SELAMAT DATANG KE BLOG PERIBADI BLOGGER CUCUMATKILAU (CMK)

BN Tidak Tanding, Apa Agenda Najib Di Penanti

Terkadang Cucu agak terkejut juga dengan keputusan Perdana Menteri Najib Razak yang mengumumkan bahwa Barisan Nasional tidak akan meletakkan calon dalam pilihanraya kecil DUN Penanti pada 31 Mei 2009 ini. Agak memeranjatkan, kerana inilah kali pertama dalam sejarah pilihanraya parti kerajaan takut untuk berhadapan dengan pembangkang. Amat tidak logik sekali alasan-alasan yang diberika oleh Najib berhubung dengan perkara ini. Soal tentang pilihanraya itu diadakan tanpa mengikut perlembagaan adalah satu alasan yang tidak masuk dek akal. Jika ia tidak mengikut perlembagaan, masakan pula Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) boleh membenarkan ia diadakan?. Bukankah SPR itu sendiri adalah talibarut dan komponen BN. Ini bermakna ia sah untuk diadakan. Masalah wakil rakyat terbabit meletakkan jawatan itu adalah hak peribadi beliau, kerana menyedari dirinya dikaitkan dengan satu kes rasuah yang pasti akan memalukan Pakatan Rakyat secara keseluruhannya. Maka itulah beliau melepaskan jawatan secara terhormat dan tidak melompat ke UMNO seperti yang digembar-gemburkan. Inilah agaknya yang menyebabkan pemimpin UMNO dan BN bagai cacing kepanasan. Mereka meracau dan mempertikaikan pilihanraya itu tidak patut diadakan dan sebagainya. Ternyata benar bahawa mereka kian takut untuk menghadapi pilihanraya, lantaran itu jugalah cuba sedaya upaya untuk menghalang pilihanraya kecil di adakan di negeri Perak dalam masa terdekat ini.

Pada pandangan Cucu, sama ada UMNO dan BN meletakkan calon adalah tidak penting. Apa yang pasti Pakatan Rakyat perlu menggandakan usaha untuk memastikan kemenangan calon PKR iaitu Dr.Mansor Osman. Harus diingat jika beliau menang maka jawatan Timbalan Ketua Menteri 1, Pulau Pinang sudah tersedia untuk diisi olehnya. Apapun, Cucu yakin yang keputusan tidak mahu meletakkan calon itu hanyalah satu agenda terbaru BN untuk menyerang Pakatan Rakyat dari sudut lain. Moral mereka tidak akan jatuh jika Pakatan Rakyat menang kali ini. Itulah yang dimahukan oleh Najib sebenarnya. Lantaran itulah Cucu amat pasti yang BN akan menaja seberapa ramai calon bebas untuk menjatuhkan Pakatan Rakyat di Penanti. Jika di Bukit Selambau 13 calon diletakkan sebagai calon bebas, maka apakah di Penanti kali ini jumlahnya juga besar?. Sama-samalah kita nantikan perkembangan terkini pilihanraya kecil DUN Penanti. Jika tiada aral melintang, Cucu akan bersama penyokong Pakatan Rakyat untuk menyaksikan hari penamaan calon pada 23 Mei 2009 ini. Salam buat rakan dan sahabat di Guar Perahu, Penanti. Nantikan kehadiran sekali lagi kami selepas Plihanraya Kecil Permatang Pauh.

0 Komen Artikel Ini: