu di bawa ke Kuantan. 

Kalau saya ada kuasa saya tak akan benarkan warga asing pesakit Covid-19 dikuarantin di Kompleks SUKPA. Kes terjadi di sana, maka kuarantinlah di sana, atau di mana-mana lokasi  di Lembah Kelang, yang jaraknya lebih dekat dengan Bentong.

Ini bukan mangsa banjir atau kes Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang ditangkap kerana tiada dokumen. Ini kes berisiko dan mereka itu adalah pesakit Covid-19 yang sudah membunuh ramai manusia di atas muka bumi ini.

KERAJAAN SEPATUTNYA TOLAK ARAHAN

Betul, saya tahu ini adalah arahan dan keputusan Majlis Keselamatan Negara (MKN). Namun jika Kerajaan Negeri Pahang tidak bersetuju dan memikirkan soal rakyat maka, mana mungkin tergamak memunggah peskait itu ke Kuantan yang merupakan 'kawasan hijau' pada masa ini. Tempatkanlah mereka di lokasi sekitar kawasan Bentong sahaja. Jangan dibawa keluar kawasan hingga menakutkan warga Kuantan sekarang ini. 

Bukankah di sana ada Genting Highlands, guna salah satu hotel jadi pusat kuarantin. Ini bukan masa pelancong nak datang ke situ untuk bercuti. Biarlah pemilik hotel di sana buat kerja kebajikan pula ketika pandemik Covid-19 melanda sekarang ini. Kenapa perlu nak dihantar mereka yang bergejala itu ke sini?

Kenapa tidak gunakan 'Arena Of Stars Genting' yang lebih canggih dan terbaik. Waktu ini tak ada sebarang acara atau konsert artis yang diadakan disitu. Bukankan lokasi lebih dekat dengan kawasan "Kluster Jalan Genting" itu sendiri sebenarnya. Kenapa perlu dipunggah warga asing terbabit ke Kompleks SUKPA pula? . 

LOKASI BERADA DI PUSAT TUMPUAN

Kompleks SUKPA. kawasan tumpuan, virus boleh terlepas dengan berbagai cara yang kita tidak disedari. Kenapa perlu perjudikan nasib rakyat Kuantan? Kerajaan boleh berikan alasan yang munasabah kepada MKN agar tidak jadikan Kompleks SUKPA. Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19. Kuasa ada ditangan kerajaan. 

Sebelum ini saya sendiri pernah dedahkan kes Covid-19 terjadi di Hospital UIAM (Kluster Bali.  Namun semua pihak membisu seribu bahasa, malah saya dilarang mendedhakannya demi menjaga nama pusat perubatan terbabit. Maka, orang awam yang tidak tahu, datang ke situ untuk mendapatkan rawatan. Akhirnya ramai yang positif Covid-19.Hingga ada beberapa nyawa terkorban.

KES "KLUSTER BALI' UAIM JADI PEDOMAN

Malah kakitangan UIAM serta ahli keluarga terpaksa menjalani ujian saringan  (swab test) di Terminal Sentral Kuantan (TSK). Paling mengejutkan pihak UIAM sendiri menafikan kejadian sebelum itu dan mendakwa saya telah membuat fitnah. Namun, akhirnya terpaksa diakui selepas semakin ramai yang positif. 

Kompleks SUKPA. jaraknya begitu dekat dengan UIAM (berhadapan) sebenarnya. Jika kes di UIAM pun cuba disembunyikan. Maka saya tidak yakin kes kali ini juga akan berlaku benda yang sama. Ada pihak tidak mahu bersuara dan  berkata benar demi menjaga nama baik pihak terbabit. Akhirnya rakyat jadi mangsa. 

Harus diingat, lokasi Kompleks SUKPA juga berdekatan dengan pusat riadah Taman Bandar (laluan orang berjogging) dan kawasan perniagaan baharu. Memang ada kawad duri sebagai penghalang, Tapi masih kita ingat lagi peristiwai pagar yang tinggi kat ibu pejabat SPRM pun orang boleh panjat dan meloloskan diri. Malaysia, benda pelik boleh berlaku. Mana mungkin rakyat Indera Mahkota khasnya dan Indera Mahkota amnya tidak risau kalau warga asing yang dikuarantin itu terlepas ke luar. 

