Semalam, Cucu telah menghadiri ujibakat sebagai Pengacara dan Pembaca Berita di TV Antara dekat Shah Alam. Bertolak dari Kuantan sekitar jam 11.00 pagi dan tiba di Puduraya beberapa jam kemudian, Cucu mengambil teksi terus ke Seksyen 13, Shah Alam. Agak sukar juga untuk mencari pejabat operasi TV Antara kerana ketiadaan nomboer telefon untuk dihubungi. Namun berpandukan pengalaman dan pertanyaan, akhirnya Cucu berjaya tiba sekitar jam 4.30 petang iaitu setengah jam sebelum masa ujibakat berakhir. TV Anatara rupanya terletak diatas sebuah restoran sebelah Pejabat Perhubungan PKR Negeri Selangor. Masa agak pantas diambil untuk menatap skrip yang diberikan oleh pegawai terbabit. Seketika kemudia ujibakat dimulakan dihadapan kamera. Cucu membawa beberapa skrip berita yang diberikan sambil diminta untuk memperkenalkan diri. Masa ujibakat agak terhad kerana tiada ujian lisan dilakukan oleh pihak terbabit. Apapun, itulah pengalaman berharga yang tidak dapat dilupakan. Cucu tidak kisah sama ada diterima atau tidak, cuma sengaja untuk mengisi masa lapang disamping melawat TV Antara yang semakin popular sekarang ini. Malah di blog panas Pahang Daily Online juga Cucu ada melihat siaran TV Antara disiarkan. Sebelum pulang, Cucu sempat berjumpa dan bersalaman dengan beberapa orang krew TV Antara. Salam buat semua !
semoga berjaya... selamat berjuang.