PULAU PINANG [3.00 pm] - Ini satu berita gempar yang baru kami terima. Satu lagi pilihanraya kecil akan berlaku selepas ini apabila Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Penanti dan bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pulau Pinang, Fairus Khairuddin (foto) secara sah meletakkan jawatannya hari ini. B Beliau memberi alasan bagi menumpukan lebih perhatian kepada usahanya untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat pasca siswazah serta untuk memberinya lebih masa bersama keluarga. Dengan perletakkan jawatan beliau itu, bermakna kini Pakatan Rakyat terutamanya Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendapat dua berita yang berbeza hari ini. Pertamanya, ADUN Bukit Lanjan dan Exco Kerajaan Selangor Elizabeth Wong kembali menjalankan tugas seperti biasa dan keduanya Fairus bekas Exco dan ADUN Penanti pula meletakkan jawatannya. Satu berita gembira dan satu berita yang cukup mengecewakan sebenarnya. Namun, kami masih sangsi dengan apakah punca sebenar Fairus akhirnya meletakkan jawatan bekiau itu. Tambahan sebelum ini beliau dilihat begitu setia dan akan meneruskan komitmennya kepada Anwar dan PKR sendiri. Apakah ia berkaitan dengan kes rasuah yang melibatkan dirinya itu. Baru-baru ini pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) telah mengadakan penyiasatan dan mengumumkan mereka bakal mendakwa Fairus dalam masa terdekat ini.
Benarkah apa yang diperkatakan oleh semua pihak sebelum ini bahawa Fairus memang "terlibat secara langsung" dengan isu tersebut, hingga membawa kepada perletakkan jawatan beliau itu. Sementara itu Fairus pula menyatakan, peletakan jawatan tersebut adalah sebagai langkah membersihkan nama baiknya yang tercemar selama ini. "Ruang ini juga akan saya manfaatkan untuk menumpukan usaha bagi membersihkan nama baik saya dari segala tomahan yang dilemparkan terhadap saya selama ini," katanya. Beliau juga merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang memberikan sokongan kepadanya sepanjang tempoh perkhidmatannya. "Keputusan ini adalah untuk kebaikan semua, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan perjuangan serta kepimpinan di bawah teraju Datuk Seri Anwar Ibrahim demi menegakkan kebenaran dan keadilan," katanya.
[Kami menghormati keputusan yang telah dibuat oleh Saudara Fairus Khairuddin itu. Cuma apa yang amat diharapkan ialah dengan perletakkan jawatan itu ia diharap dapat memuaskan hati sesetengah pihak yang begitu "berdengki" dan sengaja mahu mencari pasal bagi menjatuhkan kepimpinan beliau selama ini. Kami juga melihat apa yang berlaku kepada Fairus ini membuktikan bahawa beliau rela bersikap profesional dengan mengorbankan kedudukannya itu. Tidak timbul soal dibeli atau sebaliknya dalam kes ini. Tambahan pula kita harus ingat dan sedar bahawa DUN Penanti terletak dalam kubu kuat PKR iaitu Parlimen Permatang Pauh yang dimenangi oleh Anwar dalam pilihanraya kecil kawasan itu tahun lalu. Apakah BN dapat melakukan sesuatu untuk menakluki kawasan itu agaknya. Maka beruntunglah rakyat di DUN Penanti, kerana bakal sekali lagi mendapat durian runtuh selepas ini].
0 Komen Artikel Ini:
Catat Ulasan