Kompleks SUKPA juga selalu digunakan sebagai Pusat Perpindahan Sementara (PPS) mangsa banjir. Bayangkan jika tiba2 hujan lebat turun dan stadium tertutup itu mahu digunakan untuk pusat perpindahan, bukankah ia berisiko, walau pun sudah disanitasi.

Apa, ingat virus itu boleh hilang begitu saja, walau pun ada macam2 SOP ditetapkan oleh kerajaan. Warga asing pulak tu yang dipunggah ke Kompleks SUKPA. Kalau warga tempatan, mungkin boleh dimaafkan lagi.

BENTONG LEBIH DEKAT LEMBAH KELANG

Jika alasan sebab dekat dengan Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk rawatan Covid-19, rasa saya antara Bentong Kuantan dekat lagi ke Kuala Lumpur. Hospital Sungai Buloh ada dan Hospital Kuala Lumpur pun ada.

Malah di Lembah Kelang itu lebih banyak kemudahan sebenarnya. Pusat Kuarantin Covid-19 yang sedia ada di MAEPS Serdang juga ada dan lebih afdal digunakan daripada memperjudikan nasib rakyat Kuantan. 

Apakah kerajaan tidak mampu  bersuara untuk menghilangkan keresahan rakyat marhaen yang kini dalam ketakutan untuk berhadapan dengan risiko pandemik Covid-19?.

Siapa akan dipersalahkan jika kes positif Covid-19 tiba2 meningkat di Kuantan selepas ini?. Ingatkah kes di Sabah, gara2 pilihanraya negeri, akhirnya kes meningkat secara mendadak dan menakutkan rakyat. 

GUNAKAN HOTEL UNTUK KUARANTIN

Kami warga Kuantan dan  penduduk Indera Mahkota gesa warga asing dikuarantin di hotel-hotel sekitar Genting Higlands. Bincanglah dengan pihak pengurusan Genting. Bilik ada banyak kat sana. Masa ini pelanggan kurang so buatlah kerja amal pulak, bukan tak biasa kuarantin di hotel.

Atau pun gunakan bangunan i-KPKT yang kemudahannya lebih canggih di Bukit Tinggi Bentong. Bukankah itu bangunan milik kerajaan. Lokasi jauh dari kawasan kediaman dan pusat tumpuan penduduk berbanding Kompleks SUKPA. 

Boleh juga digunakan MRSM Bentong yang kini kosong kerana pelajar sedang bercuti. Kes ini berlaku di Bentong. Waktu ini dikira darurat dan ibubapa perlu faham situasi terkini. Kerajaan boleh kata MRSM tak sesuai kerana ia institusi pendidikan dan menimbulkan ancaman kepada pelajar dan ibubapa. Bukankah sekarang musim cuti? Selepas digunakan buatlah sanitasi semula.

 TIGA KES POSITIF DI KUANTAN HARI INI

Kenapa nak kena cari lokasi yang jaraknya beratus kilometer dari Bentong? Pelik sungguh, sanggup ambil benda yang sah ada risiko untuk disajikan kepada rakyat di kawasan yang dah kurang risiko ini.

Namun apa yang membimbangkan, biar pun Kompleks SUKPA belum beroperasi lagi tapi l daripada zon hijau sebelum iini, terkini Kuantan mencatatkan tiga kes positif Covid-19. Ini satu petanda yang tidak baik sebenarnya. 

Justeru saya merayu dan menyeru Kerajaan Negeri Pahang kaji dan tarik balik kebenaran penggunaan Kompleks SUKPA ini, kerana majoriti rakyat dan penduduk tidak boleh terima serta bersetuju dengan tindakan yang 'tidak popular' ini. Fikirlah sebelum bertindak.  Jika tidak boleh sekali pun, pastikan rakyat dapat hidup dalam keadaan aman damai dan selamat daripada pandemik Covid-19 yang dibawa oleh 'Kluster Jalan Genting' itu. 

"Suara Rakyat Suara Keramat"


===========IKLANEKA BERBAYAR =========

Skim Pelaburan Emas Patuh Syariah, Beli 1 Unit Dapat 10 Unit Emas. Dapatlan Info Lanjut, Klik : https://quantumetal.blogspot.com/2020/11/orang-ramai-yang-tercar-cari-peluang.html?m=1

0 Komen Artikel Ini: