SELAMAT DATANG KE BLOG CUCUMATKILAU OFFICIAL | SEBARANG ADUAN DAN PERTANYAAN BOLEH PM 0 1 2 3 8 5 4 4 0 0 (CMK)

Kerajaan Di Gesa Ubah Dasar, Jangan Hanya Beri Bantuan Dan Layan Mangsa Banjir Di PPS Sahaja !

Saya menggesa kerajaan mengubah dasar hanya mangsa yang berdaftar di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) sahaja yang mendapat bantuan banjir.

Peraturan ini hanya ciptaan kerajaan sedangkan mangsa yang terlibat perlukan bantuan kemanusiaan.

Saya mendapat banyak aduan dari seluruh negeri Pahang tentang isu ini. Peraturan itu sudah tidak relevan lagi pada zaman ini. Rakyat yang ditimpa musibah semuanya harus mendapat hak untuk dibela dan dibantu. Tidak perlu lagi ada alasan, mangsa yang tidak daftar di PPS dihalang mendapat sumbangan, " dakwa beliau.

Beliau mendedahkan, isu ini amat serius dan tidak wajar diteruskan kerana bukan semua mangsa boleh mendiami PPS, dalam keadaan darurat seperti musibah banjir ini. 

Ada yang tidak dapat duduk di PPS sebab kurang selesa dan kemudahan dinafikan oleh pihak berkenaan. Sehari dua mungkin boleh, hari-hari berikutnya mereka lebih selesa berpindah ke rumah ahli keluarga dan saudara mara. Tambahan pula bagi warga emas yang ada berbagai macam penyakit.

Malah, ada juga yang tidak dapat berpindah ke PPS kerana terputus hubungan  jarak yang jauh serta faktor keselamatan. Mereka rela pindah ke lokasi yang selamat termasuk pondok di kebun, rumah rakit dan sebagainya.

Mereka juga adalah mangsa banjir, bahkan ada sebahagian besarnya rumah kediaman yang tenggelam sampai ke bumbung. Maka, tidak wajar hak nereka untuk mendapat bantuan banjir itu dinafikan," katanya.

Sepatutnya Ketua Kampung ada senarai dan data mangsa banjir di kawasan terbabit. Mereka lebih tahu, tambahan pula jika satu kampung kena banjir. Malah, ada kampung beratus orang tidak mendaftar di PPS dinafikan hak.

Ketua Kampung dan ahli jawatankuasa boleh menyimpan bantuan banjir hak penduduk di kawasan itu. Apabila sudah surut air, boleh menghantar bantuan terus ke rumah penduduk terlibat. Tidak perlu memaksa penduduk yang ditimpa musibah datang ke PPS untuk melapor diri dan mendaftar sebagai syarat untuk dapat bantuan.

Kita tidak perlu terlampau terikat dengan peraturan yang zalim ini. Ia hanyalah prosedur. Akibat tindakan inilah maka wujud penyelewengan di PPS. Ada yang sorok, beri kepada kroni yang tidak terlibat banjir dan sebagainya.

Bayangkan, PPS memohon bantuan berdasarkan jumlah penduduk di kawasan terbabit, tapi yang berdaftar sebahagian sahaja maka yang lebih mereka agih sesama sendiri. Sedangkan ia adalah hak mangsa banjir yang tidak berdaftar di PPS,

Saya mengganggap isu ini amat serius dan kerajaan perlu memahami bahawa rakyat yang tidak berdaftar itu juga adalah mangsa banjir, bukan sekadar lakonan semata-mata. Maka saya merayu agar kerajaan dapat memahami masalah yang dihadapi oleh sebahagian besar daripada mereka. 

Jangan layan mereka seperti orang asing, sampai ada yang datang ke PPS untuk minta bantuan pun, mereka dilayan seperti pengemis yang minta sedekah. Saya amat sedih mendengar rintihan mereka ini, maka itulah isu ini diperjuangkan. 

Di Pahang, beliau berharap Menteri Besar, Dato' Sri Wan Rosdy Wan Ismail bersama jemaah exconya dapat mempertimbangkan perkara ini dengan sepenuhnya. Sebagai MB yang berjiwa rakyat katanya, usahlah terjerat dengan tindakan yang jelas bercanggah dengan prinsip kemanusiaan sejagat ini. 

Ubahlah, demi rakyat. Jangan gunakan peraturan ini untuk menafikan hak rakyat. Sudahlah mereka ditimpa musibah banjir, diri mereka pula diperkotak-katikkan hanya kerena mereka tidak berdaftar dengan PPS. Jangan jadikan PPS untuk menghukum rakyat, layanlah rakyat secara adil dan saksama demi kesinambungan hidup mereka. #CMK

0 Komen Artikel Ini: